Kopeks – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 21 Aug 2026 00:59:04 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kopeks – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 KOPEKS rancang usaha tanah terbiar di Beaufort dengan tanaman kelapa https://sabahmedia.com/2026/08/20/kopeks-rancang-usaha-tanah-terbiar-di-beaufort-dengan-tanaman-kelapa/ https://sabahmedia.com/2026/08/20/kopeks-rancang-usaha-tanah-terbiar-di-beaufort-dengan-tanaman-kelapa/#respond Thu, 20 Aug 2026 06:40:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=101957
Read Time:1 Minute, 57 Second

KOTA KINABALU : Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah Berhad (KOPEKS) merancang untuk memajukan dua lot tanah miliknya di Beaufort menerusi projek tanaman kelapa sebagai usaha menjana sumber pendapatan baharu dan memperkukuh kedudukan ekonomi koperasi.

Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Sabah, Awang Ruslli Mohammad, berkata langkah itu merupakan antara strategi baharu yang sedang dirangka oleh KOPEKS bagi memanfaatkan aset-aset tanah milik koperasi yang sebelum ini belum dibangunkan secara optimum.

Awang Rusli

Beliau berkata, kedua-dua lot tanah berkenaan dikenal pasti mempunyai potensi yang sesuai untuk pembangunan tanaman kelapa yang mampu memberikan pulangan jangka panjang kepada koperasi.

“Pengerusi KOPEKS memaklumkan bahawa koperasi akan mula mengusahakan tanah-tanah yang selama ini terbiar. Kita mempunyai dua bidang tanah di Beaufort yang bersesuaian untuk tanaman kelapa dan perancangan untuk memulakan projek tersebut sedang dibuat.

“Ini akan membuka ruang dan peluang baharu kepada KOPEKS untuk meneroka sektor pertanian serta memajukan aset tanah yang dimiliki,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke KOPEKS di sini pada Khamis.

Hadir sama Pengerusi KOPEKS Datuk Dr Saat Awang Damit

Awang Rusli berkata, usaha memajukan tanah tersebut selari dengan hasrat koperasi untuk mempelbagaikan aktiviti perniagaan dan tidak hanya bergantung kepada sumber pendapatan sedia ada.

Menurutnya, sektor pertanian mempunyai potensi besar untuk diterokai oleh gerakan koperasi memandangkan permintaan terhadap produk berasaskan kelapa terus berkembang dalam pasaran domestik dan antarabangsa.

“Melalui projek ini, KOPEKS bukan sahaja dapat menjana pendapatan baharu, malah berupaya meningkatkan nilai aset tanah yang dimiliki serta membuka peluang ekonomi yang lebih luas pada masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, Awang Rusli berkata, selain dua lot tanah di Beaufort, KOPEKS turut memiliki beberapa kawasan tanah lain yang sedang dikenal pasti untuk pembangunan berimpak tinggi.

Katanya, pihak koperasi juga sedang meneliti peluang pembangunan dalam sektor perumahan dan komersial bagi memastikan aset-aset milik koperasi dapat dimanfaatkan secara lebih produktif.

“Tanah adalah antara aset penting yang dimiliki koperasi. Jika diurus dan dibangunkan dengan baik, ia mampu menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi koperasi serta memberikan manfaat yang lebih besar kepada anggota,” katanya.

Beliau yakin projek tanaman kelapa yang dirancang itu mampu menjadi titik permulaan kepada penglibatan lebih aktif KOPEKS dalam sektor pertanian komersial, sekali gus mengukuhkan kedudukan koperasi sebagai antara koperasi terkemuka di Sabah.

Dalam masa sama, beliau berharap perancangan pembangunan tanah yang sedang dirangka dapat dilaksanakan secara berperingkat dan memberi pulangan mampan kepada koperasi serta lebih ramai anggotanya pada masa hadapan. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/20/kopeks-rancang-usaha-tanah-terbiar-di-beaufort-dengan-tanaman-kelapa/feed/ 0 101957
KOPEKS perluas jaringan perniagaan bersama koperasi Brunei dan ANGKASA https://sabahmedia.com/2026/06/18/kopeks-perluas-jaringan-perniagaan-bersama-koperasi-brunei-dan-angkasa/ https://sabahmedia.com/2026/06/18/kopeks-perluas-jaringan-perniagaan-bersama-koperasi-brunei-dan-angkasa/#respond Thu, 18 Jun 2026 04:49:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=98389
Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU : Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah Berhad (KOPEKS) menjalin kerjasama strategik dengan beberapa koperasi dari Negara Brunei Darussalam serta perniagaan bersama Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).

Pengerusi KOPEKS, Datuk Dr Saat Ag Damit berkata, kerjasama itu adalah melalui Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei Berhad yang di bawahnya terdapat beberapa koperasi lain.

“Kita juga turut menandatangani kerjasama perniagaan dengan ANGKASA yang mana ANGKASA telah bersetuju menerima KOPEKS menerusi kerjasama perniagaan Pusat Dialisis di Wilayah Persekutuan Labuan, yang baru bermula operasi dua minggu lalu.

“Selain itu, KOPEKS juga sudah lebih 15 tahun berniaga dalam pajak gadai Islam Ar Rahnu bersama-sama dengan Rakyat Managements Servises (RMS).

“Sebagai rakan strategik dengan RMS selama lebih 15 tahun, KOPEKS telah banyak berkongsi pengalaman dalam perniagaan Ar Rahnu. Inilah yang mendorong kami membuka satu lagi cawangan baharu AR Rahnu di Tawau. 

“InsyAllah cawangan ini akan mula beroperasi pada bulan September tahun ini juga. Sehubungan dengan itu, kami akan menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan RMS untuk cawangan baharu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Ke-49 KOPEKS di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, pada Khamis.

Sementara itu, Dr Saat berkata, meskipun menjalankan perniagaan kredit bagi menjana sumber keuntunga, namun KOPEKS turut menjalankan tanggungjawab kemasyarakatan dan sosial.

“Ia sama ada kalangan keluarga anggota KOPEKS mahupun masyarakat amnya, tetap kami santuni untuk program CSR mengikut keperluan semasa. Antara sumbangan program kemasyarakatan ini termasuklah – CSR pendidikan anak anak anggota, sumbangan bencana alam kepada masyarakat, tabung khairat anggota, atau anggota yang sakit tahap kritikal.

“Selain itu sumbangan untuk mengimarahkan masjid dan surau di Negeri ini, pelajar asnaf di sekolah rendah dan menengah, pelajar dan individu – tahap Orang Kurang Upaya dan ibu tunggal asnaf dalam beberapa kes tertentu,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/18/kopeks-perluas-jaringan-perniagaan-bersama-koperasi-brunei-dan-angkasa/feed/ 0 98389
KOPEKS diminta rancang, pelbagaikan perniagaan koperasi https://sabahmedia.com/2024/11/27/kopeks-diminta-rancang-pelbagaikan-perniagaan-koperasi/ https://sabahmedia.com/2024/11/27/kopeks-diminta-rancang-pelbagaikan-perniagaan-koperasi/#respond Wed, 27 Nov 2024 05:06:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64495
Read Time:2 Minute, 26 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan negeri mahu Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah Berhad (KOPEKS) mahu terus merancang beberapa perniagaan baharu atau mempelbagaikan lagi perniagaan koperasi khususnya dalam era mencabar masa kini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, jaringan kerjasama dengan agensi perniagaan lain juga perlu dijalin dengan baik serta mengekalkan tahap tadbir urus yang baik dan amanah dalam koperasi. 

“Saya dimaklumkan bahawa KOPEKS pada tahun lalu telah menyediakan pelan strategi perniagaan bagi 2024-2026, yang meliputi bidang perniagaan, pelaburan dan pembangunan perniagaan baharu.

“Ini termasuk usaha KOPEKS membangunkan dua bidang  tanah yang sedia ada masing-masing di Menggatal dan Lahad Datu untuk perumahan yang boleh dibeli oleh ahli dan orang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-47 KOPEKS di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Hajiji berkata, usaha itu amat baik dan beliau yakin projek itu turut seiring dengan matlamat Pelan Pembangunan Negeri Sabah iaitu Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Beliau turut yakin kepimpinan KOPEKS hari ini mampu memenuhi keperluan ahli dan memperkukuh reputasi koperasi.

“Pengurusan yang cekap, komited dan berintegriti dalam setiap aspek akan meningkatkan kestabilan kewangan dan memberi manfaat berterusan kepada ahli dan komuniti. 

“KOPEKS yang kini sudah mencapai usia 61 tahun dan sebagai koperasi tertua di negeri ini perlu terus kekal relevan dan menjadi pilihan kepada penjawat awam,” katanya.

Sementara itu, Hajiji berkata, KOPEKS pernah mencapai sehingga 20,000 ahli pada era akhir 70-an dan 80-an. 

“Saya masih ingat pada ketika itu, KOPEKS turut menyediakan kemudahan pembiayaan kredit dan berbagai kemudahan lain kepada ahlinya. Ini merupakan sejarah besar KOPEKS.

“Walaupun bilangan ahli yang aktif ketika ini seramai 5,898 orang, saya percaya ini akan menjadi sumber kekuatan kepada KOPEKS. Jika ahli bersatu dan memberi sokongan kepada pengurusan serta kepimpinan koperasi, saya yakin KOPEKS akan mengekalkan kejayaan dan kecemerlangannya,” katanya.

Beliau melahirkan rasa gembira kerana hampir 90 peratus ahli telah menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan oleh KOPEKS, khususnya bagi tujuan menampung pengajian anak ahli yang melanjutkan pelajaran, menampung kos perubatan dan membaikpulih rumah khusus bagi ahli yang akan bersara.

“Selain itu, program lain yang turut disediakan seperti pembiayaan kredit, pembiayaan menunaikan umrah, program pelancongan anggota, tabung Khairat bagi ahli yang meninggal dunia, insentif pendidikan, sumbangan kepada asnaf dan anak yatim,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/27/kopeks-diminta-rancang-pelbagaikan-perniagaan-koperasi/feed/ 0 64495