Kkru – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 11 Jan 2026 04:02:44 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kkru – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Penstrukturan semula KKRU perkemas fokus kerja raya dan utiliti https://sabahmedia.com/2026/01/11/penstrukturan-semula-kkru-perkemas-fokus-kerja-raya-dan-utiliti/ https://sabahmedia.com/2026/01/11/penstrukturan-semula-kkru-perkemas-fokus-kerja-raya-dan-utiliti/#respond Sun, 11 Jan 2026 04:02:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89526
Read Time:1 Minute, 39 Second

KOTA KINABALU :  Penstrukturan semula Kementerian Kerja Raya dan Utiliti (KKRU) disifatkan sebagai satu ruang kepada KKRU bagi memperkemas fokus terhadap fungsi teras, khususnya dalam aspek kerja raya dan utiliti.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam berkata, tiga jabatan yang dipindahkan ke Kementerian Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan adalah sejajar dengan penstrukturan semula peranan kerajaan negeri.

“Selaku Menteri, saya melihat perubahan ini sebagai peluang untuk mengukuhkan keupayaan Kementerian, memperbaiki penyampaian perkhidmatan, dan meningkatkan kecekapan pelaksanaan projek demi kepentingan rakyat.

“Apa yang paling penting ialah keupayaan warga Kementerian untuk menyesuaikan diri, kekal fokus dan terus berprestasi walaupun dalam suasana perubahan.

“Melangkah ke  tahun seterusnya, kementerian ini akan berdepan dengan cabaran yang lebih besar, khususnya dalam sektor utiliti asas yang berada di bawah seliaan kita.

“Isu seperti kebolehpercayaan bekalan elektrik,liputan dan kualiti komunikasi, serta penyelarasan bersama agensi seperti Sabah Electricity (SE) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memerlukan pendekatan yang lebih strategik, bersepadu dan berpaksikan kepentingan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2025 KKRU di sini pada Jumaat.

Joachim yang juga Menteri Kerja Raya dan Utiliti berkata, cabaran itu menuntut semua kakitangan untuk memperkukuh perancangan, meningkatkan koordinasi antara agensi,  serta memastikan setiap pelaksanaan dibuat dengan integriti, akauntabiliti dan kecekapan.

“Rakyat hari ini bukan sahaja menilai apa yang kita bina, tetapi bagaimana perkhidmatan itu memberi kesan langsung kepada kehidupan seharian mereka.

“Saya amat berbangga melihat bagaimana warga Kementerian terus menunjukkan ketekunan, integriti dan semangat kerja berpasukan, walaupun berdepan tuntutan projek yang semakin kompleks serta jangkaan rakyat yang semakin tinggi.

“Keupayaan ini menjadi asas kukuh kepada keberhasilan Kementerian pada masa hadapan,” katanya.

Dalam pada itu, Joachim menyeru seluruh warga Kementerian untuk terus memperkukuh integriti, profesionalisme, inovasi dan akauntabiliti, serta bekerja sebagai satu pasukan dalam mendukung agenda pembangunan negeri.

“Saya yakin, dengan asas yang kukuh ini, Kementerian akan terus memainkan peranan strategik dalam pembangunan infrastruktur dan utiliti demi kesejahteraan rakyat Sabah, selaras dengan aspirasi Hala Tuju Sabah Maju Jaya,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/11/penstrukturan-semula-kkru-perkemas-fokus-kerja-raya-dan-utiliti/feed/ 0 89526
Kesejahteraan rakyat jadi keutamaan utama KKRU – Dr Joachim https://sabahmedia.com/2025/12/10/kesejahteraan-rakyat-jadi-keutamaan-utama-kkru-dr-joachim/ https://sabahmedia.com/2025/12/10/kesejahteraan-rakyat-jadi-keutamaan-utama-kkru-dr-joachim/#respond Wed, 10 Dec 2025 05:56:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=88017
Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Kesejahteraan rakyat akan terus menjadi keutamaan utama dalam setiap pelaksanaan projek dan pembangunan infrastruktur di Sabah.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam berkata, setiap perancangan dan pelaksanaan projek infrastruktur perlu memberi impak langsung kepada kualiti hidup rakyat, khususnya melibatkan kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik.

“Kita mesti memastikan semua projek yang dirancang dan dilaksanakan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat, bukan sahaja dari segi kemudahan, tetapi juga dari aspek keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan kehidupan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan dalam sesi taklimat komprehensif pertama bersama barisan pengurusan tertinggi Kementerian Kerja Raya dan Utiliti (KKRU), beberapa hari selepas memulakan tugas secara rasmi pada 3 Disember lalu.

Dalam sesi taklimat itu, Dr Joachim diberi penerangan menyeluruh mengenai fungsi teras kementerian, termasuk naik taraf rangkaian jalan raya, penambahbaikan kemudahan awam serta pengurusan utiliti asas seperti bekalan air, elektrik dan perkhidmatan pembetungan.

Beliau yang juga Menteri Kerja Raya dan Utiliti berkata, pelaksanaan projek infrastruktur perlu dilaksana secara cekap, berintegriti dan berkesan agar rakyat dapat menikmati hasil pembangunan yang menyeluruh serta seimbang di seluruh negeri.

Selain itu, Dr Joachim menggesa semua pegawai dan jabatan di bawah KKRU agar terus mengamalkan budaya kerja berpasukan yang mantap demi memastikan semua perkhidmatan kerajaan dapat disampaikan dengan lebih berkesan kepada rakyat. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/10/kesejahteraan-rakyat-jadi-keutamaan-utama-kkru-dr-joachim/feed/ 0 88017