Komuniti madani – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 07 Oct 2024 06:32:19 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Komuniti madani – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Jana pendapatan bantu ekonomi B40 menerusi inovasi https://sabahmedia.com/2024/10/07/jana-pendapatan-bantu-ekonomi-b40-menerusi-inovasi/ https://sabahmedia.com/2024/10/07/jana-pendapatan-bantu-ekonomi-b40-menerusi-inovasi/#respond Mon, 07 Oct 2024 06:32:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61813
Read Time:2 Minute, 23 Second

Kota Kinabalu : Komuniti Madani disaran melakukan inovasi dalam menjana pendapatan bagi membantu meningkatkan ekonomi masyarakat khususnya golongan B40.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, Datuk Mustapha Sakmud berkata, pelbagai inovasi boleh dilakukan oleh komuniti untuk menjayakan program tersebut melalui bantuan pelbagai pihak dan agensi-agensi yang berkaitan.

“Program sebegini memang bagus untuk kita eratkan silaturahim namun, saya mahu komuniti ini meninggalkan sesuatu yang kekal dan menjana pendapatan ekonomi terutamanya kepada golongan B40 yang ada sekitar kampung.

“Pengalaman saya di tempat-tempat lain seperti Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) Pahang, inovasi yang mereka lakukan adalah projek i-Mushroom iaitu penanaman cendawan dengan kombinasi pertanian dan teknologi, sangat berperanan untuk membantu dalam meningkatkan hasil pengeluaran cendawan yang optimum,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Jiwa Komuniti Madani DUN Darau dan Komuniti Madani Kampung Delima, di sini semalam.

Mustapha berkata, projek itu adalah gabungan dua komponen iaitu sistem pemantauan utama dan pengawalan berdasarkan Internet dengan pengoperasian aplikasi telefon bimbit bagi mengekalkan suhu yang tepat dan kondusif dalam rumah cendawan, pendapatan boleh mencecah RM3,00 ke RM4,000 sebulan meskipun keluasan rumah cendawan tu terhad.

“Saya pergi ke Kolej Komuniti Lahad Datu, banyak inovasi daripada pelbagai jenis makanan yang mereka hasilkan cuma sahaja mereka tidak jual, seperti cendawan tadi tu, hasil yang mereka petik cuma digoreng menggunakan tepung,saya lihat ramai yang suka dan rasanya boleh dipasarkan di gerai-gerai atau dikomersialkan.

“Justeru, saya mahu kita pergi ke aliran sebegini supaya kita boleh menjana pendapatan dan saya sendiri di peringkat kementerian bersedia untuk menggerakkan Universiti Malaysia sabah (UMS), Universiti Teknologi MARA (UITM), Politeknik Kota Kinabalu, Kolej Komuniti kita untuk membantu menjayakan program ini.

“Kita juga akan menjemput agensi-agensi yang berkaitan seperti jabatan pertanian, atau pengusaha-pengusaha makanan dan lain-lain lagi untuk membantu Komuniti Madani kita ini dari awal hinggalah permohonan bantuan dana seperti Dana Sejati Madani sekiranya diperlukan,” katanya

Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar mengingatkan agar semua komuniti untuk memainkan peranan membantu masyarakat mahupun ibu bapa menangani isu buli yang semakin kerap terjadi terutamanya kepada golongan pelajar.

“Buli di sekolah merupakan satu lagi gejala yang serius, kira-kira lebih 20 peratus kalangan remaja melaporkan pernah menjadi mangsa buli dan ini boleh membawa kepada masalah kesihatan mental seperti kemurungan dan kebimbangan seterusnya mempengaruhi hubungan mereka dengan keluarga jika tidak ditangani segera.

“Jadi, saya rasakan komuniti perlu terlibat dalam menangani masalah ini, meskipun tidak secara langsung komuniti boleh mengadakan program-program kesedaran seperti mengadakan ceramah, bengkel-bengkel menangani kes buli serta aktiviti-aktiviti yang mendidik masyarakat tentang tanda-tanda buli, kesan negatif buli dan cara melaporkan seterusnya menangani situasi buli,” katanya.

Menurutnya, komuniti juga harus bekerjasama dengan pihak sekolah dan ibu dalam merancang dan melaksanakan aktiviti yang bertujuan untuk memerangi buli, dengan itu mesej anti-buli dapat disebarkan dengan lebih meluas dan berkesan.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/07/jana-pendapatan-bantu-ekonomi-b40-menerusi-inovasi/feed/ 0 61813
Komuniti medium terbaik sebarkan mesej, aktiviti kerajaan https://sabahmedia.com/2024/08/10/komuniti-medium-terbaik-sebarkan-mesej-aktiviti-kerajaan/ https://sabahmedia.com/2024/08/10/komuniti-medium-terbaik-sebarkan-mesej-aktiviti-kerajaan/#respond Sat, 10 Aug 2024 06:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58826
Read Time:1 Minute, 28 Second

Membakut:   Komuniti di setiap daerah merupakan medium terbaik dalam menyebarkan mesej dan aktiviti jabatan serta organisasi kerajaan.

Pegawai Daerah Membakut, Ibrahim Terki berkata, setiap agensi kerajaan perlu menjadikan komuniti sebagai rakan strategik utama agar segala inisiatif kerajaan dapat disampaikan dengan cepat dalam skala yang besar.

“Dengan hubungan agensi kerajaan bersama komuniti, secara tidak langsung akan mengukuhkan lagi semangat perpaduan, kekitaan dalam kalangan masyarakat seiring dengan semangat Malaysia Madani.

Pegawai Daerah Membakut, Ibrahim Terki

“Program-program melibatkan komuniti amat penting bagi memberikan impak yang positif dalam mengekalkan keakraban dan perlu dipergiatkan lagi dari masa ke semasa” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Malam Simfoni Jiwa Merdeka di Dewan Terbuka Membakut anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN), Negeri Sabah.

Ibrahim berkata melalui program seperti ini akan mendorong masyarakat setempat untuk melibatkan diri memeriahkan lagi suasana selain  dapat menjana pendapatan para peniaga kecil.

Progam Simfoni Jiwa Merdeka merupakan program hiburan berinformasi yang dibawakan oleh Pentarama JAPEN Sabah dalam menyuntik semangat patriotik sempena bulan kebangsaan disamping berhibur dengan persembahan nyanyian serta sketsa pendek.

Selain itu, Ibrahim berkata tema hari kebangsaan ‘Malaysia Madani, Jiwa Merdeka’ bertepatan dalam menzahirkan semangat kebebasan dan kemandirian yang diwarisi dari pejuang kemerdekanan.

“Marilah sama-sama bertekad bagi memperkukuhkan lagi semangat kemerdekaan dalam diri masing-masing serta menyahut seruan untuk membina negara yang maju, makmur serta berjaya,” katanya.

Ibrahim turut menyeru masyarakat Membakut agar menyahut seruan kerajaan ‘1 Rumah 1 Jalur Gemilang’ serta menggantikan bendera yang sudah lusuh.

Selain itu, beliau berharap agar masyarakat Membakut dapat menjaga hubungan keharmonian antara kaum dan jiran tetangga bagi menterjemah rasa cintakan kedamaian.

Dianggarkan lebih 1,000 warga Membakut memeriahkan majlis yang turut dihadiri Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor serta Timbalan Pengarah, Supian Musa dan Ketua Unit Kreatif FINAS Sabah, Drusella Brigit Ak Rijeng.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/10/komuniti-medium-terbaik-sebarkan-mesej-aktiviti-kerajaan/feed/ 0 58826
Komuniti Madani wujudkan komunikasi dua hala https://sabahmedia.com/2024/06/11/komuniti-madani-wujudkan-komunikasi-dua-hala/ https://sabahmedia.com/2024/06/11/komuniti-madani-wujudkan-komunikasi-dua-hala/#respond Tue, 11 Jun 2024 08:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55838
Read Time:1 Minute, 36 Second

Kota Kinabalu : Penubuhan Komuniti Madani dilihat akan dapat mewujudkan komunikasi dua hala di antara kerajaan dan rakyat.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, hubungan erat di antara Komuniti Madani dan kerajaan dapat mewujudkan sinergi yang baik.

“Pada hari ini (semalam) saya mengambil sedikit masa bertemu dengan pengerusi dan wakil Komuniti Madani untuk bertukar fikiran, menjawab persoalan, menyampaikan pandangan dan meneliti masalah yang dibangkitkan.

“Saya berharap agar hubungan di antara Komuniti Madani dengan kerajaan akan dapat wujudkan satu sinergi yang baik di mana rakan-rakan Komuniti Madani dapat membantu menyampaikan maklumat ke peringkat akar umbi.

“Di samping itu, Komuniti Madani juga dapat menyalurkan isu-isu yang dihadapi oleh peringkat akar umbi sehingga sampai ke pejabat saya.

“Ini yang kita harap ada komunikasi dua hala yang lebih cergas, baik dan bermanfaat,” katanya ketika ditemui media selepas program Sembang Santai Komuniti Madani di sini, semalam.

Dalam majlis berkenaan, beliau turut menyampaikan Watikah Rasmi Penubuhan Komuniti Madani bagi kawasan Parlimen Putatan kepada sembilan Pengerusi Komuniti Madani.

Sementara itu, mengulas mengenai penyasaran subsidi diesel, Fahmi memaklumkan dalam Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0, telah ditetapkan 23 kategori kenderaan yang layak menerima bantuan Fleet Card subsidi diesel pada harga RM2.15 seliter.

“Ini akan dapat membantu khususnya kenderaan yang mengangkut barang makanan, keperluan asas dan keperluan harian termasuk yang akan sampai ke Sabah, Sarawak dan Labuan.

“Berdasarkan kajian dan pengamatan oleh pihak Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), kita percaya waktu ini harga barang di Sabah, Sarawak dan Labuan tidak akan terkesan.

“Sekiranya ada kelihatan peningkatan mendadak terhadap harga barang, tolong maklumkan kepada pihak KPDN agar tindakan penguatkuasaan boleh diambil segera,” katanya.

Selain itu, Fahmi turut memaklumkan beberapa syarikat yang ditugaskan untuk membina menara telekomunikasi berjaya menyiapkan jumlah melebihi sasaran yang ditetapkan dalam tempoh yang singkat.

“Kita akan terus memantau proses penyiapan menara-menara tersebut dan kita ingin segera menyelesaikan masalah internet yang dihadapi termasuk penduduk di negeri Sabah,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/11/komuniti-madani-wujudkan-komunikasi-dua-hala/feed/ 0 55838