konvo ums – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 22 Oct 2025 00:39:37 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png konvo ums – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Konvokesyen UMS ke-27 dianjak sehari lebih awal https://sabahmedia.com/2025/10/22/konvokesyen-ums-ke-27-dianjak-sehari-lebih-awal/ https://sabahmedia.com/2025/10/22/konvokesyen-ums-ke-27-dianjak-sehari-lebih-awal/#respond Wed, 22 Oct 2025 00:25:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83879
Read Time:57 Second

KOTA KINABALU : Istiadat Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) ke-27 melibatkan sidang satu dan dua akan diadakan sehari lebih awal, iaitu pada 28 November berbanding tarikh asal 29 November.

Pusat Komunikasi Korporat, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam satu kenyataan memaklumkan, perubahan itu dibuat selepas pengumuman rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menetapkan tarikh Pilihan Raya Umum Dewan Undangan (DU) Sabah Ke-17 pada 29 November 2025.

Menjelaskan perkara itu, UMS memaklumkan, pelarasan itu bertujuan memberi ruang kepada warga universiti, graduan dan ibu bapa untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi tanpa menjejaskan perjalanan majlis konvokesyen.

Sidang melibatkan sidang tiga dan empat pada 30 November (Ahad) serta sidang lima dan enam pada 1 Disember (Isnin) akan diteruskan seperti dalam jadual asal.

“Penjadualan semula ini membolehkan graduan, ibu bapa, warga universiti dan masyarakat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi tanpa menjejaskan kelancaran majlis konvokesyen,” menurut kenyataan itu.

UMS turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak atas kesabaran dan sokongan sepanjang proses pelarasan dilakukan serta memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul.

Para graduan disaran untuk melayari laman web rasmi konvokesyen UMS bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan majlis berkenaan. – SABAH MEDIA / FOTO UMS

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/22/konvokesyen-ums-ke-27-dianjak-sehari-lebih-awal/feed/ 0 83879
Doa, usaha pendorong utama kejayaan Asmaa https://sabahmedia.com/2024/12/10/doa-usaha-pendorong-utama-kejayaan-asmaa/ https://sabahmedia.com/2024/12/10/doa-usaha-pendorong-utama-kejayaan-asmaa/#respond Tue, 10 Dec 2024 01:39:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=65143
Read Time:1 Minute, 34 Second

Kota Kinabalu : Penerima Hadiah Tun Zaki Tun Azmi (Antarabangsa) Asmaa Chekima,23, menjadikan doa dan usaha sebagai pendorong utama dalam perjalanan akademiknya.

Pemegang kerakyatan Algeria itu merupakan  graduan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan dengan Kepujian (Perniagaan Antarabangsa) yang bergraduat pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) kali ke-26 di Dewan Canselor UMS di sini.

Asmaa turut mengakui terkejut kepada penganugerahan hadiah itu dan sentiasa berusaha keras  kerana ada impian ingin ditunaikan.

“Yang pertama adalah sentiasa berdoa tanpa henti dan jangan putus asa dalam segala hal, kerana tiada perkara yang dianggap mustahil sekiranya ada impian, yang penting terus berdoa dan berserah kepada Allah.

“Kedua adalah saya perlu sentiasa berusaha dan bekerja keras, jangan jadi pemalas, dan jangan berhenti separuh jalan dalam mencapai impian yang diinginkan.  Saya pernah merasa seperti tidak akan berjaya dalam enam semester ini, namun Allah sentiasa memberi peluang berulang kali, dan Alhamdulillah, saya dapat melalui semuanya,” katanya.

Asmaa turut berkongsi bahawa dalam proses pembelajaran, keseimbangan antara kerja dan kehidupan adalah penting.

“Kita mesti pandai membahagikan dan menguruskan masa dengan bijak, sentiasa rancang jadual belajar dan aktiviti rutin lebih awal.

“Apa yang penting adalah jangan pernah abaikan solat, jaga solat dan sentiasa berdoa kerana dengan melakukan perkara tersebut, ia dapat membantu kita merasakan masa sentiasa mencukupi,” katanya.

Asmaa juga menjadikan ayahnya seorang profesor yang merupakan ahli akademik terawal di UMS sebagai sumber inspirasi utama dalam memperoleh cita-citanya.

“Saya juga membuat perancangan tentang hala tuju dan cita-cita saya dalam megikuti jejak langkah ayah saya iaitu menjadi profesor satu hari nanti, namun bagi saya, kerana saya masih muda, saya rasa ingin menceburi bidang korporat dan bekerja di syarikat terlebih dahulu.

“Kemudian, dalam beberapa tahun akan datang, saya merancang untuk menyambung pelajaran dan mengikuti jejak langkah ayah saya secara berperingkat dengan melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dan PhD.

“Akhirnya, saya bercita-cita untuk menyambung legasi ayah saya sebagai seorang profesor,”katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/10/doa-usaha-pendorong-utama-kejayaan-asmaa/feed/ 0 65143
Pasangan kembar seiras kongsi pentas kejayaan meskipun berbeza bidang pengajian https://sabahmedia.com/2024/12/09/pasangan-kembar-seiras-kongsi-pentas-kejayaan-meskipun-berbeza-bidang-pengajian/ https://sabahmedia.com/2024/12/09/pasangan-kembar-seiras-kongsi-pentas-kejayaan-meskipun-berbeza-bidang-pengajian/#respond Mon, 09 Dec 2024 05:48:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=65095
Read Time:1 Minute, 39 Second


Kota Kinabalu : Meskipun berbeza bidang pengajian dalam fakulti yang sama, namun bagi pasangan kembar seiras berasal dari Tongod kekal bersemangat untuk membawa ‘hadiah’ berharga buat keluarga.

Hubungan Jaynie Jamirin dan Janet Jamirin masing-masing berusia 23 tahun itu kekal utuh apabila berjaya menamatkan pengajian sebagai graduan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada Majlis Konvokesyen UMS Kali Ke-26.

Pasangan kembar itu masing-masing menempuh pelbagai cabaran dalam menamatkan pengajian dan semangat mereka untuk mencapai kejayaan tidak pernah pudar.

Bagi Jaynie, dia mengakui jarang berjumpa adiknya meskipun mengikuti pengajian dalam fakulti yang sama tetapi mengambil jurusan yang berbeza dan hanya bertemu pada hujung minggu.

“Hubungan kami diibaratkan seperti kucing dan anjing, tetapi kami saling membantu antara satu sama lain.  Kenangan pahit yang paling saya ingat ialah pada hari pertama saya melangkah masuk ke sini.

“Sebelum itu, kami hanya mengikuti pembelajaran secara dalam talian, jadi hari pertama di kampus membuatkan saya rasa tidak tahu apa-apa dan agak sedih.

“Menerima Anugerah Dekan pula merupakan kenangan yang manis dan terindah sepanjang melanjutkan pelajaran di UMS,” katanya.

Meskipun Jaynie mempunyai kecacatan fizikal pada bahagian kaki akibat kemalangan jalan raya, ia tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan pengajian.

Adiknya Janet berkata, kakanya adalah seorang yang sangat kuat dan tidak memerlukan dorongan kerana semangat dan ketekunannya sendiri sudah cukup untuk melangkah jauh.

Dalam pada itu, Jaynie mengakui mereka mempunyai hala tuju yang berbeza tetapi saling melengkapi selepas tamat pengajian di UMS.

“Saya bercadang menyambung pengajian ke peringkat sarjana, manakala Janet ingin memulakan perniagaan dengan membuka studio photobooth di kampung halaman kami.

“Impian ini bukan sahaja untuk menyara diri tetapi juga untuk memberi impak positif kepada komuniti,” katanya

Jaynie yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Ekonomi Sumber Manusia), menerima skrol ijazah pada sidang ketiga yang disampaikan oleh Pro-Canselor UMS, Tan Sri Azman Hashim.

Manakala Janet, graduan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Keusahawanan), dianugerahkan ijazah pada sidang keempat yang disampaikan oleh Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/09/pasangan-kembar-seiras-kongsi-pentas-kejayaan-meskipun-berbeza-bidang-pengajian/feed/ 0 65095
4,493 graduan UMS bakal bergraduasi bermula 7 Disember ini https://sabahmedia.com/2024/11/21/4493-graduan-ums-bakal-bergraduasi-bermula-7-disember-ini/ https://sabahmedia.com/2024/11/21/4493-graduan-ums-bakal-bergraduasi-bermula-7-disember-ini/#respond Thu, 21 Nov 2024 01:01:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64139
Read Time:1 Minute, 48 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak 65 peratus daripada 4,493 graduan Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang bakal bergraduasi pada Majlis Konvokesyen UMS Ke-26 merupakan anak jati negeri ini.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Shahril Yusof berkata daripada jumlah tersebut seramai 3,862 graduan bakal menerima Ijazah Sarjana Muda dan 119 pelajar Doktor Falsafah (PhD) yang mencatatkan peningkatan signifikan berbanding tahun sebelumnya.

“Lebih membanggakan, sekitar 65 peratus daripada graduan merupakan anak kelahiran Sabah, menandakan sumbangan besar UMS melahirkan bakat tempatan yang berkualiti. Dalam kalangan graduan lima pelajar adalah daripada Orang Kelainan Upaya (OKU), 96 graduan daripada pelajar antarabangsa, satu Anumerta dan 118 graduan adalah daripada kategori B40. 

“Selain itu, sebanyak 426 pelajar berjaya memperoleh Ijazah Kelas Pertama dan ini menunjukkan pencapaian akademik yang memberansangkan,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu di sini.

Kunjungan tersebut diadakan bagi memaklumkan Tun Juhar tentang Majlis Konvokesyen UMS ke-26 serta Sambutan Ulang Tahun UMS ke-30 tahun yang akan berlangsung di Dewan Canselor UMS pada 7 hingga 10 Disember ini. 

Shahril berkata, acara tradisi, Tamu Gadang juga akan diadakan serentak dengan program konvokesyen sebagai pengisian program bagi orang ramai termasuk keluarga graduan untuk merasai suasana kemeriahan konvokesyen di UMS.

“Tamu Gadang ini bukan hanya platform bagi meraikan pencapaian graduan tetapi juga memperkukuhkan hubungan UMS dengan masyarakat sekitar,” katanya.

Harapan beliau agar para graduan akan meneruskan kecemerlangan dalam kerjaya mereka serta mengekalkan integriti dan nilai murni yang telah diterapkan sepanjang pengajian.

“Kami di pihak pengurusan dan akademik juga berharap para graduan kembali ke UMS untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana atau PhD dan menjadikan UMS sebagai destinasi utama pendidikan mereka,” katanya.

Hadir sama, Pengarah Pusat Komunikasi Korporat UMS, Dr Rizal Zamani Idris, Ketua Bahagian Perkhidmatan Akademik Norti Sirin dan Ketua Bahagian Governance Jabatan Pendaftar UMS Azmi Jumat.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/21/4493-graduan-ums-bakal-bergraduasi-bermula-7-disember-ini/feed/ 0 64139