klkw – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 19 Aug 2025 02:41:34 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png klkw – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Projek Bekalan Air Luar Bandar Sabah Perlu Diperkukuh https://sabahmedia.com/2025/08/19/projek-bekalan-air-luar-bandar-sabah-perlu-diperkukuh/ https://sabahmedia.com/2025/08/19/projek-bekalan-air-luar-bandar-sabah-perlu-diperkukuh/#respond Tue, 19 Aug 2025 02:40:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79609
Read Time:3 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU — Isu bekalan air yang berlarutan di Sabah berpunca bukan sahaja daripada masalah rasuah, malah turut melibatkan kelewatan dan ketidakcekapan pelaksanaan projek, sekali gus menimbulkan keresahan rakyat.

Tiga minggu lalu, gangguan bekalan air berlaku di Putatan dan Kota Kinabalu hingga menjejaskan operasi hotel lima bintang dan pusat membeli-belah.

Menteri Kerja Raya Sabah, yang juga Timbalan Ketua Menteri, dilaporkan terkilan dengan insiden tersebut kerana ia berlaku meskipun Loji Rawatan Air Kasigui yang baharu telah mula beroperasi. Loji berkapasiti lima juta liter sehari itu hanya mampu menghasilkan antara tiga hingga empat juta liter air terawat pada masa ini.

Menurut laman sesawang Jabatan Air Sabah, sehingga Disember 2024, terdapat 91 loji rawatan air beroperasi di seluruh negeri dengan purata pengeluaran 1,947 juta liter sehari serta rangkaian paip sepanjang 15,883 kilometer. Liputan bekalan air kini meliputi 100 peratus penduduk bandar dan 70 peratus penduduk luar bandar dengan 453,183 akaun pengguna berdaftar.

Persoalan Keupayaan Jabatan Air

Insiden gangguan air yang berulang menimbulkan persoalan mengenai keupayaan Jabatan Air Sabah menguruskan operasi pembekalan air secara berkesan. Kekecewaan rakyat semakin memuncak dengan pendedahan kes rasuah, kelemahan pelaksanaan projek serta isu infrastruktur air.

Pada Julai 2024, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024 mendedahkan kepincangan projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di Sabah yang diuruskan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Di bawah RMK-10 (2011–2015) dan RMK-11 (2016–2020), sebanyak 477 projek BALB dirancang di Sabah dengan peruntukan RM1.735 bilion. Walaupun sebahagian besar projek siap, hampir tujuh peratus masih di peringkat pelaksanaan dan perancangan, manakala tiga peratus dibatalkan.

Sehingga Oktober 2023, sebanyak 24 projek BALB di Sabah dengan kos RM758.84 juta masih tertangguh antara lima hingga tujuh tahun. Keadaan itu menyebabkan lebih 22,000 rumah melibatkan kira-kira 100,000 penduduk atau tiga peratus daripada jumlah penduduk Sabah masih tidak mendapat bekalan air bersih.

Skop Projek BALB

Secara amnya, projek BALB terbahagi kepada tiga skop utama iaitu:

  • BALB Retikulasi — sambungan paip retikulasi daripada paip utama ke kampung dan rumah termasuk pembinaan tangki simpanan serta stesen pam.
  • BALB Naik Taraf/Bina Baharu Loji — pembinaan atau penaiktarafan loji rawatan air.
  • BALB Alternatif — pembinaan telaga tiub, telaga terbuka, sistem air graviti dan lain-lain.

Daripada jumlah keseluruhan 477 projek, sebanyak 361 (75.7 peratus) ialah projek retikulasi, 16 (3.3 peratus) projek naik taraf atau bina baharu loji, manakala 100 (21 peratus) projek alternatif.

Isu Sambungan Meter Air

Selain kelewatan pelaksanaan, LKAN turut menegur isu sambungan meter air yang perlu ditanggung pemilik rumah dengan kos RM750 hingga RM1,000, termasuk deposit RM230. Ramai penduduk luar bandar tidak mampu menanggung kos tersebut, sekali gus menyebabkan projek siap tetapi tidak dimanfaatkan rakyat.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), median upah bulanan pekerja di Sabah pada Disember 2024 hanyalah RM2,000. Ini bermakna kos sambungan meter mencecah hampir 50 peratus daripada gaji bulanan.

Sejak RMK-8, projek BALB dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Persekutuan melalui KKDW sebagai agensi pelaksana. Sebelum itu, pembiayaan dilaksanakan dengan gabungan 80 peratus pinjaman dan 20 peratus geran kerajaan bersama Pihak Berkuasa Air Negeri.

Sepanjang RMK-10 dan RMK-11, KKDW diterajui beberapa menteri termasuk Mohd Shafie Apdal, Ismail Sabri Yaakob, Rina Mohd Harun, Abdul Latiff Ahmad, dan kini Ahmad Zahid Hamidi sejak Disember 2022.

MenteriTempoh Perkhidmatan
Mohd Shafie Apdal10 April 2009 – 29 Julai 2015
Ismail Sabri Yaakob29 Julai 2015 – 12 Mei 2018
Rina Mohd Harun21 Mei 2018 – 24 Februari 2020
Abdul Latiff Ahmad10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021

Keperluan Transformasi Industri Air Sabah

Justeru, isu rasuah, kelemahan tadbir urus dan kelewatan projek menuntut transformasi menyeluruh dalam sektor air di Sabah. Cadangan turut dikemukakan agar model pembiayaan projek BALB ditukar kepada 100 peratus geran kerajaan selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/19/projek-bekalan-air-luar-bandar-sabah-perlu-diperkukuh/feed/ 0 79609
Prestasi Pelaksanaan RMK12 di Malaysia Menunjukkan Kelemahan Serius https://sabahmedia.com/2024/10/31/prestasi-pelaksanaan-rmk12-di-malaysia-menunjukkan-kelemahan-serius/ https://sabahmedia.com/2024/10/31/prestasi-pelaksanaan-rmk12-di-malaysia-menunjukkan-kelemahan-serius/#respond Thu, 31 Oct 2024 02:31:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63083
Read Time:3 Minute, 15 Second

Laporan Ketua Audit Negara 3/2024 mendedahkan prestasi pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang mengecewakan. Walaupun kerajaan telah memperuntukkan dana sebanyak RM 415 bilion untuk projek pembangunan, pelaksanaan sebahagian besar projek masih berada di tahap yang tidak memuaskan.

Menurut laporan ini, daripada 8,279 projek yang dirancang, hanya 16.7% yang telah selesai, sementara lebih 80% masih berada di peringkat pelaksanaan atau pra-pelaksanaan.

Pada awalnya, siling perbelanjaan pembangunan RMK-12 di luluskan berjumlah RM 400 billion. Namun begitu, semasa Kajian Separuh Penggal RMK-12 pada tahun 2023, siling perbelanjaan tersebut telah di naikkan sebanyak RM 15 billion (3.75%) kepada RM 415 billion.

Menurut LKAN 3/2024, dalam tempoh masa 3 tahun (2021 – 2023), sejumlah RM 231.92 billion telah di belanjakan. Ini merangkumi 55.9% daripada siling perbelanjaan RMK-12 (RM 415 billion).

Ini bermakna terdapat baki sebanyak RM 183 billion untuk tahun 2024 dan 2025.  

Sehingga 31 Disember 2023, terdapat sejumlah 8,279 projek di bawah RMK-12, melibatkan 26 kementerian. Lima kementerian yang menerima peruntukan bilangan projek yang paling banyak, merangkumi 5,422 projek (65%), adalah:

KementerianBilangan ProjekPeratusan Projek
Kementerian Pendidikan2,06424.9 %
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah1,59719.3 %
Kementerian Kesihatan6738.1 %
Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim6467.8 %
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan4425.3 %
Jumlah5,42265.4 %

Secara keseluruhan, prestasi pelaksanaan projek RMK-12 adalah tidak begitu memuaskan. Daripada jumlah keseluruhan 8,279 projek, kebanyakan projek berada di peringkat Dalam Pelaksanaan (41%) dan Hampir 30% projek pula berada di peringkat Pra Pelaksanaan.   

Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah merekodkan jumlah tertinggi projek tertangguh, dengan sejumlah besar berada dalam kategori “Projek Lewat Jadual (Sakit)”.

Hampir 35% daripada projek ini di bawah Kementerian Pendidikan, yang memberi kesan langsung kepada fasiliti pendidikan di seluruh negara.Antara isu utama yang dikenal pasti adalah kelemahan dalam pengurusan kontraktor dan masalah kewangan, terutama dalam projek di Sabah yang menyaksikan kelewatan ketara hingga 1,120 hari.

Fakta menarik: Projek Lewat Jadual (Sakit) adalah projek yang telah mengalami kelewatan melebihi 2 bulan atau 20% (mengikut yang mana terdahulu) berbanding jadual yang di tetapkan dalam kontrak projek.

Pada pertengahan bulan Oktober 2024, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memaklumkan bahawa sehingga tahun 2024, sebanyak 1,091 projek naik taraf dan pembangunan semula sekolah daif telah di luluskan dengan peruntukan berjumlah RM 8.5 billion.

Ini melibatkan: Sabah (339 projek: 31%), Sarawak (400 projek: 37%) dan Semenanjung Malaysia (352 projek: 32%).

Daripada jumlah 1,091 projek berkenaan, sebanyak 717 (66%) sudah siap sepenuhnya. Momentum ini mesti di pertingkatkan agar semua projek dapat di selesaikan sepenuhnya mengikut jadual untuk kesejahteraan pelajar dan guru.

Menurut LKAN 3/2024, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri telah memberi maklumbalas mengenai pelaksanaan projek RMK-12. Sehingga 26 Ogos 2024, jumlah keseluruhan projek RMK-12 adalah 8,593. Daripada jumlah berkenaan, pretasi pelaksanaan projek adalah:

  • Pasca Pelaksanaan: 1,434 projek (16.7%)
  • Dalam Pelaksanaan: 3,942 projek (45.9%)
  • Pra Pelaksanaan: 3,085 projek (35.9%)

Ini bermakna, dalam tempoh masa 16 bulan sehingga penghujung RMK-12 pada tahun 2025, lebih 80% projek masih berada di peringkat Dalam Pelaksanaan dan Pra Pelaksanaan.

Maka persoalannya, adakah semua projek berkenaan dapat di laksanakan sebelum tamatnya RMK-12?

Sebagai contoh. LKAN 3/2024 telah melaporkan terdapat 5 Projek Lewat Jadual (Sakit) dengan tempoh kelewatan paling lama, melibatkan tempoh kelewatan antara 670 – 1,120 hari. Ianya melibatkan projek perumahan rakyat, hospital, jalanraya dan taman industri dan Amatlah menakjubkan 4 daripada 5 projek tersebut adalah di Sabah!  

Situasi ini menimbulkan kebimbangan mengenai kemampuan kerajaan untuk menyiapkan semua projek sebelum tempoh RMK12 tamat pada tahun 2025.

Isu lazim yang telah di kenal-pasti menyebabkan kelewatan projek tersebut adalah masalah pengurusan dan kewangan kontraktor. Ini tidaklah mengejutkan. Kelemahan pemilihan kontraktor yang berwibawa sering-kala merencatkan pelaksanaan projek pembangunan negara.     

Pemerhati ekonomi mengingatkan bahawa walaupun peruntukan besar telah disediakan, pengurusan dan pelaksanaan yang lemah terus menjejaskan usaha pembangunan . Umpama: same story, different author, different book.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/31/prestasi-pelaksanaan-rmk12-di-malaysia-menunjukkan-kelemahan-serius/feed/ 0 63083