Konvokesyen – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 03 Sep 2025 08:18:42 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Konvokesyen – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Terkejut dan tidak sangka terima anugerah TYT – Nurfaezah https://sabahmedia.com/2025/09/03/terkejut-dan-tidak-sangka-terima-anugerah-tyt-nurfaezah/ https://sabahmedia.com/2025/09/03/terkejut-dan-tidak-sangka-terima-anugerah-tyt-nurfaezah/#respond Wed, 03 Sep 2025 07:49:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80520
Read Time:1 Minute, 37 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

Kota Kinabalu : “Alhamdulillah, selepas tiga tahun, saya dapat kecapi kejayaan pada hari ini dan tidak sangka akan menerima Anugerah Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah,” kata Nurfaezah Ali @ Mohamad Ali,24.

Anak bongsu dari tiga beradik itu diumumkan sebagai penerima anugerah tertinggi sempena Istiadat Konvokesyen Politeknik Kota Kinabalu (PKK) yang berlangsung di Dewan Rafflesia PKK di sini pada Rabu.

Lebih manis, selain menerima anugerah tertinggi itu, Nurfaezah turut menerima tiga lagi anugerah lain iaitu, Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum; Anugerah Pengarah dan Anugerah Khas Industri.

Istiadat itu disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman dan turut dihadiri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Nurfaezah (tiga kiri) ketika menerima anugerah dari Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman

Ketika ditemui, Nurfaezah yang kini melanjutkan pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM) di peringkat Ijazah Sarjana Muda mengakui hanya dimaklumkan sebagai penerima anugerah itu ketika hadir mendaftar konvokesyen Isnin lalu.

“Hari ini saya dapat empat anugerah, tidak jangka sebenarnya, sangat terkejut terutama anugerah TYT yang mana saya hanya dimaklumkan semasa pendaftaran konvokesyen 1 September lalu.

“Yang anugerah lain telah dimaklumkan awal sebab perlu buat video ucapan.  Ketika hadir mendaftar ramai kawan ucap tahniah, saya tertanya kenapa, rupanya gambar saya ada di dalam buku cenderamata konvokesyen sebagai penerima anugerah TYT,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai ‘resepi’ kejayaannya, Nurfaezah berkata, sokongan 100 peratus dari ahli keluarga terutama ibu dan ayah serta semua ahli keluarga menjadi antara pendorong kepada kejayaan yang diraih.

Beliau turut berharap agar semua pelajar khususnya di PK atau di mana sahaja untuk meneruskan perjuangan sehingga tamat pengajian.

“Jangan letakkan diri kita yang tidak berguna ataupun tidak boleh buat apa-apa. Keluar daripada kepompong, cuba benda yang baru, beranikan diri dan insya Allah ada kejayaan menanti,” katanya.

Anak kelahiran Keningau itu berkata, beliau merancang untuk meneruskan kerjaya sebagai pendidik khususnya pensyarah dalam bidang yang diceburi. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/03/terkejut-dan-tidak-sangka-terima-anugerah-tyt-nurfaezah/feed/ 0 80520
Bertubuh kerdil bukan halangan cipta kejayaan https://sabahmedia.com/2022/03/30/bertubuh-kerdil-bukan-halangan-cipta-kejayaan/ https://sabahmedia.com/2022/03/30/bertubuh-kerdil-bukan-halangan-cipta-kejayaan/#respond Wed, 30 Mar 2022 08:21:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13670
Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU : Bertubuh kerdil dengan ketinggian hanya 120 sentimeter tidak menjadi halangan kepada graduan Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk menggenggam segulung ijazah sarjana.

Ceteria Nuraqilah Yahya Ariff,29, membuktikan kelainan fizikal tidak menghalang untuk berjaya dalam pelajaran pada Majlis Konvokesyen UMS ke-22.

Penerima Ijazah Sarjana Sains Komputer (Kecerdasan Pengkomputeran) itu menyifatkan kekurangan diri tidak pernah melemahkan semangatnya, sebaliknya menjadikan itu sebagai motivasi untuk membuktikan beliau boleh berjaya seperti insan normal lain.

“Kedua ibu bapa saya juga sentiasa memberikan sokongan yang tinggi untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana ini.

“Pensyarah dan rakan-rakan juga memahami keadaan saya dan sentiasa menyokong sepanjang perjalanan pengajian di UMS,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Dewan Canselor, selepas menerima skrol ijazah sarjana di sini.

Menurut Ceteria, beliau bersyukur kerana tidak perlu berhadapan dengan cabaran pembelajaran atas talian ketika kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19 pada 2020.

“Pada ketika itu, saya sudah membuat persiapan akhir untuk pembentangan projek tahun akhir.

“Oleh itu, saya tidak terlalu terkesan untuk menghabiskan tugasan-tugasan pengajian saya semasa PKP dilaksanakan.

“Malah saya juga turut memanfaatkan masa dengan bekerja sebagai tutor peribadi,” katanya.

Beliau yang berasal dari Perak turut menanam tekad melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Doktor Falsafah pada masa akan datang.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/30/bertubuh-kerdil-bukan-halangan-cipta-kejayaan/feed/ 0 13670
Ibu Sebak Terima Ijazah Arwah Anak https://sabahmedia.com/2022/03/28/ibu-sebak-terima-ijazah-arwah-anak/ https://sabahmedia.com/2022/03/28/ibu-sebak-terima-ijazah-arwah-anak/#respond Mon, 28 Mar 2022 09:01:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13585
Read Time:1 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU: Tiada ungkapan mampu dilafazkan oleh seorang ibu apabila menerima ijazah Allahyarhamah anak kesayangan pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) Ke-22 di Dewan Canselor UMS.

Juliana Baru, 57, mewakili Allahyarhamah Nusratina Jalaludin, 24, yang meninggal dunia pada April 2021 di kediamannya di Sipitang.

Ibu arwah kelihatan sebak dan tidak dapat menahan air mata semasa menerima ijazah tersebut yang disampaikan Naib Canselor UMS, Prof. Datuk ChM. Ts. Dr Taufiq Yap Yun Hin.

Menurutnya, Allahyarhamah amat gembira ketika berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Kewangan Antarabangsa, Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) pada tahun 2020.

“Masih terngiang-ngiang dalam ingatan saya, arwah sangat teruja untuk menghadiri hari konvokesyennya dan berhasrat ingin bergambar bersama-sama kami sekeluarga.

“Namun, malang tidak berbau, ajal terlebih dahulu menjemput Allahyarhamah.  Sebelum kejadian, arwah anak saya ada mengadu sakit kepala,” katanya ketika ditemui selepas menerima ijazah anaknya, di sini, semalam.

Ahli keluarga Allahyarhamah Nusratina mengambil gambar kenangan kenangan bersama skrol ijazah sarjana muda yang diterima. Turut kelihatan Juliana (depan lima kanan).

Juliana berkata, lebih memilukan apabila arwah anaknya meninggal dunia ketika berada dalam pangkuan ayahnya sambil disaksikan ahli keluarga yang lain.

“Kami masih bersedih dan rindu dengan arwah, tetapi kami juga berbangga dengan pencapaiannya,” katanya.

Juliana menyifatkan anak kelima dari lapan adik beradik itu sebagai seorang anak yang baik, ceria, peramah, taat kepada ibu bapa serta seorang pelajar yang cemerlang sejak di peringkat sekolah rendah.

“Arwah sentiasa mendengar nasihat dan tidak pernah melukakan hati kami. Arwah ingin berjaya dalam hidupnya dan membanggakan saya dan ayahnya.

“Namun Allah lebih sayangkan arwah, dan saya reda dengan semua ini,” katanya.

Pada istiadat konvosekyen itu, Juliana hadir ditemani suami dan anak-anaknya yang lain.

“Saya berterima kasih kepada pihak UMS kerana sudi menjemput kami sekeluarga, saya amat hargainya,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/28/ibu-sebak-terima-ijazah-arwah-anak/feed/ 0 13585
Bapa,anak kongsi pentas terima PhD dan Ijazah https://sabahmedia.com/2022/03/26/bapaanak-kongsi-pentas-terima-phd-dan-ijazah/ https://sabahmedia.com/2022/03/26/bapaanak-kongsi-pentas-terima-phd-dan-ijazah/#respond Sat, 26 Mar 2022 03:43:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13496
Read Time:1 Minute, 56 Second

KOTA KINABALU : Seorang bapa tidak menyangka hari ini merupakan hari bersejarah bagi dirinya apabila berkongsi pentas bersama anaknya bagi menerima skrol Ijazah  pada Majlis Konvokesyen Ke-22 Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Dewan Canselor UMS disini hari ini.

Mohd Nazmil Rumpau Abdullah,55, merupakan graduan Doktor Falsafah (PhD) Pengurusan Pendidikan manakala anaknya Shaffiera Mohd Nazmil,25,ialah graduan Ijazah Sarjana Muda Kerja Sosial.

Dua beranak itu antara 4,728 graduan yang menerima PhD dan Ijazah yang disempurnakan Pro Canselor UMS yang juga Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

Mohd Nazmil mengakui tidak menyangka akan bergraduasi sekali bersama anaknya namun tetap bersyukur dan gembira apabila menerima skrol konvosyen di Universiti yang sama.

“Sejujurnya tidak ada perancangan untuk berkongsi pentas konvokesyen pada kali ini kerana saya lebih dahulu mengikuti pengajian dalam PhD pada 2013 dan selepas itu barulah anak saya menyusul pada 2017 selepas dia tamat pengajian Tingkatan Enam.

Mohd Nazmil Rumpau bersama anaknya Shaffiera Mohd Nazmil

“Saya menghabiskan pengajian PhD selama tujuh tahun dan sudah tentu cabaran yang selaku pelajar dan tenaga pengajar sebagai guru serta ketua keluarga amat mencabar dimana saya perlu membahagikan masa untuk semua ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima skrol PhD disini hari ini.

Nazmil yang kini sebagai Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Tenom berkata, beliau turut berdepan cabaran untuk memperoleh jurnal mengenai pengajiannya selain perlu kreatif dan inovatif selaku pelajar.

“Kepada ibu bapa, terutama pendidik , saya alu-alukan warga pendidik, jika ada peluang teruskanlah mencari ilmu selagi mampu.

“Kalau ada anak-anak,pastikan dan galakkan mereka untuk teruskan pengajian kerana tidak cukup setakat tingakat enam, jika boleh teruskan sehingga peringkat PhD,” katanya.

Sementara itu, anaknya Shaffiera berkata, kejayaan bapanya melanjutkan pengajian diperingkat PhD turut mendorong dirinya melanjutkan pengajian diperingkat Ijazah Sarjana Muda.

Katanya, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) turut menjadi antara cabarannya untuk mengikuti pengajian dalam semester akhir selain perlu menjalani pembelajaran dan pengajaran dalam talian.

“Pada PKP yang pertama lalu, saya sudah berada di semester akhir dimana pada masa itu semua berubah kerana perlu mengikuti pembelajaran secara dalam talian sepenuhnya.

“Meskipun secara dalam talian, pada masa itu bapa saya juga antara yang membantu saya, jika ada soalan saya boleh bertanyakan padanya seterusnya menyemak tugasan selain memperbetulkan masalah yang ada,” katanya.

Shaffiera berkata, dia merancang untuk meneruskan pengajian ke peringkat Master di universiti sama jika diberi peluang.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/26/bapaanak-kongsi-pentas-terima-phd-dan-ijazah/feed/ 0 13496
Tun Juhar Mahu UMS Terus Beri Khidmat Terbaik Kepada Rakyat Sabah https://sabahmedia.com/2021/12/22/tun-juhar-mahu-ums-terus-beri-khidmat-terbaik-kepada-rakyat-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/12/22/tun-juhar-mahu-ums-terus-beri-khidmat-terbaik-kepada-rakyat-sabah/#respond Wed, 22 Dec 2021 11:12:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10197
Read Time:1 Minute, 43 Second

KOTA KINABALU : Universiti Malaysia Sabah (UMS) diharap akan terus memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat khususnya di Sabah melalui penyelidikan dan inovasi.

Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin berkata, ia bagi memastikan kualiti kehidupan rakyat Sabah dapat terus dipertingkatkan.

Katanya,beberapa projek inovasi yang memberikan kesan langsung kepada usaha memperbaiki taraf hidup rakyat telah berjaya dilaksanakan pada tahun ini yang merupakan  hasil kolaborasi UMS dengan pelbagai agensi Kerajaan yang berkaitan. 

“Antaranya projek inovasi membekalkan air graviti bersih kepada penduduk luar bandar di Kampung Sapatalang di Pitas, Kudat dan Kampung Rungus Nahaba di Kiulu, Tuaran.

“UMS juga terlibat dalam projek mewujudkan Pusat Pengkomposan Komuniti Kundasang untuk membantu petani di kawasan tanah tinggi menguruskan sisa sayuran melalui kaedah pengkomposan bagi mengurangkan impak terhadap alam sekitar serta memastikan kelestarian alam sekitar terus dipelihara,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Perisytiharan Konvokesyen UMS Ke-23 Tahun 2021 secaya maya disini hari ini.

Katanya yang juga Canselor UMS berkata, beliau yakin akan ada lebih banyak lagi aktiviti, program atau projek yang bertujuan membantu meningkatkan taraf hidup rakyat akan dilaksanakan pada masa hadapan oleh pensyarah, penyelidik dan pelajar UMS.

Sementara itu Tun Juhar berkata, komitmen UMS dalam membantu Kerajaan Negeri Sabah meningkatkan kadar imunisasi terserlah apabila Pusat Pemberian Vaksin (PPV) IPT-UMS yang pada mulanya disasarkan untuk memberikan sebanyak satu ribu dos vaksin sehari telah mencatat rekod tertinggi sebanyak 3,840 dos vaksin pada 4 Ogos lalu.

“Sukacita saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sabah atas sumbangan dana sebanyak RM1.5 juta bagi membiayai operasi PPV IPT-UMS.

“Dana tersebut menyerlahkan lagi kerjasama baik yang sedia terjalin antara Kerajaan Negeri dan UMS,  selain membuktikan kepercayaan Kerajaan Negeri terhadap keupayaan UMS untuk memberikan sumbangan dan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

“Saya berharap agar UMS dan Kerajaan Negeri Sabah akan terus berganding bahu serta saling membantu dalam usaha memakmurkan rakyat dan memajukan Sabah yang kita cintai,” katanya.

Terdahulu, seramai 4,229 orang graduan yang bakal menerima Ijazah Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana, Ijazah Diploma Pascasiswazah, Ijazah Doktor Perubatan, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma pada konvonkesyen berkenaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/22/tun-juhar-mahu-ums-terus-beri-khidmat-terbaik-kepada-rakyat-sabah/feed/ 0 10197
UMS Lancar Laman Web Khas Konvokesyen UMS Ke-23 https://sabahmedia.com/2021/12/17/ums-lancar-laman-web-khas-konvokesyen-ums-ke-23/ https://sabahmedia.com/2021/12/17/ums-lancar-laman-web-khas-konvokesyen-ums-ke-23/#respond Fri, 17 Dec 2021 06:05:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10002
Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU :Universiti Malaysia Sabah (UMS) melancarkan Laman Web Khas Konvokesyen UMS Ke-23 sebagai panduan kepada para graduan yang bakal bergraduat pada tahun hadapan.

Laman web khas tersebut boleh diakses menerusi http://konvokesyen.ums.edu.my/ memaparkan maklumat-maklumat berkaitan pengumuman dan notis terkini berkaitan majlis, prosedur majlis, jadual sidang majlis, dan panduan-panduan khas untuk graduan serta panduan am berkaitan majlis konvokesyen.

Laman Web Khas Konvokesyen UMS Ke-23 itu dilancarkan oleh Naib Canselor UMS, Prof. Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin dalam satu acara soft launching di Bilik Mesyuarat Lembaga Eksekutif UMS baru-baru ini.

Menurut beliau, laman web khas tersebut diwujudkan dengan tujuan sebagai platform kepada graduan dan ibubapa untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai majlis konvokesyen terutama graduan bagi tahun 2020 dan 2021.

“Diharap dengan adanya laman web ini dapat mengatasi kerisauan dan kebimbangan para graduan UMS serta ibu bapa menjelang pelaksanaan majlis konvokesyen ini,” katanya.

Majlis Konvokesyen UMS kali ke-22 untuk graduan tahun 2020 bakal dilaksanakan secara fizikal pada bulan Mac 2022, manakala Majlis Konvokesyen UMS kali ke-23 untuk graduan tahun 2021 akan dilaksanakan pada Jun 2022.

Bakal graduan tahun hadapan pula akan diraikan pada Majlis Konvokesyen Ke-24 yang akan dilaksanakan pada November 2022.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/17/ums-lancar-laman-web-khas-konvokesyen-ums-ke-23/feed/ 0 10002
Politeknik & Kolej Komuniti Main Peranan Sedia Graduan Industri Keempat https://sabahmedia.com/2021/12/12/politeknik-kolej-komuniti-main-peranan-sedia-graduan-industri-keempat/ https://sabahmedia.com/2021/12/12/politeknik-kolej-komuniti-main-peranan-sedia-graduan-industri-keempat/#respond Sun, 12 Dec 2021 07:12:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9774
Read Time:1 Minute, 44 Second

KOTA KINABALU : Institusi Politeknik dan Kolej Komuniti memainkan peranan penting dalam menyediakan graduan bagi mendepani revolusi industri keempat.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, kecanggihan teknologi masa kini telah mewujudkan dunia tanpa sempadan dan ia perlu dilihat sebagai peluang meningkatkan prestasi diri.

Katanya, peluang itu boleh diambil dengan pelbagai kemahiran baharu sebagai persiapan dan cabaran menghadapi dunia pekerjaan.

“Graduan juga perlu kreatif dalam mencari peluang pekerjaan dan juga ruang menjana ekonomi.

“Saya menyeru para graduan untuk tidak hanya tertumpu kepada aktiviti mencari kerja tetapi berusaha untuk menjadi ‘job creator’.

“Selain itu, saya turut berharap graduan tidak terlalu bersikap memilih pekerjaan, sebaliknya mampu bersaing dan sentiasa berupaya mencipta dan mempunyai nilai tambah yang diperlukan pihak majikan,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Konvokesyen Politeknik Kota Kinabalu Ke-25 yang diadakan secara maya disini hari ini.

Mohd Arifin berkata, beliau berharap para graduan akan terus menyemarakkan nama Politeknik Malaysia, khususnya Politeknik Kota Kinabalu dengan memperlihatkan kualiti diri yang unggul.

Katanya, graduan juga perlu menjadi graduan yang berilmu, berinovasi, berakhlak mulia dan mempunyai semangat waja untuk menjadi bakal pemimpin pada masa hadapan.

“Saya difahamkan sebentar tadi Politeknik Kota Kinabalu telah melahirkan seramai 25,807 graduan termasuk 2,611 graduan yang diraikan pada tahun ini.

“Saya yakin dan percaya graduan Politeknik Kota Kinabalu yang berada di dalam dewan ini mahupun di luar sana merupakan antara penyumbang utama kepada pertumbuhan dan penjanaan ekonomi negara kita,” katanya.

Sementara itu, Mohd Arifin berkata, tenaga pekerja berkemahiran tinggi dilihat sebagai sumber penting dalam menjamin pertumbuhan industri yang lebih mampan dan membangunkan sebuah negara.

“Justeru, saya turut berasa bangga dengan kadar kebolehpasaran graduan Politeknik Kota Kinabalu, yang difahamkan sebanyak 90.1 peratus pada tahun 2020.

“Peratusan ini agak menurun sedikit berbanding pencapaian pada tahun 2019 iaitu 96.5 peratus. Namun jumlah peratusan ini masih boleh dibanggakan kerana melebihi 90 peratus walaupun negara dilanda pandemik COVID-19 yang telah memberi impak yang besar kepada sistem ekonomi, politik, sosial, kesihatan, dan pendidikan negara.

“Ini membuktikan bahawa Politeknik Kota Kinabalu telah berjaya melahirkan graduan berkemahiran tinggi seiring dengan keperluan industri masa kini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/12/politeknik-kolej-komuniti-main-peranan-sedia-graduan-industri-keempat/feed/ 0 9774
Seramai 4,228 Graduan UMS Akan Bergraduasi https://sabahmedia.com/2021/12/09/seramai-4228-graduan-ums-akan-bergraduasi/ https://sabahmedia.com/2021/12/09/seramai-4228-graduan-ums-akan-bergraduasi/#respond Thu, 09 Dec 2021 09:35:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9642
Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU :   Seramai 4,228 graduan Universiti Malaysia Sabah (UMS) tahun 2021 akan bergraduasi pada Majlis Konvokesyen UMS Ke-23 pada Jun 2022.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Taufiq Yap Yun Hin berkata, Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Dr Juhar Mahiruddin selaku Canselor UMS telah pun bersetuju untuk menyempurnakan pengisytiharan Majlis Konvokesyen ke-23 pada 22 Disember ini.

“Konvokesyen itu bakal menyaksikan 77 graduan Doktor Falsafah (PhD) yang merupakan angka terbesar yang pernah dicapai oleh UMS.

“Tun Juhar juga akan hadir pada majlis konvokesyen yang akan dibuat secara fizikal pada tahun depan iaitu Majlis Konvokesyen UMS kali ke-22 untuk graduan tahun 2020 pada bulan Mac 2022.

“Manakala, graduan tahun 2022 Majlis Konvokesyen yang ke-24 akan berlangsung pada November tahun depan.

“Di samping itu, kita mempunyai graduan yang pertama dari Akademik Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF) dan Fakulti Pengajian Islam.

“Paling signifikannya, seramai 27 pelajar dari Fakulti Pengajian Islam merupakan ambilan kumpulan yang pertama bakal bergraduasi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, disini hari ini.

Taufiq berkata, kunjungan berkenaan diadakan untuk memaklumkan majlis pengisytiharan konvokesyen tersebut serta  memaklumkan pelanjutan tempoh pelantikan Tan Sri Azman Hashim sebagai Pro-Canselor UMS.

Mengiringi beliau ialah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMS, Profesor Dr. Rasid Mail, Pendaftar UMS, Luqman Ridha Anwar, Penolong Naib Canselor (Strategik) UMS, Profesor Madya Dr. Mohd Rahimie Abd Karim,  Kurator Kanan Pusat Pengurusan Strategik & Komunikasi Korporat, Mohd Hilmey Saili dan Penolong Pendaftar, Bahagian Perkhidmatan Akademik, Kim Asbiyallah Shah Akim./Penerangan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/09/seramai-4228-graduan-ums-akan-bergraduasi/feed/ 0 9642
UMS Bakal Rai Lebih 4000 graduan Pelbagai Peringkat Pengajian Pada Konvokesyen Kali Ke-23 https://sabahmedia.com/2021/12/04/ums-bakal-rai-lebih-4000-graduan-pelbagai-peringkat-pengajian-pada-konvokesyen-kali-ke-23/ https://sabahmedia.com/2021/12/04/ums-bakal-rai-lebih-4000-graduan-pelbagai-peringkat-pengajian-pada-konvokesyen-kali-ke-23/#respond Sat, 04 Dec 2021 05:16:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9289
Read Time:1 Minute, 58 Second

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) dijangka akan melahirkan seramai 4,405 graduan dalam pelbagai bidang kepakaran bagi tahun 2021.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMS, Prof. Dr. Rasid Mail berkata, daripada keseluruhan jumlah tersebut, 521 pelajar terdiri daripada graduan Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD).

“Bagi pelajar di peringkat prasiswazah, dijangka 3,663 graduan akan menerima skrol ijazah sarjana muda, di samping 134 graduan di peringkat diploma, dan 87 graduan peringkat Diploma Pascasiswazah.

“Ini merupakan usaha berterusan universiti bagi memenuhi keperluan negara dan tuntutan masyarakat bagi menghasilkan graduan yang berkepakaran dalam pelbagai bidang dan disiplin ilmu,” katanya.

Beliau berkata demikian satu kenyataan di sini hari ini.

Walau bagaimanapun, Rasid memaklumkan, senarai muktamad para graduan itu akan diisytiharkan Yang DiPertua Negeri Sabah merangkap Canselor UMS, Tun (Dr.) Hj. Juhar Datuk Hj. Mahiruddin sebelum penghujung tahun 2021.

“Untuk makluman, istiadat konvokesyen yang biasanya diadakan pada bulan November setiap tahun ditangguhkan berikutan ancaman dan isu keselamatan ekoran penularan pandemik Covid-19.

“Dengan mengambil kira beberapa faktor seperti kelancaran dan hal-hal keselamatan yang saya nyatakan tadi, maka majlis istiadat konvokesyen bagi graduan UMS 2021 dirancang untuk dilaksanakan pada Jun 2022,” jelas Rasid.

Sementara itu, hampir kesemua 4,639 graduan prasiswazah dan pascasiswazah UMS yang diisytiharkan Canselor UMS pada 30 Disember 2020 telah pun menerima skrol dan transkrip keputusan masing-masing.

Menurut Rasid, skrol tersebut dihantar melalui pos, dan terdapat juga yang hadir mengambil sendiri di UMS.

“Satu berita gembira untuk graduan yang tamat pengajian pada tahun berkenaan, UMS merancang untuk mengadakan majlis istiadat konvokesyen bagi kesemua anda pada bulan Mac 2022.

“Penangguhan majlis ini, yang sepatutnya dilaksanakan pada bulan November 2020 adalah disebabkan halangan dan isu keselamatan kesihatan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

“Jika keadaan mengizinkan, majlis istiadat konvokesyen bagi graduan tahun 2022 pula akan dilaksanakan pada bulan November, sekali gus menjadikan tiga majlis konvokesyen diadakan UMS pada tahun hadapan,” tambahnya.

Dalam pada itu, Rasid turut memaklumkan bahawa komposisi graduan UMS adalah terdiri daripada 40-45 peratus berasal dari luar Sabah, termasuk pelajar antarabangsa.

“Justeru, keadaan ini memerlukan perancangan yang lebih rapi, berbanding rakan Istitusi Pengajian Tinggi yang lain terutama keperluan perjalanan dan pergerakan rentas negeri dalam kalangan graduan dan keluarga mereka.

“Pada masa ini, semua proses persiapan sedang giat dijalankan, dan harapan kita semoga ketiga-tiga istiadat majlis konvokesyen UMS ini dilaksanakan dengan baik mengikut perancangan yang dibuat,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/04/ums-bakal-rai-lebih-4000-graduan-pelbagai-peringkat-pengajian-pada-konvokesyen-kali-ke-23/feed/ 0 9289