Klinik – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 14 Jan 2026 02:21:15 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Klinik – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kekurangan kakitangan, fasiliti terhad punca kesesakan Klinik Mata HQE I https://sabahmedia.com/2026/01/13/kekurangan-kakitangan-fasiliti-terhad-punca-kesesakan-klinik-mata-hqe-i/ https://sabahmedia.com/2026/01/13/kekurangan-kakitangan-fasiliti-terhad-punca-kesesakan-klinik-mata-hqe-i/#respond Tue, 13 Jan 2026 06:55:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89643
Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU: Kekurangan kakitangan serta kemudahan rawatan dikenal pasti sebagai antara faktor utama yang menyumbang kepada kesesakan dan tempoh menunggu yang panjang di Klinik Mata, Hospital Queen Elizabeth (HQE) I.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Dr William Gotulis berkata, Klinik Mata hospital berkenaan ketika ini berdepan kekangan tenaga kerja yang memberi kesan kepada kelancaran penyampaian perkhidmatan, khususnya dalam mengendalikan jumlah pesakit yang tinggi setiap hari.

Beliau berkata, HQE merupakan hospital rujukan utama di Sabah termasuk Wilayah Persekutuan Labuan dan sebahagian kawasan Sarawak, sekali gus menyebabkan klinik mata menerima jumlah pesakit yang sentiasa meningkat.

“Pada 6 Januari lalu, seramai 245 pesakit hadir seawal jam 7.30 pagi dan jumlah itu boleh meningkat sehingga 350 orang pada satu-satu masa,” katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

William berkata, kapasiti fizikal klinik adalah terhad apabila ruang menunggu hanya menyediakan 95 buah kerusi, selain bilangan bilik pemeriksaan serta peralatan rawatan mata yang terhad dan perlu digunakan secara bergilir.

Katanya, keadaan itu  secara langsung menyumbang kepada tempoh menunggu yang lebih lama, terutama pada hari-hari puncak dengan kehadiran pesakit yang tinggi.

“Sehubungan itu, pihak hospital bersama JKNS sedang mengambil beberapa langkah penambahbaikan termasuk menyusun semula penugasan dan perancangan tenaga kerja, selain menambah baik pengurusan aliran pesakit bagi mengurangkan kesesakan.

” Dalam jangka panjang, JKNS turut merancang penempatan Jabatan Oftalmologi di bangunan baharu HQE yang lebih luas dan berkapasiti tinggi bagi memenuhi keperluan pesakit pada masa hadapan,” katanya.

Menurutnya lagi, pihaknya turut memberi komitmen untuk memastikan perkhidmatan kesihatan yang disediakan kekal selamat, berkualiti dan berterusan demi kesejahteraan rakyat. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/13/kekurangan-kakitangan-fasiliti-terhad-punca-kesesakan-klinik-mata-hqe-i/feed/ 0 89643
Fasiliti kesihatan luar bandar Sabah terus diberi tumpuan — Dzulkefly https://sabahmedia.com/2025/10/23/fasiliti-kesihatan-luar-bandar-sabah-terus-diberi-tumpuan-dzulkefly/ https://sabahmedia.com/2025/10/23/fasiliti-kesihatan-luar-bandar-sabah-terus-diberi-tumpuan-dzulkefly/#respond Wed, 22 Oct 2025 22:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83952
Read Time:1 Minute, 52 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mempercepatkan pembinaan Klinik Kesihatan Sungai Tamang di Pulau Sebatik yang telah lama dinantikan penduduk setempat, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata, projek itu akan menggunakan peruntukan kira-kira RM1.5 juta di bawah kerajaan Madani bagi menggantikan klinik sedia ada yang telah beroperasi sejak tahun 1969 dan kini berada dalam keadaan daif.

“Saya tak mahu tunggu lagi. Kita akan pastikan pembinaan klinik baru ini segera dilaksanakan menggunakan peruntukan yang ada. Ini langkah tegas dalam rangka pembaikan klinik-klinik daif,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Klinik Desa Sungai Imam di sini, hari ini.

Lawatan beliau ke Tawau merupakan sebahagian daripada program peninjauan fasiliti kesihatan di pantai timur Sabah, termasuk di Pulau Sebatik, bagi meneliti keadaan sebenar kemudahan kesihatan luar bandar.

“Ini penting untuk memastikan pencapaian Liputan Kesihatan Sejagat (UHC)- leaving no one behind, benar-benar dapat dicapai, tanpa ada rakyat yang terpinggir,” jelasnya.

Menurut beliau, klinik baharu Sungai Tamang yang dicadangkan akan dibangunkan di atas tanah seluas 3.1 ekar, termasuk kemudahan kuarters kakitangan, bagi menampung keperluan lebih 25,000 penduduk di kawasan berkenaan.

Selain itu, Dr. Dzulkefly turut mengumumkan perancangan untuk meningkat taraf Klinik Desa Sungai Imam kepada Klinik Kesihatan Type 7, memandangkan kawasan itu mempunyai lebih 15,000 penduduk.

Mengenai Klinik Desa Sungai Imam yang dirasmikan hari ini, beliau berkata kemudahan itu telah beroperasi sejak November 2024 dan menelan belanja RM600,000, termasuk pembinaan kuarters tiga bilik untuk petugas kesihatan.

“Saya mahu klinik ini dijadikan model atau penanda aras (benchmark) bagi projek naik taraf klinik desa di seluruh negara iaitu pantas, tidak lewat, dan menepati keperluan rakyat,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan antara penambahbaikan yang akan diberi perhatian termasuk penyediaan bot ambulans dan bot perkhidmatan bagi kegunaan petugas kesihatan di Pulau Sebatik.

“Kedua-dua kemudahan ini akan dibekalkan dalam masa terdekat. Saya sudah lihat sendiri keperluannya di lapangan,” katanya.

Dr. Dzulkefly turut memaklumkan bahawa sejak dua bulan lalu, beliau telah melakukan tujuh siri lawatan kerja ke Sabah, meliputi enam daerah dan 16 fasiliti kesihatan di pantai timur negeri itu termasuk di Sandakan, Kinabatangan, Kunak, Semporna dan Tawau.

“Ini bukan kerja sambil lewa. Kita mahu pastikan fasiliti kesihatan luar bandar Sabah terus diberi tumpuan, seiring semangat MA63,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/23/fasiliti-kesihatan-luar-bandar-sabah-terus-diberi-tumpuan-dzulkefly/feed/ 0 83952
COVID-19: Dua kakitangan klinik swasta cetus kluster baharu di Ranau https://sabahmedia.com/2021/07/16/covid-19-dua-kakitangan-klinik-swasta-cetus-kluster-baharu-di-ranau/ https://sabahmedia.com/2021/07/16/covid-19-dua-kakitangan-klinik-swasta-cetus-kluster-baharu-di-ranau/#respond Fri, 16 Jul 2021 12:24:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3135
Read Time:50 Second

KOTA KINABALU: Satu kluster baharu dilaporkan hari ini iaitu Kluster Pekan Ranau, Ranau tercetus apabila jangkitan yang disyaki bermula di sebuah klinik swasta sebelum menular kepada para pelanggannya.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata kluster tempat kerja ini dikesan oleh klinik berkenaan melalui saringan bergejala apabila dua orang kakitangannya yang disahkan positif COVID-19 pada 10 Julai 2021, sekaligus menjadi kes indeks.

Katanya, saringan terhadap 246 kontak seterusnya mendapati 13 lagi kes terbitan masing-masing enam kes pada 13 Julai 2021, dua kes pada 14 Julai 2021 dan lima kes pada 15 Julai 2021.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif bagi kluster ini sebanyak 15 kes termasuk lima kes baharu hari ini. Manakala, tujuh kes masih menunggu keputusan.

Dalam perkembangan yang lain, tiga lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) 14 hari berkuat kuasa 18 Julai hingga 31 Julai 2021 melibatkan Ladang Sawit KLK Lungmanis dan Perumahan Kilang, Mukim Silabukan, Lahad Datu, Kampung Pinolobuh Bukid, Kota Belud dan PPR Taman Ehsan, Kudat.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/16/covid-19-dua-kakitangan-klinik-swasta-cetus-kluster-baharu-di-ranau/feed/ 0 3135