kkr koir – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 01 Oct 2025 01:14:28 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png kkr koir – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 KKR, Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri & Penyelidikan rangkul johan Koir Simfoni Integriti 2025 https://sabahmedia.com/2025/10/01/kkr-pejabat-hal-ehwal-dalam-negeri-penyelidikan-rangkul-johan-koir-simfoni-integriti-2025/ https://sabahmedia.com/2025/10/01/kkr-pejabat-hal-ehwal-dalam-negeri-penyelidikan-rangkul-johan-koir-simfoni-integriti-2025/#respond Wed, 01 Oct 2025 01:14:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82284
Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Kerja Raya Negeri (KKR) dan Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan dinobatkan sebagai johan bagi kategori masing-masing dalam Pertandingan Koir Simfoni Integriti 2025 yang melabuhkan tirainya di Auditorium Menara Kinabalu di sini pada Selasa.

KKR muncul juara kategori kementerian selepas menewaskan sembilan pasukan lain sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 berserta trofi.

Naib juara dimenangi oleh Kementerian Kewangan Negeri yang menerima hadiah wang tunai RM2,500 dan trofi, manakala tempat ketiga diraih Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri yang memperoleh hadiah RM2,000 dan trofi.

Bagi kategori Jabatan Ketua Menteri, Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan muncul sebagai johan dengan memenangi hadiah wang tunai RM3,000 serta trofi.

Jabatan Tanah dan Ukur Negeri pula menduduki tempat kedua dengan hadiah RM2,500 dan trofi, diikuti Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri di tempat ketiga dengan hadiah RM2,000 dan trofi.

Majlis penutupan pertandingan itu sempena Program Pelaksanaan Varsha Integriti 2025,disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong.

Turut hadir, barisan kepimpinan tertinggi pentadbiran negeri, termasuk Timbalan-Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Hanafiah Mohd Kassim dan Datuk Norlijah Danin, Peguam Besar Negeri, Datuk Brenndon Keith Soh dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri, Puan Aidah Awang.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/01/kkr-pejabat-hal-ehwal-dalam-negeri-penyelidikan-rangkul-johan-koir-simfoni-integriti-2025/feed/ 0 82284