Kiosk madani – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 10 Jan 2025 10:47:02 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kiosk madani – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kiosk Sentuhan Madani mudahkan akses rakyat kepada perkhidmatan kerajaan https://sabahmedia.com/2025/01/10/kiosk-sentuhan-madani-mudahkan-akses-rakyat-kepada-perkhidmatan-kerajaan/ https://sabahmedia.com/2025/01/10/kiosk-sentuhan-madani-mudahkan-akses-rakyat-kepada-perkhidmatan-kerajaan/#respond Fri, 10 Jan 2025 10:44:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66742
Read Time:55 Second

Putrajaya : Kiosk Sentuhan Madani pertama dilancarkan di pusat beli-belah Alamanda di sini merupakan inisiatif terbaharu bagi memudahkan akses rakyat kepada perkhidmatan kerajaan.

Kiosk yang menghimpunkan lebih 90 perkhidmatan kerajaan itu disediakan melalui enam kios agensi kerajaan dan pihak swasta dan dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Kios tersebut melibatkan perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan, Pos Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Tenaga Nasional Bhd, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan MyDigital ID.

Hadir sama Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Menerusi kemaskini Anwar di Facebooknya berkata, kiosk itu merupakan satu lagi prakarsa penting dari Kerajaan dalam menambah baik perkhidmatan awam dan menyantuni keperluan masa kini rakyat.

“Alhamdulillah, Kiosk Sentuhan MADANI pertama telah berjaya diwujudkan di pusat beli-belah Alamanda, Putrajaya, yang merupakan prakarsa terbaharu bagi memudahkan akses rakyat kepada perkhidmatan kerajaan.

“Saya sempat melihat dan mencuba sendiri kiosk digital agensi-agensi kerajaan dan pihak swasta yang tersedia untuk dimanfaatkan segenap lapisan masyarakat,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/10/kiosk-sentuhan-madani-mudahkan-akses-rakyat-kepada-perkhidmatan-kerajaan/feed/ 0 66742