korban – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 27 May 2026 06:07:42 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png korban – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hajiji hadir Hari Raya Aidiladha IPD Tuaran https://sabahmedia.com/2026/05/27/hajiji-hadir-hari-raya-aidiladha-ipd-tuaran/ https://sabahmedia.com/2026/05/27/hajiji-hadir-hari-raya-aidiladha-ipd-tuaran/#respond Wed, 27 May 2026 06:07:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97383
Read Time:34 Second

TUARAN: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyempurnakan Majlis Penyerahan Lembu Korban di Ibu Pejabat Polis Daerah Tuaran, di sini pada Rabu.

Beliau bersama Ahli Parlimen Tuaran yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau; Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merangkap ADUN Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai; ADUN Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya dan ADUN dilantik, Datuk Abdul Kassim Razali secara simbolik menyerahkan lembu korban kepada Ketua Polis Daerah Tuaran, Superintendan Noraidin Ag Maidin.

Terdahulu, Hajiji menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Haji Noor di Kampung Serusup, Tuaran bersama penduduk di sekitar kampung berkenaan.

Hajiji turut mengambil peluang beramah mesra dengan jemaah selepas menunaikan solat sunat Aidiladha.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/27/hajiji-hadir-hari-raya-aidiladha-ipd-tuaran/feed/ 0 97383
UMS anjur kursus sembelihan halal perdana, tingkat kefahaman syariah https://sabahmedia.com/2026/05/14/ums-anjur-kursus-sembelihan-halal-perdana-tingkat-kefahaman-syariah/ https://sabahmedia.com/2026/05/14/ums-anjur-kursus-sembelihan-halal-perdana-tingkat-kefahaman-syariah/#respond Thu, 14 May 2026 02:01:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96632
Read Time:1 Minute, 32 Second

KOTA KINABALU : Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerusi Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal (PPPH) telah menjayakan penganjuran Kursus Sembelihan Halal Perdana 2026 baru-baru ini bagi meningkatkan kefahaman dan kesedaran masyarakat mengenai kaedah penyembelihan mengikut syariah Islam.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, kursus itu penting bagi memberi pengetahuan tepat dan menyeluruh berkaitan kaedah penyembelihan halal yang mematuhi tuntutan syariah, selain menitikberatkan aspek kesihatan serta kebajikan haiwan.

“Konsep sembelihan dalam Islam perlu dihuraikan sebaik mungkin agar ibadat ini tidak dilihat sebagai satu perbuatan menyeksa haiwan secara kejam berdasarkan pandangan masyarakat bukan Islam yang melihatnya hampir setiap tahun menjelang Aidiladha.

“Penyembelihan halal perlu dilakukan oleh individu beragama Islam yang memahami rukun dan syarat sembelihan, selain menggunakan peralatan tajam bagi meminimumkan kesakitan haiwan yang disembelih. 

“Kehalusan teknik-teknik penyembelihan ini juga melatih dan mendidik jiwa setiap muslim supaya bersifat ihsan, berdisiplin dan bertanggungjawab,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian sempena penganjuran kursus tersebut di Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP) UMS.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Dekan FSMP, Prof. Ts. Dr. Hasmadi Mamat. 

Dalam pada itu, Kasim berkata, UMS merupakan satu-satunya Penyedia Latihan Halal berdaftar di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Sabah dan aktif dalam membantu industri halal di Sabah.

“Penubuhan PPPH pada 2023 membuktikan dedikasi UMS dalam menyokong usaha kerajaan untuk menjadi pusat rujukan halal serantau selaras dengan Pelan Induk Industri Halal (HIMP) 2030.

“Diharap dengan adanya PPPH ini UMS lebih dikenali dan diyakini dalam menjalankan aktiviti berkaitan halal kepada pihak industri dan orang awam,” ujar beliau. 

Kursus itu disertai lebih 60 peserta dan mendapat kerjasama daripada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) menerusi MUIS Halal Hub dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah.

Turut menjayakan program tersebut pihak industri QL Agroventures Sdn. Bhd. yang menaja 70 ekor ayam untuk sesi praktikal sembelihan peserta, serta pihak Adabi Sabah Distribution Sdn. Bhd.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/14/ums-anjur-kursus-sembelihan-halal-perdana-tingkat-kefahaman-syariah/feed/ 0 96632
Semangat Pengorbanan Perlu Diterapkan Dalam Diri Masyarakat https://sabahmedia.com/2021/07/18/semangat-pengorbanan-perlu-diterapkan-dalam-diri-masyarakat/ https://sabahmedia.com/2021/07/18/semangat-pengorbanan-perlu-diterapkan-dalam-diri-masyarakat/#respond Sun, 18 Jul 2021 11:33:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3232
Read Time:1 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU: Semangat pengorbanan bagi menyambut sambutan Hari Raya Aidiladha perlu diterapkan dalam diri masyarakat di negeri ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Sabah Shahelmey Yahya berkata, semangat pengorbanan itu perlu dihayati khususnya bagi mereka yang diperlukan bertugas ketika pandemik COVID-19 ini. 

“Kita faham dalam suasana kita masih dalam pandemik COVID-19 ini, petugas barisan hadapan tanpa putus asa dengan semangat yang berterusan membantu menjaga keselamatan rakyat di negeri ini.

“Dengan adanya hubungan yang erat diantara barisan petugas hadapan dan juga masyarakat maka kita akan dapat menjaga keselamatan, keamanan dan kemakmuran di negeri dan juga negara kita” katanya.

Shahelmey berkata demikian ketika menyerahkan sumbangan lembu korban kepada petugas barisan hadapan di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat berharap dengan penyerahan lembu korban kepada petugas barisan hadapan sekitar kawasan Putatan itu dapat menyuntik semangat mereka dalam menjalankan tugas.

Turut hadir semasa penyerahan lembu korban sumbangan Pejabat ADUN Tanjung Keramat itu ialah Pemimpin Pembangunan Masyarakat Tanjung Keramat; Sufian Matin.

Penyerahan disampaikan kepada Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah; Mohd Ali Ismail, Panglima Divisyen Kelima Infantri; Mejar Jeneral Datuk Mohd Halim Khalid dan Pegawai Daerah Putatan; Zainuddin Awang.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/18/semangat-pengorbanan-perlu-diterapkan-dalam-diri-masyarakat/feed/ 0 3232
Hajiji serah 108 lembu korban sempena Aidiladha https://sabahmedia.com/2021/07/18/hajiji-serah-108-lembu-korban-sempena-aidiladha/ https://sabahmedia.com/2021/07/18/hajiji-serah-108-lembu-korban-sempena-aidiladha/#respond Sun, 18 Jul 2021 06:13:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3201
Read Time:53 Second

TUARAN: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan 108 ekor lembu korban sempena Aidiladha yang akan disambut Selasa ini kepada 50 wakil masjid dan surau di sekitar Tuaran.

Majlis penyerahan lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha itu diadakan di perkarangan Masjid Haji Noor di Kampung Serusup dekat sini pagi tadi.

Selain itu, sumbangan lembu korban turut disampaikan oleh Ketua Menteri kepada pasukan keselamatan di negeri ini iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Pada majlis itu, TDM diwakili Panglima 5 Divisyen, Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia, Kem Lok Kawi, Mejar Jeneral Dato Mohd Halim Khalid; manakala PDRM oleh Ketua Jabatan Pengurusan PDRM Kontinjen Sabah, Pembantu Komisioner Kanan Zabidi Mohd Zain dan Timbalan Panglima Armada Timur, Markas Pemerintah Armada Timur Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Shazalie Shuib, mewakili TLDM.


Turut hadir, Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif; Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim; Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Joniston Bangkuai dan Pembantu Menteri Kewangan Negeri, Jasni Daya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/18/hajiji-serah-108-lembu-korban-sempena-aidiladha/feed/ 0 3201
Cadangan Laksana Ibadah Korban Aidiladha Di Sabah Sedang Diperincikan – Mohd Arifin https://sabahmedia.com/2021/06/21/cadangan-laksana-ibadah-korban-aidiladha-di-sabah-sedang-diperincikan-mohd-arifin/ https://sabahmedia.com/2021/06/21/cadangan-laksana-ibadah-korban-aidiladha-di-sabah-sedang-diperincikan-mohd-arifin/#respond Mon, 21 Jun 2021 08:52:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1680
Read Time:37 Second

KOTA KINABALU: Pihak berkuasa agama di Sabah akan mengadakan perbincangan bersama pihak terbabit berhubung pelaksanaan ibadah korban Aidiladha tahun ini.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, pihaknya perlu meneliti pelbagai aspek dan cadangan sebelum dikemukakan kepada Jawatankuasa COVID-19 negeri Sabah.

“Meskipun kita lihat terdapat trend penurunan jumlah kes harian COVID-19 di Sabah ketika ini namun ia perlu dilihat dari pelbagai aspek.

“Kita sedang memperincikan cadangan dan perkara berkaitan ibadah korban tahun ini dalam perbincangan bersama agensi terbabit,” katanya ketika dihubungi Sabah Media disini petang ini.

Mohd Arifin berkata, selepas itu pihaknya akan mengemukakan cadangan berhubung ibadah korban kepada Jawatankuasa COVID-19 negeri untuk dinilai secara menyeluruh

“Selepas itu barulah ia akan diumumkan oleh pihak berkenaan,”katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/21/cadangan-laksana-ibadah-korban-aidiladha-di-sabah-sedang-diperincikan-mohd-arifin/feed/ 0 1680