ko nelayan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 13 Feb 2026 23:15:52 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png ko nelayan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Jadikan budaya turun padang sebagai keutamaan, tanggungjawab – Jamawi https://sabahmedia.com/2026/02/14/jadikan-budaya-turun-padang-sebagai-keutamaan-tanggungjawab-jamawi/ https://sabahmedia.com/2026/02/14/jadikan-budaya-turun-padang-sebagai-keutamaan-tanggungjawab-jamawi/#respond Fri, 13 Feb 2026 16:29:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=91608
Read Time:2 Minute, 7 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU: Warga Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan) diingatkan agar menjadikan budaya turun padang sebagai keutamaan dalam usaha memperkasa komuniti nelayan dan usahawan di negeri ini.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Jamawi Jaafar, berkata pendekatan mendekati rakyat secara langsung lebih berkesan berbanding hanya menunggu pelanggan hadir ke pejabat untuk mengemukakan aduan.

Jamawi Jaafar

Beliau berkata, realiti kehidupan nelayan tidak boleh difahami sepenuhnya melalui laporan bertulis atau perbincangan di bilik mesyuarat semata-mata.

“Nelayan kita berada di laut, di sungai, di jeti dan di pasar. Ada yang hanya menggunakan sampan tanpa enjin untuk mencari rezeki.

“Kalau kita benar-benar mahu membantu mereka, kita perlu berada di tempat mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Apresiasi Ko-Nelayan di sini pada Jumaat.

Hadir sama Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Ruslan Muharam dan Pengurus Besar Ko-Nelayan Yusof Ag Besar.

Jamawi berkata, budaya turun di lapangan membolehkan pegawai atau kakitangan memahami isu sebenar seperti jeti rosak, kekurangan peralatan menangkap ikan dan kemudahan pemasaran yang tidak mencukupi.

Katanya, perbincangan di pejabat tanpa meninjau lokasi sebenar hanya akan menghadkan kefahaman terhadap masalah yang dihadapi golongan terbabit.

“Bagaimana kita mahu selesaikan isu jeti hampir roboh jika kita sendiri tidak melihat keadaannya? Bagaimana kita mahu perbaiki tempat jualan hasil laut jika kita tidak turun meninjau?,” katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa setiap kelemahan dalam penyampaian perkhidmatan boleh memberi kesan langsung kepada pendapatan nelayan dan kesejahteraan keluarga mereka.

Justeru, beliau mahu semua warga Ko-Nelayan memperkukuh komitmen untuk bergerak seiring dengan rakyat, memastikan setiap permasalahan di lapangan ditangani secara proaktif demi meningkatkan taraf hidup komuniti nelayan Sabah.

Dalam pada itu, Jamawi berkata, Ko-Nelayan berjaya mencatat pencapaian fizikal 90 peratus bagi pelaksanaan program di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), sekali gus membuktikan prestasi membanggakan agensi itu dalam memperkasa sektor perikanan dan komuniti nelayan di Sabah.

Katanya, agensi itu telah berjaya merekodkan perbelanjaan sebanyak RM36,102,198 daripada jumlah siling peruntukan RM39,786,259 yang diterima bagi pelaksanaan 20 program dalam RMK-12.

Beliau menyifatkan pencapaian itu sebagai satu kejayaan besar yang mencerminkan komitmen tinggi serta kecekapan pengurusan dan pelaksanaan program oleh seluruh warga kerja agensi berkenaan.

“Tahniah kepada Ko-Nelayan atas pencapaian 90 peratus ini. Ia bukan sahaja menunjukkan keberkesanan perancangan dan pelaksanaan, malah membuktikan kesungguhan dalam memastikan setiap peruntukan dimanfaatkan sepenuhnya untuk kepentingan nelayan,” katanya.

Jamawi berkata, pencapaian itu wajar dijadikan pemangkin untuk terus meningkatkan prestasi, khususnya menjelang pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang memperuntukkan lebih RM100 juta bagi pelaksanaan 28 program. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/14/jadikan-budaya-turun-padang-sebagai-keutamaan-tanggungjawab-jamawi/feed/ 0 91608
Ko-Nelayan terus pacu pembangunan industri perikanan Sabah https://sabahmedia.com/2026/01/02/ko-nelayan-terus-pacu-pembangunan-industri-perikanan-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/01/02/ko-nelayan-terus-pacu-pembangunan-industri-perikanan-sabah/#respond Fri, 02 Jan 2026 03:58:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89089
Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU: Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan) akan terus berperanan sebagai pemangkin kepada pembangunan industri perikanan di negeri ini melalui pelaksanaan pelbagai program, projek dan inisiatif yang memberi impak langsung kepada peningkatan sosio-ekonomi komuniti nelayan.

Pengurus Besar Ko-Nelayan, Yusof Awang Besar berkata, pihaknya komited memperkukuh keupayaan nelayan agar lebih berdaya saing, produktif dan mampan selari dengan keperluan semasa industri.

Katanya, usaha ini merangkumi sokongan pembangunan kapasiti, pengurusan organisasi nelayan serta penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan.

“Selain memberi fokus kepada kesejahteraan nelayan, Ko-Nelayan turut menekankan aspek tadbir urus yang baik, integriti dan akauntabiliti dalam setiap pelaksanaan program.

“Pendekatan ini penting bagi memastikan setiap inisiatif yang dilaksanakan memberi manfaat sebenar serta mencapai hasil yang disasarkan.

“Seiring dengan perubahan landskap industri, Ko-Nelayan juga menggalakkan penerapan inovasi dan penggunaan teknologi digital bagi meningkatkan kecekapan operasi serta memperluas peluang ekonomi dalam sektor perikanan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyampaikan perutusan sempena Tahun Baharu 2026 di sini pada Khamis.

Yusof berkata, langkah itu dilihat mampu membantu nelayan menyesuaikan diri dengan cabaran semasa dan meningkatkan nilai tambah hasil perikanan.

Katanya, Ko-Nelayan yakin peranannya akan terus relevan dan signifikan dalam memacu kemajuan industri perikanan Sabah.

Menurutnya, ia adalah menerusi sokongan padu daripada semua pemegang taruh serta semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga kerja,

“Komitmen berterusan Ko-Nelayan diharap dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri, menjamin kelestarian sumber perikanan serta meningkatkan taraf hidup komuniti nelayan secara menyeluruh,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/02/ko-nelayan-terus-pacu-pembangunan-industri-perikanan-sabah/feed/ 0 89089
Ko-Nelayan pastikan sektor perikanan penyumbang terbesar dalam pertumbuhan ekonomi Sabah https://sabahmedia.com/2025/02/25/ko-nelayan-pastikan-sektor-perikanan-penyumbang-terbesar-dalam-pertumbuhan-ekonomi-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/02/25/ko-nelayan-pastikan-sektor-perikanan-penyumbang-terbesar-dalam-pertumbuhan-ekonomi-sabah/#respond Tue, 25 Feb 2025 07:35:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69333
Read Time:1 Minute, 34 Second

Kota Kinabalu : Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan) akan terus memastikan sektor perikanan terus menjadi salah satu penyumbang terbesar kepada pertumbuhan ekonomi negeri sejajar dengan pelan pembangunan hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Pengerusi Ko-Nelayan Kong Soon Choi berkata, pada masa sama, Ko-Nelayan turut menjaga kebajikan kumpulan sasar.

Katanya, pada tahun lalu sahaja, sebanyak 18 inisiatif SMJ telah dilaksanakan dengan pencapaian sebanyak 97 peratus kewangan melibatkan 1,123 manfaat dan  283 nelayan pesisir pantai di seluruh Sabah. 

“Di bawah program peningkatan pendapatan, Inisiatif i-Nelayan, i-Akuakultur, i-Hiliran dan i- Usahawan telah dapat meningkatkan pendapatan peserta melebihi 30 peratus melibatkan seramai 110 orang kumpulan sasar pada tahun 2024. 

“Di bawah program pembangunan akuakultur, projek pengeluaran benih Scents dan projek ternakan ikan dalam sangkar berterusan meningkatkan pengeluaran benih ikan kerapu hibrid dan ternakan kerapu hibrid dengan pengeluaran masing-masing lebih 63,000 benih ikan kerapu hibrid dan lebih enam metrik ikan ikan kerapu. 

“Projek elektronik komuniti usahawan nelayan membangunkan platform e-Dagang iaitu e-Kan melibatkan 81 kedai maya dan 1,170 produk dengan jumlah jualan RM5 juta setakat 18 Februari 2025,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi Ko-Nelayan di sini baru-baru ini.

Majlis itu disempurnakan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan.

Soon Choi berkata, seramai 121 nelayan pesisir pantai telah mendapat manfaat latihan dari program nelayan digital e-Smart yang akan menggunakan aplikasi satelit untuk mengenalpasti potensi lokasi menangkap ikan.

Katanya, Ko- Nelayan turut mengorak langkah meneroka potensi pengeluaran ikan hiasan khususnya ikan Malaysian Gold Arowana melalui projek ikan hiasan Ko-Nelayan di Kampung Kaiduan Papar.

“Pusat ini telah mendapat sijil Cites dari Geneva, Switzerland dan telah memilih  jenama Arowana Kinabalu yang telah dilancarkan oleh  Menteri Pertanian, Perikanan Dan Industri Makanan Sabah Semasa HPPNS 2024,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/25/ko-nelayan-pastikan-sektor-perikanan-penyumbang-terbesar-dalam-pertumbuhan-ekonomi-sabah/feed/ 0 69333
Ko-Nelayan berjaya baiki kedudukan kewangan selama dua tahun https://sabahmedia.com/2025/02/24/ko-nelayan-berjaya-baiki-kedudukan-kewangan-selama-dua-tahun/ https://sabahmedia.com/2025/02/24/ko-nelayan-berjaya-baiki-kedudukan-kewangan-selama-dua-tahun/#respond Mon, 24 Feb 2025 00:56:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69238
Read Time:2 Minute, 5 Second

Kota Kinabalu: Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan) berjaya memperbaiki kedudukan kewangannya dan memberi sumbangan kepada Kerajaan negeri selama dua tahun berturut-turut sebanyak RM600,000 disumbangkan pada tahun lalu.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata, beliau yakin Ko-Nelayan mampu mengorak langkah yang lebih positif dan terus berusaha untuk mencapai matlamat utama yang telah dirancang.

Beliau turut mengingatkan bahawa bagi mencapai matlamat organisasi bukanlah satu perkara yang mudah, lebih-lebih lagi untuk mengekalkan kecemerlangan yang dicapai.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Jeffrey Kitingan

“Akan tetapi ianya juga bukan sesuatu yang mustahil untuk diperolehi sekiranya warga Ko-Nelayan terus bekerjasama dan memberikan komitmen yang tinggi terhadap tanggungjawab yang diamanahkan.

“Kemampuan Ko-Nelayan dalam mencapai salah satu objektifnya iaitu membantu memperbaiki kedudukan ekonomi dan sosial masyarakat nelayan di Sabah telah dapat dibuktikan dalam pelaksanaan program dan projek-projek pembangunan negeri,” katanya.

Hadir sama Pengerusi Ko-Nelayan, Kong Soon Choi; Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan negeri, Datuk Leonard Stephen Poyong dan Pengurus Besar Ko-Nelayan, Yusof Awang Besar.

Jeffrey yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan negeri berkata, dengan potensi dan sumber semulajadi yang dimiliki, pihaknya yakin sektor perikanan akan dapat diperkasakan untuk menyumbang melalui pengeksportan hasil tempatan, meningkatkan pendapatan masyarakat nelayan serta mengurangkan kebergantungan negeri kepada import produk perikanan.

Dalam pada itu, beliau berkata, Ko-Nelayan turut merancang untuk melaksanakan projek pembangunan bercampur di tanah seluas 47.81 ekar di Kuala Inanam, di sini.

Katanya, cadangan projek berkenaan merangkumi pembinaan sebuah kolej vokasional khusus untuk bidang maritim dan perikanan.

Menurutnya, turut dicadangkan dalam projek itu ialah pembinaan ‘fishermen command centre’, pusat penyelidikan marin dan aquaseum serta lot komersial dan perumahan.

Cadangan itu, katanya adalah antara projek ‘flagship’ yang dirancang dibangunkan Ko-Nelayan di beberapa kawasan tanah yang dikenal pasti melalui pendekatan usahasama awam-swasta.

“Ko-Nelayan juga akan membangunkan aset sedia ada seperti tanah melalui pendekatan usahasama awam-swasta,” katanya.

Selain di Kuala Inanam, Jeffrey berkata projek flagship Ko-Nelayan itu turut membabitkan beberapa cadangan projek di kawasan lain, antaranya pembangunan pusat komersial perikanan di tanah seluas 12.5 ekar di Kampung Simunul, Semporna.

Turut dicadangkan, katanya ialah pembangunan ‘bank ikan’ di tanah  seluas 164 ekar di Weston, Beaufort dan pembangunan Taman Perindustrian Rumpai Laut di kawasan seluas 118 ekar di Kampung Salimbangun, Semporna.

Jeffrey berkata cadangan projek itu antara yang dirancang selain 32 strategi dan 91 program di bawah Pelan Strategik Ko-Nelayan 2023-2030 bagi membangunkan kumpulan sasar dan industri akuakultur serta perikanan. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/24/ko-nelayan-berjaya-baiki-kedudukan-kewangan-selama-dua-tahun/feed/ 0 69238
PVTLDM Sabah, KVTTSB Jalin Kerjasama Laksana Enam Rancangan Perniagaan https://sabahmedia.com/2022/03/15/pvtldm-sabah-kvttsb-jalin-kerjasama-laksana-enam-rancangan-perniagaan/ https://sabahmedia.com/2022/03/15/pvtldm-sabah-kvttsb-jalin-kerjasama-laksana-enam-rancangan-perniagaan/#respond Tue, 15 Mar 2022 10:11:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13027
Read Time:1 Minute, 20 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak enam rancangan perniagaan bakal dilaksanakan menerusi kerjasama bistari antara Persatuan Veteren Tentera Laut Diraja Malaysia Sabah (PVTLDM Sabah) dengan KONEL Ventures Tour and Travel Sdn Bhd (KVTTSB).

PVTLDM Sabah dalam satu kenyataan berkata, kerjasama itu turut dimeterai menerusi satu perjanjian kerjasama bistari yang ditandatangani bersama di Korporasi Kemajuan Nelayan dan Perikanan Sabah (Ko-Nelayan), Wisma Pertanian,disini semalam.

Perjanjian kerjasama itu ditandatangani oleh PVTLDM Sabah yang diwakili Presidennya Komander Datin Zamzelina Ahmad TLDM (Bersara) dan KVTTSB diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Said Sulaiman.

Hadir sama menyaksikan penjanjian itu, Pengerusi Ko-Nelayan, Mohd Arshad Bistari, Timbalan Panglima Armada Timur, Laksamana Sazalee Shuib dan Pengarah JHEV ATM Negeri Sabah, Mej Noor Khairi Abd Rahman.

Antara segmen rancangan perniagaan itu adalah platform biokomposit mampan untuk pelancongan dan perikanan di Teluk Ambong, Kota Belud; Restoran dan pasar terapung biokomposit di Usukan, Kota Belud dan sangkar akuakultur biokomposit di Perairan Teluk Ambong, Kota Belud.

Selain itu, kerjasama itu juga akan melaksanakan sangkar akuakultur biokomposit ikan air tawar di Tempasuk, Kota Belud; program perumanan gabungan komuniti tempatan dan Veteran TLDM di Tempasuk, Kota Belud kerjasama dengan Syarikat Perumahan Negara Berhad dan pembangunan kemudahan jeti perikanan ‘integrated fisheries wharfage’ untuk nelayan tempatan di Kota Belud.

Terdahulu, Mohd Arshad berkata, perjanjian kerjasama itu amat bermakna kepada Industri Perikanan Sabah kerana teknologi platform biokomposit terapung mampan akan meningkatkan lagi teknologi tangkapan hasil laut yang berkesan, lebih produktif dan mampan.

“Saya berharap berharap rancangan perniagaan dapat direalisasikan segera agar program dan projek dapat dilaksanakan seperti yang dirancang untuk pembangunan ekonomi ahli PVTLDM Sabah dan komuniti nelayan di bawah Ko-Nelayan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/15/pvtldm-sabah-kvttsb-jalin-kerjasama-laksana-enam-rancangan-perniagaan/feed/ 0 13027
Usaha Kolaborasi Bersama IPT Sentiasa Disokong https://sabahmedia.com/2021/12/17/usaha-kolaborasi-bersama-ipt-sentiasa-disokong/ https://sabahmedia.com/2021/12/17/usaha-kolaborasi-bersama-ipt-sentiasa-disokong/#respond Fri, 17 Dec 2021 08:53:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10008
Read Time:2 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah sentiasa menyokong usaha agensi dan jabatan kerajaan negeri untuk berkolaborasi dengan pihak Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, ia termasuklah menjalin kerjasama dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi membantu meningkatkan produktiviti hasil perikanan akuakuktur melalui penggunaan sistem lebih moden.

Katanya, kerajaan negeri juga komited untuk terus melahirkan insan berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam bidang Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT).

Menurutnya, sebanyak RM61.8 juta telah diperuntukkan bagi latihan, kursus dan pembangunan ICT selain kerajaan akan memberi keutamaan kepada Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) untuk diadaptasi dalam pelbagai sektor utama negeri.

“Penggunaan teknologi canggih atau Internet of Things (IoT) selaras dengan pembangunan IR4.0 dalam ternakan ikan adalah elemen penting yang ditekankan dalam Perjanjian Penyelidikan.

“Antaranya adalah dalam mereka cipta, membangun, menganalisa dan mengujicuba penggunaan peralatan yang dapat membaca perubahan parameter air yang member kesan dan penilaian perubahan kelakuan ikan.

“Pihak KO NELAYAN telah menetapkan Objektif Kualiti ternakan iaitu 70 peratus kadar hidup minima ternakan. Melalui penggunaan sistem aplikasi Internet Of Things (IoT) dalam bidang ternakan diharap dapat menangani permasaalahan yang akan timbul,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menandatangani Perjanjian Penyelidikan antara Fakulti Komputeran dan Informatik UMS bersama Korporasi Kemajuan Perikanan Sabah (KO-NELAYAN) disini hari ini.

Jeffrey yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah berkata, KO NELAYAN juga telah merealisasikan usaha pemantapan IR4.0 iaitu melalui Program Nelayan Digital (Aplikasi e-SMART) iaitu program teknologi membantu nelayan dalam penangkapan ikan yang lebih moden melalui penggunaan aplikasi IoT.

Katanya, Program e-Kan (Elektronik – Komuniti Usahawan Nelayan) juga merupakan inisiatif untuk menerapkan ilmu keusahawan digital.

“Kolaborasi di antara UMS/Fakulti Komputeran dan Informatik dan KO NELAYAN ini diharap dapat menyelesaikan beberapa masaalah dalam bidang Perikanan Akuakultur khususnya dalam ternakan ikan dalam sangkar, ternakan ikan dalam kolam dan ‘Pen Culture’.

“Melalui penggunaan aplikasi IoT ini kita mengharapkan agar produktiviti Perikanan Akuakultur dapat dipertingkatkan seterusnya dapat menambah sumber pendapatan penternak.

“Menerusi IoT untuk Akuakultur Pintar ini kita dapat menyediakan informasi berkaitan kesesuaian air agar keselamatan ternakan lebih terjamin,” katanya.

Sementara itu, Jeffrey berharap agar kerjasama penyelidikan itu dapat mencapai objektif seperti yang diharapkan oleh semua pihak dan sekaligus memberi impak yang besar dalam industri perikanan akuakultur khususnya di Sabah.

“Menjadi harapan saya agar usaha murni ini terus diperkasa dalam membela penternak-penternak khususnya penternak kecil dalam memastikan usaha mereka berjaya dan tidak menghadapi kegagalan.

“Ini selari dengan hasrat Kerajaan dalam menjamin sekuriti bekalan makanan negeri khususnya dan bekalan makanan Negara amnya,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/17/usaha-kolaborasi-bersama-ipt-sentiasa-disokong/feed/ 0 10008