Konsert – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 10 May 2026 12:05:01 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Konsert – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lebih 2,000 meriahkan Konsert 8070 sempena ulang tahun RTM https://sabahmedia.com/2026/05/10/lebih-2000-meriahkan-konsert-8070-sempena-ulang-tahun-rtm/ https://sabahmedia.com/2026/05/10/lebih-2000-meriahkan-konsert-8070-sempena-ulang-tahun-rtm/#respond Sun, 10 May 2026 12:02:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96462
Read Time:1 Minute, 17 Second

PENAMPANG : Seramai lebih 2,000 pengunjung hadir memeriahkan Konsert 8070 yang diadakan sempena sambutan Ulang Tahun RTM ke-80 dan Jubli Platinum 70 Tahun Radio RTM Sabah di sini pada Sabtu.

Konsert yang dimeriahkan dengan kehadiran artis tempatan itu adalah sebagai penghargaan buat pendengar serta penonton setia yang terus menyokong stesen penyiaran berkenaan sepanjang tujuh dekad di negeri ini.

Tirai persembahan dibuka dengan rangkaian lagu medley era 90-an oleh barisan penghibur RTM, sebelum pentas terus dihangatkan dengan penampilan artis popular tanah air, Afieq Shazwan  membawakan lagu Rindunya Rindu, Layu di Hujung Mekar dan duet bersama Joy iaitu lagu Bintang selain Haziq Rosebi yang mempersembahkan lagu Nurlela, Zuraida dan Lemak Manis.

Turut mencuri tumpuan ialah barisan bakat tempatan Sabah seperti Rey Kimara mendendangkan lagu tempatan Sabah iaitu Fikir-fikir Dulu yang dipopularkan oleh Datuk Francis Landong dan lagu Pukulan Borneo disusuli Sitipah Jahamin dengan lagu Sumandak Sabahan dan Sumilah Poh Bulan, Joy (Kau Curangi Aku dan Seperti Mati Lampu) dan Dhania dengan lagu Padan Muka dan I Will Survive nyanyian Gloria Gaynor.

Kemuncak acara diteruskan dengan persembahan legenda seni suara negara, Ramlah Ram yang memukau penonton dengan kelunakan vokal mantapnya melantunkan lagu Cintaku Hanyut di Lautan Sepi, Diam-diam Jatuh Cinta dan Kau Kunci Cintaku.

Sepanjang dua jam konsert berlangsung, para hadirin disajikan dengan gabungan lagu malar segar dan hits semasa yang mencetuskan suasana gamat dengan sorakan peminat.

Turut hadir, Pengarah Bahagian Program Radio, Jabatan Penyiaran Malaysia, Saifuzzaman Yusop dan Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia Sabah, Mohd Yusni Mohamed Ali. –JAPEN / FOTO RTM SABAH

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/10/lebih-2000-meriahkan-konsert-8070-sempena-ulang-tahun-rtm/feed/ 0 96462
Konsert Makan Malam Amal ‘The Legends’ 1 November depan https://sabahmedia.com/2024/07/10/konsert-makan-malam-amal-the-legends-1-november-depan/ https://sabahmedia.com/2024/07/10/konsert-makan-malam-amal-the-legends-1-november-depan/#respond Tue, 09 Jul 2024 23:34:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57299
Read Time:1 Minute, 16 Second

Kota Kinabalu:   Konsert Makan Malam Amal ‘The Legends’ akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada 1 November depan.  

Pengerusi Karyawan Malaysia, Datuk Khadijah Ibrahim berkata konsert tersebut bertujuan untuk mengumpul dana  bagi membantu rakan-rakan artis yang memerlukan dan ia merupakan anjuran Karyawan Malaysia. 

“Dana yang dikumpul bukan sahaja untuk membantu rakan-rakan artis tetapi mereka yang terlibat dalam bidang seni juga.

“Bantuan tersebut secara keseluruhannya di Malaysia bukan di Kuala Lumpur sahaja di mana sekiranya kami mendengar berita artis sakit kami akan mengunjungi mereka dan membantu dengan bantuan dana yang dikumpulkan akan diagihkan kepada yang memerlukan.

“Dalam konsert amal itu nanti kami akan kumpulkan 10 artis tempatan Sabah sebagai penerima sumbangan daripada Karyawan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, di sini semalam.

Khadijah berkata, konsert makan malam amal tersebut akan dihiburkan bersama Datuk Ramli Sarip, Datuk Jamal Abdillah, Stacy, Azharina, Mad Sabah dan juga saya sendiri.

“Dan konsert ini berasaskan Table Selling Dinner konsert dan sebanyak 200 meja  akan dijual harga bermula dari RM3,000,”katanya.

Khadijah berkata, kunjungannya adalah untuk menjemput Tun Juhar menghadiri konsert berkenaan.

Terdahulu, Tun Juhar turut menerima kunjungan Konsul Agung Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Dayang Fauzana Octavia Alli untuk memperkenalkan diri menggantikan Konsul Agung Negara Brunei Darussalam, Awang Hipni Matarsad.

Fauzana (kiri) ketika menyerahkan cenderamata kepada Tun Juhar.
]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/10/konsert-makan-malam-amal-the-legends-1-november-depan/feed/ 0 57299