konvokesyen ums – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 01 Apr 2022 09:31:28 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png konvokesyen ums – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pensyarah peraga busana etnik tonjol keunikan budaya Sabah https://sabahmedia.com/2022/04/01/pensyarah-peraga-busana-etnik-tonjol-keunikan-budaya-sabah/ https://sabahmedia.com/2022/04/01/pensyarah-peraga-busana-etnik-tonjol-keunikan-budaya-sabah/#respond Fri, 01 Apr 2022 09:31:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13752
Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU:   Kemeriahan Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) ke-22 bukan sahaja dirasai dalam kalangan graduan tetapi juga dalam kalangan pensyarah.

Bagi salah seorang ahli Senat yang  juga Pengarah  Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar Universiti Malaysia Sabah (PKPP UMS), Dr. Jurry Foo, majlis itu juga memberi ruang  menonjolkan budaya dan nilai murni khususnya dalam penghayatan perpaduan keluarga Malaysia.

Beliau memakai baju tradisi yang berbeza dan dipadankan dengan jubah akademik selama enam hari majlis itu berlangsung.

“Secara positifnya, memakai busana etnik bukanlah satu tindakan rasisme malah ia adalah kaedah untuk memulihara budaya.

“Dari sudut Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) ia menjadi satu kaedah pembelajaran tidak formal yang boleh memberi motivasi untuk mengetahui lebih mendalam mengenai busana etnik yang dikenakan termasuk latar belakang busana, asal usul dan sebagainya,” katanya.

Jurry berkata demikian ketika ditemui selepas acara Majlis Konvokesyen UMS melabuhkan tirainya semalam.

Beliau berkata, pembudayaan busana tradisi juga memberikan inspirasi untuk orang ramai mencari tahu budaya dan asal usul.

“Buktinya, reaksi yang saya peroleh daripada pelbagai pihak ialah rancangan menempah dan memakai pakaian tradisi mereka pada masa akan datang.

“Malah ada yang bertanya di mana boleh dibeli busana etnik, nama-nama aksesori seperti ‘betungkat’ dan juga butang emas berkepala ratu (queen), malah ada yang mencadangkan untuk mengadakan bengkel membuat busana etnik tradisional dan kontemporari,” katanya.

Justeru beliau menyeru agar semua pihak untuk terus membudayakan busana etnik bagi memastikan ia tidak hilang ditelan zaman.

“Budayakanlah pemakaian baju etnik sama ada tradisional mahupun kontemporari.

“Kita sama-sama martabatkan keunikan dan keistimewaan budaya tradisi kita agar terus diwarisi zaman berzaman,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/01/pensyarah-peraga-busana-etnik-tonjol-keunikan-budaya-sabah/feed/ 0 13752
Nilai kasih sayang, pendidikan agama, tanggungjawab perlu ditekankan bentuk keluarga ideal https://sabahmedia.com/2022/03/26/nilai-kasih-sayang-pendidikan-agama-tanggungjawab-perlu-ditekankan-bentuk-keluarga-ideal/ https://sabahmedia.com/2022/03/26/nilai-kasih-sayang-pendidikan-agama-tanggungjawab-perlu-ditekankan-bentuk-keluarga-ideal/#respond Sat, 26 Mar 2022 05:01:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13507
Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU : Pembentukan keluarga yang ideal dikalangan masyarakat perlu menekankan nilai kasih sayang, pendidikan agama dan rasa tanggungjawab sesama ahli keluarga.

Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin berkata, setiap keluarga tanpa mengira etnik, agama dan budaya perlu terlibat dalam memberi sumbangan kepada pembangunan masyarakat yang holistik.

“Justeru, kami di Sabah amat menyokong konsep ‘Keluarga Malaysia’ yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Konsep ini bersifat universal yang merentasi sempadan agama dan bangsa yang wajar dijadikan sebagai prinsip utama dalam melaksanakan agenda pembangunan masyarakat dan pembinaan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perutusan secara maya sempena Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) Ke-22 bagi graduan tahun 2020 di Dewan Canselor UMS disini hari ini.

Majlis itu disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Tun Juhar yang juga Canselor UMS berkata, konsep ‘Keluarga Malaysia’ amat dekat dengan suasana kehidupan rakyat di Sabah.

Katanya, meskipun Sabah mempunyai lebih 32 etnik, namun rakyatnya sudah sebati dengan nilai kekeluargaan yang majmuk, harmoni, keterbukaan dan kebersamaan.

“Ini menjadikan Sabah sebagai negeri contoh dalam mewujudkan keharmonian dan perpaduan dalam masyarakat di Malaysia.

“Sehubungan itu, dengan semangat ‘Keluarga Malaysia’, marilah kita bersama-sama berganding bahu untuk mengekalkan perpaduan, kestabilan, keamanan dan keharmonian hidup yang telah kita kecapi sejak turun temurun,” katanya.

Beliau turut berkata, semangat itu juga perlu dibawa bagi mewujudkan kesatuan dan kebersamaan seluruh rakyat jelata dalam menangani pandemik COVID-19.

“Semoga kemakmuran dan kesejahteraan di negara kita dapat dikekalkan buat selama-lamanya,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/26/nilai-kasih-sayang-pendidikan-agama-tanggungjawab-perlu-ditekankan-bentuk-keluarga-ideal/feed/ 0 13507
Kerajaan Sabah perkasa jaringan ekonomi digital https://sabahmedia.com/2022/03/26/kerajaan-sabah-perkasa-jaringan-ekonomi-digital/ https://sabahmedia.com/2022/03/26/kerajaan-sabah-perkasa-jaringan-ekonomi-digital/#respond Sat, 26 Mar 2022 04:15:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13500
Read Time:3 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri terus berusaha memperkasakan jaringan ekonomi digital di bandar dan luar bandar Sabah berikutan Revolusi Industri 4.0.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, peralihan kepada Revolusi Industri 4.0 telah mengubah sebahagian besar landskap pasaran buruh di serata dunia, termasuklah di negeri ini.

Katanya, adaptasi kepada peralihan teknologi dijangka akan lebih cepat berlaku pada pasca COVID-19 dengan permintaan pekerjaan berfokuskan tenaga buruh yang dijangka menurun pada masa hadapan.

“Ini berikutan peningkatan permintaan untuk pekerjaan yang menjurus kepada penggunaan teknologi dan kemahiran baharu.

“Di Sabah sendiri, pelbagai industri ingin memanfaatkan perkembangan pasaran digital, dan transformasi pendigitalan ini juga telah mempunyai permintaan yang tinggi bagi pekerja yang mempunyai kemahiran digital,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) Ke-22, bagi graduan yang tamat pengajian pada tahun 2020 di Dewan Canselor UMS, disini hari ini.

Hajiji yang juga Pro Canselor UMS berkata, landskap pekerjaan masa hadapan juga bersifat tanpa sempadan dan ini memberi peluang untuk mengatasi masalah fizikal, sosial dan geografi.

Katanya, dengan perubahan itu menyebabkan kerajaan Sabah kini dalam usaha memperkasakan jaringan ekonomi digital di bandar dan di luar bandar dengan pelaksanaan kerangka strategi serta pelan tindakan telah dirancang dan dilaksanakan.

“UMS telah diberi kepercayaan oleh Kerajaan Sabah untuk menjadi penyelaras Pusat Kecemerlangan Sabah yang bertindak sebagai penggerak utama untuk membolehkan aktiviti pembangunan pendidikan dan teknologi dilaksanakan secara holistik, bagi menyokong sektor ekonomi digital.

“Antaranya melibatkan aktiviti berkaitan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik), makmal pembelajaran STEM adalah inisiatif Kerajaan Negeri, yang berperanan menerokai dan melakukan penyelidikan ke atas polar digital baharu untuk menyokong kerancakkan pembangunan ekonomi digital di negeri ini.

“Pengukuhan program akademik STEM dan juga pemerkasaan Sistem Pendidikan Teknikal & Latihan (TVET) adalah langkah yang amat wajar kerana kedua-dua bidang ini akan membantu negara dalam membentuk modal insan ke arah pembentukan teknologi baru agar para graduan mampu menangani cabaran Revolusi Industri 4.0”, katanya.

Hajiji berkata, sejajar dengan Pelan Pembangunan 2021-2025 Sabah Maju Jaya, UMS telah pun membekalkan graduan dengan kemahiran dan nilai-nilai murni yang hebat sebagai bekalan menghadapi realiti pekerjaan dan persekitaran masyarakat kreatif masa kini.

Menurutnya, graduan dituntut agar dapat menyumbang tenaga atau sekurang- kurangnya idea yang dapat memberi kesan positif kepada masyarakat dan pembangunan negeri dan negara.

“Kita amat mengharapkan graduan sebagai pewaris kepimpinan negara, peneraju ekonomi, pencipta ilmu dan teknologi, ejen perpaduan, pembangunan dan pembekal kepada modal insan bagi sektor awam dan swasta. Graduan perlu membawa perubahan positif untuk bangsa dan negara Malaysia tercinta ini”, katanya.

Beliau berkata, pendidikan di universiti merupakan alat transformasi bagi menyediakan solusi terhadap kepelbagaian masalah semasa yang melanda masyarakat.

Justeru menurutnya, pihak universiti perlu berterusan memainkan peranan pro-aktif sebagai wadah yang memikirkan, memperkenal dan melaksanakan pelbagai usaha terarah, melalui program pemindahan ilmu dan keterlibatan para graduan dalam aktiviti pembangunan komuniti.

Hajiji ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Konvokesyen UMS

Hajiji menegaskan, para graduan perlu bersaing, menerampilkan diri kepada dunia pekerjaan dan mendidik diri untuk berusaha sebaik mungkin, kerana menamatkan pengajian di universiti bukan hentian terakhir dalam menuntut ilmu.

“Dalam dunia realiti, ijazah bukan satu jaminan. Perjalanan untuk menimba ilmu tiada noktahnya kerana pembelajaran adalah proses yang berterusan. Graduan haruslah berfikiran terbuka dalam mempelajari sesuatu yang baharu di luar sana, khususnya berkaitan kemahiran.

“Selain ilmu yang menjadi bekalan hidup untuk membina kecemerlangan kerjaya, para graduan juga mesti mempelajari kemahiran insaniah yang kritikal, pandai menyesuaikan diri, menonjol, dinamik, proaktif dan harus berani meneroka setiap peluang yang ada,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/26/kerajaan-sabah-perkasa-jaringan-ekonomi-digital/feed/ 0 13500