KK – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 14 Nov 2025 08:10:38 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png KK – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Guna wang palsu: Lelaki dipenjara 5 tahun, denda RM1,000 https://sabahmedia.com/2025/11/14/guna-wang-palsu-lelaki-dipenjara-5-tahun-denda-rm1000/ https://sabahmedia.com/2025/11/14/guna-wang-palsu-lelaki-dipenjara-5-tahun-denda-rm1000/#respond Fri, 14 Nov 2025 08:10:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85752
Read Time:1 Minute, 30 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Gara-gara menggunakan wang palsu RM150, seorang lelaki menangis apabila dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM1,000, atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen hari ini.

Hakim Amir Shah Amir Hassan menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Noor Hafizan Azlan, 26, apabila kes itu disebut semula untuk keputusan hari ini.

Mohd Noor Hafizan mengaku bersalah menggunakan wang palsu sebagai tulen iaitu tiga keping wang kertas RM50 yang mempunyai nombor siri sama, FL1400605, antara jam 11 pagi hingga 11.30 pagi pada 19 Disember 2023 di Stesen Minyak Shell Golden Hill Enterprise, Jalan Pintas Donggongon.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 489B Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, tertuduh telah membeli Reload Pin Touch & Go bernilai RM150 dan membayarnya menggunakan tiga keping wang RM50 palsu. Selepas pembayaran diterima, tertuduh melarikan diri menaiki kereta jenama Ford.

Rakaman CCTV menunjukkan tertuduh dan kenderaan berkenaan berada di lokasi kejadian pada masa tersebut. Siasatan mendapati kereta itu dimiliki oleh sebuah syarikat, dan tertuduh diberi akses untuk tujuan pekerjaan.

Tertuduh ditahan pada 10 Januari 2024, kira-kira jam 1.30 pagi, di Kepayan oleh pihak polis.

Selain itu, laporan analisis Bank Negara Malaysia juga telah diperolehi dan mengesahkan tiga wang note bernilai RM50 yang telah kamu gunakan di Stesen minyak semasa kejadian adalah merupakan wang palsu.

Semasa rayuan, tertuduh merayu meminta hukuman diringankan kerana dia mempunyai tiga orang adik beradik yang masih bersekolah dan juga orang tua yang ditanggung.

“Saya janji tidak akan buat lagi. Saya harap rayuan saya dapat diterima,” katanya sedih.

Timbalan Pendakwa Raya, Bryan Francis, menekankan perlunya hukuman berat kerana kesalahan itu serius dan boleh memberi kesan kepada ekonomi negara.

Tambahnya, semasa ditahan, tertuduh masih memiliki wang palsu berjumlah RM1,220.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/14/guna-wang-palsu-lelaki-dipenjara-5-tahun-denda-rm1000/feed/ 0 85752
Curi Kabel Punca Gangguan Bekalan Elektrik https://sabahmedia.com/2021/12/01/curi-kabel-punca-gangguan-bekalan-elektrik/ https://sabahmedia.com/2021/12/01/curi-kabel-punca-gangguan-bekalan-elektrik/#respond Wed, 01 Dec 2021 01:52:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9123
Read Time:2 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU: Gangguan bekalan elektrik yang berlaku malam Ahad lalu berpunca selepas talian dan beberapa pencawang Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) terpelantik mengakibatkan beberapa kawasan mengalami gangguan bekalan.

Difahamkan, kejadian yang berlaku jam 9.11 malam itu melibatkan kerosakan kabel yang mengakibatkan dua pencawang utama terputus bekalan iaitu Pencawang Masuk Utama (PMU) Karamunsing dan Pencawang Pembahagian Utama Kundasang.

Ketua Pegawai Eksekutif SESB Datuk Ir Abdul Nasser Abdul Wahid berkata, gangguan yang berlaku melibatkan pengguna di sekitar Karamunsing, Kiulu, Pekan Nabalu dan Kundasang dengan anggaran jumlah kehilangan beban sebanyaj 14MW meliputi hampir 13,536 pengguna.

Katanya, susulan kejadian itu, SESB telah melakukan siasatan rapi yang membawa kepada penemuan kesan kabel 66kV milik SESB yang dipotong dan dicuri berdekatan dengan persimpangan lampu isyarat Tanjung Aru.

“SESB amat kesal dengan kejadian yang tidak bertanggungjawab ini dan akan bekerjasama dengan Polis bagi memastikan pelaku dan dalang dapat dibawa ke muka pengadilan selain melaksanakan beberapa inisiatif bersama Polis agar kejadian seumpama ini dapat dibendung,” katanya dalam satu kenyataan disini kelmarin.

Abdul Nasser berkata, kesan daripada insiden curi kabel itu telah menyebabkan ketidakstabilan bekalan ke beberapa lokasi di sekitar bandaraya Kota Kinabalu.

Katanya, SESB harus menggunakan kaedah interim dengan menyalurkan bekalan melalui punca bekalan alternatif termasuk meletakkan janakuasa bergerak di lokasi-lokasi strategik untuk memastikan pembekalan elektrik dibekalkan secara berterusan kepada pengguna yang terjejas.

“Kerja-kerja pemulihan kabel yang rosak di seksyen PMU Kota Kinabalu ke PMU Karamunsing tersebut serta penyiapan satu lagi kabel di seksyen PMU UMS ke PMU Karamunsing sebagai punca bekalan tambahan yang lain masih lagi dalam tindakan pembaikan.

“Usaha membaikpulih kabel-kabel 66kV tersebut sedang dilaksanakan dan dianggarkan akan mengambil masa selama dua minggu untuk siap sepenuhnya,” katanya.

Tambahnya, bagi memastikan bekalan terus dapat diberikan kepada semua pengguna, maka langkah-langkah interim telah dilaksanakan termasuk mengerahkan sebanyak tujuh buah generator bergerak ke beberapa kawasan.

Sehubungan dengan itu, Ir Abdul Nasser berkata sebagai langkah penyelesaian jangka panjang SESB juga sedang giat melaksanakan kerja-kerja menaiktaraf grid melalui projek pengukuhan pusat (central area reinforcement projects) untuk menggantikan sistem penghantaran 66kV yang usang kepada sistem 132kV di sekitar kawasan bandaraya Kota Kinabalu.

“Usaha ini akan disusuli dengan mulatugas beberapa Pencawang Masuk Utama (PMU) 132kV yang baru secara berperingkat pada awal tahun hadapan, iaitu PMU Penampang, PMU Kota Kinabalu, PMU Inanam dan PMU Tg Lipat dan akan menstabilkan bekalan elektrik di Kota Kinabalu kelak dengan adanya pelbagai redundansi atau punca bekalan alternatif kelak,” katanya.

Pengguna yang memerlukan maklumat lanjut adalah dinasihat untuk berhubung dengan SESB Careline 15454, 088- 515000 atau melalui aplikasi Whatsapp 019 852 5427 atau menggunakan aplikasi mySESB yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store atau Apple App Store.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/01/curi-kabel-punca-gangguan-bekalan-elektrik/feed/ 0 9123
UMNO Sabah Bahagian KK Agih Bantuan Makanan Di DUN Luyang & Likas https://sabahmedia.com/2021/08/23/umno-sabah-bahagian-kk-agih-bantuan-makanan-di-dun-luyang-likas/ https://sabahmedia.com/2021/08/23/umno-sabah-bahagian-kk-agih-bantuan-makanan-di-dun-luyang-likas/#respond Mon, 23 Aug 2021 08:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5115
Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak 966 unit rumah kos rendah di Kepayan Ridge disini menerima  bantuan makanan yang disumbangkan UMNO Sabah Bahagian Kota Kinabalu.

Penyerahan itu turut mendapat kerjasama Unit Pemimpin Pembangan Masyarakat (UPPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Luyang.

Ketua UMNO Sabah Bahagian Kota Kinabalu Musliati Moslimin berkata, bantuan itu adalah bagi membantu meringankan bebanan penduduk sekitar khususnya yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

“Baru-baru ini kami dengan kerjasama UPPM DUN Luyang serta dibantu beberapa rakan dari Amal Bakti Likas mengagihkan sumbangan bantuan makanan ke 23 blok perumahan di Kepayan Ridge melibatkan 966 Ketua Isi Rumah (KIR).

“Kita memahami situasi yang sukar ini, ada penduduk yang mungkin sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, justeru dengan sumbangan diharap mampu membantu meringankan bebanan penduduk di sini,” katanya ketika dihubungi Sabah Media disini hari ini.

Musliati berkata, agihan bantuan makanan itu diserahkan secara individu ke setiap rumah sebagai pematuhan kepada prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan.

Katanya, selain penghuni di perumahan itu, pihaknya turut mengagihkan bantuan ke beberapa unit rumah kedai di kawasan berkenaan.

“Selain di Kepayan Ridge, kami turut mengagihkan bantuan sama kepada 264 penerima membabitkan penduduk sekitar Taman Changyai Villa, Lot Kedai dan Taman Likas Jaya.

“Pada agihan ini, kami mendapat kerjasama UPPM DUN Likas bagi menjayakan agihan bantuan makanan tersebut,” katanya.

Katanya, bantuan makanan itu merangkumi keperluan asas seperti beras, telur dan beberapa keperluan lain.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/23/umno-sabah-bahagian-kk-agih-bantuan-makanan-di-dun-luyang-likas/feed/ 0 5115
Pemuda SAPP KK Fokus Program Bantu Rakyat https://sabahmedia.com/2021/08/17/pemuda-sapp-kk-fokus-program-bantu-rakyat/ https://sabahmedia.com/2021/08/17/pemuda-sapp-kk-fokus-program-bantu-rakyat/#respond Tue, 17 Aug 2021 09:29:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4772
Read Time:43 Second

KOTA KINABALU: Meskipun dalam keadaan suhu politik negara yang semakin panas, Pemuda Parti Progresif Sabah (SAPP) Kota Kinabalu memilih untuk fokus meneruskan program membantu rakyat yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Dalam program tersebut Naib Ketua Pemuda SAPP Dexter Chin bersama pasukan bergerak untuk mengedarkan bantuan bakul makanan di sekitar Kota Kinabalu dan kawasan berdekatan.

Menurut Dexter, terdapat ramai golongan muda yang bekerja makan gaji sekitar Kota Kinabalu terkesan kerana masih ada beberapa sektor perkerjaan belum dibuka.

“Saya berharap segala kemelut politik yang berlaku ini akan cepat berlalu dan kita dapat fokus kepada pelan pemulihan negara.

“Semoga dengan sedikit bantuan ini, dapat mengurangkan beban penerima,” katanya.

Sementara itu kerajaan negeri sedang giat menjalankan program imunisasi vaksin COVID-19 untuk mencapai imuniti kelompok secepat mungkin.

Manakala kempen patuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi memutuskan rantaian COVID-19 juga sedang giat dilaksanakan diseluruh negeri.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/17/pemuda-sapp-kk-fokus-program-bantu-rakyat/feed/ 0 4772