KMJG 2024 – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 09 Aug 2024 02:50:00 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png KMJG 2024 – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 BBP Putatan terima pelawat pertama, KMJG 2024 teruskan konvoi ke beberapa daerah https://sabahmedia.com/2024/08/09/bbp-putatan-terima-pelawat-pertama-kmjg-2024-teruskan-konvoi-ke-beberapa-daerah/ https://sabahmedia.com/2024/08/09/bbp-putatan-terima-pelawat-pertama-kmjg-2024-teruskan-konvoi-ke-beberapa-daerah/#respond Fri, 09 Aug 2024 02:49:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58747
Read Time:1 Minute, 53 Second

Putatan : Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Putatan menerima kunjungan dan pelawat pertama daripada peserta konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) di sini semalam.

Konvoi yang diketuai Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Nor itu tiba di BBP Putatan pada jam 1.30 petang.

Rombongan KMJG itu disambut Ketua BBP Putatan Nor Sherryana Bohari serta Pegawai Operasi, Zainuddin Saidi.

Kenderaan pertama yang melepasi gimik semburan air dalam acara pelepasan konvoi KMJG ke destinasi seterusnya.

BBP Putatan telah dirasmikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming pada 25 Julai lalu dengan kekuatan anggota BBP berkenaan seramai 32 anggota.

Selain menandatangani Buku KMJG 2024 dan acara  bergambar bersama anggota BBP, para peserta konvoi juga diberi peluang menyahut cabaran mencuba tiang gelongsor dalam acara khas ‘sliding challenge’, selain diperlihatkan gimik pemadaman api oleh anggota BBP.

Paling menarik perhatian, pelepasan konvoi KMJG 2024 ke hentian seterusnya disertai dengan gimik semburan air dengan pili bomba oleh anggota BBP.

Konvoi seterusnya menuju ke destinasi terakhir pada hari pertama iaitu Dewan Sri Putatan bagi melengkapkan perjalanan sejauh 45 kilometer di lima lokasi perhentian di dua daerah iaitu Penampang dan Putatan.

Peserta konvoi bergambar kenangan bersama hadirin yang hadir.

Konvoi KMJG itu tiba di Dewan Sri Putatan pada jam 2.45 petang dan disambut oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas, Datuk Awang Ahmad Sah Datuk Sahari serta Pegawai Daerah Putatan, Masawi Salleh.

Ketibaan konvoi dirai dengan Persembahan Sambut Tamu Pencak Silat daripada Kelab Silat oleh Raga Selendang Hijau, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Petagas.

Acara dimulakan dengan nyanyian lagu, “Negaraku” dan “Sabah Tanah Airku” diikuti bacaan ikrar Rukun Negara.

Terdahulu, pelepasan konvoi yang dimulakan di Dataran Majlis Perbandaran Penampang dan SMK Limbanak menjadi lokasi pertama persinggahan konvoi berkenaan sebelum singgah ke lokasi seterusnya iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah.

Konvoi meninggalkan Dewan Sri Putatan selepas acara pelepasan.

Konvoi disertai seramai 60 peserta termasuk petugas media melibatkan 18 buah kenderaan daripada 14 Jabatan yang dilancarkan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor di perkarangan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), pada 1 Ogos lalu.

Hari ini KMJG 2024 akan meneruskan penjelajahan ke Papar, Beaufort, Membakut, Kuala Penyu, Sipitang  seterusnya akan ke Pedalaman Atas, Pantai Timur Sabah, Pantai Barat Utara sebelum berakhir di Pantai Barat Selatan membabitkan jarak 2,400km selama 20 hari.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/09/bbp-putatan-terima-pelawat-pertama-kmjg-2024-teruskan-konvoi-ke-beberapa-daerah/feed/ 0 58747
KMJG 2024 naik kereta api dari Tenom, menjelajah pulau di Sandakan https://sabahmedia.com/2024/08/04/kmjg-2024-naik-kereta-api-dari-tenom-menjelajah-pulau-di-sandakan/ https://sabahmedia.com/2024/08/04/kmjg-2024-naik-kereta-api-dari-tenom-menjelajah-pulau-di-sandakan/#respond Sun, 04 Aug 2024 03:35:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58530
Read Time:1 Minute, 0 Second

Kota Kinabalu: Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024 Negeri Sabah akan turut menggunakan pengangkutan air dan keretapi pada tahun ini.

Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Supian Musa berkata, KMJG pada tahun ini akan menggunakan kereta api dari StesenTenom ke Pangi selain menjelajah ke pulau-pulau di persekitaran Sandakan yangakan dibantu oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

“Selain mengibarkan Jalur Gemilang,kita juga membawa berita gembira sebenarnya sebab pada 31 Ogos itu nanti kita akan sama-sama meraikan sambutan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah yang telah diwartakan pada 5 Jun yang lalu,” katanya ketika ditemubual di konti UMSfm, di sini.

Supian turut mengalu-alukan masyarakat agar turut sama menyemarakkan Sambutan Hari Kebangsaan dan Sambutan Hari Sabah dengan memasang Jalur Gemilang bersama-sama bendera Negeri Sabah selaras dengan inisiatif 1 rumah 1 Jalur Gemilang ( 1R1JG) yang diperkenalkan oleh Kementerian Komunikasi.

Pengisian KMJG 2024 antaranya adalahKarnival Kita Madani yang akan diadakandi peringkat Negeri Sabah yang manadaerah Membakut menjadi lokasi pelaksanaan karnival tersebut pada 8 hingga 10 Ogos ini.

KMJG 2024 disertai 60 peserta dengan 18 buah kenderaan daripada 14 jabatan dan agensi di Sabah termasuk Jabatan Penerangan (Japen) Sabah akan menjelajah selama 20 hari sejauh lebih 2,000 kilometer melibatkan 60 hentian.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/04/kmjg-2024-naik-kereta-api-dari-tenom-menjelajah-pulau-di-sandakan/feed/ 0 58530