korban ums – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 10 Jun 2025 00:49:39 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png korban ums – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kakitangan, pelajar UMS gotong-royong jayakan ibadah korban https://sabahmedia.com/2025/06/10/kakitangan-pelajar-ums-gotong-royong-jayakan-ibadah-korban/ https://sabahmedia.com/2025/06/10/kakitangan-pelajar-ums-gotong-royong-jayakan-ibadah-korban/#respond Tue, 10 Jun 2025 00:49:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75308
Read Time:1 Minute, 0 Second

Kota Kinabalu :  Kakitangan dan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) meneruskan amalan bergotong-royong bagi melaksanakan ibadah korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha di UMS.

Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan, Pusat Islam UMS, Mohammad Fazri Abdul Hamid berkata, pada tahun ini seramai 21 peserta korban terlibat dalam ibadah korban di UMS.

“Sejumlah empat ekor lembu dikorbankan secara bergotong-royong di Perkarangan Masjid UMS, iaitu tiga ekor lembu daripada peserta korban, manakala seekor lembu disumbangkan oleh pihak RHB Bank.

“Lebih 30 petugas korban dalam kalangan kakitangan UMS, antaranya dari wakil Kesatuan Kakitangan UMS (KEKAUMAS) terlibat membantu dalam menjayakan kerja-kerja penyembelihan dan melapah lembu korban.

“Manakala lebih 20 petugas staf dan pelajar UMS termasuk wakil dari Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) terlibat dalam melaksanakan pengagihan daging korban serta penyediaan jamuan di Dapur Rahmah UMS,” katanya.

Beliau turut memaklumkan daging korban kemudiannya diagihkan kepada kakitangan UMS dan pelajar-pelajar di kolej kediaman luar UMS, serta dimasak sebagai jamuan tengah hari yang disediakan di Masjid UMS.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor dan Pengarah Wilayah RHB Bank Wilayah Sabah, Stephen Chin turut berkesempatan menyantuni petugas ibadah korban serta meninjau aktiviti korban yang dilaksanakan pada sebelah pagi. – SABAH MEDIA / FOTO UMS

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/10/kakitangan-pelajar-ums-gotong-royong-jayakan-ibadah-korban/feed/ 0 75308