kluster – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 28 Mar 2022 10:06:20 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png kluster – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 COVID-19 : Jangkitan turun dibawah paras 200 kes https://sabahmedia.com/2022/03/28/covid-19-jangkitan-turun-dibawah-paras-200-kes/ https://sabahmedia.com/2022/03/28/covid-19-jangkitan-turun-dibawah-paras-200-kes/#respond Mon, 28 Mar 2022 10:06:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13593
Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU : Kes jangkitan COVID-19 di Sabah terus mencatat penurunan di bawah paras angka 200 kes apabila sebanyak 194 kes dilaporkan hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah itu adalah pertama kali direkodkan sejak 24 Januari lalu apabila sebanyak 51 kes menurun berbanding semalam.

“Kota Kinabalu yang mencatatkan pertambahan 61 kes semalam susut 42 kes hari ini dengan hanya 55 jangkitan baharu.

“Jumlah kes baharu yang lebih rendah di Kota Kinabalu antara faktor utama  yang menyumbang kepada jumlah kes yang lebih rendah bagi Sabah hari ini,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, lima daerah mencatatkan kes dua angka iaitu Kota Kinabalu 55 kes, Tuaran 26 kes, Papar 18 kes, Sandakan 11 kes dan Tawau 10 kes.

Katanya, sebanyak 18 daerah pula mencatatkan jumlah kes baharu satu angka manakala daerah Semporna, Nabawan, Tongod dan Kalabakan tidak merekodkan sebarang jangkitan baharu hari ini.

“Tiga kluster diisytiharkan tamat oleh JKNS hari ini, iaitu Kluster Pengkalan Abai (Kota Belud), Kluster Jalan Beluran Lama (Beluran) dan Kluster Batu Enam (Kota Belud). Hanya tinggal empat kluster yang masih aktif di Sabah.

“Seramai 187 orang atau 96.39 peratus daripada 194 pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2.

“Terdapat tiga orang berada dalam Kategori 3, tiga orang dalam Kategori 4 dan satu  pesakit dalam Kategori 5,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/28/covid-19-jangkitan-turun-dibawah-paras-200-kes/feed/ 0 13593
COVID-19 : Tiada daerah di Sabah catat kes tiga angka https://sabahmedia.com/2022/03/25/covid-19-tiada-daerah-di-sabah-catat-kes-tiga-angka/ https://sabahmedia.com/2022/03/25/covid-19-tiada-daerah-di-sabah-catat-kes-tiga-angka/#respond Fri, 25 Mar 2022 08:33:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13479
Read Time:1 Minute, 50 Second

KOTA KINABALU : Tiada lagi daerah di negeri ini yang mencatatkan kes harian COVID-19 tiga angka apabila Kota Kinabalu kembali mencatat kes jangkitan dua angka pada hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Sabah kembali mencatatkan kes jangkitan COVID-19 dibawah paras angka 400 dengan 372 kes dilaporkan hari ini dengan penurunan sebanyak 64 kes berbanding semalam.

“Kota Kinabalu kembali mencatat jangkitan baharu dua angka dengan 96 kes berbanding 123 kes semalam.

“Ini bermakna tidak ada lagi daerah di Sabah yang mencatat kes harian tiga angka. Beberapa daerah yang berhampiran dengan Kota Kinabalu seperti Papar, Putatan dan Tuaran mencatat angka baharu yang lebih rendah, tetapi Penampang merekodkan pertambahan enam kes berbanding semalam,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, peratusan kes baharu yang berpunca daripada jangkitan sporadik turun sedikit daripada 66.06 peratus semalam kepada 58.33 peratus hari ini tetapi angka ini masih dianggap tinggi.

Katanya, kadar jangkitan sporadik di Kota Kinabalu ialah 55.2 peratus, Penampang  64.2 peratus, Putatan 61.9 peratus dan Tuaran 52.2 peratus.

“Ini bermakna risiko jangkitan secara sporadik masih tinggi. Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mematuhi prosedur standard operasi (SOP) semasa berada di khalayak ramai, khususnya di tempat-tempat yang penuh sesak.

“Walaupun jumlah jangkitan baharu menurun hari ini tetapi daerah yang mencatatkan kes dua angka bertambah daripada 10 daerah semalam kepada 11 daerah.

“Ini tidak termasuk Kota Kinabalu yang mencatat hanya dua angka kes baharu hari ini berbanding tiga angka sebelumnya,” katanya.

Sementara itu, Masidi berkata, sebanyak 13 daerah (15 daerah semalam) mencatat kes satu angka sementara Semporna dan Kalabakan tidak mencatat sebarang kes baharu.

Katanya, pergerakan turun naik kes harian agak sukar diramal dimana ianya banyak dipengaruhi oleh sikap serta kadar pematuhan orang ramai terhadap semua SOP yang berkuatkuasa .

“Pada hari ini,dua kluster ditamatkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) iaitu Kluster Tembok di Kota Kinabalu dan Kluster Jalan Bandau di Kota Marudu. Jumlah kluster yang masih aktif di Sabah ialah tujuh kluster.

“Seramai 364 atau 97.85 peratus daripada 372 pesakit baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, tiga orang dalam Kategori 3, empat orang dalam Kategori 4 dan seorang dalam Kategori 5,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/25/covid-19-tiada-daerah-di-sabah-catat-kes-tiga-angka/feed/ 0 13479
COVID-19 : Tiga Kluster Diisytiharkan Tamat https://sabahmedia.com/2022/03/22/covid-19-tiga-kluster-diisytiharkan-tamat/ https://sabahmedia.com/2022/03/22/covid-19-tiga-kluster-diisytiharkan-tamat/#respond Tue, 22 Mar 2022 09:42:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13347
Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA KINABALU : Tiga lagi kluster di Sabah diisytiharkan tamat pada hari ini membabitkan dua daerah di negeri ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, dua daripadanya adalah di daerah Ranau iaitu Kluster Puri Ranau dan Kluster Jalan Sugut Ranau.

Katanya, satu kluster lagi ialah Kluster Kuala Tongod di Daerah Tongod dan dengan penamatan tiga  kluster ini, baki kluster yang masih aktif di Sabah ialah sembilan kluster.

“Pada hari ini Sabah mencatatkan angka jangkitan baharu sebanyak 402 kes, penurunan marginal sebanyak 14 kes berbanding jumlah semalam.

“Daerah Kota Kinabalu, Penampang, Papar dan Tuaran yang sering menjadi daerah-daerah penentu jumlah keseluruhan kes harian di Sabah mencatatkan kes-kes baharu yang lebih rendah hari ini.

“Kota Kinabalu mencatat 119 kes (-18), Penampang 34 kes (-9), Papar 31 kes (-18) dan Tuaran 17 kes (-15),” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, jumlah daerah yang mencatatkan kes baharu dua angka bertambah daripada tujuh daerah semalam kepada 13 daerah hari ini.

Katanya, sebanyak 11 daerah pula mencatatkan kes satu angka sementara Semporna dan Tongod tidak mencatatkan sebarang kes baharu.

“Sebanyak 388 atau 96.52 peratus daripada 402 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, dua kes dalam Kategori 3, tujuh kes dalam Kategori 4 dan lima kes dalam Kategori 5,” katanya

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/22/covid-19-tiga-kluster-diisytiharkan-tamat/feed/ 0 13347
COVID-19 : 42 Kluster Di Sabah Masih Aktif https://sabahmedia.com/2022/02/22/covid-19-42-kluster-di-sabah-masih-aktif/ https://sabahmedia.com/2022/02/22/covid-19-42-kluster-di-sabah-masih-aktif/#respond Tue, 22 Feb 2022 09:35:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12452
Read Time:1 Minute, 50 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak 42 kluster di Sabah dilaporkan masih aktif termasuk satu kluster baharu melibatkan institusi pendidikan di daerah Tongod pada hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kluster itu adalah Kluster Kuala Tongod melibatkan pelajat di dalam asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tongod.

“Kes indeks bagi kluster ini adalah seorang pelajar lelaki berusia 18 tahun, warganegara dan dikesan melalui saringan bergejala pada 8 Februari lalu.

“Saringan terhadap kontak rapat telah mendapati pertambahan 67 kes dan secara keseluruhan jumlah kumulatif kluster ini ialah 68 kes positif setakat hari ini,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, semua kes telah diasingkan dan diberikan rawatan selanjutnya manakala kontak rapat tidak bergejala juga telah diberikan perintah kuarantin.

Sementara itu, Masidi berkata, kes jangkitan COVID-19 pada hari ini menurun sebanyak 364 kes berbanding semalam menjadikan angka jangkitan baharu berjumlah 4,406 kes.

Katanya, walau bagaimanapun jumlah kes keseluruhan masih tinggi dan beberapa daerah yang selama ini mencatat jumlah jangkitan yang rendah mula mencatatkan pertambahan kes harian.

Tambahnya, hanya 12 daerah  menunjukkan penurunan kes hari ini.

“Kota Kinabalu kekal dengan catatan kes tertinggi iaitu sebanyak 1,077 kes. Sembilan daerah mencatatkan kes tiga angka iaitu Penampang 515 kes, Papar 451 kes, Tuaran 402 kes, Tawau 211 kes, Keningau 192 kes, Beaufort 182 kes, Ranau 154 kes, Kota Belud 153 kes dan Sandakan 151 kes manakala sebanyak 17 daerah lain mencatatkan kes dua angka.

“Peratusan jangkitan sporadik atau kes bergejala kekal tinggi yakni 62.57 peratus atau 2,757 kes daripada jumlah keseluruhan hari ini,” katanya.

Dalam pada itu, Masidi berkata, sejumlah 99.34 peratus atau 4,377 daripada 4,406 kes adalah dalam kategori satu dan dua.

Katanya, terdapat lapan kes dalam kategori tiga, 13 kes dalam kategori empat dan lapan  kes dalam kategori lima.

Dalam perkembangan lain, Masidi berkata, Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids) Sabah telah berjaya melaksanakan pemberian vaksin kepada 30,614 kanak-kanak daripada 411,400 kanak2-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun yang layak divaksin.

“Sejumlah 472 kes daripada kes keseluruhan hari ini melibatkan kanak-kanak bawah 11 tahun, dengan 202 kes merupakan kanak-kanak yang belum layak mendapat vaksin (bawah lima tahun),” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/22/covid-19-42-kluster-di-sabah-masih-aktif/feed/ 0 12452
COVID-19 : Dua Kluster Institusi Pendidikan Dilaporkan Di Kota Marudu, Keningau https://sabahmedia.com/2022/02/18/covid-19-dua-kluster-institusi-pendidikan-dilaporkan-di-kota-marudu-keningau/ https://sabahmedia.com/2022/02/18/covid-19-dua-kluster-institusi-pendidikan-dilaporkan-di-kota-marudu-keningau/#respond Fri, 18 Feb 2022 09:03:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12346
Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU : Sabah merekodkan dua lagi kluster baharu melibatkan institusi pendidikan masing-masing dilaporkan di daerah Kota Marudu dan Keningau.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kluster itu adalah Kluster Kampung Lampada Kota Marudu dan Kluster Bukit Langsat Keningau.

Katanya, jumlah keseluruhan kluster di Sabah setakat ini ialah 42 kluster dengan satu kluster yang diisytihar tamat semalam iaitu Kluster Sungai Trayon di Kinabatangan yang merupakan Kluster Tempat Kerja.

“Kluster Kampung Lampada adalah kluster yang melibatkan warga Sekolah Kebangsaan (SK) Lampada, Kota Marudu.

“Indeks kes adalah seorang pembantu pengurusan murid di asrama Sekolah Kebangsaan (SK) Lampada, berusia 36 tahun, warganegara dan dikesan melalui saringan bergejala pada 15 Februari lalu.

“Saringan terhadap kontak rapat telah mendapati pertambahan 24 kes. Secara keseluruhannya, jumlah kumulatif ialah 25 kes positif setakat 18 Februari,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, semua kes telah diasingkan dan diberikan rawatan selanjutnya manakal kontak rapat tidak bergejala juga telah diberikan perintah kuarantin.

Sementara itu, Masidi berkata, Kluster Bukit Langsat pula adalah melibatkan pelajar di dalam Asrama Perempuan, Blok Cempaka dan Blok Dahlia, Institut Pengajian Guru (IPG) Kampus Keningau.

Katanya, kes indeks adalah seorang pelajar perempuan, 21 tahun, warganegara dan dikesan melalui saringan bergejala pada 10 Februari lalu.

“Saringan terhadap kontak rapat telah mendapati pertambahan 24 kes. Secara keseluruhannya, jumlah kumulatif ialah 25 kes positif setakat hari ini.

“Semua kes telah diasingkan dan diberikan rawatan selanjutnya. Kontak rapat tidak bergejala juga telah diberikan perintah kuarantin,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/18/covid-19-dua-kluster-institusi-pendidikan-dilaporkan-di-kota-marudu-keningau/feed/ 0 12346
Vaksin COVID-19: Lebih lapan peratus populasi kanak-kanak terima dos pertama https://sabahmedia.com/2022/02/17/vaksin-covid-19-lebih-lapan-peratus-populasi-kanak-kanak-terima-dos-pertama/ https://sabahmedia.com/2022/02/17/vaksin-covid-19-lebih-lapan-peratus-populasi-kanak-kanak-terima-dos-pertama/#respond Thu, 17 Feb 2022 02:56:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12299
Read Time:1 Minute, 22 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR — Seramai 289,912 atau 8.2 peratus populasi kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di Malaysia menerima dos pertama vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan data di laman web COVIDNOW, sebanyak 13,607,475 atau 57.8 peratus populasi dewasa dalam negara pula telah menerima dos penggalak COVID-19; sejumlah 22,940,521 individu atau 97.5 peratus telah lengkap vaksinasi, manakala 98.7 peratus atau 23,217,374 menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,797,227 individu atau 89.9 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi, manakala 2,878,738 atau 92.5 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi tempoh 24 jam lepas, sebanyak 164,572 dos vaksin diberikan meliputi dos pertama sebanyak 45,251 termasuk 42,659 untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, dos kedua (1,637) dan dos penggalak (117,684) menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin diberikan di bawah PICK meningkat kepada 65,524,828 dos.

Menurut data di portal GitHub Kementerian Kesihatan sebanyak 21 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan Sabah melaporkan sembilan kes, masing-masing empat kes di Johor dan Perak; Kedah (dua); serta masing-masing satu kes di Kelantan dan Negeri Sembilan. 

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di media sosial pagi ini memaklumkan kadar kebolehjangkitan (Rt) negara mencatatkan 1.32 semalam dengan Labuan merekodkan nilai Rt tertinggi iaitu 1.96 diikuti Sarawak (1.56) dan Sabah (1.51).

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/17/vaksin-covid-19-lebih-lapan-peratus-populasi-kanak-kanak-terima-dos-pertama/feed/ 0 12299
COVID-19: Kluster Institusi Pendidikan Terus Bertambah Di Sabah https://sabahmedia.com/2022/02/16/covid-19-kluster-institusi-pendidikan-terus-bertambah-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2022/02/16/covid-19-kluster-institusi-pendidikan-terus-bertambah-di-sabah/#respond Wed, 16 Feb 2022 14:25:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12285
Read Time:1 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU : Dua lagi kluster baharu melibatkan institusi pendidikan dilaporkan di Sabah masing-masing di Kota Marudu dan Ranau pada hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kluster itu adalah Kluster Jalan Bandau, Kota Marudu dan Kluster Jalan Sokid Ranau.

“Kluster Jalan Bandau di daerah Kota Marudu melibatkan pelajar asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Marudu 1.

“Kes indeks merupakan seorang pelajar lelaki, warganegara, berumur 18 tahun yang dikesan melalui saringan bergejala pada 9 Februari lalu dan saringan terhadap kontak rapat yang terdiri daripada rakan sebilik dan rakan sekelas telah mendapati pertambahan 95 kes,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, secara keseluruhannya, jumlah kumulatif ialah 96 kes positif yang direkodkan sehingga hari ini.

Katanya, semua kes telah diasingkan dan diberikan rawatan selanjutnya manakala kontak rapat yang tidak bergejala juga telah diberikan perintah kuarantin.

Sementara itu, Masidi berkata, Kluster Jalan Sokid Ranau turut melibatkan institusi pendidikan yang dilaporkan di SMK Bundu Tuhan.

Katanya, kes indeks merupakan seorang lelaki berumur 24 tahun, warganegara dan merupakan seorang pekerja kontrak pembersihan di SMK Bundu Tuhan yang dikesan melalui saringan bergejala pada 4 Februari lalu.

“Saringan dikalangan kontak rapat yang terdiri daripada rakan sebilik dan rakan sekelas telah mendapati pertambahan 27 kes.

“Secara keseluruhannya, jumlah kumulatif kluster ini ialah 28 kes positif setakat 16 Februari. Semua kes telah diasingkan dan diberikan rawatan selanjutnya. Kontak rapat tidak bergejala juga telah diberikan perintah kuarantin,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/16/covid-19-kluster-institusi-pendidikan-terus-bertambah-di-sabah/feed/ 0 12285
COVID-19 : Dua Lagi Kluster Baharu Dilaporkan Di Sabah https://sabahmedia.com/2022/02/11/covid-19-dua-lagi-kluster-baharu-dilaporkan-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2022/02/11/covid-19-dua-lagi-kluster-baharu-dilaporkan-di-sabah/#respond Fri, 11 Feb 2022 09:06:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12125
Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU : Dua lagi kluster baharu dilaporkan di Sabah melibatkan institusi pendidikan dan komuniti masing-masing di daerah Kota Belud dan Nabawan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kluster berkenaan ialah Kluster Pengkalan Abai Kota Belud dan Kluster Loboh Nabawan.

“Kluster Pengkalan Abai yang diisytiharkan di daerah Kota Belud tercetus selepas kes indeks seorang pelajar perempuan berusia 18 tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Said yang positif selepas membuat saringan bergejala.

“Saringan terhadap kontak rapat yang terdiri daripada guru, rakan sebilik dan rakan sekelas telah mendapati 38 orang lagi telah dijangkiti.

“Secara keseluruhannya, jumlah kumulatif kluster ini ialah 39 kes sehingga hari ini. Semua kes telah diasingkan dan diberikan rawatan selanjutnya. Kontak rapat tidak bergejala juga telah diberikan perintah kuarantin,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, bagi kluster komuniti iaitu Kluster Loboh Nabawan yang diisytiharkan di Nabawan hari ini berkait-rapat dengan Majlis Penghormatan Terakhir dan Pengkebumian di Kampung Loboh Nabawan pada 1 Februari lalu.

Katanya, kes indeks adalah seorang warganegara, perempuan berusia 59 tahun mula bergejala (demam, batuk, selsema, sakit kepala dan sakit tekak) pada 6 Februari.

“Kes kemudiannya mendapatkan rawatan dan didapati positif setelah menjalani saringan pada 8 Februari di Klinik Kesihatan Nabawan.

“Saringan Kontak Rapat telah dilakukan dan mendapati 16 lagi positif. Semua kes positif telah dikuarantin dan diberi rawatan yang sesuai,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/11/covid-19-dua-lagi-kluster-baharu-dilaporkan-di-sabah/feed/ 0 12125
Lebih 12.6 juta populasi dewasa terima dos penggalak COVID-19 setakat semalam https://sabahmedia.com/2022/02/09/lebih-12-6-juta-populasi-dewasa-terima-dos-penggalak-covid-19-setakat-semalam/ https://sabahmedia.com/2022/02/09/lebih-12-6-juta-populasi-dewasa-terima-dos-penggalak-covid-19-setakat-semalam/#respond Wed, 09 Feb 2022 03:39:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12028
Read Time:1 Minute, 16 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Seramai 12,616,238 individu dewasa atau 53.9 peratus daripada populasi kumpulan itu di negara ini telah menerima dos penggalak COVID-19 setakat semalam.

Berdasarkan data di laman web COVIDNOW, sejumlah 22,931,979 individu atau 98 peratus daripada populasi sama telah melengkapkan dua dos vaksinasi, manakala 23,207,389 individu atau 99.2 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 2,792,830 atau 88.7 peratus daripada populasi kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi, manakala 2,870,546 individu atau 91.2 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi vaksinasi harian, sebanyak 152,358 dos diberikan semalam meliputi 10,471 dos pertama, 1,506 dos kedua dan 140,381 dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin diberikan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 64,264,073 dos.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di Facebook hari ini memaklumkan kadar kebolehjangkitan COVID-19 (Ro/Rt) pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara adalah 1.39.

Nilai RT mengikut pecahan negeri, Sarawak mencatatkan nilai RT tertinggi dengan 1.68, diikuti Perlis 1.65, Sabah (1.59), WP Labuan (1.51) dan Terengganu dengan nilai RT 1.40.

Sementara itu, menurut portal Github Kementerian Kesihatan, 13 kematian akibat COVID-19 dilaporkan semalam dengan tiga di Selangor, dua kes direkodkan masing-masing di Kelantan, Perak dan Sabah manakala satu masing-masing di Kedah, Pulau Pinang, Terengganu dan Kuala Lumpur.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/09/lebih-12-6-juta-populasi-dewasa-terima-dos-penggalak-covid-19-setakat-semalam/feed/ 0 12028
COVID-19 : Kluster Kampung Weston Tercetus Selepas Hadir Majlis Perkahwinan https://sabahmedia.com/2022/02/05/covid-19-kluster-kampung-weston-tercetus-selepas-hadir-majlis-perkahwinan/ https://sabahmedia.com/2022/02/05/covid-19-kluster-kampung-weston-tercetus-selepas-hadir-majlis-perkahwinan/#respond Sat, 05 Feb 2022 08:31:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11900
Read Time:2 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU : Sabah merekodkan satu kluster baharu melibatkan kluster komuniti yang dilaporkan di daerah Beaufort pada hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kluster Kampung Weston itu tercetus selepas kes indeks seorang lelaki berusia 66 tahun disahkan positif.

“Kluster Kampung Weston yang dilaporkan pada hari ini berpunca daripada majlis perkahwinan yang dihadiri oleh ahli keluarga yang melibatkan lokaliti Kampung Lubok dan Kampung Menengah, Weston.

“Kes indeks merupakan seorang lelaki berumur 66 tahun telah disahkan positif melalui ujian PCR pada 3 Februari lalu di Klinik Kesihatan Penampang kerana bergejala demam, batuk dan sakit badan sejak 30 Januari lalu,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, hasil saringan kontak rapat, tiga orang kontak serumah di kesan positif dan pesakit pernah menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Lubok dan Kampung Menengah, Weston pada 29 dan 30 Januari lalu.

Katanya, sehingga kini jumlah kes yang berkait dengan kluster ini ialah 27 kes dan 25 kes dilaporkan pada hari ini. Semua pesakit telah diasingkan dan diberikan rawatan selanjutnya.

Sementara itu, Masidi berkata, kes jangkitan COVID-19 di Sabah pada hari ini melepasi paras 1,000 dengan 1,205 kes baharu dilaporkan hari ini.

Katanya, ini merupakan pertambahan 296 kes berbanding semalam dan naik tiga kali ganda dalam masa tiga hari.

“Empat daerah mencatatkan kes tiga angka iaitu Sandakan 230 kes (+45), Kota Kinabalu 213 kes (+112), Penampang 113 kes (-2) kes dan Tuaran 113 kes (+27).

“Sebanyak 13 daerah mencatatkan kes harian dua angka dengan jumlah yang tinggi dibeberapa daerah.

“Antaranya ialah Papar 84 kes (+48), Kota Marudu 74 (+21), Beaufort 62 (+5), Ranau 55 (+25), Lahad Datu 53 (-4), Tawau 52 (+21) dan Kota Belud 33 (+22). Hanya Kalabakan tidak merekodkan sebarang kes baharu,” katanya.

Dalam pada itu, Masidi berkata, adalah diperhatikan bahawa peratusan kes baharu yang berpunca daripada jangkitan sporadik adalah tinggi iaitu sebanyak 527 kes atau 43.7 peratus hari ini.

Katanya, statistik ini menunjukkan virus itu sudah bertapak dalam komuniti dan akan mengakibatkan kadar jangkitan yang lebih cepat dan meluas.

“Adalah dijangka jumlah kes harian akan terus melambung naik dalam tempoh terdekat.  Sejumlah 1,198 daripada 1,205 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2. Terdapat tiga kes dalam Kategori 3, satu kes dalam Kategori 4 dan tiga kes dalam Kategori 5,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Masidi berkata, Kerajaan Negeri Sabah telah pun memulakan program vaksinasi untuk kanak-kanak yang berusia lima hingga 11 tahun yang bermula pada 3 Februari lalu.

Katanya, seramai 30 orang kanak-kanak menjadi perintis kepada program ini.

“Dua dos suntikan akan diberikan kepada kanak-kanak dengan jarak suntikan lapan minggu.

“Dos suntikan bagi kanak-kanak ialah 10 Mcg iaitu satu pertiga daripada dos suntikan untuk dewasa,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/05/covid-19-kluster-kampung-weston-tercetus-selepas-hadir-majlis-perkahwinan/feed/ 0 11900