Komitmen – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 19 Jul 2023 08:41:13 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Komitmen – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerjasama, Komitmen, Semangat sepasukan warga KePKAS penting untuk memastikan Visi & Misi dicapai – Christina https://sabahmedia.com/2023/07/19/kerjasama-komitmen-semangat-sepasukan-warga-kepkas-penting-untuk-memastikan-visi-misi-dicapai-christina/ https://sabahmedia.com/2023/07/19/kerjasama-komitmen-semangat-sepasukan-warga-kepkas-penting-untuk-memastikan-visi-misi-dicapai-christina/#respond Wed, 19 Jul 2023 08:37:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=38578
Read Time:1 Minute, 58 Second

KOTA KINABALU: Kerjasama, komitmen dan semangat sepasukan warga Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) Sabah serta Jabatan dan agensi di bawahnya amatlah penting bagi memastikan Visi dan Misi serta semua program dan inisiatif yang telah dirancang dapat dicapai dengan cemerlang.

Menterinya, Datuk Christina Liew berkata, bagi mengukuhkan peranan kementerian ini, komitmen dan kerjasama semua jabatan/agensi di bawahnya amatlah penting.

“Justeru, Saya menyeru kepada
semua agar terus meningkatkan sistem penyampaian jabatan/agensi di bawah seliaan masing-masing dan dalam masa yang sama meneroka inisiatif-inisiatif atau program yang berimpak tinggi kepada negeri ini khususnya dalam sektor pelancongan, kebudayaan dan alam sekitar,” katanya semasa berucap sempena Majlis Ramah Mesra Bersama Jabatan/agensi KePKAS di Shangri-La Tanjung Aru Resort di sini, hari ini.

Menurut Christina, kejayaan sesuatu kerajaan adalah berpaksikan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam.

“Justeru, saya ingin menyeru kepada warga KePKAS supaya memberi perkhidmatan yang mencapai keperluan dan kehendak pemegang taruh dan pelanggan kita,” katanya.

Beliau turut berkongsi pengalaman mengadakan lawatan ke negara China.

“Baru-baru ini, saya telah mengadakan beberapa lawatan kerja ke negara
China. Lawatan ini adalah susulan bagi menghidupkan semula kerjasama
pelancongan dua hala dan pertukaran budaya di antara bandaraya Xi’an dan
Kota Kinabalu yang tergendala pada tahun 2019 disebabkan pandemik Covid 19.

“Konsul Jeneral Malaysia di Shanghai telah memaklumkan bahawa jumlah pelancong dari negara China ke Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak hampir mencapai dua kali ganda semenjak pembukaan sempadan antarabangsa semasa majlis makan malam yang diadakan di Jing An Shangri-La,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, usaha menarik pelancong asing ke negeri Sabah khususnya dari negara China dipergiatkan lagi dengan cadangan syarikat penerbangan Air Asia untuk menubuhkan pejabat di Beijing, China bagi mempromosikan Sabah secara agresif sebagai destinasi pelancongan pilihan serta menjana publisiti bagi negeri sabah melalui platform media sosial kepada golongan muda seperti Tik Tok dan lain-lain.

“Saya yakin hasil usaha dengan mengadakan kolaborasi seperti ini pasti akan memberikan impak yang signifikan dalam kemasukan pelancongan asing ke negeri ini.

“Saya menyeru kepada semua agar usaha-usaha seperti ini perlu dipergiatkan dan diperkasakan lagi untuk menaikkan nama Sabah di mata dunia,” tegasnya.

Pada majlis itu, turut diadakan penyerahan watikah pelantikan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah yang baharu bagi agensi-agensi di bawah KePKAS.

Christina berkata, tanggungjawab yang diamanahkan itu hendaklah dijalankan dengan penuh amanah, dedikasi dan komitmen yang jitu bagi memastikan tadbir urus serta melicinkan sistem penyampaian agensi di bawah Kementerian.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/19/kerjasama-komitmen-semangat-sepasukan-warga-kepkas-penting-untuk-memastikan-visi-misi-dicapai-christina/feed/ 0 38578
Belanjawan 2023 Malaysia Madani mencerminkan komitmen Kerajaan Perpaduan menambah baik ekonomi rakyat – Hajiji https://sabahmedia.com/2023/02/24/belanjawan-2023-malaysia-madani-mencerminkan-komitmen-kerajaan-perpaduan-menambah-baik-ekonomi-rakyat-hajiji/ https://sabahmedia.com/2023/02/24/belanjawan-2023-malaysia-madani-mencerminkan-komitmen-kerajaan-perpaduan-menambah-baik-ekonomi-rakyat-hajiji/#respond Fri, 24 Feb 2023 11:36:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29975
Read Time:1 Minute, 50 Second

KOTA KINABALU: Belanjawan 2023 Malaysia mencerminkan komitmen Kerajaan Perpaduan Persekutuan untuk memperbaiki kedudukan kewangan negara sekali gus menjaga keperluan rakyat secara menyeluruh.

Sabah mengalu-alukan 12 inisiatif Bajet Malaysia Madani yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan di Parlimen hari ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor selepas mengikuti pembentangan Bajet 2023 di Seri Gaya di sini.

“Kami mengalu-alukan peruntukan RM6.5 bilion untuk Sabah, iaitu lebih kurang 3.1 peratus daripada jumlah yang diperuntukkan dalam Bajet awal 2023 yang dibentangkan oleh Kerajaan Persekutuan sebelum ini,” katanya.

Selain itu, RM2.5 bilion lagi diperuntukkan untuk Sabah dan Sarawak bagi melaksanakan projek kemudahan awam seperti jalan raya, lampu jalan, bekalan elektrik dan air.

“Kami juga mengalu-alukan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk mempercepatkan projek Pan Borneo Sabah – Sabah Sarawak Road Link sepanjang lebih 1,000km dengan memperuntukkan RM20
bilion,” kata Hajiji.

Anwar telah mengarahkan Timbalan Perdana Menteri II Datuk Fadilah Yusof untuk menyelia perkara itu bagi memastikan projek Lebuhraya Pan Borneo tidak akan terus dibincangkan dalam setiap Bajet bersidang untuk 20 tahun akan datang.

Dalam pada itu, Ketua Menteri juga mengalu-alukan penegasan Anwar mengenai komitmen Kerajaan Persekutuan untuk mewakilkan kelulusan projek persekutuan di bawah RM50 juta kepada jabatan teknikal di Sabah dan Sarawak.

Mengenai komitmen Anwar untuk mempercepatkan penghapusan golongan miskin tegar di negara ini melalui Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) tahun ini, Ketua Menteri berkata ia satu pergerakan yang baik dan pada masa yang sama mengharapkan pelaksanaan IPR yang cekap supaya ia
akan mencapai matlamatnya.

Ketua Menteri juga mengalu-alukan komitmen Perdana Menteri bahawa peruntukan RM1 billion untuk Sabah dan Sarawak termasuk pembinaan kemudahan Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) di bandar sempadan di Kalabakan pada jangkaan peralihan ibu negara Indonesia ke Kalimantan.

“Namun begitu, Sabah juga akan terus mendesak untuk pembinaan kemudahan yang sama di Bantul di Pensiangan,” katanya.

Ketua Menteri berbesar hati melihat penekanan Kerajaan Persekutuan terhadap peningkatan keselamatan dengan tambahan 42 pos keselamatan di sempadan termasuk di kawasan Esscom, antara lain.

Turut bersama Hajiji ialah Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong, Setiausaha Tetap Kewangan Datuk Sofian
Nair, Ketua Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Datuk Rosmadi Sulai, Pembantu
Menteri dan pegawai kanan kerajaan negeri.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/24/belanjawan-2023-malaysia-madani-mencerminkan-komitmen-kerajaan-perpaduan-menambah-baik-ekonomi-rakyat-hajiji/feed/ 0 29975
Komitmen Dan Perpaduan Dikalangan Pemimpin GRS Perlu Terus Kukuh Demi Rakyat – Dr Nordin https://sabahmedia.com/2021/08/20/komitmen-dan-perpaduan-dikalangan-pemimpin-grs-perlu-terus-kukuh-demi-rakyat-dr-nordin/ https://sabahmedia.com/2021/08/20/komitmen-dan-perpaduan-dikalangan-pemimpin-grs-perlu-terus-kukuh-demi-rakyat-dr-nordin/#respond Fri, 20 Aug 2021 08:08:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4936
Read Time:1 Minute, 5 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Komitmen serta perpaduan dikalangan pemimpin dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu terus diperkukuhkan demi menjaga kebajikan rakyat di negeri ini meskipun berlaku ‘perpecahan’ diperingkat Persekutuan.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr Nordin Sakke berkata, perebutan kuasa khususnya melibatkan pelantikan Perdana Menteri memerlukan kebijaksaan Yang di-Pertuan Agong dalam menentukan pemilihan jawatan itu.

“Sejak beberapa hari lalu, kita sedia maklum beberapa perkara telah berlaku di peringkat persekutuan dimana peletakan jawatan kabinet termasuk Perdana Menteri yang kini dipegang sementara oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kita dapat lihat, ‘perpecahan’ dikalangan ahli politik Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) itu dilihat sebagai satu proses pemerkasaan politik selain perpaduan ummah,” katanya ketika dihubungi Sabah Media disini hari ini.

Namun Dr Nordin yang juga Penyelidik, Geo-Politik dan Elektoral Sabah (GeoPES) berkata, perbalahan dan perpecahan yang berlaku itu tidak seharusnya berlaku ketika musim pandemik ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai Pilihan Raya Umum (PRU) ketika pandemik, beliau berkata, ia bergantung kepada kesediaan kerajaan bagi melaksanakan dengan penuh prosedur operasi standard (SOP).

Katanya, ia termasuklah kesediaan rakyat bagi mematuhi SOP.

“Jika kita lihat sebelum ini iaitu melalui Pilihan Raya Negeri (PRN) rakyat dilihat agak sukar untuk mengawal penjarakan sosial yang menjadi pencetus kepada banyak kluster baru COVID-19,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/20/komitmen-dan-perpaduan-dikalangan-pemimpin-grs-perlu-terus-kukuh-demi-rakyat-dr-nordin/feed/ 0 4936