Koperasi – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 19 Apr 2026 02:49:57 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Koperasi – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Koperasi kini gergasi ekonomi rakyat, jana RM81.62 bilion https://sabahmedia.com/2026/04/19/koperasi-kini-gergasi-ekonomi-rakyat-jana-rm81-62-bilion/ https://sabahmedia.com/2026/04/19/koperasi-kini-gergasi-ekonomi-rakyat-jana-rm81-62-bilion/#respond Sun, 19 Apr 2026 02:44:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95142
Read Time:1 Minute, 37 Second

KOTA KINABALU: Gerakan koperasi di Malaysia kini muncul sebagai gergasi ekonomi rakyat dengan perolehan nasional mencecah RM81.62 bilion setakat 31 Disember 2025.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohamad Alamin berkata, sektor itu turut mencatatkan aset bernilai RM186.75 bilion menerusi 16,468 koperasi dengan keanggotaan seramai 7.3 juta orang.

“Di Sabah, koperasi terus memainkan peranan penting dalam pembangunan sosio-ekonomi apabila merekodkan perolehan sebanyak RM913.33 juta dengan nilai aset melebihi RM1.2 bilion daripada 2,047 koperasi.

“Ini membuktikan koperasi bukan lagi entiti kecil, sebaliknya menjadi pemacu ekonomi rakyat yang signifikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa program Bicara Koperasi & Jom@Coop IKMa Bersama Agensi KUSKOP dan Media anjuran Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, pada Sabtu.

Turut hadir pada program itu Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia, Datuk Mohd Ali Mansor.

Mohamad berkata, pencapaian itu selari dengan pelaksanaan Dasar Koperasi Malaysia 2030 (DAKOM 2030) yang menyasarkan sumbangan sektor itu kepada KDNK meningkat kepada lima peratus menjelang 2030.
Menurutnya, dalam menghadapi cabaran kos sara hidup global, koperasi mempunyai peranan strategik khususnya dalam menguasai rantaian bekalan.

“Koperasi dalam sektor peruncitan dan pertanian mampu mengurangkan kos dengan menghapuskan orang tengah, sekali gus memastikan harga lebih adil kepada anggota dan pengguna,” katanya.

Beliau berkata, usaha itu diperkukuh melalui pendekatan A-B-C-D iaitu Anjakan Produktiviti, Birokrasi Dipermudah, Capaian Modal dan Daya Akses Pasaran bagi memudahkan bantuan, pembiayaan serta latihan kepada rakyat.

Dalam masa sama, beliau menggesa koperasi supaya terus relevan dengan mengadaptasi teknologi baharu termasuk Revolusi Industri 4.0 dan kecerdasan buatan (AI) bagi menarik penyertaan golongan muda.

“Institut Koperasi Malaysia (IKMa) juga terus memainkan peranan memperkasa modal insan melalui Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) yang menawarkan laluan akademik sehingga peringkat PhD.

“Kita juga menekankan sinergi antara agensi di bawah kementerian dalam menyokong kerangka Ekonomi Madani, selain menggalakkan media menghebahkan kejayaan koperasi tempatan sebagai inspirasi kepada masyarakat,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/19/koperasi-kini-gergasi-ekonomi-rakyat-jana-rm81-62-bilion/feed/ 0 95142
Lebih 30 peratus koperasi tidak aktif, sektor peruncitan antara terjejas https://sabahmedia.com/2026/04/18/lebih-30-peratus-koperasi-tidak-aktif-sektor-peruncitan-antara-terjejas/ https://sabahmedia.com/2026/04/18/lebih-30-peratus-koperasi-tidak-aktif-sektor-peruncitan-antara-terjejas/#respond Sat, 18 Apr 2026 07:16:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95084
Read Time:1 Minute, 33 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Lebih 30 peratus koperasi di seluruh negara dikenal pasti tidak aktif, dengan sektor peruncitan antara yang paling terjejas akibat kelemahan pengurusan dan daya saing.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohamad Alamin berkata, secara keseluruhan lebih 60 peratus koperasi masih aktif, namun kerajaan terus memberi tumpuan bagi memulihkan koperasi yang dikenal pasti berdepan masalah.

Menurutnya, antara faktor utama koperasi menjadi tidak aktif adalah kelemahan pentadbiran, kebergantungan kepada bantuan kerajaan serta ketiadaan keperluan bersama dalam kalangan anggota.

“Banyak koperasi kecil dalam sektor peruncitan tidak mampu bertahan kerana kurang daya saing dan pengurusan yang tidak cekap.

“Selain itu, ada juga koperasi yang hanya bergantung kepada bantuan tanpa merancang perniagaan secara mampan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri program Bicara Koperasi & Jom@Coop IKMa Bersama Agensi KUSKOP dan Media anjuran Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata SKM telah diarahkan supaya mempergiat usaha intervensi dengan turun padang bagi membantu koperasi bermasalah sebelum terpaksa ditutup.

Dalam masa sama, beliau turut mencadangkan pendekatan konsolidasi atau penggabungan koperasi sebagai langkah memperkukuh operasi.

“Jika sesebuah koperasi tidak mampu berdiri sendiri, kita boleh gabungkan dua atau tiga koperasi supaya lebih kukuh dari segi modal, produk dan keupayaan menjana pendapatan,” katanya.

Tambahnya, kerajaan menyediakan pelbagai insentif termasuk dana serta geran permulaan sehingga RM20,000 bagi membantu penubuhan koperasi baharu.

Beliau turut menegaskan koperasi perlu diurus sebagai entiti perniagaan dan bukan sekadar organisasi kebajikan, selain memerlukan kepimpinan profesional dalam kalangan Ahli Lembaga Koperasi (ALK).

Dalam perkembangan berkaitan, beliau mengingatkan pengusaha tempatan, khususnya di Sabah, supaya tidak melepaskan kawalan perniagaan kepada pihak luar, terutama dalam sektor pelancongan yang mempunyai potensi besar.

Katanya, pengusaha tempatan perlu memaksimumkan keuntungan dengan mengurus sendiri operasi perniagaan, berbanding hanya menerima pulangan kecil melalui perkongsian yang tidak menguntungkan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/18/lebih-30-peratus-koperasi-tidak-aktif-sektor-peruncitan-antara-terjejas/feed/ 0 95084
SKM Sabah sedia pinjaman hingga RM30 juta bantu koperasi berkembang https://sabahmedia.com/2025/11/04/skm-sabah-sedia-pinjaman-hingga-rm30-juta-bantu-koperasi-berkembang/ https://sabahmedia.com/2025/11/04/skm-sabah-sedia-pinjaman-hingga-rm30-juta-bantu-koperasi-berkembang/#respond Tue, 04 Nov 2025 06:30:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84915
Read Time:2 Minute, 16 Second

Oleh Ahmad Husnayan

TAWAU: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Sabah terus komited memperkukuh gerakan koperasi di negeri ini dengan menyediakan pelbagai kemudahan pinjaman dan bantuan kewangan bagi meningkatkan daya saing serta keupayaan ekonomi koperasi tempatan.

Pengarah SKM Sabah, Awang Rusli Mohammad, berkata sebanyak RM30 juta diperuntukkan bagi pinjaman bercagar untuk koperasi yang layak, sebagai usaha memperkasa ekonomi masyarakat luar bandar menerusi aktiviti koperasi yang mampan dan berimpak tinggi.

Beliau berkata, kemudahan itu adalah sebahagian daripada langkah SKM membantu koperasi di Sabah mengembangkan perniagaan dan menambah aset yang mampu memberi pulangan jangka panjang kepada anggota.

“Selain pinjaman bercagar, SKM turut menyediakan pinjaman sektor keselamatan makanan (food security) dengan kadar faedah hanya 1 peratus dan jumlah maksimum RM3 juta bagi koperasi yang terbabit dalam pengeluaran makanan.

“Untuk koperasi tanpa cagaran pula, kita sediakan pinjaman sehingga RM650,000 secara berfasa, bergantung kepada keperluan dan kemampuan masing-masing,” katanya pada majlis perasmian bangunan baharu Koperasi Pembangunan Murut Kalabakan Tawau Berhad, di sini.

Bangunan dua tingkat milik koperasi berkenaan dibeli secara tunai dengan nilai RM1.6 juta, dan kini disewakan dengan kadar RM6,000 sebulan, sekali gus menjadi sumber pendapatan tetap kepada koperasi.

Awang Rusli turut menzahirkan penghargaan kepada barisan kepimpinan koperasi itu yang berjaya memiliki aset sendiri hasil usaha gigih dan pengurusan berhemah.

“Ini satu pencapaian membanggakan kerana ia membuktikan koperasi mampu berdikari dan menjana pendapatan sendiri tanpa bergantung kepada bantuan luar,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa SKM akan terus memberi bimbingan, sokongan serta turun padang membantu koperasi di seluruh negeri agar dapat bersaing dengan koperasi di Semenanjung.

“Di bawah kepimpinan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, banyak peluang baharu dibuka untuk koperasi dan usahawan Sabah bergerak lebih jauh ke hadapan.

“Sekarang bukan masa untuk leka. Koperasi perlu bangkit, ubah cara fikir dan berani melangkah keluar daripada zon selesa. SKM Sabah bersedia membantu sepenuhnya,” katanya.

Menurutnya, ketika ini terdapat 2,074 koperasi berdaftar di Sabah, termasuk 224 di Tawau, namun hanya kira-kira 60 peratus yang aktif.

“Kita tidak mahu koperasi yang hanya berdaftar atas nama semata-mata. Koperasi tidak aktif akan dibatalkan pendaftarannya kerana kita mahu gerakan koperasi benar-benar memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Koperasi Pembangunan Murut Kalabakan Tawau Berhad, Asfaliza Batan, berkata pembelian bangunan baharu itu secara tunai menandakan kejayaan koperasi berkenaan bangkit semula selepas pernah dianggap tidak aktif.

“Perjuangan kami bukan sekadar mencari keuntungan segera, tetapi untuk memastikan generasi akan datang dapat menikmati hasil usaha ini,” katanya.

Beliau berkata, koperasi kini dalam perancangan memperluas kegiatan dalam sektor hartanah dan perladangan, khususnya di kawasan tanah adat masyarakat Murut di Kalabakan, bagi memanfaatkan potensi ekonomi setempat.

“Kami berharap kerajaan negeri dapat melihat semula hak masyarakat Murut di tanah adat agar ia dapat digunakan untuk pembangunan ekonomi komuniti kami sendiri,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/04/skm-sabah-sedia-pinjaman-hingga-rm30-juta-bantu-koperasi-berkembang/feed/ 0 84915
Gerakan koperasi bantu perkasa ekonomi masyarakat https://sabahmedia.com/2025/04/11/gerakan-koperasi-bantu-perkasa-ekonomi-masyarakat/ https://sabahmedia.com/2025/04/11/gerakan-koperasi-bantu-perkasa-ekonomi-masyarakat/#respond Fri, 11 Apr 2025 00:18:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71748
Read Time:1 Minute, 12 Second

Beaufort : Gerakan koperasi terus menunjukkan potensi besar dalam memperkasakan ekonomi masyarakat apabila daerah ini mencatatkan sebanyak 121 buah koperasi dengan keanggotaan seramai 16,253 orang.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ruslan Muharam berkata, jumlah itu melibatkan modal syer lebih RM2.3 juta; aset lebih RM18 juta dan perolehan lebih RM12 juta yang direkodkan sehingga 31 Disember  tahun lalu.

“Potensi gerakan koperasi ini juga dapat mengurangkan jurang kemiskinan, dan menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat.

“Sejarah telah membuktikan bahawa koperasi adalah instrumen yang berkesan dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat, terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Jom @ Coop Wilayah Beaufort di sini semalam.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, ini turut menunjukkan potensi besar untuk koperasi yang ada di daerah ini untuk terus berkembang sebagai pusat ekonomi koperasi yang maju.

Dalam pada itu, beliau berkata, kehadiran Program Jom@Coop dilihat tepat pada waktunya kerana program itu membawa maklumat berkaitan siri latihan pembangunan modal insan IKMa dalam meningkatkan kefahaman mengenai cabaran dan tanggungjawab dalam mengurus koperasi kepada pemimpin dan anggota koperasi di daerah Beaufort ini.

“Saya berharap agar program ini dapat membuka lebih banyak ruang dan peluang kepada generasi muda untuk turut serta dalam gerakan koperasi, sekaligus memperkukuhkan kedudukan koperasi sebagai pemacu ekonomi masyarakat yang mampan.

“Saya juga menyeru agar anggota koperasi di Beaufort untuk mengambil peluang dan hadir berkursus di program anjuran IKMa,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/11/gerakan-koperasi-bantu-perkasa-ekonomi-masyarakat/feed/ 0 71748
Gerakan Koperasi memainkan peranan aktif dalam sektor perladangan di Sabah https://sabahmedia.com/2023/09/07/koperasi-memainkan-peranan-aktif-dalam-sektor-perladangan-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/09/07/koperasi-memainkan-peranan-aktif-dalam-sektor-perladangan-di-sabah/#respond Thu, 07 Sep 2023 06:01:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=41395
Read Time:1 Minute, 49 Second

SANDAKAN: Program Memperkasakan Rangkaian Aktiviti Sektor Perladangan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2023 anjuran bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Sabah dan Koperasi Baja Harapan Sabah Berhad telah berlangsung di Sabah Hotel di sini selama dua hari bermula 6 hingga 7 September 2023.

Seramai hampir 100 peserta daripada koperasi perladangan dari seluruh negeri ini menyertai program itu.

Pengarah SKM Sabah Matias Kundapin dalam ucapannya pada majlis perasmian majlis penutupan program tersebut, memberi penekanan kepada kepentingan koperasi dalam memainkan peranan yang aktif di dalam sektor perladangan.

“Program tersebut bertujuan untuk memperkasa struktur koperasi dalam sektor perladangan dan juga
mewujudkan jaringan perniagaan antara koperasi untuk meningkatkan kemahiran dalam aktiviti perladangan.

“Dengan pelaksanaan Dasar Agrikomoditi Negara 2021–2030 (DAKN 2030) oleh Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPPK), koperasi diharapkan dapat memanfaatkan peluang yang ada untuk terus memajukan sektor perladangan.

“Ini termasuk memastikan sektor ini kekal berdaya saing dengan pengaplikasian teknologi terkini yang turut menekankan aspek kelestarian,” katanya.

Menurut Matias, pada tahun 2022, gerakan koperasi di Sabah telah menunjukkan potensi yang memberansangkan dalam sektor perladangan dengan perolehan sebanyak RM242.1 juta, menyumbang sebanyak 42 peratus daripada jumlah keseluruhan turnover koperasi di Sabah.

“Data prestasi gerakan koperasi di Sabah juga mencatatkan sebanyak 1,707 buah koperasi dengan keanggotaan kira-kira 350 ribu orang.

“Selain itu, di dalam program yang diadakan, dua koperasi, Koperasi Keluarga Bohari Labuan Berhad
dan Koperasi Baja Harapan Sabah Berhad, berjaya berkongsi produk-produk pertanian mereka.

“Koperasi-koperasi di Sabah juga digalakkan untuk berkolaborasi dengan agensi kerajaan yang berkaitan dengan sektor perladangan dan agrokomoditi,” katanya.

Matias turut mengajak koperasi di Sabah untuk meluaskan pasaran perniagaan koperasi, dan memanfaatkan teknologi terkini serta mendapatkan bimbingan daripada agensi-agensi terkait. Sekaligus mewujudkan hubungan dan jaringan perniagaan secara kerjasama antara koperasi untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan koperasi dalam aktiviti perladangan.

“Diharapkan dengan program ini, gerakan koperasi di Sabah dapat memainkan peranan yang lebih aktif
dalam sektor perladangan dan mengambil peluang yang ada di dalam sektor ini untuk memajukan
ekonomi negeri,” ujarnya.

Turut hadir sama Pengerusi KPSM Daerah Keningau Bhd, Datuk Justin Guka, Pengerusi Koperasi Baja Harapan Sabah Berhad, Steve Lee, Penolong Penguatkuasa Kanan, Lembaga Minyak Sawit Malaysia Sabah, Adrein Tubong, Pegawai Penyelidik Lembaga Koko Malaysia Amzah Muhammad Aris dan
Penolong Pengarah SKM Wilayah Sandakan, Marni Sulaiman.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/07/koperasi-memainkan-peranan-aktif-dalam-sektor-perladangan-di-sabah/feed/ 0 41395