KKTP – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 17 Dec 2025 07:06:31 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png KKTP – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan Sabah rancang bangun sembilan pekan baharu https://sabahmedia.com/2025/12/17/kerajaan-sabah-rancang-bangun-sembilan-pekan-baharu/ https://sabahmedia.com/2025/12/17/kerajaan-sabah-rancang-bangun-sembilan-pekan-baharu/#respond Wed, 17 Dec 2025 07:05:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=88460
Read Time:1 Minute, 10 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU: Sembilan pekan baharu dirancang untuk dibangunkan di seluruh Sabah bagi menyokong kepada pertumbuhan ekonomi setempat dan memperluas akses kemudahan asas kepada rakyat.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, rancangan pembangunan dibawah Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) itu merupakan antara langkah strategik untuk mewujudkan pusat pertumbuhan baharu, khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Katanya, ia adalah selaras dengan perancangan pembangunan jangka panjang Sabah.

“Pekan-pekan baharu yang dirancang melibatkan Tongod, Paginatan, Merotai, Sungai Melayu (Sebatik), Sukau, Melalap, Ulu Dusun, Beluran serta Penangah, yang masing-masing dikenal pasti berpotensi menjadi nadi ekonomi kepada kawasan sekitarnya.

“Melalui pembangunan ini, kerajaan negeri menyasarkan penyediaan prasarana asas yang lebih sistematik, termasuk jaringan jalan raya, kemudahan awam, kawasan komersial dan perumahan, bagi meningkatkan kualiti hidup penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini pada Rabu.

Arifin berkata, pembangunan pekan baharu juga dijangka dapat menarik pelaburan tempatan, membuka peluang perniagaan serta mewujudkan peluang pekerjaan, sekali gus merancakkan aktiviti ekonomi di peringkat akar umbi.

Beliau menambah, pelaksanaan projek akan dibuat secara berperingkat dengan mengambil kira keperluan penduduk setempat serta pematuhan kepada garis panduan perancangan bandar dan kelestarian alam sekitar.

“Usaha ini mencerminkan komitmen kerajaan negeri untuk memastikan pembangunan dilaksanakan secara inklusif dan seimbang agar manfaatnya dapat dirasai oleh semua lapisan masyarakat,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/17/kerajaan-sabah-rancang-bangun-sembilan-pekan-baharu/feed/ 0 88460
KKTP perlu beri tumpuan, sokong usaha naik taraf kemudahan di Sipitang https://sabahmedia.com/2025/02/07/kktp-perlu-beri-tumpuan-sokong-usaha-naik-taraf-kemudahan-di-sipitang/ https://sabahmedia.com/2025/02/07/kktp-perlu-beri-tumpuan-sokong-usaha-naik-taraf-kemudahan-di-sipitang/#respond Thu, 06 Feb 2025 23:59:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68151
Read Time:2 Minute, 0 Second

Sipitang: Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri diminta memberi tumpuan dan sokongan kepada usaha menaiktaraf kemudahan dan prasarana Pekan Sipitang, Pekan Mesapol dan Pekan Sindumin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob membuat gesaan itu pada lawatan rasmi Timbalan Ketua Menteri II yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Sipitang, semalam.

Menurutnya, ini sejajar dengan perancangan untuk menjadikan Sipitang sebagai bandar bersih dan indah.

Katanya, Sipitang merupakan laluan utama kepada pelancong dari Brunei Darussalam, Indonesia dan pengunjung dari Sarawak jika ke negeri ini.

“Justeru itu, jika ada permohonan untuk menaiktaraf dan pembangunan di Pekan Sipitang, Mesapol dan Sindumin, pihak kementerian diminta memberi perhatian untuk disokong.

“Jika kita tidak membuat perubahan sekarang bila lagi untuk manfaat warga Sipitang khususnya,” katanya.

Dr Yusof yang juga Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad berkata, ini juga sesuai untuk pembangunan  Sipitang menjadi Pekan maju nanti menerusi pembangunan di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGİP).

Katanya, antara pembangunan yang turut dilaksanakan di SOGIP adalah pembinaan sebuah pelabuhan.

“Saya yakin adanya pembangunan di SOGIP, pendapatan majlis daerah akan menjana RM10 juta setahun,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mahu naiktaraf segera dilakukan terhadap Pasar Awam Sipitang disebabkan bangunan yang ada sudah lama.

Katanya, penyediaan tapak tamu baharu juga harus diambil tindakan disebabkan tapak tamu yang digunakan sekarang di Top Ten tidak sesuai.

“Lokasi sesuai Tapak Tamu baharu perlu diputuskan. Cari tapak sesuai antara di kawasan antara Pekan Sipitang dengan Jalan Bypass,” katanya.

Menurutnya, wang hasil Majlis Daerah Sipitang berjumlah RM18 juta harus digunakan untuk rakyat.

“Tidak ada guna duit ini disimpan di bank dan kita tahu majlis daerah ada pungutan hasil setiap tahun,” katanya.

Dr Yusof juga berkata, kawasan rekreasi dan pelancongan di daerah ini berasaskan komuniti juga harus dinaiktaraf untuk menarik kehadiran pengunjung dan menjana pendapatan penduduk setempat.

Beliau berkata, sudah sampai masanya satu pelan utama (master plan) dibuat untuk pembangunan daerah Sipitang yang boleh dijadikan rujukan untuk tempoh lima hingga 10 tahun.

Ketika ini, katanya, projek pembangunan yang dilaksanakan di kawasan Pekan di daerah ini dibuat tanpa perancangan.

“Ini menyebabkan projek pembangunan yang dilaksanakan secara segera (adhoc),” kata Dr Yusof.

Hadir sama, Pembantu Menteri KKTP Datuk Isnin Aliasnih, Setiausaha Tetap kementerian Datuk Dr Jamili Nais, Pegawai Daerah Sipitang Abd Karim A.M Razak, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Sipitang Hamsad Abdul Wahid dan Ketua Polis Daerah Sipitang Supt Awang Anak Suanda. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/07/kktp-perlu-beri-tumpuan-sokong-usaha-naik-taraf-kemudahan-di-sipitang/feed/ 0 68151
KKTP sentiasa pastikan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat https://sabahmedia.com/2024/07/19/kktp-sentiasa-pastikan-keberkesanan-penyampaian-perkhidmatan-kepada-masyarakat/ https://sabahmedia.com/2024/07/19/kktp-sentiasa-pastikan-keberkesanan-penyampaian-perkhidmatan-kepada-masyarakat/#respond Fri, 19 Jul 2024 07:45:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57743
Read Time:2 Minute, 35 Second

KUDAT: Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP), melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), sentiasa berusaha untuk memastikan keberkesanan dalam penyampaian perkhidmatan diberikan kepada masyarakat setempat.

Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri KKTP, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata, pelbagai program dirancang dan objektif disusun rapi agar matlamat utama tercapai.

“Di era moden ini, kami di pihak Kementerian dan PBT sentiasa cuba untuk berfikir di luar kotak untuk memastikan kesejahteraan hidup dapat dicapai.

“Bukan sahaja dari segi pembangunan tetapi meningkatkan taraf hidup serta memastikan keadaan persekitaran adalah selesa, mampu memberi kegembiraan dan seterusnya memastikan peningkatan kepada indeks kualiti hidup,” katanya ketika merasmikan penutupan Program Pembangunan Komuniti Daerah Kudat bertemakan ‘Komuniti Prihatin’ di Dataran Tomborungus, di sini, hari ini. 

Program tersebut dianjurkan bersama oleh KKTP dan Lembaga Bandaran Kudat (LBK).   

Merakamkan penghargaan kepada LBK atas komitmen menjayakan program ini, Dr. Joachim berkata, Program Pembangunan Komuniti adalah antara program yang diletakkan dalam senarai KPI Kementerian sebagai usaha untuk mendekati komuniti setempat dan bagi membolehkan Kementerian untuk memahami keperluan semasa komuniti sesebuah daerah.

Selain itu, ia juga adalah salah satu inisiatif Kementerian untuk berkongsi maklumat berhubung isu-isu semasa dan mendapatkan feedback daripada orang ramai.

“Saya berharap apa yang telah disampaikan oleh para penceramah semasa sesi ceramah dapat dijadikan informasi yang berguna kepada semua yang hadir pada hari ini,” katanya, sambil menambah program sebegini juga akan diadakan di daerah-daerah lain.

Pameran, pertandingan mewarna dan kempen menderma darah turut diadakan semasa program tersebut, selain pemberian vaksin HPV secara percuma yang merupakan antara outreach programme kepada golongan sasar iaitu golongan yang berumur antara 13 hingga 20 tahun.

Program tersebut juga disekalikan dengan Lawatan Kembara Dr. Joachim ke beberapa buah daerah. Beliau baru sahaja selesai mengadakan Lawatan Kembara ke daerah Ranau dan Pitas kelmarin.

“Ini adalah usaha dan komitmen di pihak saya dan Kementerian untuk turun padang dan melihat sendiri pengoperasian PBT di setiap daerah,” katanya.

Dr. Joachim berkata, pada sebelah pagi hari ini beliau telah membuat lawatan ke pejabat LBK di mana beliau telah diberikan taklimat berhubung strategi dan perancangan serta cabaran yang dihadapi pihak LBK.

Beliau percaya pihak LBK akan sentiasa melaksanakan yang terbaik untuk daerah Kudat.

“Sememangnya cabaran dan halangan dalam memberikan perkhidmatan sentiasa ada, tetapi dengan kerjasama daripada semua pihak, ianya akan mampu untuk mengurangi jurang yang ada.

“Kudat adalah milik semua penduduknya, saya berharap akan ada usaha dan kerjasama daripada mereka semua untuk memajukan lagi daerah ini.

“Kudat adalah antara daerah yang mempunyai daya tarikan dan berpotensi untuk dimajukan. Adalah sesuatu yang merugikan sekiranya tidak ada kerjasama dari pelbagai pihak. Gunalah saluran yang betul dalam menyampaikan masalah serta cadangan. Kerjasama daripada semua pihak adalah jalan penyelesaian yang terbaik,” ujarnya.

Pada masa sama, Dr Joachim turut menyempurnakan perasmian pejabat baharu LBK.

Turut hadir, Setiausaha Tetap Kementerian, Datuk Dr. Jamili Nais, Timbalan II Setiausaha Tetap Kementerian, Faridah Giau, Pegawai Daerah Kudat merangkap Pesuruhjaya Lembaga Bandaran Kudat, Alexander Yong; Pengerusi Tribunal Tuntutan Pembeli Perumahan, Juprin Wong serta Ketua-ketua Masyarakat.

Sebelum itu, Dr. Joachim dengan diiringi Dr. Jamili mendengar taklimat Lawatan Kembara Ke Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Lembaga Bandaran Kudat, yang disampaikan oleh Pegawai Eksekutif, Harun Ariffin.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/19/kktp-sentiasa-pastikan-keberkesanan-penyampaian-perkhidmatan-kepada-masyarakat/feed/ 0 57743
KKTP ketuai ‘task force’ kaji, selesai isu tapak pelupusan sampah PBT https://sabahmedia.com/2024/06/19/kktp-ketuai-task-force-kaji-selesai-isu-tapak-pelupusan-sampah-pbt/ https://sabahmedia.com/2024/06/19/kktp-ketuai-task-force-kaji-selesai-isu-tapak-pelupusan-sampah-pbt/#respond Wed, 19 Jun 2024 06:49:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56229
Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP), Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata, Kementeriannya akan mengetuai “task force” untuk mengkaji dan mencari penyelesaian tapak pelupusan sampah bersama dengan Pihak-pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Isu tersebut merupakan antara perkara-perkara yang dibangkitkan semasa siri lawatan kembara beliau ke PBT Kota Belud dan Kota Marudu kelmarin (18 Jun).

Semasa lawatan ke PBT Kota Belud, Dr. Joachim yang juga Timbalan Ketua Menteri II telah diberikan taklimat tadbir urus oleh Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Kota Belud, Kamariah Ismail.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tempasuk, Datuk Mohd. Arshad Bistari; Setiausaha Tetap Kementerian, Datuk Dr. Jamili Nais; Pengerusi Majlis Daerah Kota Belud, Bakri Nanun; wakil Ketua Polis Daerah Kota Belud, Inspektor Sabestian Ak Pendie; serta Ahli-ahli Majlis Daerah dan Pegawai-pegawai KKTP.

Antara perkara yang dibincangkan adalah isu tapak pelupusan sampah.

Semasa lawatan ke PBT Kota Marudu, Dr. Joachim dan rombongan telah diberikan taklimat Tadbir Urus Majlis Daerah Kota Marudu oleh Pegawai Eksekutifnya, Abdul Sani Arsat.

Dr. Joachim (duduk, tengah) bergambar kenangan bersama dengan Dr. Jamili (empat dari kiri) dan semua yang hadir ke lawatan kembara PBT Kota Marudu.

Beliau dimaklumkan bahawa tapak pelupusan sampah bagi Kota Marudu tidak dapat menampung kuantiti/jumlah sampah yang dikutip oleh Majlis, selain laluan jalan ke pusat pelupusan rosak dan sukar dilalui apabila musim hujan dan perlu dinaik taraf.

Lawatan tersebut merupakan sebahagian daripada siri lawatan kembara Dr. Joachim ke semua PBT di Sabah yang bermula sejak awal tahun ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/19/kktp-ketuai-task-force-kaji-selesai-isu-tapak-pelupusan-sampah-pbt/feed/ 0 56229
KKTP raih anugerah MLAA 13 https://sabahmedia.com/2023/06/03/kktp-raih-anugerah-mlaa-13/ https://sabahmedia.com/2023/06/03/kktp-raih-anugerah-mlaa-13/#respond Sat, 03 Jun 2023 02:03:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=35652
Read Time:52 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Sabah melalui Sektor Landskap dan Kelestarian telah berjaya meraih Malaysia Landscape Architecture Awards (MLAA 13) Honour Award 2022 bagi Kategori Badan Kerajaan – Green Initiatives Awards daripada Institute of Landscape Architects Malaysia (ILAM).

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Dato’ Ghazi menyempurnakan majlis penyampaian anugerah di Westin Desaru Coast Conference Centre, Johor pada 27 Mei lalu.

Anugerah ini memberi pengiktirafan kepada Dokumen Inisiatif KKTP Ke Arah Masyarakat Rendah Karbon bagi Pihak Berkuasa Tempatan di Sabah yang telah telah dilancarkan pada 9 September 2021 oleh Datuk Isnin Aliasnih ni, Pembantu Menteri I KKTP.

Dokumen ini adalah sebagai satu inisiatif dan langkah proaktif kementerian bagi mencapai pembangunan lestari ke arah persekitaran hijau dan berdaya huni dengan merumuskan pendekatan langkah-langkah dan program dalam menangani perubahan iklim global dengan mengurangkan pelepasan karbon dioksida dalam aktiviti harian masyarakat.

Majlis penganugerahan tersebut dihadiri oleh Ketua Penolong Setiausaha (Landskap), LAr. Nurulhayati Awang More, pegawai KKTP dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Daerah Tuaran, Majlis Daerah Kinabatangan dan Majlis Daerah Kota Marudu.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/03/kktp-raih-anugerah-mlaa-13/feed/ 0 35652
KKTP komited capai sasaran pendigitalan perkhidmatan https://sabahmedia.com/2023/03/17/kktp-komited-capai-sasaran-pendigitalan-perkhidmatan/ https://sabahmedia.com/2023/03/17/kktp-komited-capai-sasaran-pendigitalan-perkhidmatan/#respond Thu, 16 Mar 2023 23:15:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=30939
Read Time:4 Minute, 26 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) komited dalam usaha pendigitalan perkhidmatan dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN) dan semua organisasi yang terlibat, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam.

Beliau yang juga Menteri KKTP berkata, ini penting demi mencapai sasaran pendigitalan perkhidmatan selaras dengan hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Justeru itu, Pelan Strategik ICT KKTP (2021-2025) telah diwujudkan sebagai panduan untuk memastikan pendigitalan dapat mencapai sasaran.

“Teras pertama dalam Pelan Strategik ICT KKTP adalah memfokuskan kepada pembangunan sistem aplikasi fungsi teras Kementerian, yang juga disejajarkan dengan komponen-komponen yang terdapat dalam Smart City Framework Malaysia (MSCF).

“Sistem aplikasi teras yang telah siap dibangunkan ialah Sistem Maklumat Setinggan dan Sistem Maklumat Perumahan. Adalah diharapkan sistem ini digunakan sepenuhnya agar data-data berkaitan perumahan dan setinggan dapat dikumpul, data perumahan boleh dianalisa dan digunakan untuk membantu perancangan dan pengurusan perumahan.

“Data Sistem Pengurusan Setinggan juga dapat dikongsikan dengan Kementerian/Jabatan lain untuk tujuan memudahkan perancangan menangani isu bersama yang berkaitan dengan setinggan. Dengan adanya daftar dan analisa setinggan, ianya dapat membantu mengatasi masalah seperti pembinaan rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) dan penyelesaian lain-lain,” katanya ketika merasmikan Seminar ICT Peringkat Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Tahun 2023 bertemakan ‘SMART CITY: ICT Implementation and Challenges’ di Shangri-La Tanjung Aru Resort, di sini, pada Khamis.

Bagi memperkasakan pengurusan kebersihan awam dan sisa pepejal, Dr. Joachim berkata, KKTP bersama JPKN sedang membangunkan Sistem Pengurusan Sisa Pepejal yang diharapkan dapat membantu pemantauan pengurusan operasi pembersihan disemua PBT.

“Pembangunan sistem aplikasi akan terus dilaksanakan untuk mewujudkan Data Repository Kementerian bagi menyokong aspirasi Big Data, Open Data diperingkat Negeri dan Nasional,” ujarnya.

Mengenai Seminar ICT peringkat Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan bagi Tahun 2023 ini, Dr. Joachim berkata, ia juga merupakan salah satu usaha untuk mempromosikan penggunaan teknologi ICT dan memberikan pendedahan teknologi terkini kepada peserta seminar.

Selain itu, katanya, program ini memberikan impak positif di mana apabila mereka berkumpul, mereka akan dapat berinteraksi dan bertukar-tukar pendapat bagaimana menangani masalah khususnya dalam bidang ICT.

“Tema seminar iaitu ‘SMART CITY: ICT Implementation dan Challenges’ adalah sangat relevan dengan senario semasa, selaras dengan Hala Tuju Nasional (merujuk kepada Rangka Kerja Smart City Malaysia) untuk mewujudkan bandar yang mampan seperti yang terkandung dalam Malaysia Smart City Framework (MSCF).

“SMART CITY adalah merupakan bandar yang menggunakan ICT dan inovasi untuk menangani isu-isu pengurusan bandar yang menyeluruh. ‘Using ICT and technological advances to address urban issues including, to improve quality of life, promote economic growth, develop sustainable and safe environment and encourage efficient urban management practices’.

“Smart City Framework Malaysia (MSCF) mempunyai tujuh komponen iaitu; Smart Economy, Smart Living, Smart Environment, Smart People, Smart Government, Smart Mobility dan Smart Digital Infrastructure,” jelasnya.

Dr. Joachim juga menghargai perkongsian para pembentang kertas seminar ICT dan mengharapkan para peserta seminar mendapat sedikit ilmu dan ilham tentang bagaimana teknologi ICT dapat digunakan di organisasi masing-masing.

Penggunaan ICT dalam kehidupan seharian sudah menjadi kebiasaan, katanya, sambil menambah, aplikasi yang berasaskan IOT boleh digunakan dalam pelbagai aspek seperti pemantauan suhu, kualiti udara dan kawalan paras air.

“Aplikasi mudah-alih Mobile Apps digunakan untuk berkomunikasi dengan peranti sensor untuk mengutip data (suhu) boleh dimuat-turun dan dianalisa secara ‘real-time’ bagi mengenalpasti keadaan suhu di tempat terlibat.

“Penggunaan teknologi Surveillance system ‘CCTV’, Drone, untuk memantau keselamatan dan kebersihan persekitaran bandar dapat dilaksanakan dengan mudah. Kawalan keselamatan dan kebersihan di kawasan bandar dan di tempat pelancongan ‘hotspot’ adalah penting bagi memastikan bandar yang selamat dan bersih, secara langsung akan memberikan keselesaan kepada penduduk dan juga pelancong, dan ini secara langsung akan menarik lebih ramai pelancong datang ke negeri ini.

“Peranan PBT dalam menyokong industri pelancongan adalah penting. Justeru, PBT haruslah peka terhadap keperluan untuk menyediakan kemudahan dan memberikan jaminan keselamatan kepada para pelancong dengan menggunakan teknologi sedia ada,” katanya.

Beliau juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga Kementerian dan agensi seliaan atas usaha menggunapakai sistem aplikasi generik eGovt terutamanya Sistem Maklumat Sumber Manusia ‘SM2’.

“Saya difahamkan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri memberikan anugerah bintang bagi pengurusan data sumber manusia berasaskan sistem ini.

“Justeru, berusahalah untuk mengemaskini maklumat kakitangan demi untuk memelihara hal-ehwal kakitangan di organisasi masing-masing dan bukan semata-mata untuk mendapat bintang,” katanya.

Menurut beliau lagi, Kementerian juga sedar akan cabaran-cabaran sedia ada dan yang bakal dihadapi dalam usaha melaksanakan inisiatif ‘SMART CITY’, namun mereka harus terus tabah menghadapi dan saling membantu dalam menangani isu-isu semasa.

“Salah satu cabaran yang ketara ialah ancaman keselamatan siber, statistik insiden keselamatan siber semakin meningkat selaras dengan penggunaan ICT yang meningkat. Sebagai pengguna ICT, kita harus peka tentang isu ini dan perlu bertanggungjawab dalam penggunaan ICT, keselamatan siber adalah tanggungjawab kita bersama.

“Arus perubahan teknologi canggih tidak dapat dibendung dan berubah dengan pantas. Pengaruh teknologi ICT memberikan impak yang tinggi kepada ekonomi global dan cara kehidupan sejagat. Kita perlu bergerak pantas mengadaptasi perubahan ini supaya terus dapat mengekalkan momentum daya-saing,” katanya.

Turut hadir, Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Selaku Pengerusi Seminar ICT bagi tahun 2023, Datuk Dr. Jamili Nais; Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri selaku Pengerusi bersama seminar ICT peringkat KKTP, Ernywati Dewi Abas; Timbalan Setiausaha Tetap (l) dan II Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Stanley Chong dan Faridah Giau, Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri, Majaran Osman; Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar, Rosemary AhPing dan Pegawai-pegawai Kanan Kementerian.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/17/kktp-komited-capai-sasaran-pendigitalan-perkhidmatan/feed/ 0 30939
DUN Sabah : KKTP Tekad Tingkat Perkhidmatan Kepada Rakyat https://sabahmedia.com/2021/12/08/dun-sabah-kktp-tekad-tingkat-perkhidmatan-kepada-rakyat/ https://sabahmedia.com/2021/12/08/dun-sabah-kktp-tekad-tingkat-perkhidmatan-kepada-rakyat/#respond Wed, 08 Dec 2021 14:24:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9585
Read Time:1 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU : Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Sabah serta Jabatan, Agensi dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bertekad untuk meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat.

Menterinya, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia melalui penambahbaikan Sistem Penyampaian serta melaksanakan sepenuhnya program pembangunan yang telah dirancang pada tahun hadapan.

Katanya, ini termasuklah meneruskan fasa seterusnya dalam penyediaan 175 unit perumahan kos rendah kepada rakyat di luar bandar.

“Rumah itu membabitkan 50 unit di Kemabong, Tenom, 50 Unit di Sukau, Kinabatangan, 50 Unit di Melalap, Tenom dan 25 Unit di Beluran.

“Kesemua perumahan kos rendah ini akan dijual pada harga RM42,000.00 hingga RM47,000.00 seunit,” katanya pada sesi penggulungan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Dalam pada itu, Masidi berkata, KKTP juga sentiasa berusaha meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kementerian, agensi dan PBT.

Katanya, pada tahun ini, kementeriannya telah menyiapkan Pelan Strategik KKTP 2021-2025 yang mengambilkira Inisiatif dan Halatuju Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) serta Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

“Sebagai menyahut seruan Kerajaan dalam membenteras dan menangani gejala rasuah, Kementerian saya juga telah membangunkan Pelan Anti Rasuah KKTP 2021 – 2025.

“Sistem Pemantauan Aduan KKTP juga sedang berada di fasa akhir pembangunan sistem (penetretion test) sebelum digunapakai sepenuhnya pada awal tahun 2022,” katanya.

Beliau berkata, sistem aduan itu akan membolehkan pihak Kementerian membuat pemantauan secara terus melalui atas talian untuk memberikan respon atau maklumbalas awal terhadap sebarang aduan yang telah dikemukakan kepada Kementerian.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/08/dun-sabah-kktp-tekad-tingkat-perkhidmatan-kepada-rakyat/feed/ 0 9585
DUN Sabah : Kerajaan Sabah Sentiasa Bersedia Jayakan Pendekatan Bawa Manfaat Kepada Rakyat https://sabahmedia.com/2021/12/07/dun-sabah-kerajaan-sabah-sentiasa-bersedia-jayakan-pendekatan-bawa-manfaat-kepada-rakyat/ https://sabahmedia.com/2021/12/07/dun-sabah-kerajaan-sabah-sentiasa-bersedia-jayakan-pendekatan-bawa-manfaat-kepada-rakyat/#respond Tue, 07 Dec 2021 09:21:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9491
Read Time:2 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Negeri sentiasa bersedia untuk menjayakan apa-apa pendekatan yang membawa manfaat kepada orang awam dan pihak berkepentingan.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Isnin Aliasnih berkata, deraf skim perancangan bagi daerah Penampang telah dipamerkan selama 90 hari bermula 18 Oktober sehingga 18 Januari 2022.

Katanya, ia adalah untuk pemeriksaan, bantahan dan pendengaran awam selaras dengan peruntukkan Seksyen 7(2) dan 7(3), Ordinan Perancangan Bandar dan Desa (Sabah Cap.141).

“Pada ketika ini orang awam boleh melakukan pemeriksaan terhadap deraf skim perancangan dan menghantar borang bantahan atau cadangan melalui web rasmi Majlis Daerah Penampang dan Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah (JPBW).

“Selain itu orang awam juga boleh datang ke ruang pameran pejabat Majlis Daerah Penampang (MDP), Dewanraya Kampung Terawi dan Dewanraya Kampung Ganang di mana setiap tempat pameran ini ada kakitangan yang bertugas untuk membantu memberi penerangan berkenaan deraf skim perancangan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Ignatius Dorell Leiking (WARISAN- Moyog) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Isnin berkata, sepanjang tempoh pameran dilaksanakan, pihak MDP dengan kerjasama JPBW telah mengambil beberapa pendekatan agar deraf skim perancangan Daerah Penampang mendapat hebahan menyeluruh tentang penyediaan deraf skim perancangan berkenaan kepada semua pemilik tanah yang terlibat terutamanya orang-orang kampung.

Katanya, ia meliputi Pelan Daerah Penampang, Pelan Tempatan Donggongon, Pelan Tempatan Kapazan, Pelan Tempatan Tuaui, Pelan Tempatan Kibabaig dan Pelan Tempatan Damaza.

“Kerajaan Negeri juga amat komited untuk memastikan hebahan menyeluruh dapat dilaksanakan dengan cepat dan berkesan melalui pelaksanaan pendekatan-pendekatan yang dirancang,” katanya.

Dalam pada itu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, pihaknya mengalu-alukan mana-mana pihak, termasuk pemimpin kerajaan atau bukan untuk mengadakan dialog terbuka bagi mendapatkan maklum balas pelan pembangunan daerah.

Katanya, kerajaan mengambil pendekatan terbuka dalam perkara itu, lebih-lebih lagi ia membabitkan kepentingan penduduk di daerah terbabit.

Katanya, walaupun pihak berkuasa tempatan (PBT) atau majlis daerah ada kuasa penuh untuk menentukan bagaimana pendengaran awam pelan pembangunan daerah dilakukan, kerajaan terbuka untuk mendengar pandangan semua pihak.

“Majlis daerah ada kuasa penuh untuk menentukan bagaimana pendengaran awam dilakukan tetapi kita sangat terbuka dalam hal ini.

“Malahan, ada satu laporan daripada sebuah majlis daerah saya tidak terima apabila sampai kepada Majlis Perancangan Negeri sebab saya mahu orang awam dimaklumkan dan faham implikasi pelan itu.

“Kita mengalu-alukan tidak kira pemimpin kerajaan atau bukan untuk membuat pendengaran atau dialog terbuka. Saya hanya menjalankan tugas sebagai menteri untuk sementara waktu.

“Pelan itu adalah milik penduduk daerah itu, kita sangat terbuka dan kalau ada cara lain seperti arkitek, jurutera dan sebagainya untuk memberi input, kita mengalu-alukan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/07/dun-sabah-kerajaan-sabah-sentiasa-bersedia-jayakan-pendekatan-bawa-manfaat-kepada-rakyat/feed/ 0 9491