klinik pergigian – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 14 Aug 2025 00:40:49 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png klinik pergigian – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Perkhidmatan gigi bergerak KKM ringankan beban rakyat luar bandar https://sabahmedia.com/2025/08/14/perkhidmatan-gigi-bergerak-kkm-ringankan-beban-rakyat-luar-bandar/ https://sabahmedia.com/2025/08/14/perkhidmatan-gigi-bergerak-kkm-ringankan-beban-rakyat-luar-bandar/#respond Thu, 14 Aug 2025 00:40:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79204
Read Time:1 Minute, 18 Second

Semporna : Klinik Pergigian Bergerak menyediakan perkhidmatan untuk merawat gigi di pelbagai lokasi yang sukar untuk mendapat akses perkhidmatan pergigian.

Perkhidmatan ini merupakan inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memperluas perkhidmatan pergigian di pelbagai Lokasi.

Ia termasuklah  di luar bandar dan kawasan yang kekurangan akses kepada kemudahan pergigian tetap. 

Pegawai Pergigian yang bertugas di Klinik Pergigian Semporna, Dr Nur Athirah Ab Rafik berkata, perkhidmatan yang diberikan di klinik bergerak ini adalah percuma kepada semua kecuali yang bukan warganegara.

Dr Nur Athirah Ab Rafik

“Kami akan bergerak dari satu tempat ke tempat lain mengikut jemputan program dan mengikut jadual yang ditetapkan bagi mencapai 180 hari setahun memandangkan bas ini turut digunakan di sekitar daerah Tawau dan Kunak.

“Antara perkhidmatan yang diberikan adalah rawatan asas seperti pemeriksaan gigi, cabutan gigi, penskaleran iaitu mencuci gigi dan membuat tampalan gigi yang akan dikendalikan oleh dua orang Pegawai Pergigian dan dibantu oleh dua orang Pembantu Pembedahan Pergigian 

“Perkhidmatan pergigian bergerak ini sentiasa mendapat sambutan dikalangan komuniti setempat di setiap lokasi yang dikunjungi,” katanya kepada media ketika ditemui media semasa Program Kembara Jalur Gemilang bagi Daerah Semporna di Dataran Lepa.

Nur Athirah berkata,  sepanjang berkhidmat selama lapan tahun di Semporna, program bersama penduduk Kampung Sungai Tuhok, Semporna merupakan antara kawasan yang menerima jumlah pesakit yang paling ramai mendapat rawatan di Klinik Pergigian Bergerak ini iaitu seramai 80 orang untuk sehari.

Mengulas lanjut berkenaan tema Hari Kebangsan “Malaysia MADANI, Rakyat Di Santuni”, Athirah berkata perkhidmatan klinik pergigian bergerak ini adalah salah satu cara pihak kerajaan menyantuni rakyat di bandar dan luar bandar.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/14/perkhidmatan-gigi-bergerak-kkm-ringankan-beban-rakyat-luar-bandar/feed/ 0 79204