kiulu – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 06 Dec 2025 05:11:21 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png kiulu – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Belia, wanita diberi peranan lebih besar dalam kepimpinan komuniti Kiulu https://sabahmedia.com/2025/12/06/belia-wanita-diberi-peranan-lebih-besar-dalam-kepimpinan-komuniti-kiulu/ https://sabahmedia.com/2025/12/06/belia-wanita-diberi-peranan-lebih-besar-dalam-kepimpinan-komuniti-kiulu/#respond Sat, 06 Dec 2025 05:11:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=87827
Read Time:1 Minute, 21 Second

KIULU : Golongan belia dan wanita khususnya di daerah kecil Kiulu akan diberi ruang lebih besar untuk terlibat sama dalam proses membuat keputusan serta mengurus program komuniti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai berkata, langkah itu penting bagi memastikan pendekatan kepimpinan di Kiulu terus selari dengan keperluan semasa, khususnya dalam konteks pembangunan luar bandar yang memerlukan idea segar dan tenaga kerja baharu.

Menurutnya, penyertaan generasi muda dan wanita adalah keperluan strategik untuk memperkukuh tadbir urus serta memastikan program yang dilaksanakan benar-benar mengambil kira keperluan masyarakat.

“Belia dan wanita kini mempunyai kapasiti, kemahiran, dan perspektif yang diperlukan untuk mentadbir komuniti.

“Sudah tiba masanya mereka memainkan peranan lebih besar dalam merangka serta melaksanakan agenda pembangunan Kiulu,” tambahnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan pertandingan dart di Dewan Terbuka St Philip Neri di Pekan Nabalu, di sini pada Sabtu.

Joniston berkata pihaknya sedang menilai semula struktur organisasi di peringkat kampung bagi membuka lebih banyak peluang kepimpinan kepada golongan tersebut, termasuk pendedahan kepada proses penggubalan dasar, perancangan program, dan penyelarasan projek rakyat.

“Langkah itu dijangka meningkatkan keberkesanan pentadbiran akar umbi, khususnya dalam mengurus isu-isu kritikal serta memudahkan komuniti mengurus hal-hal pentadbiran dan penyelarasan program pembangunan di peringkat kampung,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa perubahan ini bertujuan memastikan setiap keputusan yang dibuat lebih berpandukan maklum balas masyarakat dan tidak hanya bersifat penyelesaian jangka pendek.

Joniston turut menekankan bahawa latihan, pendedahan dasar, serta peluang memegang portfolio kerja akan menjadi fokus utama bagi mempersiapkan generasi pelapis untuk mentadbir Kiulu dengan lebih berkesan dan konsisten.

“Kita mahu melihat barisan kepimpinan yang memahami perubahan zaman dan berani meneruskan agenda pembangunan Kiulu tanpa terputus di tengah jalan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/06/belia-wanita-diberi-peranan-lebih-besar-dalam-kepimpinan-komuniti-kiulu/feed/ 0 87827
Warga emas 92 tahun cekal mengundi, jadikan kewajipan  https://sabahmedia.com/2025/11/29/warga-emas-92-tahun-cekal-mengundi-jadikan-kewajipan/ https://sabahmedia.com/2025/11/29/warga-emas-92-tahun-cekal-mengundi-jadikan-kewajipan/#respond Sat, 29 Nov 2025 04:54:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=87363
Read Time:1 Minute, 9 Second

Oleh Raul G

KIULU: Meskipun usia semakin uzur, namun ia bukan halangan kepada seorang warga emas berusia 92 tahun di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu, untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.

Kondusu Yangkat, ditemui menggunakan kerusi roda di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Kiulu, kelihatan bersemangat menjalankan tanggungjawabnya mengundi demi masa depan negara.

“Saya tidak ingat berapa kali saya mengundi tetapi saya tidak pernah terlepas mengundi di tempat sama setiap kali hari pengundian,” katanya yang ditemani anak perempuannya, Christina Lansin@Lansui, 55.

Menurut Kondusu, yang kini mempunyai lebih 10 orang cicit, mengakui dia dilayan baik oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika tiba di pusat pengundian.

“Walaupun saya tiba hampir jam 9 pagi, saya tidak perlu menunggu lama di kelas pusat pengundian kerana warga emas seperti saya diberi keistimewaan dan ia memudahkan saya menjalankan urusan lain,” katanya.

Tambahnya lagi, kewajipan mengundi sangat penting kerana menentukan masa depan generasi muda untuk menikmati kemudahan yang bakal disediakan setiap masa.

Sementara itu, Christina berkata walaupun cuaca hujan renyai, pengundi di sekitar kawasan tetap hadir mengundi lebih awal.

“Kebanyakkan pengundi hadir awal disebabkan mahu mengelakkan cuaca yang lebih buruk seperti kebiasaannya sejak kebelakangan ini apabila hujan lebat kerap berlaku pada sebelah petang,

“Namun, sebahagian lagi pengundi akan turun pada petang kerana menjalani ibadah pada sebelah pagi terutamanya penganut gereja Seven Day Adventist (SDA),” ujarnya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/29/warga-emas-92-tahun-cekal-mengundi-jadikan-kewajipan/feed/ 0 87363
Calon GRS Kiulu, Joniston tekad teruskan pembangunan jika diberi mandat lagi https://sabahmedia.com/2025/11/12/calon-grs-kiulu-joniston-tekad-teruskan-pembangunan-jika-diberi-mandat-lagi/ https://sabahmedia.com/2025/11/12/calon-grs-kiulu-joniston-tekad-teruskan-pembangunan-jika-diberi-mandat-lagi/#respond Wed, 12 Nov 2025 13:47:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85644
Read Time:1 Minute, 24 Second

Oleh Raul G

KIULU: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Joniston Bangkuai, bertekad meneruskan pelan pembangunan menyeluruh yang dirancang bagi memperkukuh kemajuan Kiulu sekiranya diberi mandat sekali lagi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Beliau menegaskan, rancangan tersebut merupakan kesinambungan pelbagai inisiatif yang dijalankan bersama masyarakat sejak mula mewakili kawasan itu pada tahun 2013.

“Mandat ini adalah amanah untuk memastikan setiap rancangan yang telah dirancang dapat direalisasikan.

“Kiulu sudah mempunyai asas yang kukuh, dan kita perlu terus bergerak ke fasa seterusnya,” kata Joniston, yang juga Ketua Penerangan GRS dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Joniston, yang merupakan bekas wartawan dan sebelum ini berkhidmat sebagai Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, selain Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah di bawah pentadbiran GRS.

Beliau pernah memegang portfolio Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah di bawah pentadbiran Barisan Nasional pada tahun 2013 sehingga 2018.

Beliau dikenali atas inisiatif dan sumbangannya dalam pembangunan pelancongan luar bandar dan pelancongan berasaskan komuniti di Sabah, dengan Kiulu dijadikan projek perintis bagi inisiatif pelancongan luar bandar.

Joniston berkata, usaha membawa pelancongan Kiulu ke peringkat antarabangsa akan diteruskan, dengan pelan pembangunan kawasan itu menumpukan kepada pengukuhan pentadbiran akar umbi, pemerkasaan sektor pertanian dan industri kecil, serta membuka lebih banyak peluang ekonomi dan kepimpinan kepada belia dan wanita.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pucuk pimpinan GRS, khususnya Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, serta Pemangku Presiden PBS Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam atas kepercayaan yang diberikan untuk terus menerajui Kiulu.

Joniston berkata jentera GRS kini aktif di lapangan bagi memperkukuh kerjasama dengan masyarakat setempat dan terus mendengar keperluan rakyat.

Beliau turut menyeru rakyat Kiulu untuk terus bersatu dan menilai berdasarkan rekod kerja serta hasil yang telah dicapai sehingga kini.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/12/calon-grs-kiulu-joniston-tekad-teruskan-pembangunan-jika-diberi-mandat-lagi/feed/ 0 85644
Joniston puji masyarakat Kiulu, kerjasama jadikan model pelancongan berasaskan komuniti https://sabahmedia.com/2025/11/11/joniston-puji-masyarakat-kiulu-kerjasama-jadikan-model-pelancongan-berasaskan-komuniti/ https://sabahmedia.com/2025/11/11/joniston-puji-masyarakat-kiulu-kerjasama-jadikan-model-pelancongan-berasaskan-komuniti/#respond Tue, 11 Nov 2025 09:30:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85508
Read Time:1 Minute, 38 Second

Oleh Raul G

KIULU: Masyarakat Kiulu wajar dipuji atas semangat perpaduan dan kerjasama yang berjaya menjadikan kawasan itu sebagai model pelancongan berasaskan komuniti, bukan sahaja di Sabah namun seluruh Malaysia, kata Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Datuk Joniston Bangkuai.

Beliau berkata, usaha penduduk kampung, pengusaha pelancongan dan persatuan tempatan mengukuhkan kedudukan Kiulu sebagai contoh utama pelancongan luar bandar yang mampan selain menjana peluang ekonomi sebenar kepada masyarakat.

“Apa yang menjadikan Kiulu luar biasa bukan sahaja keindahan alam semula jadinya, tetapi juga perpaduan rakyat,” katanya pada Sesi Sialog bersama kira-kira 80 wakil pelancongan daripada Persatuan Pelancongan Kiulu.

Turut hadir dalam sesi dialog berkenaan, Presiden Persatuan Pelancongan Kiulu, Meijin Maginggow dan Pembantu Pengurus Unit Produk STB, Christina Wong.

Menurut Joniston, beliau turut menggalakkan komuniti untuk terus mengenal pasti produk pelancongan yang berpotensi menambah nilai serta meneruskan perancangan pelancongan Kiulu khususnya melalui inisiatif agro-pelancongan dalam usaha memasarkan pelancongan Kiulu ke peringkat antarabangsa.

Joniston, yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu dan kini berada pada minggu terakhirnya sebagai Pengerusi STB, berkata pihak lembaga akan terus menyokong serta memperkasakan komuniti pelancongan luar bandar.

“Kepimpinan mungkin berubah, tetapi komitmen kami tetap sama. Saya yakin STB akan terus menjadi rakan kepada komuniti seperti Kiulu dalam membimbing, memperkasakan serta memastikan pertumbuhan pelancongan terus berkembang secara mampan, inklusif dan diiktiraf di peringkat antarabangsa,” katanya.

Sementara itu, Meijin memuji usaha Joniston dalam membangunkan pelancongan komuniti luar bandar di Kiulu, sambil menyatakan bahawa kepimpinannya telah membantu menjadikan aspirasi penduduk setempat satu kenyataan.

“Dulu, pelancongan hanya sekadar impian, tetapi kini kami berada dalam realiti, dan masyarakat kini menikmati hasilnya.

“Tanpa usaha awal Datuk Joniston, Kiulu mungkin masih bergantung kepada syarikat-syarikat swasta,” kata Meijin sambil menambah bahawa inisiatif pelancongan berasaskan komuniti kini mewujudkan lebih 400 peluang pekerjaan.

Joniston, dijangka akan bertanding semula bagi kerusi DUN Kiulu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 yang bakal diadakan tidak lama lagi, dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 15 November dan hari pengundian pada 29 November.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/11/joniston-puji-masyarakat-kiulu-kerjasama-jadikan-model-pelancongan-berasaskan-komuniti/feed/ 0 85508
Jalan pertanian di Kiulu beri manfaat kepada petani tempatan https://sabahmedia.com/2025/10/31/jalan-pertanian-di-kiulu-beri-manfaat-kepada-petani-tempatan/ https://sabahmedia.com/2025/10/31/jalan-pertanian-di-kiulu-beri-manfaat-kepada-petani-tempatan/#respond Fri, 31 Oct 2025 10:39:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84601
Read Time:1 Minute, 35 Second

Oleh Raul G

KIULU: Jalan pertanian di Kiulu yang dibina dan ditambah baik menjadi pemacu utama pembangunan ekonomi luar bandar, khususnya memberi manfaat kepada petani tempatan.

Penduduk, Joyrul Somudin dari Kampung Balabakan di sini, berkata, usaha berkenaan mula memberi kesan positif kepada komuniti setempat bagi pengurusan tanaman padi bukit dan tanaman atas air.

Katanya, dia turut menggunakan aliran air di kawasan kebun untuk membina kolam ikan sebagai sebahagian daripada aktiviti pertanian mereka selepas jalan pertanian dibuka.

“Sekarang, lebih mudah untuk kami menguruskan tanaman dan hasil selain memberi semangat kepada petani untuk menjalankan kerja harian di kebun,” katanya.

Joyrul menambah, langkah membuka jalan pertanian memberi dorongan kepada petani untuk kekal produktif dan menyokong rancangan pembangunan pertanian sedia ada.

“Kami harap usaha ini berterusan supaya kami dapat terus mengusahakan tanah dengan lebih lancar dan hasil lebih terjamin,” ujarnya.

Jalan pertanian Balabakan-Singgaron merupakan salah satu daripada 47 jalan pertanian di Kiulu yang dikenal pasti untuk kerja penambahbaikan dan naik taraf tahun ini.

Sebahagian jalan lain sudah dibuka sekali gus memberi manfaat kepada lebih 1,400 petani di Kiulu yang mengusahakan 6,680 ekar kawasan pertanian di Kiulu.

Terdahulu, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai, sebelum ini mengadakan mesyuarat bersama Pejabat Pertanian Daerah Tuaran dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar pada Mac lalu bagi menyelaras pelaksanaan inisiatif projek terbabit menerusi peruntukan dana ADUN berjumlah RM1.5 juta.

“Pembukaan jalan pertanian ini adalah sebahagian inisiatif pembangunan pertanian yang dirancang bagi memastikan petani mempunyai akses lebih baik ke kawasan kebun mereka,” kata Joniston.

Beliau menambah, inisiatif ini selaras dengan aspirasi komuniti petani yang memerlukan kemudahan asas pertanian terus dipertingkatkan, sekali gus melengkapi aktiviti pelancongan berasaskan pertanian di Kiulu.

“Usaha menaik taraf kemudahan seperti ini bukan sahaja memudahkan kerja petani, tetapi juga membuka ruang kepada pembangunan aktiviti agropelancongan yang mampu menambah pendapatan penduduk luar bandar.

“Kita mahu melihat inisiatif ini dapat diteruskan agar manfaatnya dirasai penduduk secara berterusan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/31/jalan-pertanian-di-kiulu-beri-manfaat-kepada-petani-tempatan/feed/ 0 84601
Bangunan Urusetia Daerah Kecil Kiulu dijangka siap tahun 2027 – Joniston https://sabahmedia.com/2025/10/28/bangunan-urusetia-daerah-kecil-kiulu-dijangka-siap-tahun-2027-joniston/ https://sabahmedia.com/2025/10/28/bangunan-urusetia-daerah-kecil-kiulu-dijangka-siap-tahun-2027-joniston/#respond Tue, 28 Oct 2025 11:11:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84374
Read Time:1 Minute, 23 Second

Oleh Raul G

KIULU: Pembinaan Bangunan Urusetia Daerah Kecil Kiulu dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan tahun 2027, demikian kata penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai.

Joniston berkata, kerja-kerja penyediaan tapak projek giat dilaksanakan selepas meninjau dan menerima taklimat daripada pihak kontraktor berhubung pelaksanaan fasa awal pembinaan bangunan berkenaan.

“Pembinaan bangunan urusetia ini sudah lama dinantikan penduduk Kiulu dan ianya akan menjadi antara pembangunan penting bagi memperkukuh urusan pentadbiran serta perkhidmatan kerajaan di Kiulu.

“Bangunan ini akan terus menjadi mercu tanda usaha merancakkan rancangan pembangunan di Kiulu, selain membolehkan pengurusan daerah kecil dilaksanakan dengan lebih tersusun serta mempercepatkan proses pelaksanaan pembangunan lain di kawasan ini,” katanya ditemui, hari ini.

Turut hadir, Pegawai Daerah Kecil Kiulu, Leprus Esuva Giswa dan Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya (JKR) Tuaran, Farini Awang.

Kiulu, dinaikkan taraf sebagai Daerah Kecil pada awal tahun 2019 dan menggunakan ruang di belakang Dewan Masyarakat OKK Rampas sebagai pejabat sementara.

Joniston menambah, pembangunan urusetia menjadi sebahagian daripada perancangan menyeluruh bagi memperkasa Pekan Kiulu dan kawasan sekitar termasuk pembangunan infrastruktur, kemudahan awam, dan sokongan kepada ekonomi tempatan.

Sehubungan itu, Joniston turut mengadakan pertemuan bersama pemimpin akar umbi pada Selasa bagi membincangkan persiapan menghadapi pilihan raya serta menilai kemajuan pelbagai inisiatif pembangunan yang sedang dijalankan di kawasan ini.

Difahamkan, perbincangan turut menekankan keperluan kesinambungan dalam pelaksanaan rancangan pembangunan sedia ada bagi memastikan manfaat diterima secara berterusan oleh penduduk Kiulu.

“Bagi kita, kesinambungan amat penting dan segala perancangan yang membawa manfaat tidak boleh terhenti separuh jalan.

“Apa yang sudah dirancang dan sedang dilaksanakan, perlu diteruskan agar Kiulu terus melangkah ke hadapan sebagai sebuah kawasan luar bandar yang maju, tersusun, dan berdaya saing,” ujar beliau.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/28/bangunan-urusetia-daerah-kecil-kiulu-dijangka-siap-tahun-2027-joniston/feed/ 0 84374
CoBT padu kedatangan pelancong ke Sabah https://sabahmedia.com/2025/05/06/cobt-padu-kedatangan-pelancong-ke-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/05/06/cobt-padu-kedatangan-pelancong-ke-sabah/#respond Tue, 06 May 2025 05:55:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73264
Read Time:2 Minute, 22 Second

Kiulu: Sektor pelancongan di Sabah terus mencatat pencapaian memberangsangkan dengan sumbangan ketara daripada Pelancongan Berasaskan Komuniti (CoBT), terutamanya di kawasan pedalaman di negeri ini khususnya di Kiulu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pelancongan merupakan antara teras penting dalam Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), dan Kiulu muncul sebagai salah satu perintis utama dalam pembangunan CoBT.

Katanya, jumlah keseluruhan hasil negeri daripada CoBT meningkat kepada RM7 juta pada tahun lalu, berbanding RM6.7 juta pada tahun 2023 daripada 18 daerah aktif.

“Saya mahu CoBT dibangunkan secara aktif kerana potensinya dalam mengembangkan dan menjana ekonomi di kawasan pedalaman negeri ini,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Tuaran Tahun 2025 di Dewan Masyarakat Kiulu di sini pada Selasa.

Hajiji berkata, Sabah menerima seramai 923,709 pelancong pada suku pertama tahun 2025, iaitu sekitar 26 peratus daripada sasaran keseluruhan 3.5 juta pelawat tahun ini.

“Saya yakin sasaran ini bukan sahaja mampu dicapai, tetapi juga berpotensi untuk melebihi sasaran seperti prestasi pada 2024 dengan kehadiran 3.2 juta pelawat berbanding sasaran awal seramai 3 juta pelancong,” katanya.

Beliau turut menekankan pentingnya kemudahan infrastruktur luar bandar dipertingkatkan sebagai asas untuk menyokong pertumbuhan pelancongan dan pertanian.

Katanya, infrastruktur yang baik bukan sahaja memberi keselesaan kepada rakyat tempatan, malah menjadi tarikan utama kepada pelancong asing dan domestik.

Justeru beliau menyeru rakyat agar terus menyokong usaha kerajaan dalam memperkukuh pembangunan negeri, khususnya dalam sektor pelancongan yang menjadi pemangkin utama kepada ekonomi Sabah.

“Kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan kita. Pembangunan dan pertumbuhan ekonomi yang mampan penting bagi menjamin kemakmuran dan kesejahteraan negeri ini,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji turut merakamkan tahniah kepada empat persatuan CoBT di negeri ini yang menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan empat universiti serta satu persatuan pelancongan dari Taiwan, termasuk Persatuan Pelancongan Kiulu.

Katanya, tiga lagi  CoBT ialah Persatuan Pelancongan  Tambunan, Persatuan Pengusaha Kopi Sabah dan Persatuan Komuniti Wanita Kampung Tambatuon, Kadamaian Kota Belud.

Menurutnya, kolaborasi ini dijangka membawa manfaat besar dalam pemindahan ilmu dan pemerkasaan komuniti pelancongan setempat.

“Daerah Kecil Kiulu seharusnya memanfaatkan sepenuhnya potensinya dalam pelancongan dan pertanian sebagai pemangkin ekonomi kerana daerah ini mempunyai antara pengendali CoBT di negeri ini,” katanya.

Hajiji berkata, Persidangan Pelancongan Berasaskan Komuniti akan dianjurkan buat pertama kali oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) dengan kerjasama Lembaga Pelancongan Sabah pada bulan Jun ini di Kota Kinabalu, sebagai satu lagi langkah strategik dalam memperkukuh sektor pelancongan Sabah.

Sementara itu, Hajiji turut meluluskan peruntukan sebanyak RM1.1 juta untuk melaksanakan beberapa projek pembangunan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu. 

Antaranya pembinaan tempat letak kereta Pekan Kiulu, pembinaan jalanraya ke Kampung Kitapol dan projek bekalan air graviti Kampung Lopot.

“Kiulu mesti dibangunkan dan aspirasi rakyat yang mahukan pembangunan berterusan dan kesejahteraan mereka mesti kita bela dan bantu,” katanya.

Hajiji turut mengisytiharkan Dewan Masyarakat Kiulu kini dinamakan sebagai Dewan Masyarakat OKK Rampas. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/06/cobt-padu-kedatangan-pelancong-ke-sabah/feed/ 0 73264
Kiulu eyes community farming as next initiative https://sabahmedia.com/2025/05/02/kiulu-eyes-community-farming-as-next-initiative/ https://sabahmedia.com/2025/05/02/kiulu-eyes-community-farming-as-next-initiative/#respond Fri, 02 May 2025 07:04:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73063
Read Time:1 Minute, 33 Second

By Mu Vitet

KIULU: As a successful model for community-based tourism, this valley is now exploring community farming as its next initiative to further empower rural residents, said Kiulu Assemblyman Datuk Joniston Bangkuai.

“The model of community involvement has worked well for us in tourism, and now we want to apply the same principles to agriculture.

“This community farming effort will be developed on nearly 30 gazetted village reserve lands, which will provide structured spaces for agricultural activities,” he said at the Pesta Kaamatan Mahkamah Anak Negeri Kiulu here.

The Assistant Tourism, Culture and Environment Minister added that local leaders, including village heads and JKKK chairpersons with farming experience, should spearhead the implementation to ensure community ownership.

“The Kiulu ADUN Service Centre will coordinate with the Tuaran District Agriculture Department and grassroots leaders to facilitate engagement and provide technical input for effective implementation.

“This direct engagement will form the basis for preparing a comprehensive concept paper to be submitted to the relevant ministry for funding support,” he said.

The community farming initiative aligns with the Sabah Maju Jaya agenda, which focuses on rural development and economic sustainability.

Kiulu is already known for its cultivation of pineapple, ginger and hill paddy – all of which have market potential if further developed.

“These are our signature crops. We want to maximise their value and make Kiulu a centre for premium produce,” said Joniston.

He noted the future goal of establishing processing facilities to add value and create local employment opportunities.

Since beginning with just a handful of tourism operators in 2014, Kiulu has grown to host over 80 operators today, generating both part-time and full-time employment for more than 400 locals.

“Farming has always been part of our culture, and it’s also an attraction in itself. Blending agriculture with tourism adds depth to the rural experience,” Joniston added.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/02/kiulu-eyes-community-farming-as-next-initiative/feed/ 0 73063
Jalan pertanian dinaik taraf, lebih 1,400 petani Kiulu bakal raih manfaat https://sabahmedia.com/2025/03/29/jalan-pertanian-dinaik-taraf-lebih-1400-petani-kiulu-bakal-raih-manfaat/ https://sabahmedia.com/2025/03/29/jalan-pertanian-dinaik-taraf-lebih-1400-petani-kiulu-bakal-raih-manfaat/#respond Sat, 29 Mar 2025 05:49:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71288
Read Time:1 Minute, 31 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KIULU: Lebih 1,400 petani di Kiulu bakal mendapat akses yang lebih baik ke kawasan pertanian seluas 6,680 ekar susulan usaha menaik taraf jalan pertanian dan memperkukuh sektor pertanian, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai.

Beliau berkata, akses jalan yang lebih baik adalah kunci bagi memastikan petani dapat memanfaatkan tanah mereka sepenuhnya dan meningkatkan produktiviti.

Sebanyak RM1.5 juta daripada dana kawasan beliau diperuntukkan bagi pembinaan dan naik taraf 47 jalan pertanian yang telah dikenal pasti tahun ini, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan menyokong komuniti petani.

“Seiring dengan usaha menambah baik kesalinghubungan, saya juga ingin melihat lebih ramai penduduk kampung membuka tanah mereka untuk pertanian sebagai sumber pendapatan yang mampan,” katanya pada majlis penutupan Kursus Pengenalan Vermikompos dan Cantuman Durian di sini, pada Jumaat.

Kursus anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah dengan kerjasama Pejabat Daerah Kecil Kiulu itu dihadiri lebih daripada 30 peserta, termasuk golongan belia.

Joniston menegaskan bahawa infrastruktur sahaja tidak mencukupi, justeru kursus berkaitan pertanian akan dipergiat bagi membekalkan petani dengan pengetahuan dan kemahiran yang lebih komprehensif.

“Ini akan dilaksanakan dengan sokongan serta kerjasama jabatan dan agensi berkaitan bagi memastikan latihan dan bimbingan yang sewajarnya diberikan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa perbincangan bagi memperkukuh pembangunan pertanian di Kiulu telah diadakan bersama Pejabat Pertanian Daerah Tuaran dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Walaupun Kiulu terkenal sebagai destinasi pelancongan luar bandar, Joniston berkata tumpuan kini diberikan kepada usaha memperluas peluang dalam sektor pertanian, termasuk penanaman tanaman bernilai tinggi.

“Kami juga melihat potensi penanaman vanila sebagai sumber pendapatan, dan baru-baru ini, pusat khidmat saya telah menganjurkan lawatan lebih daripada 20 petani ke sebuah ladang vanila yang berjaya di Kimanis,” katanya.

Joniston berkata, penambahbaikan infrastruktur dan latihan akan menyokong petani serta mewujudkan peluang dalam agro-pelancongan, sekali gus menjadikan Kiulu sebagai model pembangunan ekonomi luar bandar.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/29/jalan-pertanian-dinaik-taraf-lebih-1400-petani-kiulu-bakal-raih-manfaat/feed/ 0 71288
Kiulu perkasa sektor pertanian, lonjak ekonomi luar bandar https://sabahmedia.com/2025/03/14/kiulu-perkasa-sektor-pertanian-lonjak-ekonomi-luar-bandar/ https://sabahmedia.com/2025/03/14/kiulu-perkasa-sektor-pertanian-lonjak-ekonomi-luar-bandar/#respond Fri, 14 Mar 2025 04:29:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70375
Read Time:1 Minute, 58 Second

KOTA KINABALU: Kerjasama strategik antara Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM), dan Jabatan Pertanian Tuaran sedang giat dilaksanakan bagi mengoptimumkan potensi pertanian di Kiulu serta memperkasakan ekonomi komuniti setempat.

ADUN Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai, berkata inisiatif ini diambil bagi memperkukuh pembangunan pertanian susulan kejayaan menjadikan Kiulu sebagai destinasi pelancongan luar bandar.

“Pertanian dan pelancongan saling melengkapi dan mampu membawa perubahan besar kepada landskap luar bandar Kiulu. Dengan infrastruktur yang lebih baik, perancangan strategik, dan pemindahan ilmu yang berkesan, kita dapat meningkatkan produktiviti pertanian serta memperkayakan pengalaman pelancongan berasaskan sumber semula jadi,” katanya.

Joniston berkata demikian selepas mengadakan perbincangan dengan Pegawai Kanan Pertanian Tuaran, TS Nor Shafareena Hamsa, serta pegawai lain di Pejabat Pertanian Tuaran pada Rabu (12 Mac).

Dalam pertemuan itu, beliau dimaklumkan bahawa Kiulu telah dipilih sebagai lokasi projek perintis penanaman padi berhasil tinggi yang dilancarkan di Kampung Tompinahaton pada akhir tahun lalu.

Menurutnya, kejayaan projek ini bukan sahaja dapat meningkatkan hasil padi tempatan tetapi juga mengurangkan kebergantungan kepada beras import, sekali gus menyumbang kepada keselamatan makanan negeri.

Bagi menyokong pembangunan pertanian di kawasan itu, Joniston mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.5 juta daripada dana ADUN untuk menaik taraf jalan-jalan pertanian sedia ada serta membina jalan baharu.

“Berdasarkan rekod Pejabat Daerah Kecil Kiulu, terdapat 73 jalan pertanian di kawasan ini. Tahun ini, kira-kira 40 jalan akan dinaik taraf manakala beberapa jalan baharu turut dibina bagi memudahkan akses petani ke ladang mereka,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa kemudahan infrastruktur yang baik akan membantu meningkatkan kecekapan pengeluaran hasil pertanian serta menarik lebih ramai golongan muda untuk menceburi sektor ini.

“Kami juga akan memberi tumpuan kepada penyediaan ilmu dan motivasi kepada golongan belia, khususnya graduan menganggur, untuk melibatkan diri dalam bidang pertanian dan pelancongan sementara menunggu peluang pekerjaan,” tambahnya.

Inisiatif pembangunan pertanian ini selaras dengan agenda Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang menekankan kepentingan sektor pertanian dalam merancakkan ekonomi negeri dan mengurangkan import makanan.

“Matlamat kami adalah menjadikan Kiulu sebagai model pembangunan luar bandar bersepadu yang memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat, terutama dalam pemerkasaan ekonomi dan penciptaan peluang pekerjaan,” katanya.

Selain itu, Joniston turut mendedahkan bahawa pihaknya sedang merancang penubuhan kilang memproses nanas dan halia serta kemudahan pembungkusan padi bukit di Kiulu.

“Walaupun Kiulu adalah kawasan luar bandar, dengan perancangan yang betul, kami yakin sektor pertanian, pelancongan, dan pembuatan dapat berkembang selaras dengan pelan pembangunan SMJ,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/14/kiulu-perkasa-sektor-pertanian-lonjak-ekonomi-luar-bandar/feed/ 0 70375