Komited – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 13 Feb 2024 11:34:55 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Komited – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan negeri komited noktahkan miskin tegar di Sabah https://sabahmedia.com/2024/02/13/kerajaan-negeri-komited-noktahkan-miskin-tegar-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/02/13/kerajaan-negeri-komited-noktahkan-miskin-tegar-di-sabah/#respond Tue, 13 Feb 2024 11:33:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49438
Read Time:1 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri terus komited dalam usaha menoktahkan miskin tegar di Negeri Sabah menjelang tahun 2024.

Ke arah usaha itu, kerajaan negeri melalui Sekretariat Sabah Maju Jaya, Jabatan Ketua Menteri telah dipertanggungjawabkan bagi menerajui dan menyelaras inisiatif serta program menoktahkan miskin tegar di negeri ini.

Selaras dengan itu, Sekretariat Sabah Maju Jaya (Sekretariat SMJ) bersama Pertubuhan
Keselamatan Sosial (PERKESO) telah mengadakan Majlis Menandatangi Memorandum of Understanding (MoU) bagi Program Social Synergy bertempat di Pejabat Sekretariat Sabah Maju Jaya, Tingkat 15, Menara Kinabalu.

Menerusi kenyataan media Sekretariat SMJ hari ini, MoU ini telah ditandatangani pada 13 Februari 2024, perjanjian ini merupakan kerjasama dalam memperkukuhkan Program Menoktahkan Miskin Tegar di Negeri Sabah.

Selain itu, sebagai penetapan landasan bagi kerjasama jangka masa panjang kepada program-program menoktahkan miskin tegar di negeri ini yang akan memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak dan juga kepada golongan sasar program ini.

MoU ini akan menyaksikan kerjasama dalam Pelaksanaan Program Social Synergy Secara Individu & Berkelompok bagi Program Menoktahkan Kemiskinan Tegar Di Negeri Sabah, Jalinan Kerjasama Strategik Bersama Agensi-Agensi Pemberi Bantuan Di Negeri Ini, Perkongsian Kepakaran Teknologi Maklumat, Program Kesedaran Perlindungan Keselamatan Sosial, Program Intervensi Pasaran Kerja dan Perkongsian Data.

Justeru itu, kerjasama ini akan memperlihatkan komitmen kedua-dua pihak dalam memperkukuhkan Program Menoktahkan Miskin Tegar di Negeri Sabah dengan jalinan kepakaran dan sumber teknologi selari dengan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 1.0: 2021-2025 iaitu Teras M: Modal Insan dan Kesejahteraan Rakyat dan Pemboleh Daya 3: Keberkesanan dan Kecekapan Penyampaian.

MoU ini telah ditandatangani oleh Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai, Ketua Pegawai Penyelaras Sekretariat Sabah Maju Jaya mewakili Kerajaan Negeri Sabah dan Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, PERKESO.

MoU ini juga telah disaksikan oleh Ramlee Kariah, Ketua Pegawai Operasi Sekretariat Sabah Maju Jaya dan Dr. Mohd Ali Hindia, Pengarah PERKESO Negeri Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/13/kerajaan-negeri-komited-noktahkan-miskin-tegar-di-sabah/feed/ 0 49438
Sabah komited pastikan khazanah budaya bangsa terpelihara https://sabahmedia.com/2023/11/17/sabah-komited-pastikan-khazanah-budaya-bangsa-terpelihara/ https://sabahmedia.com/2023/11/17/sabah-komited-pastikan-khazanah-budaya-bangsa-terpelihara/#respond Fri, 17 Nov 2023 13:46:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45339
Read Time:1 Minute, 46 Second

SEMPORNA: Kerajaan negeri komited untuk memastikan khazanah budaya bangsa di negeri ini terus kekal terpelihara, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Sehubungan itu beliau mahu tanggungjawab memastikan usaha itu digalas semua pihak yang berkaitan sama ada di peringkat kerajaan negeri, Persekutuan, persatuan etnik dan badan bukan kerajaan (NGO) melalui penganjuran program pengembangan budaya yang lebih berkesan.

“Usaha perlu dirancang dengan rapi dan dilaksanakan dengan teratur melalui
penglibatan pihak berkaitan dan berkepentingan bagi memastikan khazanah budaya terus kekal relevan dan diwarisi sebagai kebudayaan yang bernilai oleh generasi akan datang.

“Dalam masa sama, kerajaan negeri juga akan terus mengekalkan dan mempertahankan seni budaya tradisi rakyat berbilang kaum di negeri ini melalui aktiviti pemuliharaan, pemeliharaan dan pengembangan seni, budaya dan warisan bangsa,” katanya sempena Majlis Perasmian Sambutan Regatta Lepa Semporna Kali Ke-28 di Dataran Regatta Lepa Semporna, di sini pada Jumaat.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew.

Dalam pada itu beliau berkata, seni budaya tradisi rakyat berbilang bangsa di negeri ini adalah khazanah negara yang amat berharga.

“Khazanah ini juga yang akan diwariskan kepada generasi yang berikutnya, agar tidak pupus ditelan zaman, di samping menjadi pemangkin kepada sektor pelancongan yang berteraskan seni budaya serta warisan.

“Justeru, sudah pasti Regatta Lepa yang berlangsung hingga Ahad ini adalah antara program yang membantu mempromosikan negeri Sabah sebagai destinasi pelancongan dan kebudayaan yang unggul bertaraf dunia di rantau ini,” katanya.

Beliau berkata, rakyat berbilang kaum dan agama di negeri ini berhak mengamalkan adat dan budaya masing-masing dengan harmoni, termasuklah amalan beragama dan perayaan yang disambut.

“Oleh itu, kepelbagaian agama, budaya dan adat resam di negeri ini hendaklah dihormati dan dipelihara dengan sebaik-baiknya. Persefahaman, bertoleransi, sikap hormat-menghormati dan memahami adat budaya sesama kaum ini perlu dipertahankan demi kesinambungan pengukuhan perpaduan yang kita warisi.

“Amalan ini bukan sahaja menggambarkan perpaduan dan persefahaman malah meningkatkan lagi kemesraan antara kaum. Perpaduan jitu adalah asas kepada pengukuhan negeri Sabah sebagai sebuah negeri yang aman dan harmoni,” katanya.

Turut hadir memeriahkan majlis Pengerusi Penganjur Acara merangkap Pegawai Daerah Semporna Alexander Liew dan Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Deputi Komisioner Datuk Victor Sanjos.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/17/sabah-komited-pastikan-khazanah-budaya-bangsa-terpelihara/feed/ 0 45339
KKTP komited sokong usaha kurangkan kesan perubahan iklim https://sabahmedia.com/2023/11/01/kktp-komited-sokong-usaha-kurangkan-kesan-perubahan-iklim/ https://sabahmedia.com/2023/11/01/kktp-komited-sokong-usaha-kurangkan-kesan-perubahan-iklim/#respond Tue, 31 Oct 2023 22:58:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=44491
Read Time:3 Minute, 55 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) terus komited dalam menyokong usaha mengurangkan kesan perubahan iklim yang terus menjadi agenda utama Kerajaan Negeri Sabah.  

Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata, ini selaras dengan komitmen yang disuarakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dalam ucaptamanya pada Persidangan Antarabangsa Perubahan Iklim Sabah 2021.

“Di bawah Perjanjian Paris, Malaysia sendiri komited untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 45 peratus menjelang 2030.

“Maka, tindakan-tindakan perlu diambil sebagai sokongan kepada prinsip Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC) serta Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,” katanya ketika merasmikan Seminar Landskap 2023 bertemakan “Regreeneration: Living, Learning, and Growing Together” di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, pada Selasa.

Menyentuh tentang seminar ini, Dr. Joachim berkata, konteks Regreeneration bukanlah semata-mata tentang menanam pokok atau mewujudkan ruang hijau, sambil menjelaskan ia merupakan pendekatan holistik yang merangkumi living iaitu amalan kehidupan; learning  iaitu kebolehan belajar atau adaptasi terhadap persekitaran dan growing together iaitu memupuk amalan bersama agar berkembang sebagai satu masyarakat lestari.

“Ia adalah tentang kesalinghubungan antara manusia, alam semula jadi dan persekitaran. Kesan iklim yang kritikal yang berlaku hari ini adalah akibat daripada tindakan kita sendiri. Setiap tindakan kita, akan mendatangkan kesan baik positif dan negatif kepada masyarakat dan persekitaran.

“Oleh yang demikian, saya menyeru setiap daripada kita untuk mengambil tanggungjawab untuk sama-sama menjaga kesihatan dan kesejahteraan landskap persekitaran kita,” katanya.

Menurutnya, seminar hari ini adalah sebagai satu platform yang menyatukan para pembuat keputusan utama dasar dan pembuat perubahan agar meneroka langkah, peluang bagi mengubah amalan kita, memulih dan melestarikan biodiversiti persekitaran kita mengikut konteks fungsi bidang atau organisasi masing-masing.

“Amalan mengintegrasikan infrastruktur hijau dalam setiap komponen pembangunan fizikal akan dapat mewujudkan persekitaran yang lebih sihat dan lebih sesuai untuk tempat kita bekerja atau rumah untuk didiami.

“Elemen hijau ini menawarkan banyak faedah, bermula daripada meningkatkan kualiti udara hingga menggalakkan kesejahteraan fizikal dan mental. Kesihatan mental adalah suatu gejala yang amat serius di kalangan masyarakat sekarang,” ujarnya.

Dr. Joachim berkata, dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) menunjukkan Sabah merekodkan peratusan tertinggi di Malaysia bagi penduduk yang mengalami masalah kesihatan mental, manakala penyakit jantung kekal kematian utama di negara ini.

Oleh yang demikian, usaha mewujudkan persekitaran yang lebih sejahtera amat penting tidak hanya untuk dalam rumah, tambahnya.

“Usaha penghijauan ini perlu dimulakan seawal mungkin semasa peringkat konsep perancangan sebelum kelulusan Peringkat Kelulusan Pelan Pembangunan. Pada peringkat ini peranan professional atau pakar dalam seni bina landskap (Landscape Architecture) perlu diambil kira agar dapat memfokuskan kepada rekabentuk persekitaran luaran (External Spaces), pembinaannya, serta kerja-kerja berkaitan untuk memastikan kerja-kerja tersebut adalah bersesuaian dengan fungsi dan kegunaan (Function & Use) sesuatu kawasan.

“Menerusi integrasi elemen Hijau, barulah penyediaan Pelan Landskap menjadi sesuatu yang lebih signifikan kepada kesihatan persekitaran pengguna dan bukan sekadar dilihat sebagai planting plan atau sekadar penanaman pokok.

“Landskap bukan sekadar menanam pokok. Hijau yang dimaksudkan di sini tidak hanya terhad dengan mewujudkan ruang hijau atau taman, tapi elemen fizikal lain seperti taman atas bumbung, sistem penuaian air hujan, penggunaan bahan binaan mesra alam dan penjanaan tenaga boleh diperbaharui melalui sistem kecekapan tenaga solar.

“Keberkesanan langkah-langkah ini perlu seiring dengan mentaliti kita. Jika mentaliti kita masih cara lama, penyediaan itu ini yang disebutkan tadi hanya akan menjadi sia-sia. Membuat dasar hanya sekadar atas kertas. Tanpa sense of belonging, usaha untuk memupuk komuniti lestari tidak akan berjaya.

“Oleh yang demikian, usaha memupuk kesedaran melalui pelbagai program pendidikan, inisiatif penglibatan masyarakat, kempen dan banyak lagi cara yang dapat menonjolkan kepentingan persekitaran, nilai biodiversiti dan pengurusan tanah yang mampan,” katanya, sambil menyeru setiap organisasi untuk menganjurkan amalannya sendiri.

Beliau berkata, Kerajaan akan terus komited membentuk ‘tadbir urus pembangunan ke arah masyarakat berdaya huni’.

“Pentingnya kita menyentuh tentang tadbir urus Kerajaan dan pembudayaan masyarakat Hijau yang dapat membantu mewujudkan persekitaran tempat kita tinggal lebih sejahtera. Ianya sebagaimana yang dirangka di dalam Pembangunan Lestari (Sustainable Development), Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya, Dasar Landskap Negeri Sabah dan Inisiatif KKTP ke Arah Masyarakat Rendah Karbon.”

Menzahirkan ucapan penghargaan dan tahniah kepada Sektor Landskap dan Kelestarian KKTP yang sentiasa proaktif dalam menjayakan agenda penghijauan KKTP, beliau juga mengucapkan terima kasih khususnya kepada semua agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pelajar yang turut serta menjayakan program ini.

Melalui hubungan kerjasama ini, beliau mengajak semua pihak untuk bersama-sama mengambil peranan dan memberi kerjasama dalam usaha mencapai sasaran ini demi menjaga kelestarian persekitaran kita.

Turut hadir, Setiausaha Tetap Kementerian, Datuk Dr Jamili Nais, Timbalan Setiausaha Tetap I, Stanley Chong; Ketua Penolong Setiausaha (Landskap), LAr. Nurulhayati Awang More, semua Pegawai- pegawai Eksekutif, para kakitangan kementerian, guru-guru, murid serta pelajar sekolah.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/01/kktp-komited-sokong-usaha-kurangkan-kesan-perubahan-iklim/feed/ 0 44491
Kerajaan Negeri komited banteras jenayah siber https://sabahmedia.com/2023/10/28/kerajaan-negeri-komited-banteras-jenayah-siber/ https://sabahmedia.com/2023/10/28/kerajaan-negeri-komited-banteras-jenayah-siber/#respond Sat, 28 Oct 2023 05:27:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=44286
Read Time:3 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri komited untuk bersama-sama dengan Kerajaan Persekutuan serta agensi-agensi berkaitan dalam membanteras jenayah siber terutamanya jenayah kewangan dan scam yang masih mencatat peningkatan ketara di negeri Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, berdasarkan statistik
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis (IPK) Sabah, jumlah kes jenayah siber yang berlaku di Sabah menunjukkan trend peningkatan dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini.

Menurutnya, bagi tempoh tahun 2020 hingga September 2023, sejumlah 4,687 kes dilaporkan, yang melibatkan jenis kesalahan seperti phone scam, love scam, pinjaman tidak wujud, pelaburan, belian online dan akta jenayah komputer, yang menyebabkan kerugian sebanyak RM100,087,125.10.

“Daripada 4,687 kes, sebanyak 1,069 kes jenayah siber dilaporkan berlaku pada tahun 2020 manakala 1,169 kes pada tahun 2021; 1,206 pada tahun 2022 dan sebanyak 1,243 kes setakat Januari hingga September tahun ini.

“Dalam tempoh tersebut, jenis kesalahan tipu belian online merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 1,823 kes, diikuti oleh phone scam sebanyak 1,122 kes, pinjaman tidak wujud sebanyak 817 kes, pelaburan (603 kes), love scam (158 kes) dan kesalahan dibawah akta jenayah komputer sebanyak 164 kes,” katanya di majlis perasmian Program Jelajah Anti-Scam Kebangsaan 2023 Peringkat Negeri Sabah di Universiti Malaysia Sabah, Kampus Sepanggar hari ini.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya Datuk lr Shahelmey Yahya.

Menurutnya, kes jenayah siber dan kesalahan dibawah Akta Jenayah Komputer di Sabah telah menyebabkan mangsa mengalami kerugian berjumlah RM24,885,763.50 pada tahun 2020, manakala bagi tahun 2021 adalah sebanyak RM25,427,844.42 dan RM21,749,610.61 pada tahun 2022.
Sepanjang bulan Januari hingga September tahun ini pula, jumlah kerugian direkodkan sebanyak RM28,023,906.57, katanya.

“Jumlah ini agak membimbangkan, justeru saya menggesa rakyat Sabah khususnya pengguna Internet untuk tampil membuat laporan berkaitan insiden scam dan penipuan dalam talian yang dialami.

“Laporan yang dibuat adalah sangat penting bagi membantu pihak berkuasa membuat analisa trend penjenayah termasuk scammer serta membangunkan langkah-langkah pencegahan yang wajar untuk melindungi orang ramai dari terus menjadi mangsa,” katanya.

Hajiji berkata pihak perbankan, penguatkuasa undang-undang dan agensi keselamatan perlu terus bekerjasama untuk menangani isu tersebut dengan melaksanakan undang-undang. polisi dan peraturan baharu yang lebih efektif, kerjasama di peringkat antarabangsa untuk menjalin hubungan bagi perkongsian maklumat, serta melabur dalam teknologi baharu untuk mengesan dan mencegah teknik-teknik penipuan dalam talian dengan segera dan berkesan.

“Pelbagai inisiatif digerakkan dalam usaha membanteras jenayah scam dan penipuan dalam talian oleh pihak Kerajaan, Agensi dan Jabatan, Syarikat korporat serta Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO).

“Antaranya ialah penubuhan Pusat Respon Scam Kebangsaan (National Scam Response Centre – NSRC). Sementara beberapa peruntukan undang-undang sedia ada mungkin perlu dipinda termasuk Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001, Kanun Keseksaan, Kanun Tatacara Jenayah dan lain-lain sesuai dengan keperluan dan cabaran masa kini,” katanya.

Menurut beliau, dalam pada kerajaan giat berusaha memberi kesedaran bagi mendidik pengguna mengenai ancaman dan serangan siber, masih ramai pengguna Internet yang terpedaya dan mudah percaya dengan tipu helah scammer yang bermain dengan emosi mangsa.

“Setiap hari ada sahaja rakyat kita menjadi mangsa tipu helah scammer. Jenayah scam muncul bagaikan cendawan, sehingga ada yang menyamar sebagai anggota polis, pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), kakitangan mahkamah, pegawai Jabatan Kastam, pegawai bank dan pelbagai cara lagi untuk memperdaya mangsa,” katanya.

Hajiji berkata jenayah penipuan dalam talian di Sabah menunjukkan trend peningkatan yang agak ketara dan membimbangkan.

“Justeru jangan mudah terpedaya dengan pujuk rayu yang menawarkan pulangan lumayan dalam tempuh yang cepat, selidiki dahulu jika ditawarkan sesuatu. Paling penting, segala maklumat peribadi jangan dengan mudah dikongsikan dengan orang yang tidak dikenali, apa lagi jika hanya melalui panggilan telefon.

“Saya berharap program pada hari ini dapat memberi lebih banyak pengetahuan kepada masyarakat negeri Sabah dalam melindungi diri daripada penipuan kewangan dan ancaman siber.

Program jelajah seumpama ini juga wajar diperluaskan hingga ke seluruh negeri agar rakyat di peringkat akar umbi mendapat manfaat dan tidak menjadi mangsa penjenayah siber atau scammer,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/28/kerajaan-negeri-komited-banteras-jenayah-siber/feed/ 0 44286