KMJG jalur gemilang – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 18 Aug 2023 14:30:44 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png KMJG jalur gemilang – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hayati, lihat sumbangan yang boleh diberi kepada negara – Masiung https://sabahmedia.com/2023/08/18/hayati-lihat-sumbangan-yang-boleh-diberi-kepada-negara-masiung/ https://sabahmedia.com/2023/08/18/hayati-lihat-sumbangan-yang-boleh-diberi-kepada-negara-masiung/#respond Fri, 18 Aug 2023 14:30:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=40322
Read Time:37 Second

Tongod : Masyarakat perlu menghayati dan melihat sumbangan yang boleh diberikan kepada negara dalam meneruskan perjuangan pemimpin terdahulu.

Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan Dan Bandar (LPPB) Sabah Datuk Masiung Banah berkata, rakyat perlu mengisi kemerdekaan negara yang telah diperjuangkan generasi dahulu.

“Ini kerana kita tidak terlibat dalam perjuangan memerdekakan negara, tapi apa yang penting kita menyambung dan mendidik generasi menjadi warganegara yang mempunyai dorongan dan sokongan kepada negara  tercinta ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui merasmikan Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Peringkat Daerah Tongod di Dewan Kampung Simpang Entilibon.

Konvoi KMJG yang diketuai Pengarah Penerangan Negeri Sabah, Jainisah Mohd Noor tiba di Tongod selepas singgah di Pekan Kundasang dan menjadi perhentian ke-50 program tahunan tersebut.

Turut hadir, Pegawai Daerah Tongod Nelson Domil Oluk.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/18/hayati-lihat-sumbangan-yang-boleh-diberi-kepada-negara-masiung/feed/ 0 40322