kkip – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 06 Jul 2026 01:13:40 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png kkip – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerjasama SEDCO-KKIP dijangka wujudkan lebih banyak peluang pekerjaan https://sabahmedia.com/2026/07/06/kerjasama-sedco-kkip-dijangka-wujudkan-lebih-banyak-peluang-pekerjaan/ https://sabahmedia.com/2026/07/06/kerjasama-sedco-kkip-dijangka-wujudkan-lebih-banyak-peluang-pekerjaan/#respond Mon, 06 Jul 2026 01:13:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99414
Read Time:2 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU : Kerjasama strategik antara Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) dan Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) dijangka membuka lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti kepada rakyat Sabah.

Peluang itu adalah menerusi usaha memperkukuh pembangunan sektor perindustrian dan menarik lebih banyak pelaburan ke negeri ini.

Komitmen tersebut dizahirkan menerusi lawatan pembelajaran korporat strategik SEDCO ke KKIP yang bertujuan memperkukuh kerjasama antara kedua-dua organisasi dalam memacu agenda perindustrian dan pembangunan ekonomi Sabah.

Delegasi SEDCO diketuai oleh Pengurus Besar Kumpulan, Datuk Ar. James Wong Kein Peng, manakala KKIP diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Cecilia Amid, bersama barisan pengurusan kanan dan wakil anak syarikat masing-masing.

Sepanjang sesi libat urus itu, kedua-dua organisasi menegaskan bahawa kerjasama yang lebih erat antara syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan (MINDET) mampu mempercepat pelaksanaan projek pembangunan, menarik pelaburan berkualiti serta memperkukuh daya saing sektor perindustrian Sabah.

Usaha tersebut bukan sahaja dijangka merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri, malah turut mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi, meningkatkan penyertaan tenaga kerja tempatan serta memperluaskan peluang perniagaan kepada perusahaan tempatan.

Dalam lawatan itu, KKIP turut berkongsi pengalaman membangunkan taman perindustrian bersepadu yang menggabungkan pembangunan perindustrian, komersial, logistik, kediaman dan kemudahan sokongan dalam satu ekosistem yang menyeluruh.

Model pembangunan bersepadu itu telah menyumbang kepada kejayaan KKIP sebagai antara destinasi pelaburan utama di Sabah, selain menyediakan persekitaran yang kondusif kepada pelabur dan industri untuk berkembang secara mampan.

SEDCO turut memanfaatkan lawatan tersebut bagi mendapatkan pendedahan mengenai amalan terbaik dalam perancangan taman perindustrian, pemudah cara pelabur serta pembangunan bandar yang akan diaplikasikan dalam pembangunan projek masa hadapan, termasuk Taman Perindustrian Ekonomi Biru Kudat (KBEIP).

Kedua-dua organisasi juga membincangkan potensi kerjasama merentasi rantaian nilai industri negeri, khususnya dalam pembangunan infrastruktur perindustrian, perumahan mampu milik, sektor pembuatan serta industri bahan binaan bagi memperkukuh ekosistem industri Sabah.

Delegasi SEDCO turut melawat Kilang IBS KKIP bagi meninjau peluang kerjasama antara KKIP IBS dan SEDCO Precast, termasuk potensi kerjasama dalam pembangunan taman perindustrian, bandar baharu, projek infrastruktur serta pelaburan strategik pada masa hadapan.

Perbincangan yang berlangsung turut menghasilkan pelbagai cadangan kerjasama baharu yang diyakini mampu mempercepat pembangunan industri negeri, meningkatkan keyakinan pelabur serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan manfaat ekonomi jangka panjang kepada rakyat Sabah.

SEDCO dan KKIP menegaskan komitmen untuk terus memperkukuh perkongsian strategik, memupuk inovasi dan menyokong pembangunan ekonomi yang lebih mampan, sekali gus membantu merealisasikan aspirasi Sabah sebagai sebuah negeri perindustrian yang berdaya saing dan berpendapatan tinggi.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/06/kerjasama-sedco-kkip-dijangka-wujudkan-lebih-banyak-peluang-pekerjaan/feed/ 0 99414
KKIP Salur RM12 juta kepada Kerajaan Negeri Sabah https://sabahmedia.com/2025/12/19/kkip-salur-rm12-juta-kepada-kerajaan-negeri-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/12/19/kkip-salur-rm12-juta-kepada-kerajaan-negeri-sabah/#respond Fri, 19 Dec 2025 07:51:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=88588
Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: K.K.I.P. Sdn. Bhd. menyalurkan sumbangan kewangan berjumlah RM12 juta kepada Kerajaan Negeri Sabah, melibatkan pembayaran balik pinjaman sebanyak RM9.76 juta serta sumbangan tunai berjumlah RM2.24 juta.

Penyerahan cek cura simbolik itu disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan K.K.I.P. Sdn. Bhd., Datuk Lawrence G. Kimkuan bersama barisan pengurusan syarikat pada majlis penyerahan rasmi kepada Kerajaan Negeri Sabah, semalam.

Majlis berkenaan disempurnakan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, dan disaksikan Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kewangan Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun; Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan, Datuk Ewon Benedick; Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Sr. Safar Untong; serta Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri, Datuk Mohd Sofian Alfian Nair.

Dalam satu kenyataan hari ini, KKIP menegaskan komitmen berterusan syarikat untuk menyokong pembangunan perindustrian dan merancakkan pertumbuhan sektor pembuatan secara mampan di Sabah, selaras dengan agenda perindustrian jangka panjang kerajaan negeri.

Sehingga kini, sebanyak 346 syarikat beroperasi di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), menyediakan 14,906 peluang pekerjaan dengan nilai pelaburan keseluruhan mencecah RM13 bilion, termasuk pelaburan asing utama dari Korea Selatan dan China.

KKIP terus berperanan sebagai pemacu utama pembangunan perindustrian negeri, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, pewujudan peluang pekerjaan serta peningkatan daya saing pelaburan Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/19/kkip-salur-rm12-juta-kepada-kerajaan-negeri-sabah/feed/ 0 88588
Pemain Industri Sokong Hala Tuju Jaminan Keselamatan Bekalan Tenaga Sabah https://sabahmedia.com/2025/11/07/pemain-industri-sokong-hala-tuju-jaminan-keselamatan-bekalan-tenaga-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/11/07/pemain-industri-sokong-hala-tuju-jaminan-keselamatan-bekalan-tenaga-sabah/#respond Fri, 07 Nov 2025 04:34:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85161
Read Time:2 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Pemain industri di Sabah telah menyatakan komitmen untuk memperkukuh strategi tenaga hijau selari dengan hala tuju kerajaan negeri dalam menjamin keselamatan bekalan tenaga dan memacu pembangunan perindustrian rendah karbon.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KKIP Sdn Bhd, Datuk Lawrence G. Kimkuan berkata, pelan tenaga hijau KKIP merangkumi pemanfaatan sumber tenaga boleh diperbaharui seperti tenaga solar sehingga 600MW, tenaga angin 200MW, dan tenaga laut 50MW.

” Model perindustrian hari ini menuntut kestabilan tenaga sebagai asas daya saing, Justeru kita akan menggabungkan tenaga daripada sumber boleh diperbaharui dengan gas asli bagi memastikan bekalan tenaga yang mampan serta berdaya saing dalam jangka panjang katanya dalam satu temubual khas bersama Sabah Media.

Tambah beliau,  KKIP kini dalam perbincangan bersama Sabah Energy Corporation (SEC), Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) dan Petronas bagi mendapatkan bekalan gas untuk pembinaan loji janakuasa bebas (IPP) baharu.

“Langkah ini penting untuk memastikan KKIP dapat menampung permintaan tenaga industri tanpa bergantung sepenuhnya kepada grid utama,” jelasnya.

Lawrence menegaskan bahawa pendekatan tenaga hijau tersebut seiring agenda negeri dalam mengurangkan pelepasan karbon dan mengukuhkan daya tarikan Sabah sebagai destinasi pelaburan yang mampan.

Setakat ini, KKIP telah menarik pelaburan berjumlah RM13 bilion melibatkan 346 pengilang, selain mencipta lebih 20,000 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

“Antara pelabur utama termasuk SK Nexilis yang melabur RM4.2 bilion dalam pengeluaran bahan bateri kenderaan elektrik, serta SPH Kibing Solar Glass dengan pelaburan RM3.2 bilion, dan Curix dari Korea Selatan sebanyak RM300 juta,” katanya.

Kesan Ekonomi Langsung dan Rantaian Nilai

Aktiviti industri di KKIP menurut Lawrence, menyumbang RM90 juta hingga RM100 juta setahun kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), selain sekitar RM40 juta kutipan cukai oleh pihak berkuasa tempatan.

“Manfaatnya turut dirasai sektor logistik, perumahan, perkhidmatan, dan peruncitan. Ekosistem industri yang berkembang mewujudkan rantaian nilai ekonomi yang secara langsung menggerakkan pertumbuhan negeri,” katanya.

Untuk rekod, Sektor tenaga akan terus memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi masa depan Sabah.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Sabah dikurniakan dengan sumber tenaga boleh diperbaharui yang banyak dan berpotensi menawarkan prospek yang kukuh untuk menyumbang secara signifikan kepada transformasi negeri dan negara menuju ekonomi berimpak tinggi.

“Sektor tenaga telah menjadi enjin pertumbuhan yang kritikal bagi ekonomi Sabah selama beberapa dekad lepas, memberikan sumbangan yang besar kepada ekonomi negeri.

“Adalah menjadi harapan saya untuk melihat sektor tenaga Sabah terus berkembang sambil memberikan kesan sosial yang positif untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat,” katanya ketika Persidangan Tenaga Boleh Diperbaharui Sabah 2025 april lalu.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/07/pemain-industri-sokong-hala-tuju-jaminan-keselamatan-bekalan-tenaga-sabah/feed/ 0 85161
KKIP lancar V21 Residence Fasa 1 Peringkat 2, tawar rumah siap lengkap dengan harga kompetitif https://sabahmedia.com/2025/10/21/kkip-lancar-v21-residence-fasa-1-peringkat-2-tawar-rumah-siap-lengkap-dengan-harga-kompetitif/ https://sabahmedia.com/2025/10/21/kkip-lancar-v21-residence-fasa-1-peringkat-2-tawar-rumah-siap-lengkap-dengan-harga-kompetitif/#respond Tue, 21 Oct 2025 11:28:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83823
Read Time:2 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: KKIP Sdn Bhd terus memperkukuh kedudukannya sebagai pemaju hartanah utama di Sabah dengan pelancaran projek perumahan V21 Residence Fasa 1 Peringkat 2 di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), yang menampilkan kediaman lengkap dengan kelengkapan moden dan teknologi pintar.

Datuk Lawrence G. Kimkuan

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KKIP Sdn Bhd, Datuk Lawrence G. Kimkuan, berkata pelancaran V21 Residence Fasa 1 Peringkat 2 menandakan satu lagi langkah besar dalam usaha membangunkan bandar pintar bersepadu di kawasan perindustrian terbesar di Sabah.

“Projek perumahan V21 Residence Fasa 1 Peringkat 1 telah disiapkan sepenuhnya dengan 1,221 unit kediaman dan telah diserahkan kepada pembeli, manakala Fasa 1 Peringkat 2 melibatkan 960 unit baharu yang kini dibuka untuk jualan.

“Harga rumah bagi V21 Residence Fasa 1 Peringkat 2 bermula daripada RM168,000 untuk unit satu bilik, RM213,000 bagi dua bilik dan RM345,000 untuk tiga bilik. Setiap unit dilengkapi sepenuhnya dengan perabot, kelengkapan dapur, penghawa dingin, internet berkelajuan tinggi serta kemudahan pengecasan kenderaan elektrik (EV),” katanya kepada Sabah Media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Jual Beli V21 Residence Fasa 1 Peringkat 2 di Sales Gallery KKIP di sini, hari ini.

Unit kediaman V21 Residence Fasa 1 Peringkat 2, KKIP kini dibuka untuk jualan.

Menurut Lawrence, pembeli tidak perlu membuat pembelian tambahan kerana semua unit disiapkan sepenuhnya, termasuk sistem pengurusan air, elektrik dan pengecas EV yang boleh dikawal melalui aplikasi mudah alih khas.

Beliau menjelaskan, tanah pembangunan KKIP seluas 1,000 ekar menjadikannya antara bank tanah terbesar di kawasan bandar. Pihaknya merancang untuk membina sekurang-kurangnya 20,000 unit kediaman dalam tempoh 10 tahun akan datang.

“Bagi projek perumahan V21 Residence sahaja, pelan pembangunan jangka panjang melibatkan enam peringkat dengan keseluruhan 6,500 unit rumah. Setakat ini, sambutan terhadap fasa 1 peringkat 2 amat menggalakkan apabila semua 285 unit dalam Blok 3 telah habis dijual, manakala Blok 5 mencatat kira-kira 70 peratus jualan.

“Unit baharu di V21 Residence Fasa 1 Peringkat 2 juga direka dengan saiz lebih besar antara 100 hingga 150 kaki persegi berbanding Peringkat 1, namun masih mengekalkan harga yang kompetitif bagi setiap kategori,” katanya.

Lawrence berkata, KKIP bukan sekadar menjual rumah, tetapi berhasrat membina komuniti yang berkembang dengan fasiliti berkualiti dan kos sara hidup yang mampu milik.

“Hanya melalui pembangunan komuniti mampan yang disokong oleh kemudahan moden dan teknologi hijau, KKIP dapat mewujudkan persekitaran ekonomi yang berdaya maju serta menyumbang kepada pertumbuhan sektor hartanah dan perindustrian di Sabah,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/21/kkip-lancar-v21-residence-fasa-1-peringkat-2-tawar-rumah-siap-lengkap-dengan-harga-kompetitif/feed/ 0 83823
V21 Residence现代化宜居梦想家园 https://sabahmedia.com/2025/07/12/v21-residence%e7%8e%b0%e4%bb%a3%e5%8c%96%e5%ae%9c%e5%b1%85%e6%a2%a6%e6%83%b3%e5%ae%b6%e5%9b%ad/ https://sabahmedia.com/2025/07/12/v21-residence%e7%8e%b0%e4%bb%a3%e5%8c%96%e5%ae%9c%e5%b1%85%e6%a2%a6%e6%83%b3%e5%ae%b6%e5%9b%ad/#respond Sat, 12 Jul 2025 09:58:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77148
Read Time:19 Second

亚庇XX日讯 ——坐于亚庇工业园(KKIP)的V21 Residence,不是一个普通的住宅项目,而是集舒适、安全、便利于一身,迎合生活品味的宜居社区。

这个公寓项目提供多项便利和设施,迎合追求品味生活和实用性的专业人士、新婚夫妻与家庭。

V21 Residence社区配备多项设施,包括泳池、儿童游乐场、宽敞跑步与单车道;且配备高效能通风系统设计,确保每户室内空气流通,提升整体居住品质与舒适度。

所有单位都是全装全配,拎包就可入住,为购屋者省下装潢和购置家具家电的麻烦,也大大减轻搬迁入住的开销,是注重效率与品质生活人士的首选。

在商业设施方面,社区内设有综合商业中心,提供各种日常生活所需的服务。

此外,住宅还配备高速上网的统纤网络和5G*,确保住户居家、工作或数码娱乐,都能无缝连接。

针对年轻家庭,发展商还贴心的规划了托儿所和幼儿教育,方便双薪家庭。同时还计划设立巴士站和接驳车服务,方便住户通勤和出行。

响应绿色生活理念,以及迎合现代人对环保交通日益重视的需求,社区也会备有电动车充电设施。

(以上有标*皆视实际情况和可行性而定)

综合这些优越条件和便利,让V21 Residence不仅仅是一个居所,而崛起为KKIP快速发展核心区,最完善、实用和梦寐以求的未来生活社区。
更多详情,请联络:
电话:088 – 533 218
手机:012 – 513 7821
电邮:[email protected]

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/12/v21-residence%e7%8e%b0%e4%bb%a3%e5%8c%96%e5%ae%9c%e5%b1%85%e6%a2%a6%e6%83%b3%e5%ae%b6%e5%9b%ad/feed/ 0 77148
V21 Residence @ KKIP lengkap dengan pelbagai kemudahan moden untuk gaya hidup seimbang https://sabahmedia.com/2025/07/07/v21-residence-kkip-lengkap-dengan-pelbagai-kemudahan-moden-untuk-gaya-hidup-seimbang/ https://sabahmedia.com/2025/07/07/v21-residence-kkip-lengkap-dengan-pelbagai-kemudahan-moden-untuk-gaya-hidup-seimbang/#respond Mon, 07 Jul 2025 06:30:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76859
Read Time:1 Minute, 32 Second

KOTA KINABALU: V21 Residence yang terletak di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) bukan sekadar projek perumahan biasa. Ia merupakan pembangunan kediaman moden yang direka dengan teliti bagi memenuhi keperluan gaya hidup kontemporari  menggabungkan keselesaan, keselamatan dan kemudahan harian dalam satu komuniti yang seimbang.

V21 Residence yang terletak di KKIP Sepanggar.

Menawarkan pelbagai fasiliti komuniti dan komersial, V21 Residence sesuai untuk pelbagai lapisan penghuni termasuk golongan profesional, pasangan muda serta keluarga yang inginkan persekitaran yang kondusif dan praktikal.

Antara kemudahan utama yang disediakan termasuk kolam renang dan taman permainan kanak-kanak, laluan joging dan berbasikal yang luas, serta bangunan yang dilengkapi dengan sistem pengudaraan berkecekapan tinggi yang direka untuk memastikan peredaran udara dalaman yang optimum, sekaligus meningkatkan kualiti udara dan keselesaan penghuni.

Setiap unit kediaman dilengkapi sepenuhnya dengan perabot, sedia didiami yang menawarkan kemudahan dan penjimatan kepada pemilik rumah tanpa perlu menanggung kos tambahan untuk berpindah masuk.

Dari segi kemudahan komersial, V21 Residence turut menempatkan pusat perniagaan yang menawarkan pelbagai perkhidmatan harian. Tambahan pula, sambungan internet berkelajuan tinggi melalui rangkaian gentian optik dan sokongan 5G* memastikan penghuni sentiasa kekal berhubung sama ada untuk urusan kerja mahupun hiburan digital.

Bagi keluarga muda, kemudahan pusat jagaan harian dan taska* disediakan untuk memudahkan urusan ibu bapa yang bekerja. Kemudahan pengangkutan juga diberi perhatian dengan perancangan untuk menyediakan perhentian bas dan perkhidmatan shuttle* bagi memudahkan pergerakan harian.

V21 Residence turut dilengkapi dengan kemudahan sistem pengecas kenderaan elektrik selari dengan aspirasi ke arah kehidupan lebih lestari dan penggunaan kenderaan mesra alam yang semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat moden.

(*Kemudahan bertanda tertakluk kepada pelaksanaan dan ketersediaan.)

Gabungan menyeluruh pelbagai kemudahan ini menjadikan V21 Residence lebih daripada sekadar tempat tinggal tapi ia merupakan komuniti masa depan yang lengkap, praktikal dan ideal di tengah-tengah pertumbuhan pesat KKIP.

Untuk maklumat lanjut, hubungi:

T: 088 – 533 218

H: 012-513 7821

E: [email protected]

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/07/v21-residence-kkip-lengkap-dengan-pelbagai-kemudahan-moden-untuk-gaya-hidup-seimbang/feed/ 0 76859
Latihan Tindak Balas Kecemasan Pastikan Keselamatan Awam Selamat https://sabahmedia.com/2021/11/08/latihan-tindak-balas-kecemasan-pastikan-keselamatan-awam-selamat/ https://sabahmedia.com/2021/11/08/latihan-tindak-balas-kecemasan-pastikan-keselamatan-awam-selamat/#respond Mon, 08 Nov 2021 06:53:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8268
Read Time:50 Second

TUARAN: Syarikat Maja Warisan Sdn Bhd mengadakan Latihan Tindak Balas Kecemasan (Emergency Response Drill) 2021 di Jalan 4, Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), disini semalam.

Tujuan program adalah bagi memastikan urusan-urusan bagi mengangkut bahan selamat sampai ke destinasi dan tidak menjejaskan keselamatan awam.

Program dirasmikan Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, Datuk Jahid Jahim.

Menurut wakil penganjur, program diadakan sebagai langkah persediaan sekiranya berlaku sebarang perkara melibatkan kecelakaan seperti kebakaran pada kenderaan, agar mereka tahu apa langkah keselamatan yang perlu dibuat.

“Latihan kecemasan adalah penting bagi memastikan perlindungan kepada semua orang semasa kecemasan berlaku.

“Ia juga bagi memastikan keadaan yang teratur dan sistematik apabila kejadian berlaku, kerana biasanya, orang akan panik semasa sebuah kejadian berlaku.

“Tetapi dengan latihan ini, ia dapat kurangkan ketegangan di dalam situasi itu, dan mereka dapat mempraktikkan tanggungjawab sebagai individu yang terlibat dalam pengendalian kecemasan kelak ” katanya.

Turut sama dijemput pada sesi tersebut ialah tiga anggota Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Daerah Tuaran.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/08/latihan-tindak-balas-kecemasan-pastikan-keselamatan-awam-selamat/feed/ 0 8268
Kerajaan Sabah Lulus Projek Pembangunan Skim Penempatan Semula https://sabahmedia.com/2021/10/23/kerajaan-sabah-lulus-projek-pembangunan-skim-penempatan-semula/ https://sabahmedia.com/2021/10/23/kerajaan-sabah-lulus-projek-pembangunan-skim-penempatan-semula/#respond Sat, 23 Oct 2021 03:01:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7821
Read Time:1 Minute, 48 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah meluluskan kesinambungan Projek Pembangunan Skim Penempatan Semula sebagai salah satu program yang menjurus kepada kesejahteraan kehidupan rakyat negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Joachim Gunsalam berkata, ia merupakan salah satu Teras Hala Tuju dalam Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 1.0 (SMJ1.0).

“Kementerian Pembangunan Perindustrian telah merancang pembangunan Skim Penempatan Semula V12 Fasa 3 ini yang akan dibangunkan secara berperingkat-peringkat.

“Pada masa ini, Skim Penempatan V 12 Fasa 3A dan 3B yang merangkumi kawasan seluas kira-kira 20 ekar akan menyediakan kira-kira 89 buah rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas mengadakan lawatan kerja dan majlis pecah tanah Projek Skim Penempatan Semula 3A dan 3B Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) disini semalam.

Dr Joachim yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian berkata, projek V 12 Fasa 3A dan 3B itu dijangka siap penghujung April 2023.

Katanya, kerajaan negeri turut komited untuk terus membangunkan baki fasa Projek V 12 iaitu Fasa 3C dan 3D atas kawasan seluas kira-kira 20 ekar setelah Fasa 3A dan 3B disiapkan.

“Kerajaan negeri juga telah menubuhkan Jawatankuasa Penempatan Semula di mana ia diterajui oleh Kementerian Pembangunan Perindustrian dan dianggotai oleh wakil-wakil dari agensi Kerajaan yang berkenaan.

“Antaranya seperti Jabatan Tanah & Ukur, Jabatan Peguam Negeri, Kementerian Kewangan, Jabatan Hasil Bumi, Pejabat Daerah, dan lain-lain agensi yang berkaitan untuk membincangkan isu-isu berkaitan penempatan semula,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Joachim berkata, sehingga Disember 2020, jawatankuasa ini telah meluluskan 435 permohonan yang layak untuk Skim Perumahan di mana 310 unit telah diagihkan kepada pemohon.

Katanya, baki unit akan diagihkan dengan penyiapan Skim Penempatan V 12 Fasa 3 ini kelak.

“Sementara itu kira-kira 100 lot kosong Site dan  Service telah diserahkan kepada pemohon yang layak.

“Untuk status geran tanah lot-lot individu di Skim Penampatan Semula yang telahpun diagihkan kepada penduduk yang layak iaitu kira-kira 166 unit di V 19 Fasa 1 dan 2 manakala kira-kira 144 unit di V 12 Fasa 1 dan 2; Kerja-kerja pengukuran pecahbahagi geran tanah telahpun disiapkan.

“Adalah dijangkakan geran-geran tanah pecahbahagi berkenaan boleh diperolehi daripada Jabatan Tanah & Ukur dalam tahun 2021 ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/23/kerajaan-sabah-lulus-projek-pembangunan-skim-penempatan-semula/feed/ 0 7821