kkm – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 15 Aug 2026 11:16:34 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png kkm – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 KKM perkukuh tenaga jururawat menerusi tiga strategi utama https://sabahmedia.com/2026/08/15/kkm-perkukuh-tenaga-jururawat-menerusi-tiga-strategi-utama/ https://sabahmedia.com/2026/08/15/kkm-perkukuh-tenaga-jururawat-menerusi-tiga-strategi-utama/#respond Sat, 15 Aug 2026 11:15:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=101635
Read Time:2 Minute, 51 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperkukuh tenaga kerja kejururawatan menerusi tiga strategi utama bagi menangani kekurangan 10,557 jururawat di seluruh negara.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, langkah itu merangkumi peningkatan pengeluaran graduan, perluasan laluan kerjaya serta pengambilan terus dan autonomi dalam pengurusan perjawatan.

Katanya, pendekatan bersepadu itu penting bagi memastikan keperluan tenaga kerja kejururawatan dapat dipenuhi secara berperingkat, selain mengurangkan beban petugas kesihatan di fasiliti seluruh negara.

“Daripada 73,281 perjawatan Jururawat Gred U5, terdapat kekosongan sebanyak 10,557 ketika ini.

“Kita sedar dan insaf mengenai beban kerja yang ditanggung petugas kesihatan akibat kekurangan kakitangan. Namun isu ini tidak dapat diselesaikan dalam tempoh singkat kerana melibatkan pelbagai faktor dan memerlukan pendekatan yang lebih menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Istiadat Konvokesyen Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) 2026 Zon Sabah di Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini, hari ini.

Menurut Dzulkefly, bagi meningkatkan pengeluaran tenaga baharu, pengambilan jururawat pelatih telah ditingkatkan kepada 3,000 orang setahun bermula 2025.

KKM turut menyasarkan untuk menyumberluarkan sehingga 2,000 pelatih setahun ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Selain itu, empat cawangan ILKKM di Kuantan, Kuala Terengganu, Muar dan Pulau Pinang akan dibuka semula menjelang Oktober 2027, dengan tambahan kapasiti kira-kira 500 pelatih.

Langkah itu akan menjadikan kapasiti keseluruhan program Diploma Kejururawatan meningkat kepada 5,500 pelatih setahun.

Bagi strategi memperluas laluan kerjaya, KKM akan memulakan 15 Program On-The-Job Training (OJT) pada September ini bagi membolehkan petugas meningkatkan kepakaran tanpa perlu meninggalkan tempat bertugas untuk tempoh yang lama.

KKM turut memperluas laluan Jururawat Masyarakat untuk menjadi jururawat menerusi Diploma Peralihan.

Sementara itu, strategi pengambilan terus diperkukuh selepas Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meluluskan pengecualian Lantikan Kontrak Interim.

Dzulkefly berkata, langkah itu membolehkan semua graduan Diploma Kejururawatan ILKKM yang lulus dan berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia diserap terus ke jawatan tetap.

“Sejak 9 Julai 2026, KKM juga telah diberikan kuasa autonomi untuk menguruskan perjawatan bagi mengelakkan birokrasi, sekali gus memastikan graduan ditempatkan terus di lapangan,” katanya.

Dalam masa sama, KKM melaksanakan pendekatan Integrated Clinical Management Care yang melibatkan perkongsian kepakaran dan tenaga jururawat antara klinik kesihatan dan hospital.

Menurutnya, pendekatan itu membantu mengoptimumkan tenaga kerja sedia ada sementara usaha meningkatkan jumlah jururawat dilaksanakan.

KKM turut memberi perhatian terhadap kebajikan petugas kesihatan, termasuk cadangan menyediakan kemudahan taska di fasiliti kesihatan bagi membantu petugas yang mempunyai anak kecil menjalankan tugas dengan lebih tenang dan produktif.

Sementara itu, ILKKM berjaya melahirkan 6,987 graduan pada 2026, termasuk 924 graduan Zon Sabah yang menerima skrol pada istiadat konvokesyen hari ini.

Istiadat itu turut dihubungkan secara langsung dengan 5,117 graduan di Zon Semenanjung dan 946 graduan di Zon Sarawak.

Pada istiadat berkenaan, graduan terbaik diraikan menerusi Anugerah Perdana yang diterima Alden Ker Ming Vui, graduan Diploma Sains Perubatan dan Kesihatan yang kini bertugas di Hospital Sungai Buloh.

Turut disampaikan Anugerah Emas Cemerlang Akademik dan Anugerah Emas Cemerlang Kokurikulum, selain dua anugerah baharu iaitu Anugerah Khas Penyelidik Terbaik dan Anugerah Khas Kepimpinan Terbaik.

Bertemakan “Graduan ILKKM Tonggak Reformasi Kesihatan MADANI”, konvokesyen itu mencerminkan komitmen KKM untuk melahirkan tenaga profesional kesihatan yang berkualiti, berkemahiran dan mampu menyokong keperluan sistem kesihatan negara.

Dzulkefly turut menyeru semua graduan supaya menjaga maruah profesion dan melaksanakan amanah dengan penuh ihsan ketika memulakan perkhidmatan.

Beliau berkata, KKM akan terus memperkukuh sumber tenaga kesihatan bagi memastikan masyarakat mendapat perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, terbaik dan inklusif.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/15/kkm-perkukuh-tenaga-jururawat-menerusi-tiga-strategi-utama/feed/ 0 101635
MCMC, KKM perkukuh sistem kesihatan digital https://sabahmedia.com/2026/05/27/mcmc-kkm-perkukuh-sistem-kesihatan-digital/ https://sabahmedia.com/2026/05/27/mcmc-kkm-perkukuh-sistem-kesihatan-digital/#respond Wed, 27 May 2026 04:37:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97380
Read Time:2 Minute, 39 Second

CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mempercepat pelaksanaan Inisiatif Ketersambungan Penjagaan Kesihatan Masa Hadapan (Future Healthcare Connectivity Initiative – FHCI) bagi menyokong penyampaian perkhidmatan kesihatan yang lebih pantas, lancar dan saling terhubung di klinik serta hospital kerajaan di seluruh negara.

Melalui FHCI, Malaysia kini berada pada landasan untuk menjadi antara negara terawal di dunia melaksanakan sistem penjagaan kesihatan awam primer digital bersepadu sepenuhnya menjelang 2027, sekali gus mempercepat sasaran asal yang ditetapkan bagi tahun 2045.

Berteraskan pelaburan ketersambungan nasional menerusi inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA), FHCI memanfaatkan infrastruktur digital negara untuk memperkukuh penyampaian perkhidmatan kesihatan serta meningkatkan akses rawatan kepada komuniti di seluruh negara, termasuk kawasan luar bandar dan kurang mendapat perkhidmatan.

Inisiatif itu membolehkan fasiliti kesihatan mengakses rekod pesakit dengan lebih cekap, mengurangkan kelewatan pentadbiran serta menyokong penyelarasan rawatan yang lebih baik antara klinik dan hospital.

Langkah berkenaan dijangka meningkatkan pengalaman pesakit secara keseluruhan menerusi tempoh menunggu yang lebih singkat, akses maklumat yang lebih pantas serta kesinambungan rawatan yang lebih lancar.

MCMC berkata, ketika sistem kesihatan global berdepan peningkatan permintaan dan tekanan operasi, FHCI mencerminkan komitmen Malaysia dalam memanfaatkan ketersambungan digital bagi memperkukuh kecekapan, kebolehcapaian dan kelestarian jangka panjang perkhidmatan kesihatan awam negara.

Di bawah inisiatif itu, sistem penjagaan kesihatan digital sedang dilaksanakan di 2,488 fasiliti penjagaan kesihatan primer dan 150 hospital kerajaan di seluruh negara menerusi Sistem Pengurusan Klinik Berasaskan Awan (CCMS) serta ekosistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) bersepadu.

Pelaksanaan EMR oleh KKM di Perlis dan Wilayah Persekutuan Labuan kini mula beroperasi, menjadikan kedua-dua negeri dan wilayah persekutuan itu yang pertama di Malaysia mencapai perkhidmatan penjagaan kesihatan primer digital sepenuhnya.

Menurut MCMC, pencapaian berkenaan dicapai hasil penilaian infrastruktur menyeluruh, kesiapsiagaan ketersambungan serta program pembangunan kapasiti untuk petugas kesihatan.

Sehingga kini, sebanyak 468 fasiliti penjagaan kesihatan primer telah dilengkapi dengan sistem EMR, iaitu peningkatan empat kali ganda dalam tempoh kurang tiga tahun.

Hasil pelaksanaan peringkat awal turut menunjukkan perkembangan positif apabila 81 peratus pesakit kini menerima rawatan dalam tempoh satu jam, sekali gus mengurangkan masa menunggu secara ketara.

Sistem itu juga menyokong lebih 75,000 transaksi pesakit setiap hari, membuktikan sistem digital berhubung mampu memperkukuh penyampaian perkhidmatan kesihatan serta meningkatkan akses rakyat kepada perkhidmatan kesihatan di seluruh negara.

Pengarah Urusan MCMC, Abdul Karim Fakir Ali berkata, MCMC menjadi pemacu utama usaha memperluas ketersambungan menyeluruh di seluruh negara berlandaskan prinsip “di mana ada jalan, di situ ada internet”.

“Hari ini, asas tersebut membolehkan perkhidmatan kesihatan yang lebih terhubung dan cekap untuk rakyat Malaysia.

“Inisiatif ini memperkukuh asas kepada sistem kesihatan yang lebih berdaya tahan bagi memenuhi keperluan komuniti di seluruh negara,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Mahathar Abd Wahab berkata, negara kini bergerak ke arah konsep “satu individu, satu rekod” bagi membolehkan maklumat dikongsi secara selamat, tepat dan masa nyata merentasi sistem kesihatan.

“Ini akan membantu mengurangkan masa menunggu, menyokong keputusan klinikal yang lebih pantas serta memastikan pesakit menerima rawatan lebih lancar merentasi klinik dan hospital di seluruh negara,” katanya.

Pelaksanaan FHCI kini diteruskan menerusi penubuhan jawatankuasa pemandu bersama khusus bagi menyelaras pelaksanaan, tadbir urus dan koordinasi antara agensi.

Inisiatif itu dilihat sebagai langkah penting ke arah memperkukuh sistem kesihatan Malaysia yang lebih berhubung, cekap dan mampan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/27/mcmc-kkm-perkukuh-sistem-kesihatan-digital/feed/ 0 97380
KKM nafi Klinik Kesihatan tidak lagi terima pesakit walk-in https://sabahmedia.com/2026/01/02/kkm-nafi-klinik-kesihatan-tidak-lagi-terima-pesakit-walk-in/ https://sabahmedia.com/2026/01/02/kkm-nafi-klinik-kesihatan-tidak-lagi-terima-pesakit-walk-in/#respond Fri, 02 Jan 2026 02:29:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89084
Read Time:35 Second

BERNAMA

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan dakwaan bahawa fasiliti Klinik Kesihatan tidak lagi menerima pesakit walk-in, atau jumpa terus, seperti yang tular di media sosial.

KKM memaklumkan walaupun sistem janji temu adalah kaedah utama, ruang untuk pesakit walk-in tetap disediakan khususnya bagi kes kecemasan, warga emas dan golongan yang mempunyai kekangan akses teknologi. 

“Pesakit tanpa janji temu tetap dilayan namun perlu melalui proses penilaian terlebih dahulu,” menurut kementerian itu dalam hantaran di laman Facebook di sini pada Khamis.

Menurut KKM, perkhidmatan walk-in tetap diteruskan bagi memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat akses rawatan yang adil dan saksama.

“KKM amat memahami bahawa akses teknologi adalah berbeza bagi setiap individu,” menurut hantaran itu. BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/02/kkm-nafi-klinik-kesihatan-tidak-lagi-terima-pesakit-walk-in/feed/ 0 89084
MCMC, KKM lancar projek rintis kesihatan digital di Sabah, pelaksanaan dijadualkan bermula hujung tahun ini https://sabahmedia.com/2025/08/24/mcmc-kkm-lancar-projek-rintis-kesihatan-digital-di-sabah-pelaksanaan-dijadualkan-bermula-hujung-tahun-ini/ https://sabahmedia.com/2025/08/24/mcmc-kkm-lancar-projek-rintis-kesihatan-digital-di-sabah-pelaksanaan-dijadualkan-bermula-hujung-tahun-ini/#respond Sun, 24 Aug 2025 09:10:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79955
Read Time:2 Minute, 12 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melancarkan projek rintis kesihatan digital di Sabah pada Julai lepas, yang melibatkan penghantaran ubat menggunakan dron dari Klinik Kesihatan Tawau ke dua Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).

Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi), Kementerian Komunikasi, Mano Verabathran berkata, pelaksanaannya dijadualkan bermula pada hujung tahun ini sebagai satu langkah inovatif untuk memperluaskan akses rawatan kepada komuniti luar bandar dan pedalaman.

“’Dalam projek rintis ini, Klinik Kesihatan Tawau akan dihubungkan dengan NADI di sana. Melalui inisiatif ini, kita akan membantu masyarakat di kawasan pedalaman dan luar bandar yang menghadapi kesukaran untuk hadir sendiri ke Klinik Kesihatan bagi mendapatkan ubat,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Program Geran Digital PMKS MADANI (GDPM) Fest 2025 Peringkat Negeri Sabah di sini, hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau menjelaskan di Sabah terdapat 131 NADI yang menjadi pemangkin kepada kesejahteraan masyarakat setempat melalui pelbagai program di bawah teras Kesejahteraan Kendiri, termasuk saringan kesihatan percuma dan advokasi kesihatan melalui saluran YouTube Studio Sihat.

“Kesemua NADI di Sabah juga aktif melaksanakan program kesihatan, dengan purata sebanyak 942 saringan telah dijalankan. Pada masa akan datang, pelbagai penerapan teknologi baharu bakal diperkenalkan kepada rakyat menerusi 1,099 NADI di seluruh negara,” katanya.

Beliau menambah, selain inisiatif di NADI, bakal dilaksanakan juga pemerkasaan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR), penubuhan Hab Inovasi Hospital Pintar dan peningkatan kelajuan capaian internet di klinik-klinik awam sekitar Sabah.

“Semua inisiatif itu disokong integrasi data masa nyata yang meningkatkan keberkesanan pemantauan kesihatan komuniti rakyat, sekali gus membuktikan teknologi mampu menjadi penyelesaian saintifik terhadap cabaran kesihatan awam, terutama di kawasan berisiko tinggi penyakit tidak berjangkit (NCD).

“Selain itu, saya difahamkan bahawa MCMC turut bekerjasama dengan KKM bagi meningkatkan kesedaran berkaitan Guideline on Online Healthcare Services (OHS), iaitu satu usaha penting dalam memastikan penggunaan platform kesihatan masa hadapan yang selamat, bertanggungjawab dan beretika,” katanya.

Mengulas mengenai GDPM beliau berkata, GDPM diperkenalkan sejak 2023 telah menjadi pemangkin kepada penggunaan teknologi baharu oleh Pengusaha Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) serta meningkatkan daya saing mereka di peringkat global.

“Pada 2024, kita berjaya mendigitalkan 38,804 PMKS termasuk 2,838 klinik dan farmasi yang merupakan 19 peratus daripada populasi klinik dan farmasi di seluruh Malaysia. Lebih membanggakan, hampir keseluruhan geran bernilai RM89.6 juta daripada RM90 juta yang diperuntukkan dan disalurkan kepada MCMC telah berjaya digunakan,” katanya.

Bagi 2025, Kementerian Kewangan (MoF) telah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta. Sebanyak RM30 juta daripadanya disalurkan kepada MCMC melalui syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi untuk memperkasa PMKS, khususnya dalam sektor kesihatan.

“Daripada jumlah ini, sebahagian besar akan dimanfaatkan untuk memperkukuh infrastruktur dan inovasi digital, khususnya di Sabah,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/24/mcmc-kkm-lancar-projek-rintis-kesihatan-digital-di-sabah-pelaksanaan-dijadualkan-bermula-hujung-tahun-ini/feed/ 0 79955
KKM belum dedah tindakan terhadap pegawai perubatan dalam kes Zara Qairina https://sabahmedia.com/2025/08/14/kkm-belum-dedah-tindakan-terhadap-pegawai-perubatan-dalam-kes-zara-qairina/ https://sabahmedia.com/2025/08/14/kkm-belum-dedah-tindakan-terhadap-pegawai-perubatan-dalam-kes-zara-qairina/#respond Thu, 14 Aug 2025 12:22:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79242
Read Time:1 Minute, 14 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) belum mendedahkan sebarang tindakan khusus terhadap pegawai perubatan yang didakwa gagal menjalankan proses bedah siasat dalam kes kematian pelajar tingkatan satu, Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, sebaliknya memberi tumpuan kepada usaha membantu siasatan polis.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, keutamaan KKM pada masa ini adalah memastikan siasatan dijalankan secara menyeluruh dengan menghantar tiga pakar patologi forensik kanan termasuk Ketua Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang, Datuk Dr. Khairul Anuar, ke Sabah baru-baru ini.

“Bagi pihak KKM, kita telah memberikan komitmen yang serius. Kita telah menghantar tiga orang pakar patologi forensik terbaik. Ini ialah komitmen kami untuk menyelesaikan hingga ke akar umbi kes Zara.

“Selain itu, kita serahkan kepada PDRM,” katanya kepada pemberita di Hospital Tawau sempena lawatan kerja tiga hari ke Sabah yang berakhir hari ini.

Ketika diajukan soalan sama ada tindakan akan diambil terhadap pegawai perubatan terlibat, Dr. Dzulkefly tidak memberikan penjelasan lanjut dan hanya menegaskan bahawa KKM memberi sepenuh sokongan melalui penglibatan pakar forensik.

Allahyarhamah Zara Qairina, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapa Limauan, Papar, ditemui tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolah pada kira-kira pukul 4 pagi, 16 Julai lalu, sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.

Kes itu kini berada di bawah siasatan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selepas pasukan task force yang ditubuhkan pada 11 Ogos lalu mendapati berlaku ketidakpatuhan prosedur, termasuk kegagalan pegawai penyiasat memohon proses bedah siasat.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/14/kkm-belum-dedah-tindakan-terhadap-pegawai-perubatan-dalam-kes-zara-qairina/feed/ 0 79242
KKM tambah keperluan sumber manusia di Hospital Lahad Datu https://sabahmedia.com/2025/08/14/kkm-tambah-keperluan-sumber-manusia-di-hospital-lahad-datu/ https://sabahmedia.com/2025/08/14/kkm-tambah-keperluan-sumber-manusia-di-hospital-lahad-datu/#respond Thu, 14 Aug 2025 02:19:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79212
Read Time:53 Second

BERNAMA

Lahad Datu : Kementerian Kesihatan akan menempatkan keperluan sumber manusia khususnya pegawai perubatan termasuk pakar di Hospital Lahad Datu dengan kadar segera.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata hospital itu, yang berstatus hospital pakar minor dengan 13 kepakaran biasa, memerlukan penambahan tenaga kerja bagi meningkatkan keberkesanan rawatan.

“Kita sudah mengenal pasti 13 pegawai dalam fasa pertama penempatan dan tujuh (lagi) kita akan tambah pada fasa kedua,” katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.

Beliau kini dalam lawatan kerja intensif selama tiga hari, yang berakhir esok, ke 22 fasiliti kesihatan membabitkan enam daerah di Sabah.

Zulkefly juga berkata kerja-kerja penambahbaikan Hospital Lahad Datu akan dilaksana di bawah Rolling Plan 1 Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).

“Saya melihat sendiri keretakan di wad bersalin dan saya mengambil perhatian segera… hal ini telah kita masukkan dalam RMK13 untuk kita segera baik pulih kerana pada saya, ia adalah mustahak… saya tidak boleh bertolak-ansur dengan perkara ini.

“Selain itu, beberapa fasiliti uzur turut dikenal pasti dan perlu dibaik pulih segera demi keselamatan pesakit serta warga kerja hospital,” katanya. BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/14/kkm-tambah-keperluan-sumber-manusia-di-hospital-lahad-datu/feed/ 0 79212
KKM rancang kembangkan khidmat Pakar Oftalmologi ke Lahad Datu tahun depan https://sabahmedia.com/2024/10/10/kkm-rancang-kembangkan-khidmat-pakar-oftalmologi-ke-lahad-datu-tahun-depan/ https://sabahmedia.com/2024/10/10/kkm-rancang-kembangkan-khidmat-pakar-oftalmologi-ke-lahad-datu-tahun-depan/#respond Thu, 10 Oct 2024 10:22:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61978
Read Time:2 Minute, 9 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PENAMPANG: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merancang akan mengembangkan perkhidmatan Pakar Oftalmologi ke Lahad Datu pada tahun 2025.

Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, pada tahun ini ataupun tahun 2025 depan Pakar Oftalmologi Kebangsaan akan cuba untuk memfokuskan untuk meningkatkan lagi jumlah perkhidmatan terutama sekali di Sabah dan juga di Sarawak.

“Dan juga pada tahun hadapan sekurang-kurangnya kita akan membuka, menghantar Pakar Oftalmologi ke Lahad Datu dan juga Sri Aman.

“Ini adalah sangat-sangat penting terutama sekali yang berleluasa kita dapati adalah kesihatan mata ini agak tidak begitu baik di kalangan masyarakat luar bandar disebabkan oleh akses perkhidmatan yang terhad berbanding dengan perkhidmatan-perkhidmatan Oftalmologi yang terdapat di hospital-hospital besar kita di bandar-bandar besar di Sabah, Sarawak dan juga di Semenanjung Malaysia,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Penglihatan Sedunia Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2024 di ITCC di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Lukanisman berkata, berdasarkan maklumat yang ada berkenaan tentang Pegawai Optometri yang ditempatkan di hospital daerah kini mempunyai 24 penjawatan dan juga untuk klinik kesihatan ada tiga penjawatan.

Tambah beliau, manakala untuk pakar mata, buat masa ini ada penempatan di Hospital Queen Elizabeth, Hospital Wanita Kanak-kanak Sabah di Likas, Hospital Tawau, Sandakan dan juga Keningau.

“Sebab itu pada tahun 2025, kami merancang untuk meluaskan perkhidmatan di Hospital Lahad Datu itu bermaksud kita ada pakar-pakar kita di hospital-hospital besar.

“Apa yang berlaku di Lahad Datu ketika ini adalah kita menghantar pakar kita sebagai visiting specialist, jadi untuk tahun 2025, Insya Allah kita akan dapat menghantar pakar kita untuk ditempatkan di Lahad Datu,” katanya.

Selain itu, Lukanisman berkata pihak KKM juga mengalu-alukan peranan komuniti khususnya kepada Lions Club dan juga Rotary Clubs yang juga turut memberi sumbangan membantu pihak KKM.

“Ini merupakan salah satu perkara yang ingin kita tekankan di dalam kertas putih kesihatan juga penglibatan masyarakat ataupun swasta adalah sangat ditekankan di mana mereka boleh membantu dari sudut sumbangan-sumbangan yang boleh membantu kami di KKM untuk lebih dapat bergerak jauh lagi ke kawasan-kawasan pendalaman.

“Sudah pasti aktiviti literasi akan kita perluaskan terutama sekali berkenaan tentang kepentingan penglihatan kepada masyarakat.

“Kita kena sedar bahawa penyakit mata ataupun rambun ataupun blindness ini bukan hanya terhad kepada golongan warga emas ataupun golongan kanak-kanak tetapi adalah di peringkat produktiviti negara.

“Maksudnya masyarakat dewasa yang memerlukan penglihatan yang baik dan juga jika penglihatan terjejas, ini akan menjejaskan produktiviti ataupun tugas-tugas seharian dan juga produktiviti ini sangat diperlukan dalam perkembangan ekonomi semasa,” jelasnya.

Turut hadir pada majlis itu Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Dr. Asits Sanna.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/10/kkm-rancang-kembangkan-khidmat-pakar-oftalmologi-ke-lahad-datu-tahun-depan/feed/ 0 61978
KPDNHEP Terus Pantau, Periksa Bekalan Kit Kendiri COVID-19 Mencukupi https://sabahmedia.com/2022/02/23/kpdnhep-terus-pantau-periksa-bekalan-kit-kendiri-covid-19-mencukupi/ https://sabahmedia.com/2022/02/23/kpdnhep-terus-pantau-periksa-bekalan-kit-kendiri-covid-19-mencukupi/#respond Wed, 23 Feb 2022 08:27:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12475
Read Time:1 Minute, 57 Second

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sentiasa melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan berkala pada setiap hari bagi memastikan bekalan Kit Ujian Pantas Antigen COVID-19 (Ujian Kendiri) (RTK) mencukupi.

KPDNHEP dalam satu kenyataan berkata, ia termasuklah pemantauan dan pemeriksaan di peringkat pengimport, pengilang, pemborong dan peruncit agar bekalan kit ujian sentiasa stabil dalam pasaran dan mudah diperolehi oleh pengguna.

Menurut kenyataan itu lagi, kerajaan telah mengambil langkah proaktif dengan mewartakan RTK sebagai barang kawalan di bawah Perintah Kawalan Bekalan (Barang- Barang Kawalan) (No.6) 2021 pada 24 November 2021 yang lalu dan telah dikuatkuasakan pada 1 Disember 2021.

“Berdasarkan statistik penguatkuasaan dan pemantauan yang telah dilakukan, sehingga kini terdapat kira-kira 18 juta unit RTK tersedia dalam pasaran.

“Sejumlah 8,084 premis runcit telah diberi kelulusan kebenaran menjual RTK yang diiktiraf oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia (MDA).

“Sebagai makluman, lapan pengilang Establismen yang mendapat kebenaran bersyarat menghasilkan RTK di Malaysia telah mengeluarkan sejumlah 4.306 juta unit RTK sehingga Februari 2022,” kata kenyataan itu disini semalam.

KPDNHEP berkata, negara telah mengimport sejumlah 2.34 juta unit RTK dari tujug buah negara dan jumlah keberadaan RTK tambahan di pasaran sehingga hujung Februari adalah 6.647 juta unit.

“Berdasarkan statistik, aduan berhubung kekurangan bekalan RTK menunjukkan peratus yang sangat rendah di mana pada tahun ini bermula 1 Januari sehingga 21 Februari 2022 hanya tiga aduan sahaja diterima oleh pihak Kementerian berhubung kekurangan bekalan kit ujian ini.

“Julat harga RTK di pasaran adalah antara RM4.90 hingga RM19.90 pada ketika ini dan 80 peratus RTK dijual di bawah RM10.00 seunit,”katanya.

Sementara itu, KPDNHEP turut memberi amaran kepada peniaga agar terus mematuhi peruntukan undang-undang berkaitan penjualan RTK.

Kata kenyataan itu, ia adalah bagi mengelak tindakan tegas akan diambil oleh pihak kementerian.

“Peniaga yang dikesan melakukan kesalahan berhubung perkara ini boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 22, Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 dan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan selain boleh dikenakan penalti.

“KPDNHEP juga ingin menasihati pengguna agar tidak panik dengan situasi yang berlaku ini dengan membuat pembelian panik atau berlebihan dari keperluan dan sentiasa berwaspada dengan kehadiran RTK yang tidak mendapat kelulusan MDA.

“Orang ramai juga dinasihati supaya meningkatkan penjagaan kesihatan dan sentiasa mematuhi SOP Kesihatan serta melakukan pemantauan awal ke atas diri dan keluarga bagi mengelakkan daripada dijangkiti oleh wabak COVID-19,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/23/kpdnhep-terus-pantau-periksa-bekalan-kit-kendiri-covid-19-mencukupi/feed/ 0 12475
Kes Covid Sabah Meningkat, Pejabat Bahagian Kewangan Dan Pengurusan JKM antara yang ditutup. https://sabahmedia.com/2022/02/08/kes-covid-sabah-meningkat-pejabat-bahagian-kewangan-dan-pengurusan-jkm-antara-yang-ditutup/ https://sabahmedia.com/2022/02/08/kes-covid-sabah-meningkat-pejabat-bahagian-kewangan-dan-pengurusan-jkm-antara-yang-ditutup/#respond Tue, 08 Feb 2022 00:47:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11984
Read Time:1 Minute, 32 Second

Kota Kinabalu – – jumlah kes covid yang dilaporkan di Sabah semalam merekodkan sebanyak 1,600 kes baharu Covid-19, naik 315 kes berbanding 1,285 kes kelmarin.

Turut diarah tutup mulai semalam adalah bahagian pengurusan kewangan, Jabatan Ketua Menteri di aras 24, apabila terdapat beberapa kakitangan di bahagian itu yang dilaporkan positif jangkitan covid-19. 

Di dalam notis yang dilihat Sabah Media, kakitangan di jabatan berkenaan kini diarahkan untuk beroperasi di Rumah sehingga ada arahan penamatan kuarantin daripada Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM).

Semalam, Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata tiada kes kematian disebabkan Covid-19 dilaporkan, manakala seramai 418 pesakit dilaporkan sembuh.

hampir semua daerah di Sabah merekodkan peningkatan kes Covid-19 semalam dengan Kota Kinabalu mencatat jumlah tertinggi sebanyak 371 kes, diikuti Sandakan (322 kes), Tuaran (150 kes) dan Penampang (138 kes). 

Dalam pada itu, Masidi turut melaporkan bahawa Satu lagi kluster baharu Covid-19 berkaitan institusi pendidikan dilaporkan di Sabah, semalam, yang membabitkan pelajar asrama Sekolah Menengah (SM) Maktab Sabah, Sembulan. 

Katanya Kluster Jalan Pintas Sembulan itu, setakat ini, menjangkiti seramai 18 pelajar asrama sekolah berkenaan.

Beliau berkata, kluster itu tercetus selepas kes indeks iaitu seorang pelajar perempuan berumur 15 tahun dikesan positif Covid-19 melalui saringan bergejala pada 3 Februari lalu.

“Pelajar itu mula bergejala pada 3 Februari 2022 sebelum menjalani ujian RT – PCR pada hari yang sama dan didapati positif. Kes indeks sudah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) untuk dikuarantin dan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Katanya, seramai 79 orang kontak rapat sudah disaring dan 17 pelajar lagi didapati positif, menjadikan jumlah kumulatif kes positif bagi Kluster Jalan Pintas Sembulan itu seramai 18 orang, setakat ini.

Bagaimanapun, katanya semua yang didapati positif berada dalam kategori bergejala ringan iaitu Kategori 2 dan sudah dihantar ke pusat kuarantin selain menerima rawatan yang sesuai.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/08/kes-covid-sabah-meningkat-pejabat-bahagian-kewangan-dan-pengurusan-jkm-antara-yang-ditutup/feed/ 0 11984
52.8 peratus populasi dewasa negara terima dos penggalak https://sabahmedia.com/2022/02/07/52-8-peratus-populasi-dewasa-negara-terima-dos-penggalak/ https://sabahmedia.com/2022/02/07/52-8-peratus-populasi-dewasa-negara-terima-dos-penggalak/#respond Mon, 07 Feb 2022 01:30:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11968
Read Time:52 Second

BERNAMA

CYBERJAYA — Seramai 12,361,663 individu dewasa atau 52.8 peratus daripada populasi kumpulan itu di negara ini telah menerima suntikan dos penggalak COVID-19 setakat semalam.

Berdasarkan data di laman sesawang COVIDNOW, sejumlah 22,929,493 individu dewasa atau 97.9 peratus telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 99.2 peratus atau 23,238,753 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, seramai 2,791,409 individu atau 88.7 peratus telah melengkapkan vaksinasi, manakala 2,869,275 individu atau 91.2 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 69,601 dos vaksin diberikan semalam meliputi 16,325 dos pertama, 759 dos kedua dan 52,517 dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 63,985,709 dos.

Sementara itu, menurut portal Github Kementerian Kesihatan, sembilan kematian akibat COVID-19 dilaporkan semalam dengan empat di Johor manakala satu kematian direkodkan masing-masing di Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang dan Terengganu.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/07/52-8-peratus-populasi-dewasa-negara-terima-dos-penggalak/feed/ 0 11968