koko – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 03 Oct 2025 05:22:20 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png koko – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah Sumbang 73 Peratus Pengeluaran Koko Negara https://sabahmedia.com/2025/10/03/sabah-sumbang-73-peratus-pengeluaran-koko-negara/ https://sabahmedia.com/2025/10/03/sabah-sumbang-73-peratus-pengeluaran-koko-negara/#respond Fri, 03 Oct 2025 05:21:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82437
Read Time:1 Minute, 18 Second

Oleh: Silar Pinikit

TENOM: Sabah muncul penyumbang utama pengeluaran koko negara dengan jumlah kira-kira 118 metrik tan atau 73 peratus daripada keseluruhan pengeluaran nasional sebanyak 161 metrik tan bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin berkata, angka itu melibatkan tanaman koko seluas 360 hektar yang diusahakan oleh 554 petani di Keningau, Tenom, Nabawan, Sipitang dan Sook.

“Zon Tenom sahaja menyumbang 55 metrik tan atau 47 peratus, sekali gus menjadikan daerah ini kawasan tanaman koko utama di Sabah dan negara,” katanya ketika merasmikan Kursus Pasca Tuai dan Penggredan Biji Koko Kering Zon Kemabong di Dataran Kemabong, Selasa.

Beliau berkata, permintaan tinggi biji koko tempatan serta harga pasaran yang melonjak mendorong Lembaga Koko Malaysia (LKM) melaksanakan Program Pemulihan Kebun Koko 2024-2026 dengan peruntukan RM5 juta.

“Program ini melibatkan 2,084 petani dengan keluasan 1,344 hektar. Setiap hektar menerima insentif antara RM3,500 hingga RM4,000 dalam bentuk input dan peralatan pertanian,” jelasnya.

Di Zon Kemabong sahaja, seramai 118 petani membabitkan 103 hektar menerima baja NPK biru, racun serangga, racun kulat serta 10 anak benih koko menerusi program galakan tanaman.

Chan turut menggalakkan penanaman koko berskala besar di ladang-ladang komersial. Katanya, sesi Libat Urus Galakan Tanaman Koko Sektor Perladangan diadakan pada Ogos lalu di Tawau, dengan program berkenaan akan berjalan dari 2025 hingga 2030 berbekalkan peruntukan RM550,000 setahun.

Turut hadir, Ketua Pengarah LKM Datuk Dr Ramle Kasin, Pengerusi LKM Datuk Matbali Musa, Senator Norita Sual, Pengarah Pemindahan Teknologi dan Pengembangan LKM Abdul Karim Che Hamid serta pegawai kementerian dan LKM.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/03/sabah-sumbang-73-peratus-pengeluaran-koko-negara/feed/ 0 82437
LKM peruntukan RM550,000, galak syarikat perladangan Sabah tanam koko https://sabahmedia.com/2025/08/12/lkm-peruntukan-rm550000-galak-syarikat-perladangan-sabah-tanam-koko/ https://sabahmedia.com/2025/08/12/lkm-peruntukan-rm550000-galak-syarikat-perladangan-sabah-tanam-koko/#respond Tue, 12 Aug 2025 09:58:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79098
Read Time:1 Minute, 25 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Lembaga Koko Malaysia (LKM) memperuntukkan RM550,000 bagi melaksanakan Program Libat Urus Galakan Tanaman Koko Sektor Perladangan di Wilayah Sabah, sebagai usaha menggalakkan syarikat perladangan mengusahakan tanaman koko secara komersial.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin berkata, program yang bermula tahun ini sehingga 2030 itu menawarkan bantuan anak benih koko berkualiti tinggi secara percuma, bimbingan teknikal, latihan amali, dan pemantauan berterusan kepada syarikat perladangan yang layak.

“Kita menyasarkan syarikat yang mempunyai lebih 40 hektar tanah untuk menanam koko. Peruntukan ini adalah khas untuk menggalakkan penyertaan mereka, kerana koko kini menawarkan potensi pulangan lumayan dengan harga dunia yang melonjak,” katanya.

Terdahulu, beliau merasmikan Program LIbat Urus Galakkan Tanaman Koko Sektor Perladangan Negeri Sabah yang turut dihadiri Ketua Pengarah Lembaga Koko Malaysia, Datuk Dr. Ramlee Kassim.

Foong Hin memaklumkan, harga purata biji koko kering pada 2024 meningkat 141 peratus kepada RM24,274 satu tan metrik berbanding RM10,073 pada tahun sebelumnya.

Peningkatan ini, katanya, membuka peluang besar kepada sektor perladangan untuk mempelbagaikan tanaman dan mengurangkan risiko bergantung kepada satu komoditi sahaja.

Katanya, bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini, penglibatan syarikat perladangan di Sabah merekodkan keluasan 89 hektar tanaman koko dan melalui program ini, syarikat terpilih akan menerima insentif 5,000 anak benih bernilai RM50,000 dan khidmat nasihat teknikal termasuk pembangunan nurseri dan sistem tanaman.

Dalam tempoh lima tahun, LKM menyasarkan keluasan tanaman koko sektor perladangan di seluruh negara meningkat kepada 2,750 hektar, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada import biji koko kering dari negara pengeluar utama seperti Ghana dan Ivory Coast.

“Jika bekalan luar terputus, kita masih ada bekalan tempatan. Ini adalah langkah strategik untuk memastikan industri koko negara kekal berdaya tahan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/12/lkm-peruntukan-rm550000-galak-syarikat-perladangan-sabah-tanam-koko/feed/ 0 79098
Ladang koko kelompok Kampung Lokos bawa sinar baharu kepada penduduk luar bandar https://sabahmedia.com/2025/06/01/ladang-koko-kelompok-kampung-lokos-bawa-sinar-baharu-kepada-penduduk-luar-bandar/ https://sabahmedia.com/2025/06/01/ladang-koko-kelompok-kampung-lokos-bawa-sinar-baharu-kepada-penduduk-luar-bandar/#respond Sun, 01 Jun 2025 09:45:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74926
Read Time:2 Minute, 57 Second

Oleh Florieta Diet

TAMPARULI: Di sebalik kehijauan dusun dan kampung luar bandar Sabah, terselit kisah kejayaan yang membanggakan dalam industri koko tempatan antaranya melalui projek Ladang Koko Kelompok di Kampung Lokos, dekat sini yang kini semakin menjadi perhatian.

Projek berkenaan dikelolakan oleh Lembaga Koko Malaysia (LKM), dengan penyertaan awal seramai 35 peserta termasuk James Pango, 66, seorang pengusaha berpengalaman yang mula menceburi tanaman koko sejak tahun 2012. Menjelang 2014, bilangan peserta meningkat kepada 48 orang menunjukkan projek ini mula menarik minat penduduk lain.

James menggaul biji koko di rumah pengeringan biji koko.

Menurut James, kejayaan projek koko kelompok ini tidak akan tercapai tanpa bantuan kerajaan yang disalurkan melalui LKM, termasuk bekalan anak benih koko, baja, racun serangga, latihan teknikal dan bimbingan pemasaran.

“Mula-mula tanam dulu, memang banyak cabaran. Masa tu belum pernah pergi kursus, teknik cantuman pun tidak tahu,” katanya yang kini mengetuai kelompok koko Kampung Lokos.

Biji koko diperam lebih daripada lima hari sebelum dikeringkan.

Beliau giat menghadiri kursus LKM dan berkongsi ilmu yang dipelajari dengan ahli kelompok, sehingga tahap kemahiran para peserta meningkat dan kini tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada bimbingan luar.

Antara cabaran utama yang dihadapi oleh pengusaha koko ialah serangan kulat dan ulat daun, yang boleh menyebabkan buah menjadi hitam dan rosak. Namun, penjagaan rapi termasuk dua jenis cantasan – membuang ranting penghalang cahaya dan mengawal pertumbuhan tidak sihat – berjaya mengurangkan masalah ini.

“Bila kita jaga betul-betul, buah koko hitam pun makin kurang. Semuanya kena usaha,” ujar James.

Koko yang dituai akan dikeringkan terlebih dahulu sebelum dijual kepada pembeli persendirian, syarikat swasta dan melalui saluran rasmi LKM. Hasil ladang James dengan keluasan hanya sehektar mampu mencecah 500 kilogram setiap musim enam bulan, bergantung kepada cuaca dan kesuburan.

Dengan harga pasaran sekitar RM37 sekilogram, tanaman koko memberikan pulangan yang baik kepada peserta kelompok, sekali gus menjadi sumber pendapatan yang stabil.

LKM turut membina sebuah rumah pengeringan khas biji koko bagi mengekalkan kualiti biji mengikut piawaian pasaran. Proses pengeringan ini penting selepas biji koko diperam selama lima hingga tujuh hari untuk menyingkirkan rasa pahit dan membentuk aroma. Biji koko kemudiannya dijemur sehingga kering sebelum dipasarkan.

Projek koko kelompok Kampung Lokos membuktikan bahawa tanaman ini bukan sahaja berpotensi sebagai pendapatan sampingan, malah menjadi sumber rezeki utama bagi sesetengah penduduk. Model berkelompok turut menggalakkan kerjasama erat dalam komuniti luar bandar.

Dengan sokongan berterusan kerajaan dan LKM, serta teknologi pertanian yang semakin berkembang, masa depan industri koko di Sabah dilihat semakin cerah sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada golongan belia untuk turut serta dalam sektor ini.

Dr Ramle

Sementara itu, Ketua Pengarah Lembaga Koko Malaysia (LKM) Datuk Dr. Ramle Kasin berkata, LKM dengan Kementerian Perladangan dan Komoditi, Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi menyediakan pelbagai bentuk bantuan kepada petani koko sebagai galakan dan dorongan untuk terus membangunkan tanaman ini.

“Antara bantuan yang disediakan termasuklah, bantuan input pertanian seperti baja, racun serangga dan bahan kawalan penyakit secara percuma, (tertakluk kepada kelayakan dan peruntukan semasa), program pemulihan ladang koko sedia ada dan galakan kepada penanaman baharu koko, kursus dan latihan teknikal secara teori dan praktikal bagi mempertingkat kemahiran petani, serta mengemaskini pengetahuan mereka mengenai amalan agronomi yang terbaik,” katanya.

Walau bagaimanapun Dr. Ramle menekankan bahawa bantuan ini seharusnya menjadi pemangkin, bukan kebergantungan.

“Bantuan baja yang kami beri mungkin cukup untuk 60 peratus hingga 70 peratus keperluan. Selebihnya, petani sendiri perlu berusaha lebih, tambah baja, jaga pokok elok-elok. Apabila pokok sihat dan gemuk, maka hasil akan lebih baik,” katanya ketika dalam sidang media selepas membawa rombongan Malaysia International Cocoa Festival (MICF) 2025 melawat ladang koko di kampung itu baru-baru ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/01/ladang-koko-kelompok-kampung-lokos-bawa-sinar-baharu-kepada-penduduk-luar-bandar/feed/ 0 74926
Lebih ramai petani harus ceburi tanaman koko https://sabahmedia.com/2025/05/26/lebih-ramai-petani-harus-ceburi-tanaman-koko/ https://sabahmedia.com/2025/05/26/lebih-ramai-petani-harus-ceburi-tanaman-koko/#respond Mon, 26 May 2025 12:42:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74574
Read Time:1 Minute, 16 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor ingin melihat lebih ramai petani menceburi penanaman koko dan memperluaskan 3,000 hektar tanah yang sudah diusahakan di Sabah.

Beliau berkata terdapat peningkatan permintaan antarabangsa bagi produk koko Malaysia, dengan nilai eksport mencapai rekod RM15.06 bilion tahun lalu, tiga kali ganda berbanding tahun 2023.

“Kita bangga bahawa Sabah telah memainkan peranan penting dalam kejayaan ini, menyumbang lebih 60 peratus daripada pengeluaran koko negara.

“Saya gembira bahawa kira-kira 3,000 petani koko di daerah Ranau, Tenom, Kota Marudu, Keningau dan Kuamut telah mendapat manfaat,” katanya pada Majlis Makan Malam Koko yang diadakan sempena dengan Pameran Koko Antarabangsa Malaysia 2025 (MICF 2025) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, malam ini.

Teks ucapannya disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri 1 merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan.

Hajiji berkata ini adalah satu acara penting bagi Sabah dan mencerminkan peranan besar negeri dalam industri koko Malaysia.

Beliau turut memuji Lembaga Koko Malaysia atas usaha menggerakkan kejayaan ini.

Ketua Menteri berharap Pameran Koko Antarabangsa Malaysia (MICF) dan majlis makan malam ini akan membawa manfaat yang berkekalan, dari perkongsian dan pelaburan baru kepada peningkatan kesedaran global mengenai kekuatan Sabah, bukan sahaja sebagai negeri pengeluar koko utama di Malaysia, tetapi juga sebagai destinasi untuk perniagaan, pelancongan dan kebudayaan.

“Kita juga mengucapkan terima kasih kepada semua pempamer antarabangsa dan pengeluar koko, usahawan, PKS tempatan, institusi akademik, kepada penaja serta rakan kongsi, baik dari Malaysia mahupun luar negara, yang telah menjayakan MICF 2025 ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/26/lebih-ramai-petani-harus-ceburi-tanaman-koko/feed/ 0 74574
Pekebun kecil koko digesa supaya berdaftar dengan LKM – Johari https://sabahmedia.com/2025/05/26/pekebun-kecil-koko-digesa-supaya-berdaftar-dengan-lkm-johari/ https://sabahmedia.com/2025/05/26/pekebun-kecil-koko-digesa-supaya-berdaftar-dengan-lkm-johari/#respond Mon, 26 May 2025 09:49:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74563
Read Time:1 Minute, 50 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Semua pekebun kecil koko digesa supaya berdaftar dengan Lembaga Koko Malaysia (LKM) serta memastikan tanah yang digunakan mempunyai geran yang sah atau kelulusan daripada kerajaan negeri.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata langkah itu penting bagi memastikan pekebun kecil dapat diberikan pensijilan yang diiktiraf, seterusnya membolehkan hasil koko mereka menembusi pasaran eksport yang semakin menekankan pematuhan kepada prinsip kelestarian.

“Setiap tanah yang ditanam koko perlu ada sijil … ada geran tanah daripada kerajaan negeri.. Kalau tak ada, dia kena mohon. Dan kita dah maklumkan tiada lagi pembukaan hutan. Kita guna tanah sedia ada dan tingkatkan hasil dengan guna bahan tanaman yang baik dan amalan pertanian yang baik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Malaysian International Cocoa Fair (MICF) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kota Kinabalu (SICC) di sini, hari ini.

Johari turut memaklumkan bahawa permintaan terhadap koko tempatan, khususnya dari Borneo, kini meningkat dengan ketara apabila syarikat pengeluar makanan terkenal seperti Nestlé menunjukkan minat untuk membeli semua hasil koko dari negeri ini bagi produk eksklusif seperti “Borneo KitKat”.

“Permintaan sangat tinggi, Nestlé tanya kita, ‘berapa banyak boleh hasilkan, mereka akan beli’. Jadi kita tengah tengok bagaimana nak bantu pekebun kecil guna baka hibrid supaya hasil bertambah dan pasaran sedia ada dapat dipenuhi,” jelasnya.

Katanya lagi, kementerian sedang merangka strategi bagi membantu pekebun kecil beralih kepada penggunaan varieti koko hibrid dan amalan pertanian mampan agar mereka tidak ketinggalan dalam pasaran eksport.

Dalam pada itu, beliau turut memuji kejayaan MICF 2025 yang berjaya menarik penyertaan daripada 26 negara luar, sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam industri koko antarabangsa.

“Saya ucap tahniah kepada Lembaga Koko Malaysia. Koko merupakan salah satu komoditi eksport utama negara – nilainya sekitar RM15 bilion setahun,” katanya.

Tambanya, tumpuan kini adalah untuk memastikan pekebun kecil, termasuk dalam sektor koko, dapat memenuhi syarat pensijilan seperti MSPO dan memenuhi kehendak pasaran global.

“Yang kita nak sekarang, pekebun kecil pun boleh patuh MSPO. Mereka tak ada kilang, tapi kita boleh sahkan kebun mereka, supaya mereka boleh hantar hasil ke kilang yang diperakui,” katanya.

Beliau turut menyeru semua penggiat industri komoditi termasuk sawit, getah dan koko agar mengamalkan prinsip kelestarian jika mahu kekal berdaya saing dan terus menembusi pasaran antarabangsa.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/26/pekebun-kecil-koko-digesa-supaya-berdaftar-dengan-lkm-johari/feed/ 0 74563
LKM perlu beri tumpuan pengukuhan rantaian bekalan koko https://sabahmedia.com/2025/02/11/lkm-perlu-beri-tumpuan-pengukuhan-rantaian-bekalan-koko/ https://sabahmedia.com/2025/02/11/lkm-perlu-beri-tumpuan-pengukuhan-rantaian-bekalan-koko/#respond Tue, 11 Feb 2025 05:46:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68431
Read Time:1 Minute, 26 Second

Kota Kinabalu : Lembaga Koko Malaysia (LKM) perlu memberi tumpuan kepada pengukuhan rantaian bekalan koko domestik pada tahun ini.

Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, langkah itu penting bagi memastikan kelestarian industri koko terutama dalam menghadapi cabaran global seperti kekurangan bekalan biji koko.

“Saya difahamkan bahawa mulai tahun ini, LKM telah mula melaksanakan Program Galakan Tanaman Koko selama lima tahun yang akan dilaksanakan bermula tahun ini  hingga 2029. 

“Dengan peruntukan RM4 juta bagi tahun ini, LKM akan memberi insentif anak pokok koko kepada kawasan ladang terpilih seluas 350 hektar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi Kecemerlangan LKM 2025 di sini semalam.

Hadir sama Pengerusi LKM Datuk Matbali Musah dan Ketua Pengarah LKM Datuk Dr. Ramle Kasin.

Johari berkata, Kementeriannya juga menyokong usaha LKM untuk menganjurkan Malaysia International Cocoa Festival (MICF 2025) yang akan dilaksanakan selama empat hari bermula 24 Mei depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Katanya, acara itu  sudah  pasti  akan  memberi  manfaat kepada pemain industri tempatan untuk berinteraksi dan mengadakan kerjasama strategik dengan pihak industri antarabangsa.

Dalam pada itu, Johari berkata, industri koko Malaysia mencatat perkembangan memberangsangkan pada tahun lalu dengan peningkatan 70 peratus dalam pengeluaran domestik biji koko kering.

Katanya, jumlah pengeluaran itu meningkat daripada 269 tan metrik pada tahun sebelumnya kepada 456 tan metrik pada tahun lalu.

Menurutnya ia adalah hasil daripada pelaksanaan Program Pemulihan Kebun Koko yang diperkenalkan sejak awal tahun lalu.

“Dengan peruntukan RM9.5 juta bagi tempoh 2024 hingga 2026, program ini telah memberi manfaat kepada 3,296 pekebun kecil koko yang menerima insentif pertanian seperti baja, racun, ubat kawalan penyakit serta peralatan pertanian, melibatkan pemulihan seluas 2,126 hektar ladang koko,” katanya. –

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/11/lkm-perlu-beri-tumpuan-pengukuhan-rantaian-bekalan-koko/feed/ 0 68431
RPHK TB22 dilaksana secara khidmat luar https://sabahmedia.com/2022/05/17/rphk-tb22-dilaksana-secara-khidmat-luar/ https://sabahmedia.com/2022/05/17/rphk-tb22-dilaksana-secara-khidmat-luar/#respond Tue, 17 May 2022 08:59:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=15563
Read Time:1 Minute, 38 Second

RANAU : Program Rangsangan Pengeluaran Hasil Koko (RPHK) Tanaman Baharu 2022 (TB22) akan dilaksanakan secara khidmat luar (outsourcing) di seluruh negara akan melibatkan keluasan kawasan tanaman seluas 350 hektar.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Willie Anak Mongin berkata, bagi negeri Sabah, TB22 akan dilaksanakan di kawasan tanaman seluas 300 hektar.

Katanya, menerusi program ini, khidmat kontraktor akan digunakan bagi menyiapkan kerja-kerja pembukaan dan pembersihan kawasan tanaman koko yang baharu.

“Usaha Kerajaan ini akan dapat membantu mengurangkan bebanan kewangan dan aktiviti fizikal yang perlu ditanggung sendiri oleh para pekebun kecil koko.

“Program RPHK ini juga akan menyaksikan pembinaan 25 unit mini pemprosesan koko dengan kapasiti dua tan di seluruh negara. Ia khusus untuk membantu para pekebun kecil menjalankan aktiviti pengeringan biji koko,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Sesi Perjumpaan Bersama Peserta Program RPHK TB22 di Lohan Rest House, di sini hari ini.

Sempena program itu, seramai 100 pekebun kecil koko di daerah ini menyerahkan borang permohonan untuk menyertai Program RPHK.

Program itu telah diperkenalkan di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) yang meliputi komponen Projek TB, Projek Pembinaan Mini Pengeringan Koko serta Aktiviti Pemindahan Teknologi dan Pengembangan.

Willie berkata, Lembaga Koko Malaysia (LKM) akan melantik ejen-ejen pengembangan untuk mengendalikan kursus tanaman koko dan demonstrasi teknologi terus kepada para pekebun kecil koko di bawah skop Program RPHK ini.

Pada lawatan itu, beliau turut mengadakan lawatan ke tapak pembinaan Kompleks Ranau Highland Cocoa Cluster (RHCC) yang terletak di Kampung Napong, Ranau.

Kompleks RHCC mula dibina pada bulan Oktober 2019 dengan nilai keseluruhan RM12 juta dan dijangka siap pada tahun 2023.

Kompleks ini bakal menjadi mercu tanda serta pusat pentadbiran dan operasi utama Koperasi Kluster Koko Sabah Berhad (KKSB) dalam menjalankan aktiviti berkaitan urusniaga biji koko basah dan kering, produk berasaskan koko serta pusat agro pelancongan.

Willie berkata, kadar permintaan biji koko akan meningkat lebih tinggi sejajar dengan penyediaan prasarana dan kemudahan untuk aktiviti jual beli koko yang lebih kondusif di Kompleks RHCC kelak.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/05/17/rphk-tb22-dilaksana-secara-khidmat-luar/feed/ 0 15563