Korporat – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 11 Nov 2025 12:29:12 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Korporat – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pilih wakil rakyat yang dekat di hati, bukan wakil korporat – Khairul Firdaus https://sabahmedia.com/2025/11/11/pilih-wakil-rakyat-yang-dekat-di-hati-bukan-wakil-korporat-khairul-firdaus/ https://sabahmedia.com/2025/11/11/pilih-wakil-rakyat-yang-dekat-di-hati-bukan-wakil-korporat-khairul-firdaus/#respond Tue, 11 Nov 2025 12:29:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85524
Read Time:1 Minute, 5 Second

Oleh Eviana Mazinal

KOTA BELUD: “Pilih wakil rakyat yang dekat di hati, bukan wakil korporat,” demikian pesan Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan kepada penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tempasuk.

Beliau berkata, rakyat perlu menilai calon berdasarkan keprihatinan dan kesungguhan mereka membantu masyarakat, bukan hanya pada janji manis semasa pilihan raya.

“Dengan adanya pemimpin tempatan yang lahir dan bekerja di sini, tidak ada sebab untuk memilih pemimpin luar yang hanya muncul apabila musim pilihan raya, sambil menjanjikan bulan dan bintang,” katanya.

Menurut Khairul Firdaus, pemimpin yang benar-benar berkhidmat akan sentiasa mudah dihubungi dan hadir apabila rakyat memerlukan bantuan.

“Kita perlu lihat siapa yang mewakili kawasan kita, adakah dia benar-benar mahu memberikan perkhidmatan dan mempunyai perancangan untuk membangunkan masyarakat. Saya percaya calon tempatan lebih memahami keperluan rakyat dan mampu berkhidmat dengan lebih baik,” katanya.

Beliau turut menyarankan agar rakyat mengekalkan wakil rakyat sedia ada sekiranya mereka telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam perkhidmatan.

Khairul Firdaus dalam masa sama memuji komitmen bekas ADUN Tempasuk, Datuk Arsad Bistari yang disifatkan sebagai pemimpin berdedikasi dan berjaya membawa pelbagai agensi kerajaan serta program pembangunan ke kawasan berkenaan.

Terdahulu, beliau merasmikan majlis Pisompuruan Komuniti Tempasuk anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) yang diadakan di Dewan Pusat Khidmat Rakyat N.09 Tempasuk di sini pada Selasa.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/11/pilih-wakil-rakyat-yang-dekat-di-hati-bukan-wakil-korporat-khairul-firdaus/feed/ 0 85524
PBS Sokong Keputusan Kerajaan Negeri Rombak Jawatankuasa Pemantauan Dasar dan Tadbir Urus Korporat https://sabahmedia.com/2021/06/16/pbs-sokong-keputusan-kerajaan-negeri-rombak-jawatankuasa-pemantauan-dasar-dan-tadbir-urus-korporat/ https://sabahmedia.com/2021/06/16/pbs-sokong-keputusan-kerajaan-negeri-rombak-jawatankuasa-pemantauan-dasar-dan-tadbir-urus-korporat/#respond Wed, 16 Jun 2021 00:08:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1340
Read Time:1 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) mengalu-alukan dan menyokong keputusan Kerajaan Negeri merombak Jawatankuasa Pemantauan Dasar dan Tadbir Urus Korporat seperti yang telah diumumkan oleh Ketua Menteri pada Ahad.

Ketua Penerangan PBS Datuk Julita Majungki berkata, usaha untuk mengukuh dan meningkatkan bidang pengurusan korporat semua Badan Berkanun Negeri (BBN) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) ini merupakan inisiatif terbaharu yang dibawa oleh Kerajaan Negeri.

“Langkah ini menunjukkan kesungguhan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor untuk memperkasa amalan tadbir urus yang baik dalam BBN dan GLC Kerajaan Negeri,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Jelasnya, terdapat lebih 60 BBN dan lebih 30 GLC tidak termasuk subsidiari.

“Kita berharap melalui rombakan ini Kerajaan Negeri akan dapat mengekang ketirisan dalam pengurusan dana, memberi nafas baharu kepada usaha meningkatkan integriti di kalangan penjawat atau pengurusan tertinggi serta mengoptimakan prestasi BBN dan GLC di negeri Sabah,” katanya.

Selain itu katanya, rombakan jawatankuasa tersebut akan membantu Kerajaan untuk mewujudkan BBN dan GLC yang mempunyai pengurusan korporat yang kukuh, operasi yang berkesan, prestasi kewangan yang mampan serta pengarah-pengarah ya ng berkaliber.

“Ini penting untuk menjaga kepentingan semua pihak yang terlibat dan khususnya juga mencapai matlamat kemakmuran negeri dan kesejahteraan rakyat selaras dengan visi Sabah Maju Jaya,” kata Julita yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong.

Semasa mengumumkan rombakan tersebut pada Ahad, Hajiji berkata polisi peningkatan ini termasuklah menguatkuasakan terhadap semua ketidakpatuhan terhadap arahan-arahan kerajaan.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan berkata, jawatankuasa akan dikawal selia oleh Kementerian Kewangan yang mana termasuk semua aspek pengurusan korporat terhadap kemungkinan salah laku termasuklah kelulusan meragukan suatu jawatan atau penubuhan anak syarikat baru d dalam BBN dan GLC, pemantauan dan sebarang sekatan gaji serta elaun kepada semua pengurusan penting BBN dan GLC.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/16/pbs-sokong-keputusan-kerajaan-negeri-rombak-jawatankuasa-pemantauan-dasar-dan-tadbir-urus-korporat/feed/ 0 1340