kkdw – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 24 Jun 2025 07:07:24 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png kkdw – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 KKDW laksana ‘Game Changer’ secara menyeluruh, radikal https://sabahmedia.com/2025/06/24/kkdw-laksana-game-changer-secara-menyeluruh-radikal/ https://sabahmedia.com/2025/06/24/kkdw-laksana-game-changer-secara-menyeluruh-radikal/#respond Tue, 24 Jun 2025 06:26:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76086
Read Time:1 Minute, 37 Second

Kota Kinabalu : Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) mengambil pendekatan ‘Game Changer’ yang menyeluruh dan radikal demi memastikan setiap agensi dan anak syarikat di bawahnya benar-benar memberi impak.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendekatan yang dilakukan melibatkan barisan tertinggi kementerian termasuk jabatan dan agensi di bawahnya telah memasuki sesi pemukiman kali kelima.

“Pertamanya, setiap agensi dan anak syarikat diwajibkan untuk menjana keuntungan. Mana-mana syarikat atau anak syarikat yang tidak ada keuntungan, ianya boleh dibuat secara Management Buy-Out (MBO) atau ditutup sepenuhnya.

“Kita menyasarkan hanya satu tahun untuk agensi dan anak-anak syarikatnya membuat keuntungan dan saya bukan hanya mengeluarkan arahan tetapi saya ‘hands-on’ turun ke bawah dan memberikan beberapa panduan untuk mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Program Pemerkasaan Usahawan Wanita Sabah (PPWS) di Pusat konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Selasa.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, setiap agensi turut diberi sasaran yang jelas mengikut kawasan operasi masing-masing.

Namun katanya, pendekatan KKDW lebih progresif jika KPI tidak tercapai, puncanya akan disiasat; jika tercapai, agensi tetap dicabar untuk meningkatkan lagi prestasi.

“Capai KPI bukan bermakna selesai. Kita soal balik, apa lagi boleh dibuat lebih baik?” katanya.

Beliau berkata, pendekatan itu turut diguna pakai dalam bidang pendidikan, terutamanya melalui agensi Majlis Amanah Rakyat (MARA) menerusi pendekatan baharu diperkenalkan iaitu penggabungan kecemerlangan akademik dan pengukuhan spiritual.

Katanya, sebanyak 57 MRSM telah di-ulul albabkan dimana program hafazan Al-Quran dimulakan sejak Tingkatan 1, tanpa mengabaikan subjek sains dan profesional.

“Ini bukan saja mencipta pelajar cemerlang, tapi berjiwa besar dan berakhlak tinggi – itulah ‘game changer’ sebenar dalam pendidikan,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, lebih menarik, KKDW kini menggunakan pendekatan ‘engagement’ dengan memberi sokongan, dorongan dan motivasi kepada semua lapisan pekerja, bukan hanya pegawai atasan, tetapi termasuk staf pertengahan dan bawahan.

“Bila mereka rasa dihargai, semangat kerja meningkat. Inilah budaya kerja baharu yang kita bawa,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/24/kkdw-laksana-game-changer-secara-menyeluruh-radikal/feed/ 0 76086
KKDW peruntukkan RM2.4 juta untuk baiki saluran paip di Sepanggar https://sabahmedia.com/2024/06/22/kkdw-peruntukkan-rm2-4-juta-untuk-baiki-saluran-paip-di-sepanggar/ https://sabahmedia.com/2024/06/22/kkdw-peruntukkan-rm2-4-juta-untuk-baiki-saluran-paip-di-sepanggar/#respond Sat, 22 Jun 2024 14:33:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56379
Read Time:58 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak RM2.4 juta peruntukan untuk membaiki saluran paip bekalan air di kawasan Sepanggar, kata Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid memaklumkan perkara itu ketika ditanya mengenai isu gangguan bekalan air di kawasan Sepanggar yang dilihat sangat kritikal pada ketika ini.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, peruntukan akan terus ditambah dan berharap kerjasama di peringkat negeri dapat diselaraskan dengan KKDW untuk menyediakan bekalan air kepada penduduk.

“Kita telah memberikan peruntukan RM2.4 juta untuk membaiki saluran paip di Sepanggar. Ini termasuk jumlah keseluruhan sebanyak RM140 juta peruntukan untuk negeri Sabah bagi tahun 2024 di bawah Program Bekalan Air Luar Bandar (BALB) KKDW. Saya akan terus menambah peruntukan itu.

“Namun walaupun kita baiki saluran paip tetapi bekalan tidak mencukupi, mustahil pengguna akan memperolehinya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Sepanggar, di sini pada Sabtu.

Sebelum itu, sekumpulan mahasiswa dan orang awam telah mengadakan perhimpunan aman di hadapan Menara Kinabalu baru-baru ini.

Perhimpunan tersebut adalah untuk menyerahkan memorandum kepada Ketua Menteri Sabah bagi menuntut penyelesaian isu air termasuk di Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang terletak di kawasan Sepanggar.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/22/kkdw-peruntukkan-rm2-4-juta-untuk-baiki-saluran-paip-di-sepanggar/feed/ 0 56379
KKDW komited teruskan kerjasama strategik bersama pengurusan tertinggi kerajaan Sabah https://sabahmedia.com/2024/05/10/kkdw-komited-teruskan-kerjasama-strategik-bersama-pengurusan-tertinggi-kerajaan-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/05/10/kkdw-komited-teruskan-kerjasama-strategik-bersama-pengurusan-tertinggi-kerajaan-sabah/#respond Fri, 10 May 2024 08:01:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54222
Read Time:2 Minute, 40 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sentiasa komited untuk meneruskan kerjasama strategik bersama pengurusan tertinggi kerajaan negeri dan jabatan serta agensi di Sabah.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri KKDW, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerjasama ini melalui beberapa sesi engagement terutamanya mesyuarat utama, mesyuarat tapak serta lawatan-lawatan ke tapak projek bagi memastikan semua perancangan dan pelaksanaan program atau projek dipantau dengan lebih rapi dan berjalan lancar.

Katanya, pada tahun 2024, KKDW telah menerima peruntukan berjumlah RM1.41 bilion bagi negeri Sabah iaitu peningkatan sebanyak RM290.1 juta (20.5%) berbanding tahun 2023 dan merupakan peruntukan yang tertinggi berbanding negeri lain.

“Peruntukan ini melibatkan 295 program atau projek yang terdiri daripada 70 program/projek baru dan 225 program/projek sambungan dengan kos keseluruhan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) berjumlah RM17.8 bilion.

“Daripada jumlah RM1.41 bilion yang diperuntukkan pada tahun 2024 ini, RM1.06 bilion telah diperuntukkan untuk pelaksanaan 224 projek infrastruktur seperti Jalan Luar Bandar (JALB), Jambatan Luar Bandar (JMLB), Bekalan Air Luar Bandar (BALB), Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) dan Projek Pemajuan Kawasan (PPK) bagi menyokong usaha Kerajaan Negeri untuk pembangunan negeri Sabah,” katanya semasa mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Antara YAB Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dengan Exco-Exco Luar Bandar (Mexclub) Bilangan 1 Tahun 2024 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai mesyuarat itu, Zahid berkata, mesyuarat yang diadakan kali ini adalah untuk Exco-Exco Luar Bandar seluruh negeri melakukan penyelarasan program-program yang telah persetujukan bersama sebelum ini dan laksanakan tahun ini.

“Perkara pertama adalah untuk memperseimbangkan antara projek-projek fizikal yang ada yang telah kita kemukakan kepada kerajaan negeri.

“Manakala pelaksanaannya mesti dipantau untuk disegerakan dengan tidak mengetepikan tatakelola yang telah ditentukan oleh pihak kerajaan, contohnya sesuatu projek yang telah diluluskan hanya dapat dilaksanakan selepas 2 atau 3 tahun kerana ianya bergantung kepada konsultan, Penyediaan Senarai Kuantiti (BQ) dan tender terbuka yang mengambil masa yang lama.

“Justeru, apa yang harus dilakukan adalah dengan mengikuti tatakelola oleh Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi maka pelaksanaannya dapat disegerakan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Zahid turut memberitahu agensi kerajaan Felda turut dijemput dalam mesyuarat tersebut.

“Buat pertama kalinya mesyuarat kali ini melibatkan Felda, Felda walaupun bukan di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah tetapi Felda dijaga oleh saya di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Felda diwakili oleh pengerusinya sendiri untuk mendengar sekurang-kurangnya tentang apakah sebenarnya program-program luar bandar bukan hanya sekadar projek tetapi bagaimana pengisian minda dan perubahan sikap harus dilakukan dengan tidak hanya menumpukan kepada projek,” katanya.

Turut hadir wakil-wakil dari Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara.

Sementara itu pada sidang media sama, beliau turut mengumumkan setiap exco luar bandar yang hadir ke mesyuarat tersebut akan menerima peruntukan tambahan RM750,000 untuk melaksanakan projek mengikut kumpulan sasaran negeri masing-masing.

“Setiap exco yang datang mesyuarat kita berikan
peruntukan tambahan untuk mereka laksanakan projek-projek mengikut kumpulan sasaran di negeri masing-masing khususnya projek-projek infrastruktur dan projek eminiti iaitu peruntukan sebanyak RM750,000 setiap seorang exco.

“Saya harap mereka tidak akan menghantar wakil lagi di mesyuarat-mesyuarat akan datang. Keseriusan itu mesti ada,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/10/kkdw-komited-teruskan-kerjasama-strategik-bersama-pengurusan-tertinggi-kerajaan-sabah/feed/ 0 54222
KKDW anjur Klinik Pemerkasaan Kepimpinan Belia, Wanita dan Ekonomi Luar Bandar Sabah di Sook https://sabahmedia.com/2023/10/03/kkdw-anjur-klinik-pemerkasaan-kepimpinan-belia-wanita-dan-ekonomi-luar-bandar-sabah-di-sook/ https://sabahmedia.com/2023/10/03/kkdw-anjur-klinik-pemerkasaan-kepimpinan-belia-wanita-dan-ekonomi-luar-bandar-sabah-di-sook/#respond Tue, 03 Oct 2023 11:05:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43009
Read Time:2 Minute, 25 Second

SOOK: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah menganjurkan program Klinik Pemerkasaan Kepimpinan Belia, Wanita dan Ekonomi Luar Bandar Tahun 2023 peringkat Negeri Sabah di daerah kecil Sook, baru-baru ini.

Setiausaha Bahagian KKDW,
Che Mohd Zulkifli Ismail berkata, program ini adalah inisiatif KKDW dalam mensejahterakan luar bandar.

Katanya, pembangunan luar bandar merupakan satu agenda yang penting dalam memastikan Malaysia dapat mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi, tanpa meminggirkan penduduk luar bandar.

“Pelbagai program telah dilaksanakan sama ada dari segi infrastruktur, ekonomi dan pembangunan modal insan bagi memastikan penduduk luar bandar dapat mengecapi nikmat pembangunan negara, selari dengan penduduk bandar.

“Telah banyak inisiatif mahu pun program yang dilaksanakan oleh Kerajaan untuk membangunkan kawasan luar bandar yang menyeluruh dan tersusun, namun ianya boleh diberi nilai tambah dengan adanya penglibatan pelbagai pihak samada pihak Kerajaan dan swasta dengan masyarakat. Oleh itu, usaha yang berterusan adalah penting bagi meningkatkan taraf hidup dan pendapatan supaya dapat mewujudkan kehidupan yang sejahtera,” kata Che Mohd Zulkifli dalam ucapannya semasa program itu.

Menurutnya lagi, objektif utama yang ingin dicapai melalui program ini, adalah untuk memberi inspirasi dan laluan kepada masyarakat luar bandar agar dapat menerima maklumat secara terus dan perkhidmatan yang berkesan.

Katanya, penganjuran program seperti ini adalah salah satu langkah yang membolehkan kita berkongsi idea dan amalan terbaik dalam melaksanakan kerjasama bersama Kerajaan, swasta dan komuniti luar bandar yang lestari dan berimpak tinggi.

“Tumpuan diberikan kepada pembangunan sosio-ekonomi luar bandar dengan pembukaan tanah dan mewujudkan industri kecil. Di samping itu, perhatian juga diberikan bagi meningkatkan tahap sosial masyarakat seperti aspek kesihatan, pendidikan dan sebagainya.

“Selaras dengan itu, KKDW adalah sebuah Kementerian yang meneraju pembangunan luar bandar dengan melahirkan masyarakat luar bandar yang sejahtera dalam pelbagai aspek kehidupan.

“Selain itu, visi ‘’Luar Bandar Sejahtera’’ juga memfokuskan kepada pembangunan mampan yang akan memastikan pembangunan berimbang dan saling melengkapi antara pelbagai aspek,” jelas beliau.

Che Mohd Zulkifli berkata, KKDW telah pun melancarkan Dasar Pembangunan Luar Bandar 2030 (DPLB 2030) yang mensasarkan kepada pembangunan luar bandar yang holistik untuk tempoh sehingga 2030. Salah satu strategi yang digariskan dalam dasar ini adalah memperkukuhkan kerjasama di antara pihak Kerajaan dan swasta bersama masyarakat dalam usaha untuk membangunkan luar bandar.

“Simbiosis antara sektor awam dan swasta menjadi formula penting dalam memajukan sosio-ekonomi masyarakat di negara maju, yang bukan sahaja menampilkan syarikat gergasi dan berpengaruh, tetapi juga melibatkan syarikat sederhana besar dan bersifat lokal.

“Salah satu inisiatif KKDW terhadap pembangunan sosio-ekonomi masyarakat luar bandar adalah melalui pelaksanaan Program Pemerkasaan Belia, Wanita dan Ekonomi Luar Bandar,” ujarnya.

Tambah beliau, program ini adalah bersifat bimbingan secara berterusan antara Penggerak atau pegawai agensi KKDW serta Local champion (LC) kepada kampung.

“Melalui program ini, pembangunan ekonomi dapat dijana dengan lebih berkesan, berdaya tahan dan berterusan. Namun ianya harus dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai pihak antaranya Jawatankuasa Pengurusan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Persatuan-persatuan aktif di kampung bersama Jabatan / Agensi Kerajaan mahupun swasta dan komuniti luar bandar,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/03/kkdw-anjur-klinik-pemerkasaan-kepimpinan-belia-wanita-dan-ekonomi-luar-bandar-sabah-di-sook/feed/ 0 43009
KKDW Salur peruntukkan RM 400 Ribu bagi bina semula jeti dan jambatan Pulau Pababag yang runtuh – Ahmad Zahid https://sabahmedia.com/2023/02/02/kkdw-salur-peruntukkan-rm-400-ribu-bagi-bina-semula-jeti-dan-jambatan-pulau-pababag-yang-runtuh-ahmad-zahid/ https://sabahmedia.com/2023/02/02/kkdw-salur-peruntukkan-rm-400-ribu-bagi-bina-semula-jeti-dan-jambatan-pulau-pababag-yang-runtuh-ahmad-zahid/#respond Thu, 02 Feb 2023 10:24:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=28938
Read Time:1 Minute, 28 Second

KUALA LUMPUR — Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menyalurkan peruntukkan sebanyak RM 400,000 bagi pembinaan Semula jambatan dan jeti Pulau Pababag yang runtuh baru-baru ini. 

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah ( KKDW) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kementeriannya telah menyerahkan Surat Arahan Pelaksanaan kepada Pejabat Daerah Semporna bagi Pembinaan Semula Jambatan dan Jeti Pulau Pababag itu. 

Sewaktu berada di negeri Sabah bagi meninjau keadaan banjir di Daerah Pitas pada 30 Januari lalu, saya telah dimaklumkan oleh Ketua UMNO Bahagian Semporna, Abdul Manan Indanan mengenai kejadian jambatan dan jeti kayu yang roboh di Pulau Pababag, Semporna.

“Difahamkan pada ketika itu, terdapat 35 orang murid sekolah dan dua orang guru  

dari kampung sekitar yang baru tiba di jeti untuk ke sekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Pababag sekitar jam 6.20 pagi. 

“Berikutan kejadian itu, saya telah mengarahkan pihak KKDW untuk  menghubungi Pejabat Daerah Semporna bagi menyiasat dan mengambil tindakan segera. 

“Hal ini kerana laluan berkenaan adalah laluan utama bagi urusan pergerakan harian penduduk termasuklah menghantar anak-anak ke sekolah serta tadika kemas Pulau Pababag,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini. 

Menerusi kenyataan sama, Ahmad Zahid berharap  agar pembinaan jambatan dan jeti berkenaan dapat dilaksanakan dengan  kadar segera bagi membantu seramai sekurang-kurangnya 151 orang murid sekolah dan 35 orang murid tadika kemas ke sekolah selain penduduk kampung yang terjejas aktiviti harian akibat jambatan dan jeti yang sudah runtuh.

Terdahulu, Suasana sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Pababag bertukar cemas apabila murid sekolah berkenaan terjatuh ke dalam laut ekoran jeti Kampung Pulau Pababag runtuh. 

Bagaimanapun, tindakan pantas beberapa guru berjaya menyelamatkan semua murid berkenaan daripada lemas. 

Rakaman video tentang kejadian turut tular di media sosial

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/02/kkdw-salur-peruntukkan-rm-400-ribu-bagi-bina-semula-jeti-dan-jambatan-pulau-pababag-yang-runtuh-ahmad-zahid/feed/ 0 28938