Kir – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 11 Jul 2021 13:33:57 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kir – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 45 KIR Terima Bantuan Membaiki Rumah Yang Rosak & Bakul Makanan Di Kampung Pulau Keniogan https://sabahmedia.com/2021/07/11/45-kir-terima-bantuan-membaiki-rumah-yang-rosak-bakul-makanan-di-kampung-pulau-keniogan/ https://sabahmedia.com/2021/07/11/45-kir-terima-bantuan-membaiki-rumah-yang-rosak-bakul-makanan-di-kampung-pulau-keniogan/#respond Sun, 11 Jul 2021 13:32:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2917
Read Time:2 Minute, 14 Second

BELURAN : Sebanyak 45 Ketua Isi Rumah (KIR) di Kampung Pulau Keniogan disini menerima bantuan merangkumi peralatan membaiki rumah yang rosak dan terjejas akibat kejadian ribut serta hujan lebat pada 5 Julai lalu.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, KIR yang terdiri dari nelayan-nelayan di kampung berkenaan turut mendapat bantuan bakul makanan yang diagihkan melalui Pejabat Parlimen Beluran; Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labuk dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Pada hari ini saya meninjau masalah infrastuktur penduduk dan rumah nelayan di kampung ini yang rosak dan terjejas akibat kejadian ribut pada awal Julai lalu dan saya menyerahkan bantuan peralatan membaiki rumah serta bakul makanan dibawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

“Sebelum ini, Pejabat Parlimen Beluran juga telah mengagihkan 17,000 bantuan bakul makanan dan dengan peruntukan tambahan di bawah PEMULIH, jumlah keseluruhan bantuan bakul makanan di kawasan Parlimen Beluran untuk golongan yang memerlukan adalah 20,000 bakul makanan setakat ini,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan bantuan kepada nelayan-belayan di Kampung Pulau Keniogan disini pagi tadi.

Hadir sama, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri Sabah yang juga ADUN Labuk, Samad Jambri dan Penolong Pegawai Daerah Beluran, Leprus Bin Esuvas @ Giswa.

Ronald yang juga Ahli Parlimen Beluran berharap bantuan yang disalurkan mampu mengurangkan beban penduduk setempat khususnya ketika berdepan pandemik COVID-19.

Katanya, kerajaan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sebelum ini turut membaikpulih 152 rumah nelayan di kawasan Beluran dalam tempoh masa yang singkat dengan mematuhi spesifikasi yang ditetapkan.

“Manakala, 200 lagi rumah nelayan akan dibaikpulih dibawah Projek Khas Perumahan Nelayan bernilai RM3 juta yang akan dilaksanakan bermula bulan Ogos 2021.

“Selain itu, bagi membangunkan infrastruktur jeti sedia ada, tiga lokasi telah dibaik pulih sebelum ini iaitu di Jeti Kampung Munad II, Jeti Kampung Seri Menanti dan Jeti Kampung Keramat dengan kos sebanyak RM150,000,” katanya.

Katanya, sebanyak 18 jeti dan titian di sekitar kampung-kampung nelayan di Beluran juga sedang dalam perancangan LKIM untuk dibaikpulih, dinaiktaraf serta bina baharu yang akan memberi kemudahan pendaratan ikan yang lebih baik.

“Kerajaan sentiasa peka dengan kebajikan golongan nelayan yang banyak menyumbang kepada pengeluaran makanan negara.

“Kerajaan juga telah meningkatkan Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) daripada kadar RM250 kepada RM300 sebulan yang memberi manfaat kepada 35,000 nelayan manakala Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHND) juga telah dinaikkan daripada RM200 kepada RM250 sebulan bermula Januari 2021 yang memanfaatkan 3,400 nelayan darat berdaftar. Kedua-dua elaun ini memberi implikasi kewangan sebanyak RM151 juta setahun kepada Kerajaan,” katanya.

Katanya, pihak kementerian akan terus memastikan kebajikan semua golongan sasar termasuk golongan nelayan sentiasa terbela serta memastikan kelangsungan dan kelancaran rantaian bekalan makanan di kala pandemik COVID-19 yang melanda negara ketika ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/11/45-kir-terima-bantuan-membaiki-rumah-yang-rosak-bakul-makanan-di-kampung-pulau-keniogan/feed/ 0 2917
KIR dan Ahli e-Kasih Dun Kundasang Terima Bakul Makanan https://sabahmedia.com/2021/06/25/kir-dan-ahli-e-kasih-dun-kundasang-terima-bakul-makanan/ https://sabahmedia.com/2021/06/25/kir-dan-ahli-e-kasih-dun-kundasang-terima-bakul-makanan/#respond Fri, 25 Jun 2021 02:11:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1889
Read Time:1 Minute, 21 Second

RANAU: Kerajaan Negeri terus menyalurkan bantuan kepada penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang yang terjejas dengan pandemik Covid -19.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr. Joachim Gunsalam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang meluahkan tanda terima kasih kepada Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), yang dipimpin oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor di atas bantuan bakul makanan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) B40 dan mereka yang terdaftar dalam e-Kasih dari 85 buah kampung dalam DUN berkenaan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini.

“Kebanyakan penduduk kampung yang terjejas ini tersenarai dalam kategori B40 yang berjumlah 2,500 KIR, manakala penerima di bawah senarai e-Kasih ialah seramai 1,383 orang.

“Saya berterima kasih kepada jentera pentadbiran yang terdiri daripada Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Unit Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kundasang atas komitmen dan iltizam mereka dalam mengedarkan bantuan bakul makanan ini tanpa mengira penat dan lelah yang bermula sejak 19 Jun lagi dan dijangka berakhir pada 27 Jun ini.

‘Bagi kawasan yang sukar dimasuki kenderaan awam biasa, bekalan makanan dihantar dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda,’ kata Dr. Joachim dalam kenyataan medianya.

Bantuan bakul makanan adalah disalurkan melalui Pejabat Daerah Ranau, jelasnya.

Dr. Joachim yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian berkata pengedaran bantuan tersebut dilaksanakan oleh UPPM dan Pejabat ADUN Kundasang, manakala kos penghantarannya adalah dibiayai oleh beliau sendiri.

Kepada rakyat DUN Kundasang yang layak tetapi belum menerima bantuan makanan ini perlulah segera memaklumkan kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) masing-masing untuk diberikan kepada Pejabat Daerah Ranau untuk pengesahan yang mana akan dihantar kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/25/kir-dan-ahli-e-kasih-dun-kundasang-terima-bakul-makanan/feed/ 0 1889