Kolej komuniti – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 30 Oct 2025 06:07:39 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kolej komuniti – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan disaran bina Kolej Komuniti di Sipitang https://sabahmedia.com/2025/10/30/kerajaan-disaran-bina-kolej-komuniti-di-sipitang/ https://sabahmedia.com/2025/10/30/kerajaan-disaran-bina-kolej-komuniti-di-sipitang/#respond Thu, 30 Oct 2025 06:07:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84486
Read Time:1 Minute, 56 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) disaran menimbang secara serius untuk membina sebuah Kolej Komuniti di daerah Sipitang.

Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah, berkata pembinaan kolej berkenaan penting bagi membangunkan modal insan dalam kalangan anak-anak tempatan.

Katanya, kerajaan perlu menyediakan ruang pendidikan kemahiran kepada anak-anak di luar bandar, agar mereka tidak tercicir daripada arus kemajuan negara. 

“Di Parlimen Sipitang, hasrat untuk membangunkan kolej komuniti bukanlah cerita baharu. Ia telah disebut sejak RMK-10, terus bergema di RMK-11 dan RMK-12, namun belum menjadi kenyataan. 

“Sedangkan, pembangunan TVET di Sabah amat perlahan, dengan projek baharu amat terhad dalam tempoh hampir satu dekad. Justeru, sudah tiba masanya Sipitang diberi peluang itu,” katanya.

Menurutnya, Sipitang bukan daerah kecil di hujung peta kerana ia adalah pintu selatan Sabah, bersempadan dengan Sarawak dan Brunei Darussalam. 

Di sini terletaknya Sipitang Oil and Gas Industrial Park (SOGIP), nadi baharu ekonomi wilayah. 

“Sehingga kini, tiada satu pun kolej komuniti yang beroperasi di daerah kami — sedangkan keperluan kemahiran semakin mendesak.

“Anak-anak muda Sipitang terpaksa berulang alik jauh ke Beaufort dan Tenom, menempuh perjalanan 60 hingga 90 kilometer, hanya untuk mengikuti program kemahiran. 

“Ramai akhirnya kecundang bukan kerana tiada minat, tetapi kerana jarak dan kekangan,” katanya. 

Dalam pada itu, Matbali turut membangkitkan tentang peranan proaktif Angkatan Pertahanan Awam (APM), khususnya di daerah Beaufort, dalam menghadapi pelbagai kejadian termasuk bencana alam banjir.

Katanya, daerah Beaufort yang sebahagiannya dalam kawasan Parlimen Sipitang merupakan salah satu daerah di Sabah yang paling terdedah kepada bencana banjir.

Sejarah menunjukkan beberapa kejadian banjir besar telah berlaku. Antaranya pada tahun 2014, 2017, 2021 dan  2023, yang menyaksikan ribuan penduduk terpaksa dipindahkan serta banyak kawasan terputus hubungan darat dan komunikasi. 

“Kita berharap kerajaan mengambil langkah proaktif ke arah memperkukuh APM lagi sebagai benteng keselamatan rakyat dan simbol kesiapsiagaan  negara dalam menghadapi cabaran bencana pada masa hadapan.

“Untuk itu, saya berharap agar APM secara keseluruhannya diberikan perhatian sewajarnya, serta peruntukan dapat ditambah bagi memastikan penambahan aset dan logistik dapat dilaksanakan, dan kenderaan sedia ada dapat diselenggara dengan baik.

“Saya juga berharap agar isu penjawatan dalam APM dapat diperhalusi semula, khususnya yang melibatkan gred jawatan Pengarah Negeri dan Pegawai Pertahanan Awam Daerah. 

“Hal ini penting supaya pegawai APM yang berprestasi cemerlang dan berkualiti diberikan peluang kenaikan pangkat yang sewajarnya,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/30/kerajaan-disaran-bina-kolej-komuniti-di-sipitang/feed/ 0 84486
Kerajaan Persekutuan salur RM450,000 kepada sembilan Kolej Komuniti di Sabah https://sabahmedia.com/2025/06/13/kerajaan-persekutuan-salur-rm450000-kepada-sembilan-kolej-komuniti-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/06/13/kerajaan-persekutuan-salur-rm450000-kepada-sembilan-kolej-komuniti-di-sabah/#respond Fri, 13 Jun 2025 12:53:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75499
Read Time:1 Minute, 15 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM450,000 kepada sembilan buah kolej komuniti di Sabah bagi menyokong pelaksanaan aktiviti tahunan mereka.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, setiap kolej komuniti akan menerima RM50,000, yang akan diselia secara bersama dengan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti (JPENKK) masing-masing.

“Pelbagai program boleh kita wujudkan. Buatlah program kecil-kecilan yang relevan di kawasan masing-masing,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengerusi JPENKK Negeri Sabah yang diadakan di sini.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh pegawai kanan Kementerian Pendidikan Tinggi, pengarah-pengarah kolej komuniti serta wakil masyarakat setempat.

Dr. Zambry turut menekankan bahawa pelantikan pengerusi JPENKK bukan sekadar satu simbolik, tetapi merupakan strategi penting dalam merapatkan hubungan antara kolej dan komuniti.

“Kita mahu pengerusi-pengerusi yang dilantik ini datang daripada komuniti setempat agar wujud interaksi lebih erat antara kolej, kementerian dan masyarakat,” ujarnya.

Sembilan kolej komuniti yang menerima peruntukan tersebut ialah
Kolej Komuniti Tawau, Kolej Komuniti Lahad Datu, Kolej Komuniti Semporna, Kolej Komuniti Sandakan, Kolej Komuniti Kota Marudu, Kolej Komuniti Penampang, Kolej Komuniti Beaufort, Kolej Komuniti Tambunan dan Kolej Komuniti Papar.

JPENKK yang diperkenalkan sejak tahun 2008, menurut Dr. Zambry, berfungsi sebagai jambatan penghubung antara kolej komuniti dan masyarakat setempat, serta memainkan peranan penting dalam menyokong program-program pembangunan kemahiran dan kerjasama dengan pihak industri dan perniagaan tempatan.

Beliau berharap agar pengerusi yang dilantik dapat memainkan peranan aktif dalam merancang program komuniti, memperkukuh jaringan industri, serta memastikan kolej komuniti terus relevan kepada keperluan tempatan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/13/kerajaan-persekutuan-salur-rm450000-kepada-sembilan-kolej-komuniti-di-sabah/feed/ 0 75499
Kemudahan penginapan di Kolej Komuniti di Sabah amat diperlukan – Mustapha https://sabahmedia.com/2024/09/03/kemudahan-penginapan-di-kolej-komuniti-di-sabah-amat-diperlukan-mustapha/ https://sabahmedia.com/2024/09/03/kemudahan-penginapan-di-kolej-komuniti-di-sabah-amat-diperlukan-mustapha/#respond Tue, 03 Sep 2024 01:02:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60099
Read Time:1 Minute, 9 Second

Tambunan : Keperluan untuk menyediakan kemudahan asrama di setiap Kolej Komuniti di Sabah bagi meringankan beban pelajar yang kebanyakannya dari keluarga B40 khususnya di luar bandar amat diperlukan.

Menyedari perkara itu, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud berkata, pihaknya akan membawa perkara ke peringkat kementerian bagi membolehkan Kolej Komuniti dipakejkan bersama dengan penginapan.

“Seperti semua sedia maklum, Kolej Komuniti di Sabah menerima pendaftaran pelajar yang tinggu dan antara yang terbaik di seluruh negara.  Namun pada ketika ini kekangan kita adalah tiada penginapan untuk pelajar-pelajar ini.

“Jadi saya akan bawa perkara ini ke peringkat kementerian agar Kolej Komuniti mesti dipakejkan dengan penginapan kerana Sabah ini sangat luas. Ada pelajar yang datang dari kawasan pedalaman selain turut menyewa rumah.  

“Kekangan ini juga akan membebankan ibu bapa mereka yang rata-rata adalah dalam kalangan golongan B40. Jadi ini antara yang saya fikir kita tidak boleh samakan antara Semenanjung dan Sabah dan juga Sarawak. Ini mesti ada penumpuan khusus supaya penginapan disediakan untuk pelajar-pelajar ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja dan sesi linat urus di Kolej Komuniti Tambunan di sini semalam

Justeru itu, Mustapha berkata, pihaknya akan membangkitkan perkara itu agar diberikqn dasar berbeza daripada Semenanjung.

“Jumlah pendaftaran yang mahu masuk ke Kolej Komuniti di Sabah dilihat tinggi tetapi disebabkan penginapan kita takut dia akan menyukarkan Ibu bapa untuk menghantar anak ke Kolej Komuniti,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/03/kemudahan-penginapan-di-kolej-komuniti-di-sabah-amat-diperlukan-mustapha/feed/ 0 60099