klias – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 24 Nov 2025 06:57:41 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png klias – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PRU Sabah : Isnin yakin Klias kekal milik GRS berdasarkan sokongan padu rakyat https://sabahmedia.com/2025/11/24/pru-sabah-isnin-yakin-klias-kekal-milik-grs-berdasarkan-sokongan-padu-rakyat/ https://sabahmedia.com/2025/11/24/pru-sabah-isnin-yakin-klias-kekal-milik-grs-berdasarkan-sokongan-padu-rakyat/#respond Mon, 24 Nov 2025 06:57:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86893
Read Time:1 Minute, 44 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

BEAUFORT : Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias Datuk Isnin Aliasneh yakin kerusi itu akan terus kekal di bawah GRS berikutan sokongan padu dan keyakinan tinggi rakyat terhadap kemampuan parti tersebut membantu dan menjamin keselamatan serta kemakmuran negeri.

Beliau berkata, sejak hari penamaan calon, arus sokongan terhadap GRS amat memberangsangkan dengan semangat rakyat yang semakin memuncak di setiap lokasi kempen.

“Sokongan sangat luar biasa. Semua orang bersemangat, dan semangat mereka kali ini berbeza. 

“Mereka mahu menangkan GRS kerana mereka anggap parti ini benar-benar bekerja untuk rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Sabah Media di kediamannya di sini pada Isnin.

Menurutnya, selepas lima hari berkempen, tiada sebarang masalah besar timbul dan sokongan semakin bertambah setiap hari.

Katanya, jentera parti juga bergerak aktif menemui pengundi yang belum didekati bagi memastikan semua saluran disentuh dan didekati.

“Keadaan rancak dan menyeronokkan. Jentera sangat komited, rakyat pula sangat bersemangat. 

“Mereka yakin GRS parti yang mampu menjamin keselamatan dan kemakmuran negeri, sebab itu sokongan mereka begitu kuat,” jelasnya.

Beliau menambah bahawa ramai penduduk setempat menzahirkan rasa syukur atas pelbagai bantuan dan pembangunan yang dibawa GRS sebelum ini, termasuk dalam bidang pendidikan, prasarana dan kesejahteraan rakyat.

Mengulas isu paling kerap dibangkitkan sepanjang kempen, beliau berkata Klias tidak berdepan masalah besar.

“Biasanya isu jalan, tapi itu pun tidak banyak. Masalah air dan elektrik tidak timbul. Isu-isu kecil saja,” katanya.

Namun, permintaan terhadap Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) kekal tinggi. 

Beliau memberi jaminan bahawa GRS akan melaksanakan lebih banyak unit tahun depan sekiranya diberi mandat membentuk kerajaan.

“InsyaAllah, tahun depan kita akan laksanakan 50 unit Rumah SMJ di Klias. Permohonan 2025 akan diselesaikan pada 2026, kecuali kes tertentu seperti mangsa kebakaran yang perlu diutamakan,” katanya.

Sementara itu, menjelang undi awal esok, beliau menyeru pengundi agar memberi mandat kepada GRS untuk memastikan kerajaan yang stabil dapat dibentuk.

“Saya mengharapkan undi diberikan kepada GRS. Jangan undi Barisan Nasional, jangan Warisan, dan jangan parti-parti kecil kerana itu hanya membuang masa.

“Undilah GRS untuk kestabilan politik, ekonomi dan keselamatan negeri,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/24/pru-sabah-isnin-yakin-klias-kekal-milik-grs-berdasarkan-sokongan-padu-rakyat/feed/ 0 86893
Isnin tekad terus perkasa infrastruktur demi kesejahteraan penduduk Klias https://sabahmedia.com/2025/11/18/isnin-tekad-terus-perkasa-infrastruktur-demi-kesejahteraan-penduduk-klias/ https://sabahmedia.com/2025/11/18/isnin-tekad-terus-perkasa-infrastruktur-demi-kesejahteraan-penduduk-klias/#respond Tue, 18 Nov 2025 04:40:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86249
Read Time:1 Minute, 26 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU : Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias Datuk Isnin Aliasneh mahu terus memberi tumpuan kepada pembangunan berterusan kepada rakyat di kawasan berkenaan.

Katanya, beliau mahu pembangunan itu memberi keuntungan dan membahagiakan rakyat, tanpa janji-janji kosong atau retorik berlebihan.

Menurutnya, keutamaan diberikan kepada isu asas yang menjadi keperluan harian masyarakat, termasuk keadaan jalan ke rumah penduduk, jalan kampung, serta akses ke kebun bagi memudahkan urusan ekonomi setempat.

“Saya tidak janjikan bulan dan bintang. Saya melihat apa yang rakyat perlukan. Walaupun kelihatan kecil, ini keperluan besar bagi mereka untuk menambah pendapatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pelancaran Manifesto GRS bagi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah Ke-17 (PRU DU Sabah ke-17) pada Isnin di Pusat Konvensyen Antabangsa Sabah (SICC) di sini.

Manifesto itu dilancarkan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Mengulas persaingan sembilan penjuru di DUN Klias, beliau tetap optimis untuk mempertahankan kerusi pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah ke-17 (PRU DU Sabah ke-17).

“InsyaAllah saya menang. Kerana GRS menang. Kita tidak mendahului takdir Allah, tetapi kita yakin—pertama kepada parti, kedua kepada ahli-ahli yang setia,” jelasnya.

“Jentera GRS di Klias sudah lama bersedia. Dalam dua hari awal kempen, hampir keseluruhan kawasan Klias dikatakan telah dipenuhi poster saya. Sekitar 70 peratus kawasan sudah dipenuhi poster saya. Kita mengharapkan kejayaan besar untuk GRS,” tambahnya.

Beliau turut menyatakan keyakinannya setelah melihat sambutan luar biasa penyokong pada hari penamaan calon.

“Pekan Beaufort kita tawan sejak penamaan calon lagi. Kehadiran ramai penyokong GRS menunjukkan manifestasi sokongan rakyat kepada GRS,” katanya.

Isnin turut menegaskan komitmennya untuk terus memperjuangkan pembangunan yang dekat dengan kehidupan rakyat sebagai asas kepada kemampanan ekonomi dan kesejahteraan komuniti. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/18/isnin-tekad-terus-perkasa-infrastruktur-demi-kesejahteraan-penduduk-klias/feed/ 0 86249
Tujuh Ketua Isi Rumah di Klias Terima Kunci Rumah Sabah Maju Jaya https://sabahmedia.com/2025/02/28/tujuh-ketua-isi-rumah-di-klias-terima-kunci-rumah-sabah-maju-jaya/ https://sabahmedia.com/2025/02/28/tujuh-ketua-isi-rumah-di-klias-terima-kunci-rumah-sabah-maju-jaya/#respond Fri, 28 Feb 2025 01:35:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69519
Read Time:58 Second

BEAUFORT, Tujuh Ketua Isi Rumah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.32 Klias menerima kunci Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) dalam satu majlis penyerahan yang berlangsung di lokasi berasingan semalam.

Pembantu Menteri 1 Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N.32 Klias, YB Datuk Isnin Aliasnih berkata, kerajaan negeri komited dalam menyediakan kemudahan perumahan kepada rakyat yang memerlukan.

“Sejak tahun 2022, sebanyak 60 buah Rumah Sabah Maju Jaya (SMJ) telah siap dibina dan diserahkan kepada penerima yang layak.

Ini membuktikan kesungguhan Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di bawah kepimpinan YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dalam memastikan tiada rakyat yang tersisih daripada menerima manfaat pembangunan,” katanya

Menurutnya lagi, rumah yang dibina ini diharap dapat memberikan sinar harapan kepada penerima, lebih-lebih lagi menjelang Ramadan dan Hari Raya tahun ini.

Majlis penyerahan tersebut turut dihadiri oleh Pegawai Daerah Putatan, Tuan Mohd Nazri Ajun; PPM N.32 Klias, Tuan Matjun Haji Mathun; serta beberapa pemimpin setempat.

Program Rumah Mesra SMJ ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan negeri dalam membantu golongan berpendapatan rendah memiliki kediaman yang selesa dan selamat, sekali gus mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/28/tujuh-ketua-isi-rumah-di-klias-terima-kunci-rumah-sabah-maju-jaya/feed/ 0 69519
Program I.P.L.A.N.T. Perkukuh Penghijauan Hutan Paya Gambut Klias https://sabahmedia.com/2025/01/17/program-i-p-l-a-n-t-perkukuh-penghijauan-hutan-paya-gambut-klias/ https://sabahmedia.com/2025/01/17/program-i-p-l-a-n-t-perkukuh-penghijauan-hutan-paya-gambut-klias/#respond Fri, 17 Jan 2025 12:56:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67086
Read Time:56 Second

BEAUFORT: Program Inisiatif Penghijauan Lestari, Aspirasi Negeri Taman Terindah (I.P.L.A.N.T.) di Pusat Luar Hutan Paya Gambut Klias, Beaufort memperkukuh usaha Sabah dalam pemuliharaan alam sekitar.

Pembantu Menteri I Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Isnin Aliasnih berkata, program ini meningkatkan kesedaran awam tentang kepentingan biodiversiti dan pemeliharaan landskap hijau.

“Ia juga seiring dengan Teras 5 Dasar Landskap Negeri Sabah, The 2030 Agenda for Sustainable Development, dan Hala Tuju SMJ 2021-2025,” katanya semasa merasmikan program itu di sini, kelmarin.

Sebanyak 150 pokok ditanam, menjadikan jumlah keseluruhan di bawah inisiatif ini kepada 326,845 pokok, menyokong sasaran 1.3 juta pokok menjelang 2033.

Hutan Paya Gambut Klias dikenal pasti penting untuk biodiversiti dan habitat spesies terancam seperti Orang Utan dan Monyet Proboscis.

Program ini, dilaksanakan sejak 2020, melibatkan 26 pihak berkuasa tempatan di Sabah serta masyarakat dan institusi pendidikan. Sebelumnya, inisiatif serupa dijayakan di Tuaran dan Kudat.

Menurut Isnin, program ini bukan sekadar menanam pokok, tetapi membina kesedaran tentang kelestarian alam sebagai tanggungjawab bersama.

Justeru, beliau menyeru semua pihak menyokong usaha ini demi masa depan generasi akan datang dan kelestarian alam sekitar global.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/17/program-i-p-l-a-n-t-perkukuh-penghijauan-hutan-paya-gambut-klias/feed/ 0 67086