Komuniti Cina – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 10 Feb 2025 01:39:44 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Komuniti Cina – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Komuniti Cina di Sabah main peranan bantu pembangunan negeri https://sabahmedia.com/2025/02/10/komuniti-cina-di-sabah-main-peranan-bantu-pembangunan-negeri/ https://sabahmedia.com/2025/02/10/komuniti-cina-di-sabah-main-peranan-bantu-pembangunan-negeri/#respond Mon, 10 Feb 2025 01:39:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68346
Read Time:1 Minute, 6 Second

Keningau : Komuniti Cina khususnya di negeri ini memainkan peranan besar terutama kepada bidang ekonomi dan perniagaan yang banyak membantu memajukan sesebuah kawasan.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, ia termasuklah membantu kepada pembangunan negara dan negeri Sabah khususnya.

“Komuniti Cina telah menyumbang dan memainkan peranan besar kepada negara sejak awal pembentukan negara Malaysia.

“Jika di Sabah ia tidak perlu lagi dinafikan peranan dan sumbangan mereka. Penguasaan mereka dalam bidang ekonomi dan perniagaan telah membantu memajukan sesebuah kawasan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina oleh Masyarakat Cina Kampung Andip Tengah Sook di sini semalam.

Ellron yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sook berkata, pihaknya turut menyeru agar kaum-kaum lain terutamanya kaum dan subetnik KDMR haruslah mencontohi dan mengikuti kegigihan dan kerajinan komuniti cina terutamanya dalam menguruskan perniagaan mereka sehingga berjaya.

Beliau turut menekankan kepentingan meraikan bersama perayaan ini dan perayaan-perayaan lainnya untuk lebih memahami dan memupuk perpaduaan yang lebih erat.

“Ini seterusnya dapat mewujudkan suasana harmoni dan akrab dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum,” katanya.

Terdahulu majlis  yang diadakan di perkarangan rumah Peter Chen, Kampung Ansip Tengah turut diserikan dengan pelbagai persembahan dan tarian kebudayaan Tionghua.

Turut hadir dalam majlis itu Penolong Pegawai Daerah Sook Caroline Benjamin Jiungan dan Ketua Balai Polis Sook SM Sius @ Albasius Sutin.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/10/komuniti-cina-di-sabah-main-peranan-bantu-pembangunan-negeri/feed/ 0 68346
Kerajaan Negeri hargai sumbangan komuniti Cina dalam pembangunan Sabah https://sabahmedia.com/2025/02/03/kerajaan-negeri-hargai-sumbangan-komuniti-cina-dalam-pembangunan-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/02/03/kerajaan-negeri-hargai-sumbangan-komuniti-cina-dalam-pembangunan-sabah/#respond Mon, 03 Feb 2025 01:15:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67914
Read Time:44 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan penghargaan Kerajaan Negeri terhadap sokongan berterusan komuniti Cina sebagai rakan dalam kemajuan dan pembangunan di Sabah.

“Dengan sokongan kukuh ini, saya percaya Sabah akan sentiasa berada di landasan yang tepat di bawah pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya,” katanya pada Festival Angpow Persekutuan Persatuan Cina Sabah (FCAS) di Dewan Hakka dekat sini malam tadi.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.

Hajiji berkata komuniti Cina di Sabah telah lama memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi, perdagangan, pendidikan, budaya serta kebajikan sosial.

Kerajaan Negeri akan terus bekerjasama dengan semua organisasi yang sealiran, termasuk FCAS yang menghargai kestabilan politik, bagi memastikan pembangunan ekonomi dan kemajuan tidak terhalang, tambahnya.

Yang di-Pertua Negeri Tun Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin, turut berkenan menghadiri majlis tersebut.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/03/kerajaan-negeri-hargai-sumbangan-komuniti-cina-dalam-pembangunan-sabah/feed/ 0 67914