kojasa – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 11 Feb 2022 06:48:13 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png kojasa – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kemudahan Penghantaran Kojax Mudahkan Pelanggan Kojasa Mart https://sabahmedia.com/2022/02/11/kemudahan-penghantaran-kojax-mudahkan-pelanggan-kojasa-mart/ https://sabahmedia.com/2022/02/11/kemudahan-penghantaran-kojax-mudahkan-pelanggan-kojasa-mart/#respond Fri, 11 Feb 2022 06:47:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12107
Read Time:1 Minute, 26 Second

KOTA KINABALU : Pasar raya mini Kojasa Mart yang dikendalikan cabang pelaburan kerajaan negeri Qhazanah Sabah Berhad (QSB) kini menyediakan perkhidmatan penghantaran barangan runcit khusus untuk pelanggannya.

Perkhidmatan penghantaran barangan kepada pelanggan itu dikendalikan oleh Kojax Sdn Bhd yang merupakan satu lagi inisiatif QSB dalam mempelbagaikan perniagaan dan kemudahan kepada pelanggan.

Inisiatif itu dilancarkan Pengerusi QSB, Datuk Seri Salleh Said Keruak di Kojasa Mart, pusat komersial Anjung Selera di Likas, semalam.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan) Kumpulan QSB Joehary Ismail berkata, perkhidmatan yang disediakan kepada pelanggan itu hanya mengenakan bayaran caj minimum untuk setiap pembelian yang dihantar kepada mereka.

Katanya,  perkhidmatan penghantaran Kojax akan disediakan untuk pelanggan dalam radius 20 kilometer dari cawangan Kojasa Mart.

“Perkhidmatan penghantaran Kojax ini akan dilengkapi dengan sistem tempahan secara dalam talian yang kini sedang dibangunkan.

“Sebagai contoh, pelanggan boleh membuat tempahan 10 kilogram beras, sebungkus kelupis atau karipap sejuk beku dan sos cili dari rumah dan mereka hanya perlu membayar dengan harga yang kecil untuk penghantaraan,” katanya dalam kenyataan disini semalam.

Hadir sama Pengarah Eksekutif QSB, Mohd Shukor Abdul Mumin; Pengerusi Kojasa Holding Bhd, Datuk Baharul Sawi dan Setiausaha Politik Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Senator Noraini Idris.

Joehary berkata, sistem tempahan secara dalam talian itu amat berguna kepada pengusaha kedai runcit kecil dimana mereka boleh membuat pembelian borong tanpa perlu meninggalkan premis.

Katanya, kebanyakan pemilik kedai runcit mengendalikan sendiri premis masing-masing dan sukar bagi mereka untuk meninggalkan kedai apabila ada keperluan untuk menambah bekalan barangan.

“Inilah merupakan antara cara kami untuk membantu perniagaan skala kecil dengan harga barangan yang berpatutan dan memberi kemudahan untuk mereka,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Kojax juga akan melihat peluang bagi menceburi bidang perkhidmatan makanan dan bungkusan serta perkhidmatan lain seperti perkhidmatan pembersihan.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/11/kemudahan-penghantaran-kojax-mudahkan-pelanggan-kojasa-mart/feed/ 0 12107
Kojasa Mart Buka Cawangan Kedua Di Anjung Selera https://sabahmedia.com/2021/12/13/kojasa-mart-buka-cawangan-kedua-di-anjung-selera/ https://sabahmedia.com/2021/12/13/kojasa-mart-buka-cawangan-kedua-di-anjung-selera/#respond Mon, 13 Dec 2021 02:11:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9800
Read Time:1 Minute, 32 Second

KOTA KINABALU: Selepas hampir sebulan membuka cawangan pertama, Kojasa Mart kini membuka cawangan keduanya bagi membolehkan penduduk sekitar bandar raya Kota Kinabalu membeli barangan keperluan harian dengan harga mampu milik.

Kedai kedua yang dibuka di Anjung Selera Likas itu dilancarkan Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad (QSB) Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak disini semalam.

Pelancaran cawangan kedua itu merupakan titik perubahan kepada Kojasa Holdings Berhad yang memulakan program keusahawanan dengan skim francais dan akan membuka sekurang-kurangnya 30 kedai Kojasa Mart di seluruh Sabah tahun hadapan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan) QSB Joehary Ismail berkata, Kojasa Holdings akan membangunkan skim keusahawanan dengan tujuan membawa usahawan muda bagi menceburi operasi cawangan Kojasa Mart pada masa hadapan melalui program pelesenan.

Katanya, skim itu akan berada di bawah Kojasa Trading Sdn. Bhd.

“Sementara kedai Kojasa Mart akan mempromosikan produk tempatan untuk meningkatkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), kedai di pelbagai daerah akan memenuhi keperluan pelbagai pemilik kedai runcit.

“Usaha ini akan membantu menstabilkan harga barangan keperluan dan memastikan ia berpatutan untuk kumpulan berpendapatan rendah B40 dan M40.

“Ini mencerminkan teras misi QSB untuk menyelaraskan dirinya dengan hala tuju konsep Sabah Maju Jaya dengan memperkasakan generasi muda melalui penyertaan dalam perusahaan kecil dan sederhana,” katanya.

Mengenai pembukaan cawangan kedua Kojasa Mart, Joehary menyatakan bahawa pelancaran itu dibuat hanya sebulan selepas kedai pertama dibuka di Suria Inanam dan setiap satu menjalankan fungsi berbeza.

“Pelancaran cawangan kedua kami adalah penting kepada syarikat kerana ia mencerminkan hala tuju pihak Pengurusan untuk menawarkan destinasi baharu untuk membeli-belah runcit terutamanya bagi penduduk yang ramai di Likas, Luyang dan kawasan lain di Kota Kinabalu.

“Kedai pertama sebaliknya direka untuk memenuhi pembelian pukal dalam talian oleh vendor perniagaan mikro, kecil dan sederhana. Di cawangan baharu ini, kami menyasarkan untuk menyediakan pelbagai barangan runcit termasuk hasil tempatan sebagai satu cara untuk meningkatkan pasaran domestik dalam kalangan usahawan tempatan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/13/kojasa-mart-buka-cawangan-kedua-di-anjung-selera/feed/ 0 9800