Kkcd – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 01 Jan 2025 09:34:36 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kkcd – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lebih 10,000 hadir meriahkan KKCD 2025 https://sabahmedia.com/2025/01/01/lebih-10000-hadir-meriahkan-kkcd-2025/ https://sabahmedia.com/2025/01/01/lebih-10000-hadir-meriahkan-kkcd-2025/#respond Wed, 01 Jan 2025 09:34:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66329
Read Time:1 Minute, 21 Second

Kota Kinabalu : Lebih 10,000 rakyat berbilang kaum hadir memeriahkan Sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 (KKCD25) Kerajaan Negeri Sabah yang berlangsung di Jalan Tun Fuad Stephens di sini, malam tadi.

Pelbagai aktiviti dan program diadakan termasuk persembahan nyanyi dari artis tempatan dan luar negara.

Lebih menarik apabila dentuman bunga api yang mewarnai ruang udara bandaraya Kota Kinabalu tepat jam 12 tengah malam tadi.

KKCD25 itu turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor; Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, Menteri Pembangunan dan Perindustrian, Datuk Phoong Jin Zhe dan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib.

Hajiji ketika menyampaikan aspirasi dan harapan pada majlis itu berkata, Kerajaan negeri akan terus melaksanakan agenda sedia ada dan tetap teguh di landasan yang betul untuk mencapai apa yang dirancangkan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat atas kepercayaan dan sokongan berterusan Kepada kerajaan Gabungan Rakyat Sabah dan Pakatan Harapan (GRS-PH) untuk menerajui negeri ini.

“Kerajaan gabungan ini komited untuk meneruskan pembangunan dan mewujudkan lebih banyak ruang ekonomi kepada rakyat. Oleh itu, marilah kita bersama-sama bersatu dalam solidariti mengutamakan perpaduan untuk mewujudkan kestabilan politik di negeri yang tercinta ini,” katanya.

Katanya, dengan labuhnya tirai 2024, beliau mahu semua pihak memandang kehadapan untuk memperbarui komitmen bagi meneruskan agenda pembangunan hala tuju untuk 2025.

“Kerajaan akan lebih tegas untuk meneruskan agenda pembangunan dan memastikan kesejahteraan rakyat pada tahun 2025.

“Saya berharap agar kita semua akan terus lebih komited dengan sikap toleransi dan bersatu padu.  Kerajaan negeri komited untuk memastikan rakyat dan kestabilan politik sentiasa tegak supaya pertumbuhan ekonomi kita akan terus membangun.  Selamat Tahun Baru,” katanya. 

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/01/lebih-10000-hadir-meriahkan-kkcd-2025/feed/ 0 66329