KITA GEMPUR – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 20 Oct 2024 07:03:20 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png KITA GEMPUR – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Inisiatif ‘Kita Gempur’ perlu kerjasama semua pihak https://sabahmedia.com/2024/10/20/inisiatif-kita-gempur-perlu-kerjasama-semua-pihak/ https://sabahmedia.com/2024/10/20/inisiatif-kita-gempur-perlu-kerjasama-semua-pihak/#respond Sun, 20 Oct 2024 07:03:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62495
Read Time:1 Minute, 19 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Inisiatif Gerakan Membanteras Manipulasi dan Ketirisan (GEMPUR) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam perlu mendapat kerjasama semua pihak khususnya melibatkan agensi penguatkuasaan di seluruh negara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata, kerjasama itu penting bagi memastikan inisiatif yang dikenali sebagai ‘Kita Gempur’ itu berjaya mencapai sasaran.

“Semalam adalah pelancaran ‘Kita Gempur’ yang dilancarkan Perdana Menteri dan program ini tidak berhenti setakat pelancaran.  Kita ada beberapa siri program lagi, yang penting adalah ia dapat diteruskan dengan ketangkasan penguatkuasaan bersama agensi-agensi penguatkuasa yang lain.

“Sebagai contoh dari segi aspek penyeludupan, kefungsian bersasarkan kepada akta yang bukan hanya KPDN tetapi banyak kementerian- kementerian lain yang ada ditempatkan di sempadan dan peranan itu dilaksanakan secara bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan tinjauan mesra ke reruai kementerian dan agensi Kerajaan sempena Program Madani Rakyat (PMR) di perkarangan Kompleks Sukan Kota Kinabalu di sini hari ini.

Armizan berkata, inisiatif ‘Kita Gempur’ itu juga adalah saranan Kerajaan Madani yang mahukan subsidi yang diberikan Kerajaan sampai kepada golongan sasar tanpa sebarang ketirisan

“Yang kedua dalam aktiviti perniagaan yang dijalankan, ada kod etika ada perundangan yang perlu dipatuhi.  Jadi kita mahu supaya tidak ada manipulasi dalam aktiviti perniagaan dijalankan

“Jadi program akan diteruskan, tetapi aktiviti penguatkuasaan akan ditangkaskan dengan gabungan semua agensi dan yang cukup penting lagi adalah keterlibatan pihak awam, kerjasama rakyat penting,” katanya.

Armizan berkata, pihaknya juga berharap orang rami dapat menggunakan saluran aduan yang disediakan bagi membolehkan pihak KPDN melakukan siasatan dan tindakan selanjutnya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/20/inisiatif-kita-gempur-perlu-kerjasama-semua-pihak/feed/ 0 62495
Inisiatif gerakan “KITA GEMPUR” banteras manipulasi & ketirisan barang kawalan & bersubsidi https://sabahmedia.com/2024/10/19/inisiatif-gerakan-kita-gempur-banteras-manipulasi-ketirisan-barang-kawalan-bersubsidi/ https://sabahmedia.com/2024/10/19/inisiatif-gerakan-kita-gempur-banteras-manipulasi-ketirisan-barang-kawalan-bersubsidi/#respond Sat, 19 Oct 2024 10:17:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62455
Read Time:2 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan inisiatif baharu kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) iaitu Gerakan Membanteras Manipulasi dan Ketirisan (GEMPUR) semasa Program MADANI Rakyat 2024 Sayangi Sabah di Pekarangan Kompleks Sukan Likas di sini, hari ini.

Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, inisiatif yang dikenali sebagai KITA GEMPUR adalah satu langkah strategik kerajaan untuk membina gerakan massa bagi menangani isu manipulasi dalam aktiviti perniagaan dan ketirisan yang melibatkan barang kawalan dan barang kawalan bersubsidi.

Katanya, ini termasuk usaha mengekang penipuan perniagaan dalam talian (e-dagang), membanteras monopoli bermasalah dan kewujudan kartel dalam bentuk pakatan harga, pasaran, pengeluaran serta tipuan bida.

“Selain memperkasa aspek penguatkuasaan, gerakan ini juga akan memberikan fokus kepada advokasi kepenggunaan dan advokasi Berniaga Patuh Kod Etika dan Perundangan (Biz-Berkat),” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurut Armizan, dalam usaha menggerakkan agenda di bawah inisiatif ini, gerakan KITA GEMPUR menyasarkan kepada keterlibatan massa dan kebersamaan pelbagai pemegang taruh meliputi (K) agensi Kerajaan, (I) pemain Industri, (T) pematuhan Tatakelola dan (A) partisipasi Awam.

“Melalui sinergi yang diwujudkan, ia akan mengukuhkan kerjasama antara rakan strategik dengan penguat kuasa KPDN agar satu sistem pengawasan dan pelaporan yang lebih bersepadu dapat dilaksanakan,” katanya.

Menerusi gerakan ini, katanya, KPDN telah mewujudkan platform pelaporan khusus yang boleh diakses menerusi imbasan kod QR (Quick Response) yang menyediakan beberapa saluran rasmi bagi mengemukakan aduan kepada KPDN, iaitu melalui :

i. WhatsApp – 019-848 8000;
ii. Talian hotline yang beroperasi 24 jam – 03 8882 6088 / 6245; dan
iii. saluran aduan #HapusKartel yang dikendalikan oleh MyCC – https://www.mycc.gov.my/e-aduan.

Pada masa yang sama, Armizan berkata, sebagai langkah memaksimumkan penglibatan awam, KPDN akan memilih beberapa tempat seperti pasar raya, premis perniagaan, dan stesen minyak seluruh Malaysia yang akan dijadikan sebagai titik tumpuanpelaporan aduan.

“Kod QR KITA GEMPUR akan dilekatkan di lokasi-lokasi terbabit sebagai langkah untuk memudahkan penglibatan awam untuk melaporkan sebarang kes salah laku secara terus, mudah dan pantas.

“Kewujudan lokasi titik tumpuan ini akan memastikan setiap aduan yang disampaikan dapat disalurkan melalui platform yang tepat, sekali gus memudahkan proses penyelesaian dan meningkatkan keberkesanan tindakan penguatkuasaan,” katanya.

Tambah beliau, dengan pelancaran ini, kerajaan melalui KPDN beriltizam untuk melibatkan seluruh rakyat dalam memastikan usaha membanteras manipulasi dan ketirisan barangan kawalan dapat ditangani.

“KPDN menggesa masyarakat untuk bersama-sama menyokong inisiatif KITA GEMPUR dan menjadi sebahagian daripada gerakan massa agar aktiviti yang merugikan rakyat dan negara dapat dibanteras,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/19/inisiatif-gerakan-kita-gempur-banteras-manipulasi-ketirisan-barang-kawalan-bersubsidi/feed/ 0 62455