kkr sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 03 Mar 2026 04:38:04 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png kkr sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 RM159.79 juta peruntukan bina semula 216 unit kuarters penjawat awam https://sabahmedia.com/2026/03/03/rm159-79-juta-peruntukan-bina-semula-216-unit-kuarters-penjawat-awam/ https://sabahmedia.com/2026/03/03/rm159-79-juta-peruntukan-bina-semula-216-unit-kuarters-penjawat-awam/#respond Tue, 03 Mar 2026 04:36:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=92568
Read Time:1 Minute, 33 Second

KUALA LUMPUR : Projek meroboh dan membina semula Kuarters Flat Persekutuan KM4, Jalan Tuaran di sini akan dilaksanakan dengan kos sebanyak RM159.79 juta menerusi kaedah Reka dan Bina.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pelaksanaan projek itu sekali gus memperkukuh komitmen kerajaan dalam menyediakan kediaman lebih selesa dan kondusif kepada penjawat awam di Sabah.

Beliau berkata, projek itu dianugerahkan kepada Bangkit Energy & Pro Logistic (EM) Sdn. Bhd. 

“Pelaksanaan serta pemantauan projek ini dipertanggungjawabkan kepada Pasukan Projek Khas 2 (PPK2), Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia.

“Saya berharap kerjasama erat antara PPK2, JKR Malaysia dan pihak kontraktor akan terus diperkukuh sepanjang tempoh pelaksanaan projek ini, seterusnya memastikan ia dapat disiapkan dengan kualiti yang tinggi, menepati tempoh yang ditetapkan serta dalam lingkungan kos yang telah diluluskan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan pelantikan Pengarah Projek bagi Projek Cadangan Meroboh dan Membina Semula Kuarters Flat Persekutuan KM4, Jalan Tuaran,Kota Kinabalu, Sabah di sini pada Selasa.

Alexander berkata, JKR Malaysia telah berjaya mengeluarkan sebanyak 24 Surat Setuju Terima (SST) sejak tahun 2024 hingga kini. 

Katanya, dalam tempoh dua bulan pertama tahun 2026 sahaja, sebanyak tiga SST telah dikeluarkan, termasuk bagi projek yang diserahkan pada hari ini.

“Kerajaan sentiasa mengambil kira keperluan penjawat awam yang kian meningkat, bukan sahaja dari aspek penyediaan tempat kediaman yang selesa, malah dalam memastikan kebajikan mereka terus terpelihara serta beban kos sara hidup dapat diringankan.

“Sehubungan itu, projek ini melibatkan pembinaan sebanyak 216 unit kuarters yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti surau, dewan serbaguna, tadika, taska, ruang parkir dan fasiliti sokongan yang lain, bagi mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih kondusif dan berkualiti,” katanyam

Menurutnya lagi, Kerajaan berharap projek ini dapat dilaksanakan dengan lancar melalui kerjasama erat daripada semua pihak, termasuk agensi pelaksana, pihak berkuasa tempatan, badan berkanun, sektor swasta, serta pihak kontraktor. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/03/rm159-79-juta-peruntukan-bina-semula-216-unit-kuarters-penjawat-awam/feed/ 0 92568
Laksana tugas, tanggungjawab diamanahkan dengan komited – Shahelmey https://sabahmedia.com/2024/11/09/laksana-tugas-tanggungjawab-diamanahkan-dengan-komited-shahelmey/ https://sabahmedia.com/2024/11/09/laksana-tugas-tanggungjawab-diamanahkan-dengan-komited-shahelmey/#respond Sat, 09 Nov 2024 05:37:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63476
Read Time:1 Minute, 23 Second

Kota Kinabalu : Warga kerja Kementerian Kerja Raya (KKR) Sabah diingatkan untuk sentiasa komited dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan  bagi memenuhi harapan tinggi rakyat di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, KKR Sabah yang menjadi nadi kepada pembangunan infrastruktur di negeri ini sentiasa berdepan dengan pelbagai cabaran.

“Pelbagai keluhan rakyat kita terima melalui pelbagai medium. Dalam hal ini, saya meminta agar semua jabatan untuk melaksanakan tindakan proaktif, memantau kerja dengan berkesan dan sentiasa turun ke lapangan melihat keadaan kemudahan-kemudahan infra sedia ada.

“Jika terdapat isu atau aduan pula, ia perlulah direspon segera dan diambil tindakan dengan cepat bagi menyelesaikan isu berkenaan. Jangan biarkan sesuatu isu menjadi viral secara meluas, baharulah kita bertindak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2023 dan Amanat Menteri Kerja Raya Sabah 2024 di sini semalam.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata, pihaknya juga menekankan kepada kepentingan nilai integriti yang mendasari tindakan dan keputusan warga kerja Kementerian.

“Suka saya menegaskan bahawa kerajaan dan kementerian ini tidak akan berkompromi dengan sebarang tindakan yang menjejaskan imej dan kepercayaan rakyat terhadap kementerian dan seluruh jabatan di bawahnya.


Dalam pada itu, Shahelmey merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada seluruh warga KKR Sabah dan jabatan-jabatan di bawahnya atas kesungguhan dan komitmen selama ini.

“Saya sentiasa menaruh keyakinan dengan kebolehan dan potensi semua warga KKR Sabah dan jabatan dibawahnya untuk terus memacu perubahan positif negeri ini.  Besarlah harapan saya agar seluruh warga kerja kementerian dan semua jabatan dapat meneruskan kerjasama yang baik dan sentiasa menyokong antara satu sama lain.

“Kebersamaan dan pemuafakatan dalam melaksanakan tanggungjawab yang digalas pasti akan membuahkan hasil yang cemerlang,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/09/laksana-tugas-tanggungjawab-diamanahkan-dengan-komited-shahelmey/feed/ 0 63476
Warga KKR Sabah diseru terus beri khidmat terbaik https://sabahmedia.com/2023/10/29/warga-kkr-sabah-diseru-terus-beri-khidmat-terbaik/ https://sabahmedia.com/2023/10/29/warga-kkr-sabah-diseru-terus-beri-khidmat-terbaik/#respond Sat, 28 Oct 2023 17:47:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=44344
Read Time:1 Minute, 21 Second

Kota Kinabalu : Warga Kementerian Kerja Raya (KKR) Sabah diseru untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik buat semua lapisan masyarakat.

Menterinya, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata ia bagi memastikan jentera kerajaan dapat bergerak dengan berkesan, melaksanakan dasar dan menjayakan setiap aspirasi yang disusun kerajaan.

“Ekspektasi pelanggan atau rakyat terhadap kementerian ini, hari demi hari semakin tinggi dan keadaan ini sudah tentunya mendesak kita membuat pembaharuan yang berterusan. Ini juga bagi memastikan kita sentiasa dan terus relevan, responsif, berkesan serta ke hadapan. 

“Jadikan budaya kerja yang efisien, berkualiti serta berintegriti dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat untuk bersama-sama menjayakan dasar-dasar kerajaan demi untuk pembangunan dan kesejahteraan semua,” katanya pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2022 KKRS, di sini.

Dalam pada itu, Shahelmey turut berharap agar seluruh warga kerja KKRS dan semua jabatan di bawahnya dapat meneruskan kerjasama yang baik dan sentiasa menyokong di antara satu dengan yang lain.

“Permuafakatan ini merupakan faktor yang akan membantu kita dalam memberi perkhidmatan yang baik kepada masyarakat.

“Justeru itu,marilah kita semua berganding bahu melangkah bersama, membina Negeri ini khususnya dan Negara kita amnya ke arah yang lebih maju, aman dan sejahtera,” katanya.

Pada majlis tersebut, beliau menyampaikan tiga sijil APC KKRS 2022 iaitu dua daripada Kategori Kumpulan Perkhidmatan iaitu Mohd Hasim Abd Hamid dan Daimeh Sampit, manakala bagi Kategori Kumpulan Perkhidmatan Kewangan dan Pembantu Kesetiausahaan Pejabat kepada Azeera Merin.

Hadir sama, Pembantu-pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Limus Jury dan Datuk Robert Tawik, Setiausaha Tetap, Datuk Ridhwan Roger Linus serta Timbalan Setiausaha-setiausaha Tetap, Hassan Mahali dan Jasni Abu Suffyan Omar.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/29/warga-kkr-sabah-diseru-terus-beri-khidmat-terbaik/feed/ 0 44344