kompleks sukan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 28 Jan 2025 10:17:50 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png kompleks sukan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Projek Kompleks Sukan Kota Marudu dijangka siap Mei 2025 https://sabahmedia.com/2025/01/28/projek-kompleks-sukan-kota-marudu-dijangka-siap-mei-2025/ https://sabahmedia.com/2025/01/28/projek-kompleks-sukan-kota-marudu-dijangka-siap-mei-2025/#respond Tue, 28 Jan 2025 10:14:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67646
Read Time:2 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Projek Kompleks Sukan Kota Marudu, yang berdepan dengan pelbagai cabaran sejak dimulakan pada 2020, dijangka akan siap sepenuhnya pada Mei 2025, kata Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin.

Susulan isu penularan video mengenai Projek Kompleks Sukan Kota Marudu telah menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan rakyat Sabah, Ellron tampil memberikan penjelasan berhubung situasi terkini dan cabaran yang dihadapi sepanjang pelaksanaan projek tersebut.

Beliau berkata, projek tersebut dimulakan pada tahun 2020, ketika negara sedang berhadapan dengan wabak COVID-19. Walaupun kontrak telah diberikan kepada syarikat pelaksana, beberapa masalah teknikal dan logistik telah menghalang kemajuan projek. Ini termasuk kekurangan bahan seperti polyfelt-50 untuk penambahbaikan tanah, kelulusan pelan dari Majlis Daerah Kota Marudu, dan kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Pada Disember 2022, banjir besar yang melanda daerah Kota Marudu menyebabkan kerosakan di tapak pembinaan. Ahli Jawatankuasa Pemandu yang bermesyuarat pada 6 Februari 2023 yang dipengerusikan oleh Datuk Mansur Asun Setiausaha Tetap KBSS, telah mencadangkan perubahan kerja untuk menaikkan aras tapak bagi mengelakkan kebanjiran di masa depan. Kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan RM1.28 juta untuk kerja-kerja tambahan ini yang bermula pada September 2023,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut Ellron, salah satu cabaran utama yang dihadapi adalah cuaca buruk yang berterusan di daerah Kota Marudu, yang menyebabkan kesulitan dalam kerja-kerja tanah.

“Tanah lembap tidak sesuai untuk menimbun tapak kompleks sukan. Selain itu, kekurangan bekalan batu kasaran di daerah tersebut turut memperlambatkan pembinaan, berikutan permintaan tinggi untuk projek infrastruktur jalan raya,” jelasnya.

Walaupun menghadapi pelbagai halangan, Ellron mengesahkan bahawa prestasi fizikal projek kini berada pada tahap 80 peratus.

Katanya, antara kerja yang telah siap termasuk bangunan pejabat, pagar keliling, dan tempat letak kereta, sementara asas trek sintetik telah siap 90 peratus. Trek sintetik yang diimport dari Australia kini berada di Sabah dan akan dipasang sebaik cuaca mengizinkan.

“Kompleks Sukan Kota Marudu dijangka akan siap sepenuhnya pada Mei 2025,” ujarnya.

Justeru beliau mengingatkan golongan muda di Sabah agar tidak mudah terpengaruh dengan berita yang tidak tepat berkenaan isu belia dan sukan yang tersebar di media sosial.

Sehubungan dengan itu, Ellron turut menegaskan akan memberi komitmen penuh Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, untuk terus menyokong pembangunan belia dan sukan di negeri ini.

“Orang ramai yang mempunyai cadangan atau isu berkaitan belia dan sukan digesa untuk berhubung terus dengan kementerian bagi mendapatkan penjelasan yang lebih jelas,” tegas beliau lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/28/projek-kompleks-sukan-kota-marudu-dijangka-siap-mei-2025/feed/ 0 67646
DUN Sabah : KBS Sabah komited tadbir, selenggara kemudahan sukan, penginapan di 16 Kompleks Sukan https://sabahmedia.com/2022/03/23/dun-sabah-kbs-sabah-komited-tadbir-selenggara-kemudahan-sukan-penginapan-di-16-kompleks-sukan/ https://sabahmedia.com/2022/03/23/dun-sabah-kbs-sabah-komited-tadbir-selenggara-kemudahan-sukan-penginapan-di-16-kompleks-sukan/#respond Wed, 23 Mar 2022 07:57:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13395
Read Time:1 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU : Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Sabah melalui Lembaga Sukan Sabah (LSS) terus komited untuk mentadbir dan menyelenggara kemudahan sukan dan penginapan di 16 buah Kompleks Sukan daerah di Sabah selaras dengan Pelan Strategik Pembangunan Sukan Sabah 2021 – 2030.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, kemudahan sukan yang disediakan itu dilihat dapat meningkatkan pembudayaan sukan di kalangan masyarakat serta melahirkan masyarakat yang sihat, aktif dan produktif di negeri Sabah.

“LSS akan membuka semua kemudahan sukan dan penginapan untuk digunakan oleh masyarakat di negeri ini tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang akan dikuatkuasakan selaras dengan peralihan ke fasa endemik.

“KBS Sabah sentiasa komited dalam menyediakan infrastruktur kemudahan sukan di Negeri Sabah dimana pada masa ini terdapat beberapa buah Kompleks Sukan sedang dalam pembinaan.

“Antaranya  projek pembinaan Kompleks Sukan Tongod; projek pembinaan Kompleks Sukan Tuaran dan projek pembinaan Kompleks Sukan Kota Marudu,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) disini hari ini.

Ellron berkata, KBS Sabah juga telah melaksanakan projek naiktaraf Kompleks Sukan Tenom berdasarkan skop kerja-kerja meroboh bangunan astaka, menambak tanah sebanyak 1.2 Meter dari tanah asal serta pembinaan bangunan astaka baru.

Katanya, fasiliti-fasiliti sukan yang ada di Kompleks-kompleks Sukan dibawah seliaan LSS Sabah akan sentiasa diselenggara dan dinaiktaraf untuk memenuhi keperluan penggunaannya.

“Kementerian saya melalui LSS juga telah dipertanggungjawab untuk melaksanakan Sukan Tradisi sempena Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah tahun 2022.

“Antara Sukan Tradisi yang dipertandingkan semasa Pesta Kaamatan tersebut adalah seperti Gusti Lengan (Mipulos); Migazat Dukung (Tarik Tali); Melastik (Momolisitik); Menyumpit (Monopuk); Menumbuk Padi (Tumutu); Mobpiri atau Magapui (Menyalakan Api); Manandus (Membujak); dan Monungkava Kalabau (Menjerat Kerbau),” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/23/dun-sabah-kbs-sabah-komited-tadbir-selenggara-kemudahan-sukan-penginapan-di-16-kompleks-sukan/feed/ 0 13395