Korban lembu – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 05 Jun 2025 14:56:44 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Korban lembu – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Ketua Menteri serah sumbangan 200 ekor lembu korban https://sabahmedia.com/2025/06/05/ketua-menteri-serah-sumbangan-200-ekor-lembu-korban/ https://sabahmedia.com/2025/06/05/ketua-menteri-serah-sumbangan-200-ekor-lembu-korban/#respond Thu, 05 Jun 2025 14:56:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75116
Read Time:37 Second

Tuaran: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor  menyempurnakan penyerahan sumbangan sebanyak 200 ekor lembu korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau Samah Sabah, Kampung Lok Batik di sini pada Khamis.

Para penerima agihan sumbangan lembu korban terdiri daripada wakil masjid dan surau kawasan parlimen Tuaran, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta agensi negeri dan daerah.

Ketika ditemui selepas majlis penyerahan, Hajiji berkata ibadah korban bukan sahaja melambangkan ketaatan kepada Allah SWT, juga menjadi medium pengukuhan perpaduan dan semangat saling membantu dalam kalangan masyarakat.

“Ibadah korban membawa mesej besar dalam memperkukuh semangat kesatuan dan saling membantu dalam kalangan masyarakat Islam. 

“Hari Raya Aidiladha bukan sekadar perayaan, tetapi satu penghayatan terhadap nilai pengorbanan, keikhlasan dan kepedulian”, katanya. – SABAH MEDIA 

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/05/ketua-menteri-serah-sumbangan-200-ekor-lembu-korban/feed/ 0 75116