Korea – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 03 Feb 2026 07:35:07 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Korea – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Juri Korea terkejut, tahap bakat belia Borneo setanding Universiti Korea https://sabahmedia.com/2026/02/03/juri-korea-terkejut-tahap-bakat-borneo-setanding-universiti-korea/ https://sabahmedia.com/2026/02/03/juri-korea-terkejut-tahap-bakat-borneo-setanding-universiti-korea/#respond Tue, 03 Feb 2026 07:26:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=90909
Read Time:2 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU: Tahap bakat belia Borneo dalam bidang seni persembahan mencuri perhatian juri antarabangsa apabila dua juri jemputan dari Korea Selatan menyifatkan mutu persembahan peserta setanding pelajar universiti di negara itu.

Pujian tersebut dizahirkan oleh dua juri jemputan Hyungjoo Kim dan Daroon Bong dari Yuhan University, Korea, selepas menyaksikan persembahan peserta dalam pertandingan Borneo Got Talent & Performing Arts 2026 yang berlangsung di Dewan Hakka, di sini, baru-baru ini.

Empat peserta muda dinobatkan sebagai juara bagi setiap kategori utama pertandingan itu iaitu Muhlis Husrev (Performing Arts – Singing) mewakili Bandaraya Kota Kinabalu, Siti Nur Fatin Pehan (Performing Arts – Dancing) dari Pulau Banggi, Kudat, Mohammad Ashraf (Performing Arts – Unique Talent) dari Beaufort, serta Nur Ratu Mia Adriana (Project Runway – Kerja Berpasukan) mewakili Likas, Kota Kinabalu.

Program anjuran Lembaga Pengurusan Sekolah bersama SM Lok Yuk Kota Kinabalu (CF) itu bertujuan mengetengahkan bakat belia dalam persembahan pentas, selain mengumpul dana bagi pembangunan fasiliti sekolah.

Kira-kira 1,000 penonton hadir membeli tiket bagi menyaksikan acara tersebut secara langsung, manakala ribuan lagi mengikuti siaran menerusi platform TV Sabah.

Majlis yang dikendalikan oleh tiga pengacara iaitu Eve Saimon, Jordan Queka dan Kelly Tseu itu disusun kemas serta berlangsung lancar sebelum berakhir pada jam 11.30 malam.

Acara turut diserikan dengan persembahan istimewa oleh penyanyi profesional Daniesh Suffian, alumni SM Lok Yuk Kota Kinabalu (CF), yang berkongsi pengalaman beliau pernah menyertai pertandingan seumpama itu sebelum berjaya dalam bidang nyanyian.

Beliau turut menggalakkan pelajar agar berani mencuba demi mengejar impian sebelum mendendangkan lagu popularnya “Akhirnya Kamu” dan “Nothing Gonna Change My Love For You”.

Ketua juri, Esther Applunius, menyatakan sokongan penuh terhadap usaha sekolah dalam memberi ruang kepada belia meneroka potensi diri, khususnya menerusi sokongan Pengetua Thein Nyuk Kong dan Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah, Jimmy Chu.

Juri kedua, Rhowell Rolland pula menasihatkan peserta agar tidak gentar tampil di atas pentas kerana keberanian mencuba itu sendiri sudah merupakan satu kemenangan besar.

Sementara itu, juri ketiga, Dennis Patrick yang juga Pengarah TV Sabah berkata, TV Sabah bertindak sebagai rakan strategik program tersebut dan menaja separuh kos siaran langsung bagi memastikan pertandingan dapat ditonton oleh lebih ramai belia sebagai sumber inspirasi.

Bagi kategori anugerah khas, Nur Ratu Mia Adriana turut merangkul gelaran Best Model, manakala Za Divaz memenangi Best Costume dan Creative Talent. Muhlis Husrev pula menerima anugerah Most Liked by Social Media, sementara Siti Nur Fatin binti Pehan dinobatkan sebagai Most Popular by Voting.

Penyelaras pertandingan peringkat negeri, Walter Misir merakamkan penghargaan kepada penyelaras daerah iaitu Jeslyn Lau (Bandaraya Kota Kinabalu), Leon Dison (Penampang), Juan Richo (Kudat) dan Elizabeth Jipanis (Likas, Kota Kinabalu) atas usaha mencungkil bakat belia di peringkat akar umbi.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/03/juri-korea-terkejut-tahap-bakat-borneo-setanding-universiti-korea/feed/ 0 90909
Festival Kebudayaan Korea inisiatif rapat hubungan Sabah, Korea Selatan https://sabahmedia.com/2024/12/01/festival-kebudayaan-korea-inisiatif-rapat-hubungan-sabah-korea-selatan/ https://sabahmedia.com/2024/12/01/festival-kebudayaan-korea-inisiatif-rapat-hubungan-sabah-korea-selatan/#respond Sun, 01 Dec 2024 06:06:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64709
Read Time:1 Minute, 15 Second

Kota Kinabalu : Festival Kebudayaan Korea 2024 menandakan permulaan pengenalan budaya Korea yang lebih meluas di negeri ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Christina Liew berkata, acara itu merupakan batu loncatan untuk inisiatif masa depan yang pasti akan merapatkan lagi hubungan diantara kedua-dua negara.

“Selain itu, ia memberikan sumbangan bermakna kepada kepelbagaian budaya di Sabah, sebuah negeri yang telah lama menjadi contoh cemerlang bagi kehidupan aman dan harmoni.

“Lebih penting lagi, Festival Kebudayaan Korea menjadi pemangkin untuk mengukuhkan hubungan kerjasama antara Korea dan Sabah dalam pelbagai sektor, termasuk ekonomi, pembangunan sosial dan budaya,” katanya.

Beliau berkata demikian  ketika melancarkan festival itu di Plaza Shell di sini semalam.

Christina berkata,  meskipun komuniti Korea di Sabah agak kecil sekitar 1,000 orang,  namun, komuniti ini akan terus berkembang menjadi sebuah komuniti yang berkemampuan, aktif dalam pembangunan masyarakat tempatan dan memberikan pengaruh positif.

Katanya, penubuhan Konsulat Korea pada tahun lalu di ibu negeri telah membuka jalan untuk hubungan yang lebih mendalam dan kerjasama yang lebih erat antara Korea dan Sabah.

“Ia memberikan peluang besar kepada masyarakat tempatan untuk berinteraksi secara langsung dengan komuniti Korea serta mempelajari lebih lanjut mengenai budaya mereka. 

“Daripada muzik dan tarian kepada makanan dan permainan, kita dapat menyaksikan kesan global budaya Korea dan mengalaminya secara langsung di sini,” katanya.

Sementara itu, Konsul Jeneral Konsulat Republik Korea di Kota Kinabalu, Yoon Ockchae berkata, pihaknya berterima kasih kepada Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) serta penaja lain atas sokongan mereka. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/01/festival-kebudayaan-korea-inisiatif-rapat-hubungan-sabah-korea-selatan/feed/ 0 64709
Lelaki warga Korea didakwa guna dokumen palsu https://sabahmedia.com/2024/05/10/lelaki-warga-korea-didakwa-guna-dokumen-palsu/ https://sabahmedia.com/2024/05/10/lelaki-warga-korea-didakwa-guna-dokumen-palsu/#respond Fri, 10 May 2024 08:37:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54225
Read Time:55 Second

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga Korea dihadapkan di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas dakwaan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen untuk urusan kerja pada September tahun lalu.

Tertuduh, Lee Chang Whan, 33, bagaimanapun tidak mengaku bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie.

Menurut kertas pertuduhan, Lee dituduh menggunakan dokumen Perjanjian Subkontrak Pindaan palsu bagi kerja pemasangan cerucuk di antara Hyundai Engineering Sdn Bhd dan Budiwan Sdn Bhd.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah syarikat di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) di Sepanggar pada 22 September 2023.

Berikutan itu tertuduh berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 465 kanun yang sama.

Hukuman bagi kesalahan itu ialah penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan 10 Jun depan untuk pengurusan kes, manakala tertuduh dibenarkan ikat jamin sebanyak RM8,000 dengan dua penjamin tempatan.

Selain itu, mahkamah turut membenarkan pasport tertuduh dikembalikan bagi membolehkannya memperbaharui permit kerja.

Bagaimanapun, tertuduh diperintah untuk menyerahkan semula pasportnya kepada mahkamah setelah pembaharuan permit kerjanya selesai.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Suzie @ Stephanie Kupit.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/10/lelaki-warga-korea-didakwa-guna-dokumen-palsu/feed/ 0 54225
Kisah Park Tae Su , Pemain Bola Korea yang bertukar menjadi ‘Karim’  https://sabahmedia.com/2023/06/20/kisah-park-tae-su-pemain-bola-korea-yang-bertukar-menjadi-karim/ https://sabahmedia.com/2023/06/20/kisah-park-tae-su-pemain-bola-korea-yang-bertukar-menjadi-karim/#respond Tue, 20 Jun 2023 03:26:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=36685
Read Time:2 Minute, 2 Second

Oleh :- Muda Muhammad

Betapa berjayanya asimilasi budaya di Sabah, sampai sahaja orang Korea di negeri ini terus bertukar namanya menjadi “Karim”. Itulah yang berlaku pada pemain bolasepak import Sabah iaitu Park Tae Su yang berasal daripada Incheon, Korea Selatan.

Park Tae Su telah dikenali sebagai “Karim” di kalangan rakan-rakan sepasukan dalam pasukan Sabah. “Karim” beraksi bersama pasukan Sabah FC dalam saingan Liga Super Malaysia sejak musim 2018/2019 yang lalu. Sudah hampir 5 tahun, “Karim bermain untuk pasukan Sabah.

Silap-silap selepas ini “Karim” boleh jadi pemain naturalisasi pasukan Harimau Malaya. Mana tahu boleh jadi gandingan mantap dengan Dion Cools di barisan pertahanan Malaysia. “Karim” ini terlebih layak untuk menjadi pemain naturalisasi Malaysia kerana dia sendiri fasih berbahasa Malaysia.

Dalam artikel sebelum ini, ada tiga perkara yang membuatkan ramai pelancong Korea datang ke negeri Sabah iaitu Pantai, Padang Golf dan Pulau. Biarpun seorang pemain bolasepak dan tidak pandai bermain golf, “Karim” juga terpengaruh dengan salah satu P itu iaitu “Padang Golf”. “Karim” mengakui pada masa lapang dia suka bermain golf bersama dengan isterinya di Sabah.

Dalam satu wawancara bersama Youtube Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan Astro Arena, “Karim” cukup fasih berbahasa Melayu. Semua  soalan yang diajukan oleh wartawan atau hos dijawab menggunakan bahasa kebangsaan Malaysia. Hebat Pak Karim.

“Bagus Park Tae-su, fasih berbahasa Melayu lagi. Nampak betapa sayangnya dia dekat Sabah FC sehingga menyatakan yang dia ingin bersara di Sabah FC. Harap-harap lepas bersara nanti FAM ambillah Park Tae-su sebagai Pembantu Jurulatih Harimau Malaya bersama dengan Kim Pan-gon,” kata seorang pengguna Facebook yang mengharapkan agar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjadikan “Karim” sebagai pembantu jurulatih Harimau Malaya.

“Karim” turut mencipta sejarahnya yang tersendiri bersama pasukan Sabah bila mencetak satu gol roket yang telah mendapat pujian daripada pihak FIFA sendiri.  “Karim” menjaringkan gol tersebut dalam aksi Piala Malaysia bertemu dengan PJ City FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada bulan September tahun lepas. Jaringan roket “Karim” itu daripada jarak 40 ela, terkena palang sebelum terus memasuki jaring

“Karim” adalah outcome kepada perpaduan berbilang bangsa dan budaya masyarakat majmuk yang kuat di negeri Sabah. Orang Korea boleh terpesona dengan budaya orang Sabah kerana kemarahan hati dan kemesraan orang Sabah.

Terdapat lebih 33 etnik di Sabah, 50 bahasa dipertuturkan dan 80 dialek yang berbeza, namun itu tidak menjadi halangan untuk “Karim” jatuh hati untuk bertutur dalam bahasa Malaysia di Sabah. Inilah keunikan negeri Sabah, jarang ada di dunia yang lain.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/20/kisah-park-tae-su-pemain-bola-korea-yang-bertukar-menjadi-karim/feed/ 0 36685