klinik daif – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 12 Jun 2025 00:31:36 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png klinik daif – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lebih 100 klinik kesihatan di Sabah dinaik taraf demi keselesaan rakyat https://sabahmedia.com/2025/06/12/lebih-100-klinik-kesihatan-di-sabah-dinaik-taraf-demi-keselesaan-rakyat/ https://sabahmedia.com/2025/06/12/lebih-100-klinik-kesihatan-di-sabah-dinaik-taraf-demi-keselesaan-rakyat/#respond Thu, 12 Jun 2025 00:31:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75411
Read Time:1 Minute, 3 Second

Kota Kinabalu : Hampir 100 buah klinik kesihatan daif di negeri ini berjaya dinaik taraf kepada bangunan konkrit bagi memastikan keselesaan para pesakit dan pelawat terjaga.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib berkata, jumlah itu direkodkan sepanjang tahun 2023 sehingga tahun ini bagi menambah baik aspek kesihatan di negeri ini.

“Kita telah menyiapkan lebih 100 buah klinik daif yang dibina dengan kayu ditukar dengan konkrit.

James Ratib

“Ini adalah satu perkembangan yang baik untuk negeri ini dalam aspek kesihatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Perasmian Kolokium Kesihatan Awam Sabah Kali Ke-17 di sini pada Rabu.

Dalam pada itu Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Dr Maria Suleiman berkata sokongan penuh Kerajaan Negeri telah membantu JKNS untuk mendapat kelulusan peruntukan bagi projek naik taraf tersebut.

“Pada tahun 2023, kerajaan telah memberikan kita sebanyak RM10.8 juta, tahun 2024 kerajaan telah memberi kita RM21.5 juta dan tahun ini kita telah diberi sebanyak RM44 juta untuk membuat klinik-klinik daif ini.

“Kami berterima kasih kepada Datuk James, Exco Kesihatan kita kerana memberi sokongan penuh kepada JKNS dengan menyokong penuh permohonan kami ini,” katanya.

Dalam majlis tersebut, James berharap anggota kesihatan akan terus memberikan perkhidmatan terbaik dan profesional kepada masyarakat tanpa mengira latar belakang mereka.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/12/lebih-100-klinik-kesihatan-di-sabah-dinaik-taraf-demi-keselesaan-rakyat/feed/ 0 75411
91 klinik daif siap dibaik pulih, naik taraf – Dr Zaliha https://sabahmedia.com/2023/08/17/91-klinik-daif-siap-dibaik-pulih-naik-taraf-dr-zaliha/ https://sabahmedia.com/2023/08/17/91-klinik-daif-siap-dibaik-pulih-naik-taraf-dr-zaliha/#respond Thu, 17 Aug 2023 14:02:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=40267
Read Time:1 Minute, 44 Second

BERNAMA

Putrajaya: Sebanyak 91 klinik di seluruh negara yang dikategorikan sebagai daif telah siap dibaik pulih sepenuhnya, manakala 341 klinik dijadualkan siap menjelang akhir tahun ini dan empat lagi masih dalam proses perolehan, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Beliau berkata kira-kira 1,200 klinik daif disenaraikan untuk kerja baik pulih dan naik taraf yang akan dilaksanakan secara berfasa serta melibatkan peruntukan lebih RM110 juta, dengan perlaksanaan kerja bermula tahun ini di 436 klinik dan lebih 300 klinik pada tahun depan.

“Senarai klinik daif paling banyak diterima dari Terengganu membabitkan 58 klinik, diikuti Negeri Sembilan iaitu 44 klinik dan masing-masing 42 klinik di Perak dan Pahang,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan persidangan Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) di sini hari ini.

Pada 3 Julai lepas, Majlis Tindakan Malaysia MADANI mengumumkan tumpuan kepada dua projek di bawah inisiatif Ekonomi MADANI iaitu menaik taraf fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) dan memperluas pelaksanaan Gerai MADANI.

Sementara itu, Dr Zaliha memberi jaminan bahawa proses perpindahan kakitangan perubatan yang sedang dilaksanakan ketika ini tidak menjejaskan perkhidmatan di fasiliti KKM terutama di sekitar Lembah Klang.

“Kita sedang melakukan exercise memindahkan petugas kesihatan khususnya di Sabah dan Sarawak untuk memenuhi keperluan petugas kesihatan di fasiliti kita, jadi di mana kekosongan yang berlaku di Semenanjung ini akan segera dipenuhi untuk memastikan perkhidmatan kesihatan kita tidak terjejas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan portal berita yang mendakwa terdapat pemindahan penempatan untuk kira-kira 1,000 pegawai perubatan di hospital di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, yang dibimbangi akan memberi kesan kepada perkhidmatan kesihatan di Lembah Klang.

Sementara itu, Dr Zaliha memberi jaminan bahawa bekalan ubat dan bukan ubat kepada semua kemudahan KKM tidak terjejas ekoran status syarikat farmaseutikal Pharmaniaga Bhd di bawah Nota Amalan 17 (PN17) ketika ini kerana mengalami masalah kewangan.

Katanya, Pharmaniaga, yang diklasifikasikan di bawah PN17 akhir tahun lepas, ketika ini hanya terlibat dalam pengedaran atau logistik.

“Kita (KKM) ada beberapa cara juga untuk perkhidmatan farmaseutikal ini (termasuk) dengan berurusan terus dengan syarikat-syarikat terlibat, jadi memang tidak memberi kesan terhadap pembelian atau pembekalan ubat,” katanya.  BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/17/91-klinik-daif-siap-dibaik-pulih-naik-taraf-dr-zaliha/feed/ 0 40267