komuniti – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 04 Oct 2025 09:20:49 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png komuniti – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Program Karnival Perpaduan Komuniti kukuhkan jalinan agensi dan rakyat https://sabahmedia.com/2025/10/04/program-karnival-perpaduan-komuniti-kukuhkan-jalinan-agensi-dan-rakyat/ https://sabahmedia.com/2025/10/04/program-karnival-perpaduan-komuniti-kukuhkan-jalinan-agensi-dan-rakyat/#respond Sat, 04 Oct 2025 09:19:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82519
Read Time:1 Minute, 18 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Program Karnival Perpaduan Komuniti peringkat Majlis Perbandaran Tawau (MPT) berjaya menghimpunkan lebih 300 penduduk dari kawasan Muhibbah Bal dan Taman Victoria dalam satu usaha memperkukuh semangat perpaduan dan kebersamaan antara agensi kerajaan serta masyarakat setempat.

Program anjuran MPT itu turut melibatkan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan termasuk Jabatan Perpaduan Negara, KEMAS, Hospital Besar Tawau, Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau, PDRM, JKM, Jabatan Air, JKR, KPDN, SESB serta jabatan-jabatan Persekutuan dan negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan, Datuk Rina Jainal berkata, pihaknya menghargai usaha semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program tersebut.

“Program seperti ini mencerminkan semangat perpaduan sebenar dan menjadi platform memperkukuh hubungan antara rakyat dengan agensi kerajaan,” katanya ketika berucap sempena majlis perasmian program tersebut yang diadakan di Dewan Terbuka Taman Victoria

Beliau berkata, konsep perpaduan dalam komuniti perlu terus diperkasakan kerana ia melambangkan keharmonian dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum, agama dan budaya.

Katanya, melalui program seperti itu, ia bukan sahaja mampu menyatukan penduduk setempat, tetapi juga memperkukuh kepercayaan masyarakat terhadap dasar dan inisiatif kerajaan.

Program itu turut diadakan bersempena Sambutan Ulang Tahun Ke-55 Pengisytiharan Rukun Negara, sekali gus memberi peluang kepada masyarakat menghayati makna sebenar falsafah kebangsaan yang menjadi asas perpaduan rakyat Malaysia.

“Rukun Negara bukan sekadar simbol, tetapi benteng utama terhadap perpecahan. Nilai hormat, kemanusiaan dan keadilan sosial perlu terus dipupuk dalam setiap lapisan masyarakat,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan harapan agar penganjuran program sebegini menjadi titik tolak kepada lebih banyak inisiatif komuniti bersifat inklusif dan progresif pada masa hadapan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/04/program-karnival-perpaduan-komuniti-kukuhkan-jalinan-agensi-dan-rakyat/feed/ 0 82519
Persekitaran inklusif untuk semua komuniti https://sabahmedia.com/2024/11/03/persekitaran-inklusif-untuk-semua-komuniti/ https://sabahmedia.com/2024/11/03/persekitaran-inklusif-untuk-semua-komuniti/#respond Sun, 03 Nov 2024 05:14:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63230
Read Time:1 Minute, 46 Second

Sandakan: Peruntukan sebanyak RM56.75 juta untuk sekolah dan badan agama bukan Islam mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri untuk mewujudkan persekitaran inklusif.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, peruntukan itu menunjukkan peningkatan sebanyak RM2.7 juta berbanding RM54.05 juta pada tahun lalu.

Katanya, Kerajaan Negeri turut menyokong budaya dan tradisi masyarakat berbilang kaum di Sabah, termasuk tarian singa, yang mempunyai sejarah yang kaya dan berkait rapat dengan budaya negeri.

“Menyedari kepentingan ini, Kerajaan Negeri pada Januari tahun ini telah menyumbangkan kepala singa kepada sejumlah 39 persatuan tarian singa di Sandakan, satu isyarat muhibah yang juga diteruskan di banyak daerah lain di seluruh Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Pertandingan Tarian Singa Tiang Tinggi Kebangsaan dan Antarabangsa Little Hong Kong di Kompleks Sukan Sandakan di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Datuk Phoong Jin Zhe.

Hajiji berkata, Sandakan, yang dahulunya dikenali sebagai Little Hong Kong, telah lama menjadi tempat pertembungan budaya, di mana tarian singa berkembang sebagai simbol perpaduan dan kebanggaan budaya.

“Tradisi ini dibawa oleh para pendatang awal dan sejak itu menjadi sebahagian daripada perayaan kita. 

“Kumpulan tempatan telah menjaga tradisi ini hidup, menyebarkan kemahiran dan pengetahuan mereka dari generasi ke generasi, memastikan tarian singa kekal sebagai bahagian penting dan berharga dalam warisan budaya kita,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, tarian singa telah berkembang dan semakin pesat di Malaysia sepanjang tahun yang menjadi sebahagian penting daripada perayaan budaya negara, khususnya semasa Tahun Baru Cina dan perayaan besar yang lain.

“Malah, pada bulan Ogos tahun ini, kerajaan Malaysia dan China secara bersama telah mencalonkan tarian singa untuk senarai warisan budaya UNESCO, satu langkah yang saya pasti akan meningkatkan lagi status seni purba ini di peringkat serantau dan global,” katanya.

Beliau berkata kehadiran lapan pasukan antarabangsa dari pelbagai negara di seluruh dunia serta dari seluruh Malaysia telah menambah kepelbagaian budaya yang kaya kepada pertandingan ini.

“Penyertaan mereka bukan sahaja menyerlahkan tarikan global tarian singa tetapi juga mengukuhkan semangat muhibah dan hormat-menghormati yang ditunjukkan oleh pertandingan ini.

“Melalui perhimpunan seperti ini, kita memperkukuh ikatan, saling belajar, dan meraikan warisan budaya yang dikongsi bersama,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/03/persekitaran-inklusif-untuk-semua-komuniti/feed/ 0 63230
Individu, kumpulan main peranan jayakan konsep Madani https://sabahmedia.com/2024/10/24/individu-kumpulan-main-peranan-jayakan-konsep-madani/ https://sabahmedia.com/2024/10/24/individu-kumpulan-main-peranan-jayakan-konsep-madani/#respond Wed, 23 Oct 2024 23:36:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62652
Read Time:1 Minute, 6 Second

Keningau : Setiap individu dan kumpulan memainkan peranan penting dalam membina masa depan yang lebih baik untuk semua khususnya dalam menjayakan sebuah konsep Madani yang diperkenalkan Kerajaan Persekutuan.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, Program Jiwa Komuniti Madani adalah selari dengan aspirasi Madani, yang menekankan pembinaan masyarakat yang bersatu padu, berprinsip, dan seimbang dari aspek rohani dan material.

“Sebagai sebuah masyarakat, kita perlu memahami bahawa pembangunan komuniti bukan sekadar soal fizikal atau ekonomi semata-mata, tetapi juga soal kemanusiaan, kepedulian sosial, dan kerjasama.

“Nilai- nilai seperti tolong-menolong, kesepaduan, dan rasa tanggungjawab antara satu sama lain haruslah menjadi tunjang utama dalam komuniti kita. Setiap daripada kita memainkan peranan penting dalam membina komuniti yang harmoni,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Jiwa Komuniti Madani Paluan Dalit di sini baru-baru ini.

Ellron yang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sook berkata, semua pihak perlu memastikan setiap individu, tanpa mengira latar belakang, mendapat sokongan dan bimbingan yang sewajarnya.

Katanya, program itu juga adalah salah satu cara untuk mengukuhkan peranan masyarakat dalam mendukung kebajikan bersama.

“Selain mempererat hubungan antara masyarakat tetapi juga menggalakkan penyertaan aktif dalam kerja-kerja komuniti, serta menyemai semangat sukarelawan dan kebersamaan.

“Selain itu juga, program ini bertujuan untuk menyampaikan dasar dan maklumat kerajaan melalui sesi ceramah dan juga pameran yang diadakan,” katanya.  – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/24/individu-kumpulan-main-peranan-jayakan-konsep-madani/feed/ 0 62652
DUN Sabah : PPS Komuniti Perlu Diwujudkan Bantu Mangsa Banjir Terputus Hubungan https://sabahmedia.com/2022/03/22/dun-sabah-pps-komuniti-perlu-diwujudkan-bantu-mangsa-banjir-terputus-hubungan/ https://sabahmedia.com/2022/03/22/dun-sabah-pps-komuniti-perlu-diwujudkan-bantu-mangsa-banjir-terputus-hubungan/#respond Tue, 22 Mar 2022 05:45:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13326
Read Time:1 Minute, 35 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan perlu mewujudkan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Komuniti bagi membantu Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Beaufort bagi membantu mangsa terjejas banjir dan terputus hubungan khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan.

Ahli Dewan Undanagan Negeri (ADUN) Lumadan Ruslan Muharam berkata, jarak kampung yang jauh selain kekurangan anggota kerja dan jentera yang membantu memindahkan penduduk turut menyebabkan proses penyelamatan dan pemindahan mangsa mengambil masa lama.

“Oleh yang demikian, saya mencadangkan agar PPS Komuniti di dewan-dewan sedia ada diwujudkan di DUN Lumadan  melibatkan beberapa buah kampung yang sering terputus hubungan seperti di Kampung Lumadan, Kampung Suasa, Kampung Bukau dan Kampung Bangkalalak.

“Saya juga ingin berterima kasih kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) kerana telah melaksanakan pembersihan sepanjang 3.5km daripada 10.5km di Sungai Api-Api, Kg Tamalang Along Bukau dan kawasan – kawasan yang lain pada tahun yang lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan ucapan dasar kerajaan di Persidangan DUN Sabah disini hari ini.

Ruslan berkata, usaha itu telah memberi kesan positif di mana air banjir lebih cepat surut dan dapat melancarkan aliran air banjir di kawasan – kawasan yang sering terjejas pada 2021.

Katanya, beliau turut memohon agar pembersihan sungai Api – Api disambung daripada yang telah dibersihkan iaitu sepanjang 7.0 km.

“Sistem perparitan dan saliran di sungai ini dan sungai – sungai lain juga perlu diselanggarakan sekurang – kurangnya sekali setahun bagi mengurangkan kesan banjir.

“Kedudukan kawasan penempatan penduduk di DUN Lumadan yang tertumpu di sepanjang hiliran Sungai Padas menyebabkan 80 peratus daripada kawasan-kawasan kampung dalam DUN Lumadan mengalami risiko banjir apabila air sungai Padas melimpah.

“Oleh itu, saya mencadangkan juga agar satu lencongan lagi dibina untuk mengurangkan masalah banjir, contohnya dari Terusan Suasa-Nabahan ke Sungai Mambangan terus ke dasar laut melibatkan pembinaan lencongan sepanjang enam kilometer” katanya.

Katanya, menerusi inisiatif itu ianya akan mengurangkan risiko banjir dan tempoh pembinaan adalah lebih kurang satu hingga dua tahun dengan kadar yang rendah.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/22/dun-sabah-pps-komuniti-perlu-diwujudkan-bantu-mangsa-banjir-terputus-hubungan/feed/ 0 13326
Penduduk Kg Nawanon Kini Miliki Dewan Komuniti Baharu https://sabahmedia.com/2021/12/30/penduduk-kg-nawanon-kini-miliki-dewan-komuniti-baharu/ https://sabahmedia.com/2021/12/30/penduduk-kg-nawanon-kini-miliki-dewan-komuniti-baharu/#respond Thu, 30 Dec 2021 06:23:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10466
Read Time:1 Minute, 38 Second

RANAU: Penduduk Kg Nawanon di sini menarik nafas lega kerana hasrat memiliki sebuah Dewan Mini ‘Dewan Komuniti’ yang baharu tercapai dan telah siap dibina sepenuhnya.

Dewan Komuniti yang menelan kos kira-kira RM200 ribu itu, acara perasmiannya telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Jonathan Yasin, baru-baru ini.

Acara perasmian Dewan Komuniti tersebut bertambah meriah diserikan lagi dengan sambutan Hari Krismas peringkat Kg Nawanon dihadiri ratusan penduduk setempat termasuk rombongan  dari Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan.

Datuk Jonathan yang juga Ahli Parlimen Ranau  dalam ucapannya, menyeru penduduk Kg Nawanon supaya memanfaatkan sepenuhnya apa juga  sumbangan kemudahan dan bantuan daripada kerajaan.

“Gunakanlah bangunan Dewan Komuniti ini, sepenuhnya untuk mengadakan pelbagai aktiviti atau program yang boleh mendatangkan faedah khususnya ke arah meningkatkan taraf ekonomi  penduduk di sini,’ katanya.

Beliau juga menyarankan kepada pemimpin peringkat kampung agar menjalankan tugas dan tanggungjawab  serta kerjasama sebaik mungkin dengan penduduk bagi membolehkan kerajaan melaksanakan pembangunan diperingkat kampung.

“Tugas pemimpin di peringkat kampung adalah untuk memastikan masyarakat sentiasa bersatu padu bagi mengekalkan persaudaraan sedia terjalin erat,” tegasnya.

Menyentuh apa juga perayaan yang diraih , Datuk Jonathan juga menyeru rakyat supaya menjadikan perayaan itu sebagai wadah memperkukuhkan persaudaraan dan toleransi tanpa membezakan agama, suku kaum dan ideologi politik.

“Jadikanlah apa  juga perayaan di tempat kita sebagai perayaan bersama ke arah menyatupadukan dan mengekalkan keharmonian yang sudah kita pupuk sekian lama,” jelasnya.

Terdahulu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kg Nawanon yang juga Pengerusi penganjur, Jemisi Sabal dalam ucapannya mewakili penduduk berterima kasi atas kehadiran Datuk Jonathan dan rombonganya ke majlis yang disifatkannya sebagai ‘Bersejarah’ kerana perasmian bangunan Dewan Komuniti yang sudah sekian lama ditunggu-tunggu.

“Saya mewakili penduduk Kg Nawanon merakam penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Jonathan kerana prihatin membantu penduduk di sini untuk mendapatkan peruntukan kewangan menerusi  Kementerian  Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Malaysia bagi membina sebuah Dewan Komuniti yang kini tersergam indah,”katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/30/penduduk-kg-nawanon-kini-miliki-dewan-komuniti-baharu/feed/ 0 10466
Program Merakyatkan Seni & Budaya Beri Manfaat Kepada Komuniti https://sabahmedia.com/2021/12/26/program-merakyatkan-seni-budaya-beri-manfaat-kepada-komuniti/ https://sabahmedia.com/2021/12/26/program-merakyatkan-seni-budaya-beri-manfaat-kepada-komuniti/#respond Sun, 26 Dec 2021 10:59:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10322
Read Time:1 Minute, 28 Second

RANAU: Penganjuran program Merakyatkan Seni dan Budaya di Kundasang, adalah untuk menyemarakkan semula aktiviti seni budaya dengan memaparkan kepelbagaian seni budaya setempat yang mampu meningkatkan dan memacu semula ekonomi negara.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Sri Nancy Shukri berkata, program seperti ini mampu memaparkan  pelbagai  aktiviti seni dan budaya berbentuk persembahan, pertandingan,  demonstrasi dan bengkel muzik bersama komuniti setempat serta pemberian sumbangan kepada persatuan dan penggiat seni budaya tempatan.

“Setiap aktiviti yang diadakan dapat memberi manfaat kepada komuniti seterusnya memberi  pendapatan berasaskan pembangunan produk,” katanya semasa merasmikan program tersebut.

Dalam pada itu Nancy turut menyampaikan sumbangan kepada penggiat seni budaya setempat yang yang terjejas akibat daripada pandemik COVID- 19. Penerima terdiri daripada tujuh persatuan dan satu galeri dari kumpulan penggiat seni budaya di Kundasang yang menerima insentif seni berbentuk dana berjumlah RM5,000.00 setiap satu melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM40,000 bagi membangun kembali aktiviti produk seni.

Pada masa yang sama, beliau turut melancarkan Homestay baharu di Kundasang iaitu Homestay Kampung Stay di bawah pengurusan Walai Tokou Homestay.

Nancy melawat tapak gerai sayuran Pekan Kundasang.

Nancy juga berkesempatan melawat tapak gerai sayuran Pekan Kundasang yang menjual pelbagai produk makanan warisan budaya Keluarga Malaysia di Sabah yang boleh diangkat menjadi produk pelancongan di sini.

Katanya, bagi membantu peniaga di sini dan merancakkan lagi aktiviti mereka, MOTAC memperuntukkan bantuan insentif untuk tujuan tersebut.

Turut Hadir pada program itu ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri II merangkap Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin, Ketua Setiausaha Kementetian  Pelancongan  Seni Dan Budaya Malaysia,  Datuk Wira Dr.Noor Zari Hamat, Timbalan  Ketua Setiausaha Kebudayaan Kementerian, Seni Dan Budaya Malaysia,  Saraya Arbi,  Ketua Pengarah  Jabatan  Kebudayaan Dan  Kesenian Negara, Masran Mohd Yusop dan Pegawai Daerah Ranau, Syahrin Samsir.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/26/program-merakyatkan-seni-budaya-beri-manfaat-kepada-komuniti/feed/ 0 10322
Projek Ecolinc Kinabalu Berjaya Cipta Kerjasama Kuat Antara Kerajaan & Komuniti https://sabahmedia.com/2021/12/05/projek-ecolinc-kinabalu-berjaya-cipta-kerjasama-kuat-antara-kerajaan-komuniti/ https://sabahmedia.com/2021/12/05/projek-ecolinc-kinabalu-berjaya-cipta-kerjasama-kuat-antara-kerajaan-komuniti/#respond Sun, 05 Dec 2021 11:30:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9356
Read Time:2 Minute, 50 Second

RANAU: Projek Ecolinc Kinabalu telah berjaya mencipta kerjasama yang kuat antara pihak Kerajaan dan komuniti dalam pengurusan sumber alam secara mampan.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr. Joachim Gunsalam yang bangga dengan pencapaian ini berkata, ia jelas menunjukkan komitmen Kerajaan di dalam membantu komuniti bukan sahaja dalam aktiviti berbentuk konservasi alam tapi juga dari aspek pembangunan kapasiti diri dan pembangunan taraf hidup.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Balai Komuniti Kampung Bundu Tuhan dan pelancaran tiga denai baharu projek tersebut di majlis yang diadakan di kampung tersebut kelmarin.

Projek Ecolinc Kinabalu ini bermula dengan satu kajian oleh ERE consultant pada tahun 2011 yang bertujuan untuk melihat keperluan dan kepentingan pembentukan ‘ecological linkage’ yang menghubungkan dua taman daratan terbesar Taman -Taman Sabah, iaitu Crocker Range Park dan Kinabalu Park.

“Waktu itu, saya masih berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Taman -Taman Sabah. Sokongan saya terhadap pelaksanaan projek Ecolinc yang dikenali sebagai ’Projek Wildlife Corridor’ (Koridor Hidupan Liar) pada masa itu tidak sia-sia.

“Hari ini, Projek Ecolinc telah lahir dan dilaksanakan di Kampung Bundu Tuhan. Saya sangat berbangga dengan kejayaan ini,” kata Dr. Joachim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang.

Menurut Dr Joachim, Memorandum Persefahaman (MOU) antara kedua belah pihak telah dimeterai sejak Disember 2014 lagi. Kerjasama ini dizahirkan dengan pembinaan pusat benih semaian (nursery) pada tahun 2015 dan dirasmikan pada Mei 2016.

Pembinaan nursery ini bertujuan untuk melicinkan program restorasi hutan dan kawasan terjejas. Lebih 2,000 anak pokok boleh ditempatkan di nursery ini untuk ditanam di Kampung Bundu Tuhan serta beberapa kampung terpilih yang lain.

Selain itu, Komuniti Kampung Bundu Tuhan juga dilibatkan secara langsung dengan program pertanian mampan.

“Justeru, Projek Ecolinc Kinabalu telah memperkenalkan sistem pertanian mampan yang mana lebih bersifat mesra alam.

“Program ini dijalankan dengan teliti dan dilengkapi dengan pembelajaran dan latihan aplikasi pertanian lestari. Pakar-pakar dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) turut dijemput untuk memberikan pendedahan tentang teknik teknk pertanian mampan.

“Produk hasilan pertanian bukan sahaja terhad kepada produk mentah tapi juga berproses seperti serunding tuhau, jeruk sayur serta penghasilan baja kompos,” katanya.

Pada tahun 2019 sehingga kini, katanya, masyarakat Kampung Bundu Tuhan telah menikmati pertambahan dari sudut pengeluaran produk pertanian dan mendapat peningkatan dari segi aspek pendapatan.

“Pada hari ini, kita dapat melihat hasil kerjasama yang erat ini melalui perasmian Balai Komuniti Kampung Bundu Tuhan.

“Balai Komuniti ini dibangunkan dengan bantuan dana yang diberikan oleh pihak Projek Ecolinc Kinabalu dibawah program Sabah EU-REDD+.

“Balai Komuniti ini akan dijadikan sebagai pusat pentadbiran oleh Jawatankuasa Pemegang amanah Hutan Lindungan Komuniti (Winokok) Bundu Tuhan,” kata Dr Joachim, yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian (MID).

Tambahnya, dengan adanya balai ini, maka pengurusan hal ehwal berkaitan dengan pengurusan hutan Winokok dapat dilaksanakan dengan lebih mudah dan selesa.

Selain daripada perasmian Balai Komuniti, Pihak Komuniti Bundu Tuhan juga akan menerima 14 unit perangkap kamera sumbangan daripada Projek Ecolinc Kinabalu. Perangkap kamera ini boleh digunakan untuk pemantauan hutan Winokok dengan lebih berkesan dan sistematik.

Dr. Joachim turut merasmikan pembukaan tiga denai ‘Heritage Trail’, Hatob Trail’ dan ‘Boundary Trail’.

“Saya akan terus menyokong projek- projek kerjasama antara Kerajaan dan komuniti seumpama ini.

“Kerjasama antara pihak Kerajaan dan komuniti setempat adalah kunci keberkesanan usaha menjaga sumber alam kita,” kata beliau, sambil mengucapkan syabas kepada Taman Taman Sabah dan Komuniti Kampung Bundu Tuhan atas keberjayaan kerjasama erat ini.

“Saya berharap agar perkara seumpama ini berterusan dan menjadi ikutan oleh pelbagai pihak di seluruh negeri Sabah khususnya dan masyarakat dunia amnya,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/05/projek-ecolinc-kinabalu-berjaya-cipta-kerjasama-kuat-antara-kerajaan-komuniti/feed/ 0 9356
STB Galak Komuniti Pelancongan Luar Bandar Tingkatkan Kemahiran https://sabahmedia.com/2021/11/16/stb-galak-komuniti-pelancongan-luar-bandar-tingkatkan-kemahiran/ https://sabahmedia.com/2021/11/16/stb-galak-komuniti-pelancongan-luar-bandar-tingkatkan-kemahiran/#respond Tue, 16 Nov 2021 10:48:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8531
Read Time:1 Minute, 23 Second

KIULU: Pengusaha pelancongan luar bandar di sini digalakkan untuk melengkapkan diri dengan pengurusan risiko bagi memastikan persekitaran yang selamat kepada pengunjung mereka.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Joniston Bangkuai, berkata ini penting untuk menyediakan perkhidmatan cemerlang kepada pengunjung dan memastikan sifar kemalangan di pusat pelancongan.

“Kita mahu pengunjung datang berulang-ulang. Kita tidak mahu perkara yang buruk berlaku kepada pengunjung kerana ia akan memberi kesan yang buruk terhadap pelancongan kita. Oleh itu Lembaga Pelancongan Sabah (STB) sangat menggalakkan komuniti luar bandar memanfaatkan peluang peningkatan kemahiran.

“Jika pengunjung berpuas hati dengan pengurusan kita, sudah tentu mereka akan kembali. Justeru, adalah penting untuk kita memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan STB mempunyai peruntukan khas untuk menyokong kursus peningkatan kemahiran,” katanya.

Joniston, yang juga pengerusi STB, berkata demikian pada penutupan Program Bina Kapasiti Persatuan Pelancongan Kiulu (KTA) dan pelancaran dewan serbaguna di Monggoluton River View dan Picnic Center di sini, pada Isnin lepas.

Turut hadir ialah presiden KTA, Mejin Maginggow, dan pengurus Monggoluton River View dan Picnic Center, Brolyn Bilid Benjamin.

Joniston turut berkata sasaran STB adalah untuk Kiulu diiktiraf sebagai destinasi pelancongan luar bandar bertaraf dunia, sama seperti Kadamaian, yang telah menerima Anugerah Standard ASEAN 2019-2020.

Seramai 25 ahli KTA dan pengusaha pelancongan menghadiri kursus bina kapasiti yang diadakan di dewan serbaguna baru itu, yang merupakan sebahagian daripada Sabah New Deal.

Kursus tersebut memfokuskan cara untuk mengendalikan risiko secara profesional dalam situasi kecemasan seperti lemas di sungai, tersesat di dalam hutan, dan cedera, antara lain.

“Kami mahu komuniti Kiulu dan pengusaha pelancong mempunyai bukan sahaja tempat yang menarik untuk dikunjungi, tetapi juga kemahiran yang mereka perlukan untuk maju,” kata Mejin selaku mentor program bina kapasiti.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/16/stb-galak-komuniti-pelancongan-luar-bandar-tingkatkan-kemahiran/feed/ 0 8531
COVID-19: Dua Kluster Baharu Jenis Komuniti Direkodkan Di Sabah https://sabahmedia.com/2021/11/03/covid-19-dua-kluster-baharu-jenis-komuniti-direkodkan-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/11/03/covid-19-dua-kluster-baharu-jenis-komuniti-direkodkan-di-sabah/#respond Wed, 03 Nov 2021 13:52:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8163
Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Dua kluster baharu merupakan jenis komuniti direkodkan di Sabah hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, dua kluster tersebut iaitu Kluster Sawit Jati, Kinabatangan dan Kluster Tumbalang, Ranau.

Katanya, Kluster Sawit Jati, Kinabatangan tercetus selepas kes indeks seorang lelaki warganegara Indonesia berusia 47 tahun, bekerja di sebuah ladang kelapa sawit (gatekeeper) di dalam Daerah Kinabatangan, mengalami sesak nafas dan demam sejak 20 Oktober 2021, disahkan positif COVID-19 pada 21 Oktober 2021 oleh Klinik Swasta Mabello Paris, Kinabatangan dan telah dirujuk ke Hospital Kinabatangan untuk rawatan lanjut.

Berikutan dengan kes tersebut, aktiviti persampelan kontak seterusnya mendapati seramai 25 kontak sosial, pekerja dan tanggungan turut positif COVID-19.

Manakala kluster kedua iaitu Kluster Tumbalang, Ranau dikesan di Daerah Ranau pada 23 Oktober 2021.

Menurut Masidi, kes indeks adalah lelaki tempatan berusia 37 tahun bekerja sebagai pemandu kereta sapu, disahkan positif COVID-19 di Hospital Ranau selepas bergejala sejak 19 Oktober 2021 dengan keputusan positif COVID-19.

“Saringan kontak rapat yang dilakukan pada 25 Oktober sehingga 1 November 2021 mendapati seramai 54 orang daripada lokaliti yang sama dikesan positif COVID-19.

“Namun pada 3 November 2021, terdapat tambahan sebanyak dua orang lagi penduduk daripada Kg Tumbalang turut dikesan positif COVID-19 melalui saringan kontak rapat di klinik Timbua, menjadikan keseluruhan kes adalah sebanyak 56 kes,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/03/covid-19-dua-kluster-baharu-jenis-komuniti-direkodkan-di-sabah/feed/ 0 8163
UMS – DBKK Anjur Kursus Pembangunan Pakej Pelancongan dan e-Pemasaran Kepada Komuniti Kampung Darau https://sabahmedia.com/2021/10/28/ums-dbkk-anjur-kursus-pembangunan-pakej-pelancongan-dan-e-pemasaran-kepada-komuniti-kampung-darau/ https://sabahmedia.com/2021/10/28/ums-dbkk-anjur-kursus-pembangunan-pakej-pelancongan-dan-e-pemasaran-kepada-komuniti-kampung-darau/#respond Thu, 28 Oct 2021 08:13:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8011
Read Time:2 Minute, 20 Second

KOTA KINABALU: Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) bersama Jabatan Pembangunan Pelancongan Bandar, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), menganjurkan Kursus Pembangunan Pakej Pelancongan dan e-Pemasaran kepada komuniti Kampung Darau, Inanam baru-baru ini.

Perasmiannya disempurnakan Pengarah Jabatan Kemajuan Pelancongan Bandaraya, DBKK Fauziahton Ag. Samad.

Dalam ucapannya Fauziahton berkata, kursus itu sebahagian daripada inisiatif DBKK ke arah pembangunan kapasiti komuniti dalam mempersiapkan mereka untuk memulakan aktiviti pelancongan.

“Kampung Darau didapati telah menjadi tumpuan orang ramai sebagai sebuah destinasi pelancongan berasaskan komuniti semasa pihak DBKK membuat Audit Potensi Produk Pelancongan secara rasmi pada tahun lalu.

“Oleh yang demikian, sebanyak enam lagi kursus akan diadakan dalam tempoh tiga bulan akan datang melalui kerjasama antara DBKK dan UMS bagi menyokong pembangunan pelancongan berasaskan komuniti di sini,” katanya.

Pada kursus tersebut, seramai dua pensyarah UMS telah dijemput mengongsikan pengetahuan dan pengalaman kepada 32 peserta yang hadir.

Ketua Program Pengurusan Pelancongan FPEP UMS, Profesor Madya Dr. Awangku Hassanal Bahar Pengiran Bagul memberi tunjuk ajar kepada peserta tatacara mengembangkan pakej pelancongan serta membuat e-pemasaran berdasarkan pelan pembangunan program pelancongan mereka.

Beliau memberi bimbingan dengan mengenal pasti dan membincangkan potensi tarikan pelancongan, aktiviti, akses, penginapan, dan kemudahan di kampung itu..

Seorang lagi penceramah jemputan, Dr. Kelvin Yong, memberi taklimat tentang medium e-pemasaran secara berkesan yang bersesuaian dengan pelancongan berasaskan komuniti. Beliau turut memberi tunjuk ajar teknik penggunaan media sosial bagi mengiklankan produk pelancongan ke pasaran pada masa hadapan.

Kursus sehari itu menerima reaksi positif daripada komuniti Kampung Darau.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Anan Usoh berkata, pelbagai input dan idea telah diperoleh oleh para peserta termasuk mengenal pasti produk pelancongan dan kraf tangan sedia ada yang memerlukan lebih banyak inovasi dan promosi.

“Selain itu, ahli komuniti juga memperoleh pengetahuan baharu mengenai kaedah berkesan untuk e-pemasaran memandangkan dunia hari ini hanya berada di hujung jari sahaja.

“Platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan Tik Tok adalah sangat berguna untuk mempromosikan Kampung Darau sebagai sebuah destinasi pelancongan akan datang.

“Terima kasih diucapkan kepada pihak yang terlibat dalam kursus Kampung Darau iaitu pihak DBKK dan UMS.

“Tidak lupa juga setinggi penghargaan kepada Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Darau dan semua peserta yang hadir,” katanya.

Sementara itu, Awangku Hassanal dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa FPEP UMS sebelum ini juga telah bekerjasama dengan DBKK dalam membangunkan pelancongan berasaskan komuniti bagi kawasan pinggir Bandar Raya Kota Kinabalu, khususnya Kampung Kobuni di Inanam.

“Justeru, saya berharap agar kursus kali ini juga dapat membantu komuniti Kampung Darau menjadi lebih yakin dalam menjalankan aktiviti pelancongan di kampung mereka.

“Kampung ini mempunyai potensi yang besar untuk menjadi satu destinasi pelancongan berasaskan komuniti kerana mempunyai sungai yang menarik, bakau dan hidupan liar seperti memerang dan beberapa jenis burung.

“Budaya masyarakat tempatan juga amat menarik terutamanya pasar dagangan barter dan gastronomi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/28/ums-dbkk-anjur-kursus-pembangunan-pakej-pelancongan-dan-e-pemasaran-kepada-komuniti-kampung-darau/feed/ 0 8011