kl-kk – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 01 Aug 2025 00:17:41 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png kl-kk – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Penumpang Trauma Naik Pesawat Lebih Dua Jam Tanpa Pendingin Hawa Dari KL Ke KK https://sabahmedia.com/2025/08/01/penumpang-trauma-naik-pesawat-lebih-dua-jam-tanpa-pendingin-hawa-dari-kl-ke-kk/ https://sabahmedia.com/2025/08/01/penumpang-trauma-naik-pesawat-lebih-dua-jam-tanpa-pendingin-hawa-dari-kl-ke-kk/#respond Fri, 01 Aug 2025 00:11:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=78343
Read Time:1 Minute, 3 Second

KUALA LUMPUR, – Seorang penumpang berkongsi pengalaman mencemaskan apabila menaiki pesawat selama lebih dua jam tanpa sistem pendingin hawa berfungsi, dalam satu kejadian yang turut tular di media sosial baru-baru ini.

Menurut Kustiana Jani yang memuat naik video berkenaan, insiden itu berlaku pada 28 Julai lalu ketika beliau dalam perjalanan pulang ke Sabah selepas menyertai kejohanan sukan yang berlangsung di Selangor.

“Penerbangan asal dijadualkan pada jam 7.20 malam, namun tertunda lebih satu jam. Saya duduk di kerusi tengah, dan sepanjang tempoh dalam pesawat, langsung tiada penyaman udara,” katanya ketika dihubungi Sabah Media.

Kustiana turut menyifatkan pengalaman tersebut sebagai amat tidak selesa dan memberi kesan trauma kepada dirinya.

“Masa itu baru saya faham kenapa ada penumpang yang siap-siap bawa kipas kecil sendiri. Untuk kami yang tiada kipas macam saya, terpaksalah kipas pakai kertas sahaja,” katanya lagi.

Video berdurasi kurang seminit yang dimuat naik Kustiana itu memperlihatkan beberapa penumpang kelihatan berpeluh dan menggunakan pelbagai cara bagi menyejukkan diri, termasuk menggunakan kertas dan kipas mudah alih.

Menurutnya, sepanjang tempoh penerbangan, tiada sebarang maklum balas rasmi diberikan oleh syarikat penerbangan yang mengendalikan penerbangan tersebut.

“Pramugari hanya mampu memohon maaf atas ketidakselesaan yang dialami penumpang,” tambahnya.

Sehingga artikel ini diterbitkan, video berkenaan telah mencapai 1.2 juta tontonan di laman Facebook beliau.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/01/penumpang-trauma-naik-pesawat-lebih-dua-jam-tanpa-pendingin-hawa-dari-kl-ke-kk/feed/ 0 78343