RANAU: Seramai 496 pelajar B40 di 11 buah sekolah menengah di daerah ini menerima bantuan komputer riba daripada Kerajaan Negeri di sini, hari ini.
Ini merupakan sebahagian daripada 10,000 unit komputer riba yang diperuntukkan di bawah Program Bantuan Ihsan Komputer Sabah (BAIKS) tahun ini untuk diagihkan kepada para pelajar daripada golongan B40 yang menduduki peperiksaan penting.
Ia adalah antara inisiatif yang diusulkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor di bawah Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang bertujuan untuk membantu pelajar mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) supaya tiada murid yang tercicir khususnya di era pandemik ini.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr. Joachim Gunsalam yang merasmikan majlis penyampaian bantuan komputer riba tersebut menyambut baik pemberian bantuan tersebut kerana secara tidak langsung ia membuktikan keprihatinan Kerajaan terhadap perkembangan pendidikan anak-anak Sabah.
“Sejajar dengan Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya, saya melihat inisiatif seperti ini sangat baik bagi membantu meningkatkan keupayaan modal insan iaitu dengan memberikan pendidikan yang berkualiti kepada anak-anak Sabah,”katanya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang menasihatkan para pelajar agar memanfaatkan penggunaan peranti ini dengan sebaiknya, dan ibu bapa juga hendaklah sentiasa memantau anak-anak mereka semasa peranti ini digunakan.
“Kita yakin, anak-anak yang masih berada di bangku sekolah pada hari ini, mereka lah yang bakal menggantikan kita untuk memimpin dan memajukan lagi daerah Ranau di masa hadapan.
“Kerana itu, kita bertanggungjawab untuk membentuk dan mendidik mereka supaya menjadi sebaik-baik manusia selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
“Saya berharap agar inisiatif-inisiatif seumpama ini dapat diteruskan di masa hadapan dalam memastikan generasi yang bijak pandai dapat dilahirkan dengan lebih ramai khususnya di negeri kita yang tercinta ini,” ujarnya.
Merakamkan penghargaan kepada Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd. Arifin Mohd. Arif, beliau berharap majlis ini dapat memberi impak serta hasil yang positif kepada semua pihak yang terlibat.
Turut hadir ialah Setiausaha Politik kepada Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk M. Yahya Dunggi, Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Perindustrian, Yubidi Gumpoyo; Timbalan Yang Di-Pertua MUIS, Ustaz Malai Ali Malai Ahmad; Setiausaha Tugas-Tugas Khas, Sapdin Ibrahim; Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah (Pengurusan HEM), Fazliah Abdul Rahman; Penolong Pegawai Daerah Ranau, Hasinin Kinsim; Timbalan Penolong Pegawai Daerah Ranau Sektor Perancangan, Foo Lee Yen; Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang, Duanis Sany; DUN Karanaan, Rosdi Abdul Ghani; DUN Paginatan, Mohd Hisyamuddin Harun; para pengetua sekolah, kakitangan kementerian Menteri Tugas-Tugas Khas, dan Pejabat Pendidikan Daerah Ranau.
]]>10 Jun 2021
Erdie Ab Wahid
[email protected]
KOTA KINABALU : Langkah kerajaan negeri mengagihkan sebanyak 10,000 unit komputer riba kepada pelajar Tingkatan Lima dan Enam yang memerlukan membuktikan keprihatinan kerajaan negeri kepada anak-anak muda Sabah.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik Datuk Raime Unggi, keprihatinan kerajaan yang diterajui Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor itu juga menunjukkan kerajaan Sabah mengutamakan kecemerlangan akademik.
“Program Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) yang disalurkan kepada pelajar yang akan mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); SIjil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun ini khususnya kepada golongan miskin tegar wajar disokong.
“Inisiatif ini dapat membantu mereka yang memerlukan khususnya yang tinggal dipedalaman dan sukar mendapat akses kepada internet selain memudahkan mereka menjalani proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) di rumah,”katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.
Pada 6 Jun lalu, kerajaan negeri mengumumkan akan mengagihkan sebanyak 10,000 unit komputer riba kepada pelajar yang akan mengambil peperiksaan SPM; STPM; dan STAM tahun ini membabitkan ibu bapa atau penjaga pelajar yang termasuk dalam kategori e-kasi miskin tegar.
Pemberian komputer riba yang dipersetujui kabinet itu akan dilaksanakan menerusia BAIK membabitkan peruntukan sebanyak RM15 juta.
]]>10 Jun 2021
Erdie Ab Wahid
[email protected]
KOTA KINABALU : Kesatuan Guru-Guru Kerajaan Sabah (KGKS) menyambut baik agihan sebanyak 10,000 unit komputer riba membabitkan pelajar yang termasuk dalam kategori e-kasih miskin tegar di bawah Program Bantuan Ehsan Komputer (BAIK).
Setiausaha Agung KGKS, Fadzil Mohd Jamil berkata, program BAIK yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dilihat tepat pada masanya dan bersesuaian dengan situasi pandemik semasa negara khususnya di Sabah.
“Agihan kepada pelajar miskin tegar yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun ini berupaya mengurangkan bebanan dan kekangan dalam menjalani pembelajaran digital.
“Meskipun agihan ini tidak menyeluruh namun langkah ini suatu tindakan yang sangat diharapkan dan ke hadapan sebagai bukti keprihatinan kerajaan Sabah dalam memperkasakan pendidikan di negeri ini,”katanya dalam kenyataan disini hari ini.
Fadzil berkata, bantuan ini merupakan anugerah yang dinantikan pelajar terlibat berikutan kekurangan kemampuan untuk memilik komputer bagi tujuan pembelajaran.
Katanya, ketiadaan peranti yang bersesuaian serta kemudahan internet yang bermasalah dari segi capaian turut menjadi halangan dalam arus pendidikan digital semasa pandemik ini.
“Justeru itu,pemberian ini dilihat boleh mengurangkan bebanan tugas guru dan mengubat kekecewaan para guru khususnya penyertaan menyeluruh murid dalam pembelajaran atas talian Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PDPR).
“Keprihatinan warga guru terhadap kualiti pembelajaran murid menjadi keutamaan agar tidak berlaku keciciran dan tidak ada murid yang tertinggal di belakang. Justeru dengan adanya pemberian ini akan membantu dalam memudahkan proses PDPR dan pembelajaran berlaku seperti yang dirancang,”katanya.
Dalam pada itu, Fadzil berkata, pihaknya merakamkan penghargaan di atas keprihatinan Kerajaan Negeri Sabah serta tindakan yang diambil khususnya dalam usaha memperkasakan pendidikan di negeri ini.
Katanya, beberapa inisiatif serta insentif bantuan lain seperti Bantuan Tunai Pendaftaran IPT secara one off (BUDI), Bantuan Tunai Khas Peperiksaan (BAKTI) dan Bantuan Ehsan Makanan Pelajar Terjejas COVID-19 (IMPAK) amat dihargai
“KGKS berpendirian positif dalam hal ini kerana keutamaan adalah memperkasakan pendidikan di negeri ini.
“Disamping dengan adanya kemudahan ini akan mempertingkatkan komitmen, dedikasi serta iltizam warga guru untuk melaksanakan amanah sebagai pendidik kerana sokongan dan dorongan kerajaan negeri yang mantap.,”katanya.
]]>KOTA KINABALU : Usaha Kerajaan Sabah bagi menyediakan 10,000 unit komputer riba kepada pelajar miskin tegar dan tersenarai sebagai e-kasih adalah bagi memastikan semua yang terlibat terus mendapat pendidikan sewajarnya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan Fairuz Renddan berkata, kerajaan negeri tidak mahu ada pelajar yang tercicir dalam usaha mendapatkan pendidikan khasnya pada masa kini.
“Seperti yang sedia maklum, sesi persekolahan akan diteruskan dengan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sehingga 17 Julai depan dan pemberian komputer riba kepada golongan memerlukan amat bertepatan sekali.
“Ini juga adalah bukti keprihatinan Kerajaan Sabah yang diterajui Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang mahu semua pelajar mendapat pendidikan sebaiknya dan tidak ada pelajar yang tercicir dalam pembelajaran,”katanya dalam kenyataan disini.
Dalam perkembangan sama, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah turut menghargai inisiatif kerajaan negeri bagi mengagihkan bantuan sebanyak 10,000 unit komputer riba menerusi Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) kepada golongan memerlukan.
Pengarah JPN Sabah Datuk Dr. Mistrine Radin berkata, di bawah inisiatif ini seramai 9,842 murid Tingkatan 5 dan 6 di sekolah bawah JPN Sabah dan 158 murid di sekolah bawah Sekolah Agama Negeri yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Agama Malaysia bagi tahun 2021 akan menerima bantuan komputer riba.
“JPN Sabah bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah di seluruh negeri akan memberikan kerjasama penuh kepada Kerajaan Negeri untuk mengenal pasti murid yang layak menerima bantuan tersebut.
“JPN Sabah mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Negeri Sabah untuk bersama-sama memastikan murid terus mendapat akses pendidikan mengikut kesesuaian murid dan guru, khususnya dalam tempoh yang mencabar ini,” katanya.
]]>6 Jun 2021
Erdie Ab Wahid
[email protected]
KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah akan mengagihkan sebanyak 10,000 unit komputer riba kepada pelajar yang akan mengambil peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun ini
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pemberian komputer riba yang dipersetujui kabinet itu akan dilaksanakan menerusi Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) membabitkan peruntukan sebanyak RM15 juta.
“Pengagihan akan mengambil masa selama kira-kira tiga bulan sehingga Oktober ini. Kerajaan negeri berharap pemberian komputer riba ini akan membantu pelajar yang tidak berkemampuan.
“Ini adalah kaedah yang kita ambil untuk membantu agar pelajar yang tidak berkemampuan tidak tercicir dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR),” katanya disini hari ini.
Pengagihan komputer riba menerusi BAIK untuk Fasa 1 ini membabitkan 9,842 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan 158 dari Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN).
Menerusi Mesyuarat Kabinet sebelum ini, jemaah menteri bersetuju supaya satu jawatankuasa yang dipengerusikan bersama Menteri Tugas-Tugas Khas dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dibentuk untuk mencari kaedah membantu pelajar yang tidak berkemampuan, agar tidak tercicir dalam PdPR.
Kementerian Tugas-Tugas Khas bertanggungjawab menyediakan senarai pelajar yang terpilih mengikut kriteria ditetapkan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Sabah.
Manakala Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi akan mengenalpasti serta menentukan komputer riba yang akan diagih kepada pelajar yang layak.
Hajiji berkata mesyuarat memutuskan untuk Fasa 1, sebanyak 10,000 komputer riba diagihkan kepada pelajar Tingkatan 5 dan 6, yang akan mengambil peperiksaan tahun ini.
Pemberian komputer riba untuk Fasa 1 itu, membabitkan ibu bapa atau penjaga pelajar yang termasuk dalam kategori e-kasih miskin tegar.
“Komputer riba daripada pelbagai jenama termasuk ACER, Lenovo dan DELL itu boleh digunakan sehingga melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Terdahulu, pada awal tahun ini, Hajiji memaklumkan kerajaan akan berusaha menyediakan gajet kepada pelajar yang kurang berkemampuan berikutan pelaksanaan PdPD ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
]]>