ko-nelayan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 15 Nov 2025 10:43:14 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png ko-nelayan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Ko-Nelayan, SIRIM bantu usahawan Sabah tingkatkan penjenamaan dan pembungkusan produk https://sabahmedia.com/2025/11/15/ko-nelayan-sirim-bantu-usahawan-sabah-tingkatkan-penjenamaan-dan-pembungkusan-produk/ https://sabahmedia.com/2025/11/15/ko-nelayan-sirim-bantu-usahawan-sabah-tingkatkan-penjenamaan-dan-pembungkusan-produk/#respond Sat, 15 Nov 2025 10:43:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85960
Read Time:1 Minute, 38 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU : Seramai 20 orang usahawan bimbingan Korporasi Kemajuan Perikanan Dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan) menerima geran Innopack dari Ko-Nelayan dan pembungkusan Tanggungjawab Sosial Korporat SIRIM Berhad.

Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian, Perikanan, dan Industri Makanan Sabah Datuk Leonard Stephen Poyong berkata, jumlah tajaan untuk kedua- dua program itu adalah berjumlah RM220,000.

Katanya, ia merupakan satu jumlah yang besar dan menyeru agar semua usahawan yang terlibat memanfaatkan sepenuhnya peluang yang diberikan kepada para penerima.

“Gunakan ilmu dan bimbingan yang diberikan oleh Ko-Nelayan dan SIRIM Berhad untuk     menambah baik kualiti produk, memperkukuhkan  penjenamaan  (branding) dan menembusi pasaran yang lebih luas.

“Pihak Kementerian sentiasa menyokong usaha- usaha seperti ini kerana ia bukan sahaja memperkasakan sosio-ekonomi usahawan tetapi turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi Negeri Sabah.

“Pembungkusan yang inovatif menjadikan produk tersebut lebih mudah menembusi pasaran dan peluang eksport akan lebih terbuka luas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Geran Penjenamaan dan Reka Bentuk Pembungkusan Produk (Innopack) Ko-Nelayan dan CSR Sirim Berhad kepada Usahawan B-40 Ko-Nelayan di sini.

Hadir sama Pengurus Besar Ko-Nelayan Yusof Ag Besar.

Leonard berkata, Kerajaan menghargai usaha Ko-Nelayan dan SIRIM Berhad dalam melaksanakan program Innopack yang memberi kesan positif kepada pembangunan usahawan di Negeri Sabah.

Katanya, kerajaan berharap agar lebih banyak program seperti Innopack dapat dilaksanakan pada masa akan datang.

Menurutnya, pendekatan Ko-Nelayan dan SIRIM Berhad yang menggabungkan inovasi dan bimbingan professional amat berkesan dalam melahirkan usahawan yang berdaya saing dan berinovasi.

“Dalam Rancangan Malaysia ke-13, sejumlah RM1.3 juta peruntukan telah diluluskan oleh kerajaan negeri untuk melaksanakan Program Innopack dalam tempoh 2026-2030.

“Kerajaan juga akan terus menyokong dan menggalakkan lebih banyak kolaborasi strategik antara agensi kerajaan dan institusi tempatan agar manfaat program seperti Innopack dapat dirasai oleh lebih ramai usahawan di Negeri Sabah.

“Di samping itu, jaringan atau networking antara kerajaan, badan berkanun, pemain industri, institusi dan komuniti dapat diperkukuhkan,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/15/ko-nelayan-sirim-bantu-usahawan-sabah-tingkatkan-penjenamaan-dan-pembungkusan-produk/feed/ 0 85960
Ko-Nelayan bantu transformasi kehidupan nelayan pantai timur Sabah https://sabahmedia.com/2025/08/29/ko-nelayan-bantu-transformasi-kehidupan-nelayan-pantai-timur-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/08/29/ko-nelayan-bantu-transformasi-kehidupan-nelayan-pantai-timur-sabah/#respond Fri, 29 Aug 2025 11:20:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80305
Read Time:1 Minute, 23 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Usaha berterusan kerajaan negeri melalui Koperasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan) menjadi pemangkin utama dalam mentransformasi kehidupan nelayan di pantai timur Sabah sekali gus membantu mereka keluar daripada kepompong kemiskinan.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, pelaksanaan pelbagai skim pembiayaan, bantuan enjin bot serta pengenalan aplikasi digital e-Smart membuktikan komitmen kerajaan negeri untuk memastikan sektor perikanan kekal sebagai sumber rezeki yang mampan.

“Kerajaan Sabah sentiasa bersama golongan nelayan. Program seperti ini bukan sahaja membantu meningkatkan taraf hidup, tetapi juga menjamin kejayaan mereka dalam sektor perikanan. Syabas kepada Ko-Nelayan kerana berjaya melaksanakan inisiatif penting ini untuk nelayan di Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Penyerahan Skim Pembiayaan di bawah Program Peningkatan Pendapatan Nelayan dan Keusahawanan Ko-Nelayan Tawau 2025, di sini semalam.

Menurut Nizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, lebih RM400,000 diperuntukkan khas bagi membantu nelayan terpilih memperkukuh sumber pendapatan dan memperbaiki taraf hidup.

Beliau berkata, pencapaian ramai nelayan yang kini berjaya keluar daripada kategori miskin adalah hasil kesungguhan rakyat memanfaatkan peluang serta inisiatif yang disediakan kerajaan.

“Amat menggembirakan apabila semakin ramai nelayan mampu mengubah kehidupan mereka daripada miskin kepada lebih berkemampuan. Jika peluang ini digunakan sepenuhnya, mereka bukan sahaja dapat keluar daripada kemiskinan, malah mampu menjadi nelayan yang berdikari,” jelasnya.

Selain penyerahan bantuan, program berkenaan turut disertai dengan kursus peningkatan kapasiti bagi melatih nelayan pantai timur Sabah agar lebih berdaya saing dalam sektor perikanan yang semakin mencabar.

Nizam turut menegaskan, semangat bersyukur dan berterima kasih atas sokongan kerajaan adalah kunci kepada kejayaan usaha transformasi yang sedang digerakkan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/29/ko-nelayan-bantu-transformasi-kehidupan-nelayan-pantai-timur-sabah/feed/ 0 80305
Ko-Nelayan Diyakini Mampu Terus Capai Matlamat Dirancang https://sabahmedia.com/2022/01/30/ko-nelayan-diyakini-mampu-terus-capai-matlamat-dirancang/ https://sabahmedia.com/2022/01/30/ko-nelayan-diyakini-mampu-terus-capai-matlamat-dirancang/#respond Sun, 30 Jan 2022 03:32:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11728
Read Time:1 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri yakin Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan) mampu mengorak langkah yang positif dan terus berusaha untuk mencapai matlamat yang telah dirancang.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan berkata, semua pihak perlu terus bekerjasama dan memberikan komitmen yang tinggi terhadap tanggungjawab yang telah diamanahkan bagi mengekalkan kecemerlangan yang telah dicapai.

“Kemampuan Ko-Nelayan dalam mencapai salah satu objektifnya iaitu membantu memperbaiki kedudukan ekonomi dan sosial masyarakat nelayan di Sabah telah dapat dibuktikan dalam membantu menyalurkan peruntukan kepada kumpulan sasar melalui peruntukan projek pembangunan negeri.

“Sektor pertanian yang merangkumi sub-sektor tanaman, penternakan dan perikanan merupakan sektor penting di bawah hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ),” katanya ketika berucap pada Majlis Apresiasi Ko-Nelayan disini kelmarin.

Jeffrey yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan berkata, pembangunan sub-sektor perikanan tertumpu kepada tiga teras utama iaitu memperkukuhkan pertumbuhan dan daya saing pengeluaran, mempertingkatkan jaminan bekalan makanan dan pendapatan serta kelestarian industri perikanan.

Katanya, strategi pembangunan itu adalah bagi peningkatan produktiviti melalui pemodenan sektor, pemantapan pengurusan sumber perikanan tangkapan yang mapan dan inisiatif mewujudkan zon industri akuakultur atau zia bagi pembangunan industri akuakultur di Sabah.

“Dengan potensi dan sumber semula jadi yang dimiliki, kita berkeyakinan sektor ini akan dapat diperkasakan untuk menyumbang hasil kepada negeri melalui pengeksportan hasil tempatan, meningkatkan pendapatan masyarakat nelayan dan tani serta mengurangkan kebergantungan negeri kepada import produk pertanian dan perikanan.

“Saya juga ingin merakamkan penghargaan tahniah kepada Ko-Nelayan yang telah mencapai 81.81 peratus daripada sasaran 18 inisiatif Ko-Nelayan dalam halatuju SMJ pada tahun 2021,” katanya.

Terdahulu pada majlis itu, Jeffrey turut melancarkan Buku Kod Etika Korporat yang pertama di Ko- Nelayan.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/30/ko-nelayan-diyakini-mampu-terus-capai-matlamat-dirancang/feed/ 0 11728
DUN Sabah : Ko-Nelayan Laksana Moratorium Kepada Nelayan https://sabahmedia.com/2021/12/06/dun-sabah-ko-nelayan-laksana-moratorium-kepada-nelayan/ https://sabahmedia.com/2021/12/06/dun-sabah-ko-nelayan-laksana-moratorium-kepada-nelayan/#respond Mon, 06 Dec 2021 10:43:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9412
Read Time:1 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU : Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah melalui Ko-Nelayan telah melaksanakan Moratorium kepada nelayan yang melibatkan penangguhan bayaran balik pinjaman di bawah Skim Kredit Pinjaman.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, pemberian moratorium itu dilaksanakan sebanyak dua kali iaitu pada tempoh Mac hingga September 2020 dan Ogos hingga Oktober lalu.

Katanya, pemberian moratorium ini telah memberi manfaat kepada 4,877 orang nelayan.

“Skim Kredit Ko-Nelayan yang merangkumi Skim Bantuan Nelayan, Skim Bantuan Pengusaha Akuakultur dan Pembangunan Industri Kecil Perikanan bagi tahun ini telah diteruskan walaupun menghadapi kekangan akibat pandemik COVID-19.

“Selain itu, latihan upskilling diteruskan secara maya agar latihan dan pembelajaran golongan nelayan yang terkesan berterusan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Fairuz Renddan (BERSATU – Pintasan) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Dr Jeffrey berkata, bilangan kursus yang telah dijalankan pada tahun lalu adalah sebanyak 12 kursus melibatkan 434 orang peserta. 

Katanya, pada tahun ini sebanyak lima kursus telah dijalankan melibatkan 221 orang peserta.

“Kementerian saya juga melaksanakan Program Agropreneur Muda iaitu program di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Malaysia yang mensasarkan golongan belia dan beliawanis berumur 18-40 tahun.

“Program ini membantu golongan usahawan muda mengembangkan perniagaan dengan bantuan geran sehingga maksimum RM20,000 seorang peserta.

“Pada tahun 2020 hingga 2021, seramai 44 orang mendapat manfaat daripada program ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/06/dun-sabah-ko-nelayan-laksana-moratorium-kepada-nelayan/feed/ 0 9412
Ko-Nelayan Serah 400 Bakul Makanan Di Kota Marudu & Pitas https://sabahmedia.com/2021/10/19/ko-nelayan-serah-400-bakul-makanan-di-kota-marudu-pitas/ https://sabahmedia.com/2021/10/19/ko-nelayan-serah-400-bakul-makanan-di-kota-marudu-pitas/#respond Tue, 19 Oct 2021 05:51:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7664
Read Time:42 Second

KOTA MARUDU : Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan) menyerahkan 400 bakul makanan kepada penduduk di daerah ini dan Pitas.

Sumbangan khusus kepada peserta bimbingan Ko-Nelayan dan nelayan umum itu disempurnakan Pengerusi Ko-Nelayan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tempasuk Mohd Arsad Bistari.

Ko-Nelayan dalam satu kenyataan menyatakan, sumbangan yang dilaksanakan di Pejabat Ko-Nelayan daerah Kota Marudu itu merupakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Shell Timur Sdn Bhd dengan kerjasama Ko-Nelayan.

Katanya, Shell Timur Sdn Bhd merupakan pembekal utama minyak diesel dan pelincir kepada Ko-Nelayan.

“Bantuan ini juga adalah untuk meringankan beban nelayan yang terkesan dengan pandemik COVID-19,” katanya.

Bakul Makanan itu merangkumi keperluan asas harian seperti beras; gula; garam dan lain-lain.

Majlis penyerahan sama turut dilaksanakan di Dewan Terbuka Dataran Bengkoka Pitas, Sabah yang disempurnakan Timbalan Pengerusi Ko-Nelayan Muhammad Tassan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/19/ko-nelayan-serah-400-bakul-makanan-di-kota-marudu-pitas/feed/ 0 7664
400 Bakul Makanan Diagihkan Kepada Nelayan Terkesan Pandemik COVID-19 https://sabahmedia.com/2021/08/15/400-bakul-makanan-diagihkan-kepada-nelayan-terkesan-pandemik-covid-19/ https://sabahmedia.com/2021/08/15/400-bakul-makanan-diagihkan-kepada-nelayan-terkesan-pandemik-covid-19/#respond Sun, 15 Aug 2021 09:34:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4676
Read Time:39 Second

KOTA BELUD : Sebanyak 400 bakul makanan diserahkan kepada penduduk khususnya kepada para nelayan termasuk nelayan darat di daerah ini.

Penyampaian bakul makanan itu disempurnakan Pengerusi Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tempasuk Mohd Arsad Bistari.

Ko-Nelayan dalam satu kenyataan menyatakan, program penyerahan itu merupakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Petron Oil Sdn Bhd dengan kerjasama Ko-Nelayan Sabah dan Jabatan Perikanan Sabah cawangan Kota Belud.

Katanya, bantuan itu adalah bagi meringankan beban para nelayan yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

Sumbangan bakul makanan ini terdiri daripada produk makanan hasil keluaran pengusaha bimbingan Ko-Nelayan dan juga produk keluaran dari Kilang Industri Hiliran Ko-Nelayan.

Selain itu terdapat juga barang keperluan asas harian seperti beras, tepung, garam dan lain-lain lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/15/400-bakul-makanan-diagihkan-kepada-nelayan-terkesan-pandemik-covid-19/feed/ 0 4676