klinik kesihatan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 28 Apr 2025 06:22:10 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png klinik kesihatan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 KKM diminta naik taraf klinik kesihatan di kawasan bandar – James Ratib https://sabahmedia.com/2025/04/28/kkm-diminta-naik-taraf-klinik-kesihatan-di-kawasan-bandar-james-ratib/ https://sabahmedia.com/2025/04/28/kkm-diminta-naik-taraf-klinik-kesihatan-di-kawasan-bandar-james-ratib/#respond Mon, 28 Apr 2025 06:22:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72804
Read Time:1 Minute, 37 Second

Kota Kinabalu : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diminta untuk memberi perhatian termasuk menaiktaraf klinik-klinik kesihatan di kawasan bandar di negeri ini dan tidak hanya menumpukan kepada kawasan luar bandar.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib berkata, pihaknya turut mengakui terdapat prasarana klinik kesihatan Kerajaan di kawasan bandar  turut berhadapan dengan pelbagai masalah.

“Apabila saya diamanahkan tugas sebagai Exco Kesihatan di negeri ini, perkata pertama yang saya bangkitkan dalam mesyuarat di Putrajaya adalah masalah-masalah kedaifan klinik kerajaan di luar bandar dan bandar.  Ini perlu diberikan perhatian sewajarnya.

“Kini kita dapat lihat banyak klinik-klinik luar bandar sudah dinaik taraf dari yang bangunan dibuat daripada kayu kepada konkrit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR):di sini, semalam.

James yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat berkata, pihaknya turut bimbang dengan kekurangan doktor-doktor pakar di hospital kerajaan di negeri ini.

Katanya, bukan doktor sahaja mengalami kekurangan tetapi kemudahan atau fasiliti dalam hospital dan klinik kerajaan turut berhadapan dengan cabaran.

“Kerajaan hari ini telah menaik taraf semua klinik-klinik dengan memasang bekalan elektrik, air dan tenaga solar. Inilah pencapaian kita dibawah kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Dakwaan mengatakan menteri kita tidak bekerja adalah tidak benar, kita sebagai menteri di Sabah sentiasa bekerja keras untuk rakyat,” katanya.

Semalam, Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah (PBS) Api-Api, Yee Tsai Yiew menyeru kerajaan Pusat untuk mengatasi kedaifan yang terdapat pada klinik kerajaan di bandaraya ini.

Katanya, pesakit yang hadir ke klinik kerajaan berhadapan dengan kesukaran dengan suasana keadaan klinik yang usang dan tidak diselenggara dengan baik.

Tambahnya, usaha menaik taraf klinik kerajaan sangat diperlukan bagi menampung peningkatan jumlah pesakit. 

Selain itu katanya, peralatan perubatan serta fasiliti yang lain juga perlu dinaik taraf selain ruangan menunggu dalam klinik kerajaan juga sesak dan sempit dan memaksa ramai pesakit menunggu di luar klinik bagi mendapatkan rawatan. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/28/kkm-diminta-naik-taraf-klinik-kesihatan-di-kawasan-bandar-james-ratib/feed/ 0 72804
Kakitangan JKNS Klinik Kesihatan Kinarut Perhebat Projek RAVO https://sabahmedia.com/2021/12/09/kakitangan-jkns-klinik-kesihatan-kinarut-perhebat-projek-ravo/ https://sabahmedia.com/2021/12/09/kakitangan-jkns-klinik-kesihatan-kinarut-perhebat-projek-ravo/#respond Thu, 09 Dec 2021 10:43:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9645
Read Time:1 Minute, 56 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PAPAR: Pasukan kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dari Klinik Kesihatan Pekan Kinarut tidak ketinggalan memperhebat program vaksinasi secara outreach di negeri ini menerusi projek Rapid Assessment and Vaccination Operation (RAVO).

Projek RAVO yang mula dilancarkan oleh JKNS pada Oktober lalu dengan bantuan pejabat kesihatan daerah, agensi kerajaan, dan wakil rakyat, berperanan membantu program outreach sedia ada di setiap daerah termasuk pergi dari rumah ke rumah dan mencari golongan sasar yang layak divaksinasi dengan lebih berstrategi.

Sejak projek RAVO rancak dilaksanakan di seluruh negeri ini, Sabah Media turut membuat tinjuan sekitar Kinarut hari ini, di mana, dua orang Penolong Pegawai Perubatan Muhd Zahid Hafizi Mat Jamil, Syariah Izzati Durahman dan seorang jururawat Sanisah Salleh telah pergi ke rumah seorang pelajar institut pengajian tinggi untuk memberikan suntikan vaksin dos penggalak kepada beliau.

Muhd Zahid berkata, mereka akan pergi rumah ke rumah golongan sasar yang dikenalpasti bagi memudahkan individu yang layak divaksin menerima vaksinasi mereka seterusnya menjejaki mereka yang masih belum mendapat suntikan vaksin COVID-19.

“Kami mengalu-alukan kepada orang ramai yang layak dan belum mendapat walau satu dos suntikan vaksin COVID-19 atau yang mahu mendapatkan dos penggalak supaya hadir secara ‘walk in’ ke Klinik Kesihatan Pekan Kinarut.

“KIinik Kesihatan Pekan Kinarut akan dibuka untuk penerimaan suntikan vaksin COVID-19 setiap hari Isnin hingga Jumaat, dari jam 2 petang hingga 4 petang, manakala ditutup pada Sabtu dan Ahad,” katanya.

Tambahnya, dengan mendapatkan suntikan vaksin ini, kita akan dapat mengekang penularan virus COVID-19 ini.

Dalam pada itu, JKNS melaporkan dalam kenyataan media yang dikeluarkan semalam, setakat 7 Disember 2021, penduduk Sabah yang menerima vaksin (menurut data daripada PICK Sabah) adalah seramai 5,305 orang. Daripada jumlah ini, seramai 5,010 orang adalah penduduk dewasa dan 295 orang adalah penduduk remaja.

Kumulatif penduduk Sabah yang telah menerima vaksin dos 1 setakat 06 Disember 2021 adalah seramai 2,443,030 orang. Ini meliputi 2,108,253 orang penduduk dewasa bersamaan dengan 76.43% jumlah penduduk dewasa.

Manakala bagi penduduk Sabah yang menerima dos lengkap adalah seramai 2,395,053 orang. Daripada jumlah ini, seramai 2,086,133 orang atau 75.63% adalah penduduk dewasa.

Seramai 334,777 orang atau 77.14% penduduk remaja telah menerima 1 dos vaksin, manakala penduduk remaja yang telah lengkap dos vaksin adalah seramai 308,920 atau 71.18% orang setakat ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/09/kakitangan-jkns-klinik-kesihatan-kinarut-perhebat-projek-ravo/feed/ 0 9645
DUN Sabah : Bekalan Elektrik & Air Jadi Cabaran Di Klinik Kesihatan Pulau Bum-Bum https://sabahmedia.com/2021/12/09/dun-sabah-bekalan-elektrik-air-jadi-cabaran-di-klinik-kesihatan-pulau-bum-bum/ https://sabahmedia.com/2021/12/09/dun-sabah-bekalan-elektrik-air-jadi-cabaran-di-klinik-kesihatan-pulau-bum-bum/#respond Thu, 09 Dec 2021 06:53:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9622
Read Time:1 Minute, 38 Second

KOTA KINABALU : Bekalan elektrik yang kurang stabil selain tekanan bekalan air yang rendah di Pulau Bum-Bum menjadi antara cabaran yang dihadapi Klinik Kesihatan di pulau berkenaan.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, walaupun selepas kerja-kerja menaik taraf blok pentadbiran dan kuarters di klinik kesihatan tersebut namun terdapat dua cabaran dalam operasi klinik tersebut.

“Pertamanya berkenaan dengan bekalan elektrik. Bekalan elektrik daripada SESB ke Pulau Bum-Bum adalah dalam keadaan yang kurang stabil.

“Di Klinik tersebut mempunyai dua set generator yang sudah berkeadaan usang,” katanya bagi menjawab soalan tambahan Datuk Dr Jaujan Sambakong (WARISAN- Sulabayan) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Shahelmey berkata, cabaran lain adalah berkenaan dengan bekalan air yang begitu rendah di Pulau Bum-Bum.

Katanya, bekalan air khusus untuk ke klinik itu juga dicatu dan beliau akan berhubung dengan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dan juga Kementerian Kerja Raya  (KKR) dan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) untuk mencari solusi bagaimana menambah keadaan yang sedangditambah baik sekarang ini.

“Saya mengambil perhatian dan InshaAllah pada awal tahun hadapan kita boleh sama-sama melawat klinik tersebut untuk melihat keadaan sebenar,” katanya.

Terdahulu, Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Flovia Ng berkata, JKNS memaklumkan bahawa naik taraf Klinik Kesihatan (KK) Pulau Bum-Bum  jenis 4 (150 – 300 pesakit sehari) telahpun siap pada tahun 2019 dengan peruntukan sejumlah RM463,764.65.

Katanya, pada tahun 2021 sejumlah RM161,453 untuk naik taraf dua buah blok kuarters yang mengandungi 16 unit telah juga siap pada bulan Oktober tahun 2021 dan  sedang digunakan.

“Setakat ini jumlah kedatangan pesakit adalah sebanyak 11,563 orang (2018), 16,340 orang (2019) dan 15,629 orang (2020), ataupun 32 orang (2018), 45 orang (2019), 43 orang (2020) pesakit sehari.

“Pada masa ini juga terdapat cadangan untuk menaiktaraf sebahagian bangunan Klinik Kesihatan Pulau Bum-Bum sebagai Pusat Bersalin Alternatif (ABC) bertujuan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan bagi masyarakat Pulau Bum-Bum,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/09/dun-sabah-bekalan-elektrik-air-jadi-cabaran-di-klinik-kesihatan-pulau-bum-bum/feed/ 0 9622
Klinik Kesihatan Bakal Dibina Di Pulau Mantanani https://sabahmedia.com/2021/11/20/klinik-kesihatan-bakal-dibina-di-pulau-mantanani/ https://sabahmedia.com/2021/11/20/klinik-kesihatan-bakal-dibina-di-pulau-mantanani/#respond Sat, 20 Nov 2021 01:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8628
Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA BELUD: Sebuah klinik kesihatan bakal didirikan di Pulau Mantanani bagi memudahkan penduduk mendapatkan rawatan kesihatan. 

Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia I, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah maklum dan meluluskan pembinaan Klinik Kesihatan di pulau tersebut.

“Pulau ini yang didiami 1,024 orang penduduk sememangnya memerlukan sebuah klinik kesihatan bagi memudahkan penduduk mendapatkan rawatan kesihatan tanpa perlu lagi ke tanah besar Kota Belud menggunakan bot.

“Dengan adanya klinik kesihatan disini, memudahkan para petugas Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) memberikan perkhidmatan yang terbaik dengan kelengkapan yang ada tanpa perlu berulang alik dari tanah besar ke Pulau ini,” katanya ketika ditemui media di Klinik Desa Kampung Payas-Payas disini semalam.

Noor Azmi juga sempat meninjau pemberian vaksin kepada penduduk kampung pulau Mantanani menyaksikan seramai 18 orang mendapatkan vaksin yang mana 14 daripadanya adalah dos penggalak.

Di samping itu, beliau berharap agar pembinaan klinik di pulau tersebut dapat dipercepatkan memandangkan projek itu telah tersenarai dalam pembinaan yang akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-12, selain bercadang menaik taraf beberapa klinik desa usang yang beliau lawati sekitar daerah Kota Belud.

Turut sama dalam rangka lawatan tersebut Pengarah JKNS, Datuk Dr. Rose Nani Mudin dan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan Dan Teknikal) Datuk Dr. Hishamshah Mohd Ibrahim./Penerangan-

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/20/klinik-kesihatan-bakal-dibina-di-pulau-mantanani/feed/ 0 8628