KM – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 13 Aug 2026 04:00:13 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png KM – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 KM hadiri Malam Apresiasi Simposium Kehakiman Syariah Sabah https://sabahmedia.com/2026/08/13/km-hadiri-malam-apresiasi-simposium-kehakiman-syariah-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/08/13/km-hadiri-malam-apresiasi-simposium-kehakiman-syariah-sabah/#respond Thu, 13 Aug 2026 03:52:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=101481
Read Time:42 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menghadiri Malam Apresiasi sempena Simposium Kehakiman dan Perundangan Syariah Negeri Sabah 2026 di Grand Ballroom, Hotel Le Meridien, di sini, malam tadi.

Turut hadir Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainudin Aman; Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Mohd Razali Wahab; Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Isnin Aliasnih; Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Profesor Adjung Dato’ Haji Mohd Amran Mat Zain serta Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah, Nawawi Diman.

Pada majlis itu, Hajiji turut menyaksikan penyampaian cenderahati kepada jabatan dan agensi yang terlibat sebagai tanda penghargaan atas sumbangan dan kerjasama dalam menjayakan simposium berkenaan.

Simposium Kehakiman dan Perundangan Syariah Negeri Sabah 2026 dirasmikan Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman di Sabah International Convention Centre (SICC), Rabu lalu.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/13/km-hadiri-malam-apresiasi-simposium-kehakiman-syariah-sabah/feed/ 0 101481
KM turun padang pantau kemajuan Projek Pan Borneo https://sabahmedia.com/2026/05/06/km-turun-padang-pantau-kemajuan-projek-pan-borneo/ https://sabahmedia.com/2026/05/06/km-turun-padang-pantau-kemajuan-projek-pan-borneo/#respond Wed, 06 May 2026 07:58:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96219
Read Time:1 Minute, 54 Second

SUKAU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor hari ini turun padang meninjau sendiri kemajuan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah, sambil menegaskan keperluan penyelarasan segera antara agensi bagi memastikan pelaksanaannya mengikut jadual dan tidak terus berdepan kelewatan.

Dalam lawatan kerjanya, beliau singgah di pakej kerja WP25 bagi sesi tinjauan, pemantauan serta taklimat tapak ketika dalam perjalanan dari Sandakan ke Lahad Datu sempena Program Lawatan Tinjauan Keselamatan ke Eastern Sabah Safety Zone (ESS Zone).

Hajiji diiringi Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Jafry Ariffin; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong; Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Mohd Razali Wahab; selain pembantupembantu menteri serta pegawai kanan kerajaan.

Dalam taklimat oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), beliau dimaklumkan status semasa projek WP25 yang melibatkan jajaran sepanjang kira-kira 14.96 kilometer dari Kampung Perpaduan Datuk Moh ke Sukau.

Setakat ini, kemajuan fizikal projek direkodkan sekitar 12.35 peratus berbanding sasaran jadual asal sebanyak 15.30 peratus, manakala kemajuan kewangan mencapai 11.52 peratus.

Projek bernilai kira-kira RM269.9 juta itu dijadualkan siap dalam tempoh 36 bulan dengan tarikh penyiapan pada Februari 2028.

Antara komponen utama pembinaan termasuk persimpangan bertingkat (flyover), hentian bas, jambatan pejalan kaki serta sistem perparitan dan culvert bagi meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.

Hajiji turut dimaklumkan mengenai beberapa kekangan utama di tapak yang menjejaskan kemajuan kerja, termasuk isu pengalihan utiliti, pengambilan tanah serta perobohan struktur sedia ada.

Masalah utiliti dikenal pasti antara faktor utama yang memperlahankan kerja tanah, di samping cabaran logistik dan akses sementara di kawasan projek.

Selain WP25, Ketua Menteri turut diberi taklimat perkembangan pakej berhampiran, WP24, yang melibatkan jajaran sepanjang 15.88 kilometer dari Sungai Takala ke Kampung Perpaduan Datuk Moh.

Bagi WP24, kemajuan fizikal setakat April 2026 direkodkan sekitar 15.60 peratus dengan sedikit kelewatan berbanding jadual asal.

Sehubungan itu, Hajiji menegaskan kepentingan penyelarasan berkesan antara semua agensi terlibat bagi menangani isu di tapak, termasuk mempercepatkan proses pengambilan tanah dan pengalihan utiliti supaya tidak menjejaskan garis masa pelaksanaan projek.

Beliau berkata, Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B merupakan antara inisiatif strategik kerajaan dalam memperkukuh rangkaian infrastruktur jalan raya, sekali gus merancakkan pertumbuhan ekonomi serta menghubungkan kawasan-kawasan utama di Pantai Timur Sabah.

“Kerajaan negeri komited memastikan setiap projek pembangunan dilaksanakan secara terancang, dipantau rapi dan disiapkan mengikut jadual demi manfaat rakyat,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/06/km-turun-padang-pantau-kemajuan-projek-pan-borneo/feed/ 0 96219
KM – KPN bincang isu semasa, keselamatan https://sabahmedia.com/2026/01/17/km-kpn-bincang-isu-semasa-keselamatan/ https://sabahmedia.com/2026/01/17/km-kpn-bincang-isu-semasa-keselamatan/#respond Sat, 17 Jan 2026 09:43:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89910
Read Time:17 Second

KOTA KINABALU: Ketua Polis Negara (KPN) Datuk Seri Mohd Khalid Ismail telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor di Sri Gaya, di sini hari ini.

Pertemuan itu bagi membincangkan isu semasa dan perkara berkaitan keselamatan.

Mohd Khalid diiringi oleh Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun serta pegawai-pegawai kanan dari Bukit Aman.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/17/km-kpn-bincang-isu-semasa-keselamatan/feed/ 0 89910
Kerajaan Negeri tegaskan komitmen terhadap perpaduan dan kestabilan politik – KM https://sabahmedia.com/2025/12/23/kerajaan-negeri-tegaskan-komitmen-terhadap-perpaduan-dan-kestabilan-politik-km/ https://sabahmedia.com/2025/12/23/kerajaan-negeri-tegaskan-komitmen-terhadap-perpaduan-dan-kestabilan-politik-km/#respond Tue, 23 Dec 2025 03:16:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=88729
Read Time:42 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan semula komitmen teguh Kerajaan Negeri untuk memelihara perpaduan rakyat serta mengekalkan kestabilan politik.

“Perpaduan yang kukuh di kalangan rakyat dan kestabilan politik menjadi asas kepada kemajuan ekonomi negeri serta pertumbuhan pelaburan,” katanya dalam perutusan Krismas 2025.

Ketua Menteri juga menggesa semua pihak untuk menyemarakkan semangat Krismas yang dicirikan oleh kasih sayang dan kemurahan hati serta menegaskan semula komitmen terhadap toleransi, saling menghormati dan perpaduan.

Beliau berkata bahawa Krismas, sebagai perayaan penting komuniti Kristian, secara tradisinya menyatukan keluarga dan rakan-rakan.

Beliau menekankan bagaimana, dalam kepelbagaian agama, etnik dan warisan budaya Sabah, Krismas memberi peluang berharga kepada semua untuk bersatu, mengeratkan hubungan, dan memupuk keharmonian antara etnik.

Dengan menyampaikan ucapan Krismas kepada semua penganut Kristian, beliau berkata, “Semoga perayaan ini memenuhi rumah anda dan komuniti kita dengan kegembiraan, kedamaian, dan keharmonian.”

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/23/kerajaan-negeri-tegaskan-komitmen-terhadap-perpaduan-dan-kestabilan-politik-km/feed/ 0 88729
KM, Isteri & Mutiara GRS santuni ibu Allahyarhamah Zara Qairina https://sabahmedia.com/2025/08/13/km-isteri-mutiara-grs-santuni-ibu-allahyarhamah-zara-qairina/ https://sabahmedia.com/2025/08/13/km-isteri-mutiara-grs-santuni-ibu-allahyarhamah-zara-qairina/#respond Wed, 13 Aug 2025 06:45:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79173
Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bersama isteri, Datin Seri Juliah Salag, hari ini bertemu ibu kepada Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Noraidah Lamat di Sri Gaya bagi menyampaikan takziah dan simpati mendalam.

Pertemuan itu turut dihadiri anggota Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Sabah (Mutiara GRS).

“Bagi pihak Kerajaan Negeri, saya amat bersimpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah. Kami mendoakan agar mereka diberi kekuatan menghadapi dugaan berat ini,” kata Hajiji.

Katanya, beliau telah mengarah menteri bertanggungjawab dalam portfolio pendidikan Sabah, Datuk Mohd. Arifin Mohd. Arif dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawang, Datuk Seri Ghulamhaidar Khan Bahadar menziarahi Zara lebih awal ketika mangsa masih dirawat di hospital, sebagai bukti kerajaan negeri mengambil berat isu tersebut.

Katanya, gelombang solidariti #JusticeforZara yang digerakkan oleh netizen dalam menuntut keadilan buat mangsa, memang baik, namun orang ramai perlu mengelak membuat spekulasi yang tidak wajar.

“Kita serahkan kepada pihak polis dan pihak berwajib lain untuk membuat siasatan dan berharap pihak berkuasa dapat melengkapkan siasatan secepat mungkin demi mendapatkan keadilan untuk semua pihak”, katanya.

Sementara itu Juliah berkata, beliau amat memahami perasaan seorang ibu yang kehilangan anak tersayang.

“Keselamatan anak-anak, khususnya pelajar asrama, mesti diutamakan agar tragedi seperti ini tidak berulang,” katanya.

Allahyarhamah Zara Qairina, pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar, meninggal dunia pada 17 Julai lalu selepas ditemui tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asramanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/13/km-isteri-mutiara-grs-santuni-ibu-allahyarhamah-zara-qairina/feed/ 0 79173
Isteri KM seri Majlis Anugerah Gemilang Madani 2025 https://sabahmedia.com/2025/05/30/isteri-km-seri-majlis-anugerah-gemilang-madani-2025/ https://sabahmedia.com/2025/05/30/isteri-km-seri-majlis-anugerah-gemilang-madani-2025/#respond Fri, 30 May 2025 02:05:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74811
Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag, menyerikan Majlis Anugerah Gemilang Madani 2025 dengan menyampaikan beberapa anugerah tertinggi kepada tokoh-tokoh wanita dan individu berprestij dari dalam dan luar negara.

Majlis penuh gemilang yang berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC) pada malam Khamis itu, dianjurkan oleh Biro Pembangunan Ekonomi dan Usahawanita PRESBAH dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

Antara anugerah yang disampaikan beliau termasuklah Anugerah Wanita Perdana Gemilang Madani 2025, Anugerah Cemerlang Antarabangsa Gemilang Madani 2025 dan Anugerah Tokoh Wanita Gemilang Madani 2025, yang diberikan kepada wanita berwibawa dan pemimpin masyarakat atas sumbangan luar biasa mereka dalam pelbagai bidang.

Selain itu, Juliah turut menyampaikan cenderahati khas sebagai tanda penghargaan kepada Timbalan Menteri Ekonomi Malaysia, Dato Hajah Hanifah Hajar yang hadir merasmikan majlis itu dan kepada Pengerusi Biro Pembangunan Ekonomi dan Usahawanita PRESBAH, Dato Paduka Rehan Binti Rahim, selaku penganjur program itu.

Majlis itu turut menyaksikan simbolik perasmian oleh ketiga-tiga tokoh wanita tersebut, disusuli dengan penyampaian pelbagai kategori anugerah termasuk Anugerah Keterampilan, Usahawan Harapan, Inovasi Teknologi, Seni Budaya serta penghargaan. kepada agensi-agensi kerajaan dan swasta atas sumbangan mereka terhadap pembangunan masyarakat.

Suasana majlis turut dimeriahkan dengan persembahan khas oleh penyanyi tersohor tanah air, Datuk Khatijah Ibrahim, persembahan kebudayaan, silat serta kehadiran barisan pemenang Ratu Cantik yang mengarak masuk trofi Anugerah Gemilang Madani 2025.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/30/isteri-km-seri-majlis-anugerah-gemilang-madani-2025/feed/ 0 74811
KM hargai peranan utama PBS dalam mengukuhkan GRS https://sabahmedia.com/2023/07/25/km-hargai-peranan-utama-pbs-dalam-mengukuhkan-grs/ https://sabahmedia.com/2023/07/25/km-hargai-peranan-utama-pbs-dalam-mengukuhkan-grs/#respond Tue, 25 Jul 2023 10:49:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=38923
Read Time:50 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menghargai peranan utama Parti Bersatu Sabah (PBS) dalam mengukuhkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Sebagai rakan kongsi utama dalam GRS, Hajiji berkata PBS perlu terus bekerja keras seiring dengannya
ahli komponen lain untuk mengukuhkan lagi gabungan tempatan sebagai pilihan rakyat Sabah.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan pucuk pimpinan tertinggi PBS di Seri Gaya, di sini, hari ini.

Mengetuai rombongan PBS bertemu Hajiji yang juga pengerusi GRS ialah Timbalan Presiden Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam yang juga Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Sementara itu, pada mesyuarat itu, Ketua Penerangan PBS Datuk Joniston Bangkuai berkata PBS sebagai satu daripada komponen utama GRS, berjanji bekerjasama rapat dengan parti komponen lain untuk kukuhkan gabungan.

Turut hadir Timbalan Presiden Datuk Jahid Jahim dan Datuk Seri Dr Yee Moh Chai, Setiausaha Agung Datuk Julita Majungki, Bendahari Agung Datuk Lu Kim Yen, naib presiden Datuk Ruslan Muharam dan Hendrus Anding, pembantu setiausaha agung Jonnybone Kurum dan penolong bendahari agung Lo Su Fui.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/25/km-hargai-peranan-utama-pbs-dalam-mengukuhkan-grs/feed/ 0 38923
KM iring TYT ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali ke-261 https://sabahmedia.com/2023/02/22/km-iring-tyt-ke-mesyuarat-majlis-raja-raja-kali-ke-261/ https://sabahmedia.com/2023/02/22/km-iring-tyt-ke-mesyuarat-majlis-raja-raja-kali-ke-261/#respond Wed, 22 Feb 2023 06:37:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29883
Read Time:13 Second

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengiringi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali ke-261 di Istana Negara Kuala Lumpur.

Mesyuarat ini akan berlangsung selama dua hari bermula hari ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/22/km-iring-tyt-ke-mesyuarat-majlis-raja-raja-kali-ke-261/feed/ 0 29883
PM, KM bertemu Sultan Brunei https://sabahmedia.com/2023/01/25/pm-km-bertemu-sultan-brunei/ https://sabahmedia.com/2023/01/25/pm-km-bertemu-sultan-brunei/#respond Wed, 25 Jan 2023 13:21:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=28477
Read Time:17 Second

BANDAR SERI BEGAWAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor telah mengadap Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di sini, hari ini.

Antara isu yang dibincangkan ialah kerjasama dua hala antara Malaysia dan Brunei Darussalam.

Pertemuan tersebut adalah sebahagian daripada program Perdana Menteri semasa lawatan dua hari beliau ke negara itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/25/pm-km-bertemu-sultan-brunei/feed/ 0 28477
KM: Ubah SOP MERS 999 https://sabahmedia.com/2021/09/09/km-ubah-sop-mers-999/ https://sabahmedia.com/2021/09/09/km-ubah-sop-mers-999/#respond Thu, 09 Sep 2021 07:26:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6056
Read Time:1 Minute, 56 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mahu prosedur operasi standard (SOP) dalam Sistem Tindak Balas Kecemasan Malaysia (MERS) 999 diubah, agar kejadian yang menimpa empat sekeluarga di Penampang, pada awal pagi Selasa lalu, tidak berulang.

Katanya, kejadian itu amat menyedihkan kerana isu keselamatan seperti kebakaran tidak seharusnya dirujuk ke Kuala Lumpur terlebih dahulu hingga mengambil masa untuk menyelamatkan mangsa.

“Sepatutnya, apabila tahu panggilan adalah dari Sabah dan ada kecemasan, kenapa tidak terus sambung ke pihak yang berkaitan seperti balai bomba di daerah atau negeri terbabit atau berikan nombor telefon yang boleh dihubungi.

“Tidak perlulah tanya banyak soalan kerana setiap panggilan ke MERS 999 sudah pasti membabitkan hal kecemasan. Kita kena peka dengan situasi dan
dalam keadaan kecemasan, sudah pasti panik berlaku dan tiada masa untuk memberi semua maklumat yang diperlukan.

“Saya berharap SOP dalam MERS 999 diubah dan dipermudahkan termasuk terus sambung panggilan itu ke nombor atau daerah dan negeri yang terbabit,” katanya menerusi satu kenyataannya di sini pada Khamis.

Beliau mengulas mengenai kejadian pada awal pagi Selasa lalu, membabitkan empat sekeluarga yang rentung dalam kebakaran rumah mereka di Taman Hungab, di Penampang.

Kebakaran mengorbankan empat sekeluarga berusia 15 hingga 50 tahun itu membabitkan dua beradik lelaki serta ibu bapa mereka.

Mangsa yang terkorban terdiri daripada pasangan suami isteri, Matthew Wong, 50, dan Jecky Vun Kon Fong, 47, serta dua anak mereka, Brandon, 18 dan Eric, 15 tahun.

Dalam masa sama Ketua Menteri turut meminta orang awam agar turut menyimpan nombor penting seperti balai polis, bomba dan hospital di kawasan masing-masing, untuk memudahkan mereka meminta bantuan jika ada kecemasan.

“Selain MERS 999, simpanlah juga nombor balai polis, bomba dan hospital di kawasan masing-masing,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Hajiji berkata kerajaan negeri berpegang kepada prinsip kebebasan beragama seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Katanya, Sabah juga menyatakan tidak atas cadangan kerajaan memperkenalkan Akta Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam, sebagai salah satu daripada empat undang-undang syariah baharu yang akan diperkenalkan.

“Seperti di negeri ini, Sabah adalah negeri yang mempunyai penduduk pelbagai kaum dan agama serta hidup dalam keadaan harmoni dan aman sejak sekian lama.

“Walaupun mempunyai pelbagai kaum dan anutan kepercayaan masing-masing, kita saling menghormati antara satu sama lain dan tiada masalah,” katanya sambil menambah kepelbagaian kaum dan agama menjadi tonggak perpaduan rakyat di negeri ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/09/km-ubah-sop-mers-999/feed/ 0 6056