kota belud – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 06 Jun 2026 09:09:45 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png kota belud – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 600 penduduk Kota Belud terima manfaat Program Mahkamah Bergerak https://sabahmedia.com/2026/06/06/600-penduduk-kota-belud-terima-manfaat-program-mahkamah-bergerak/ https://sabahmedia.com/2026/06/06/600-penduduk-kota-belud-terima-manfaat-program-mahkamah-bergerak/#respond Sat, 06 Jun 2026 09:09:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97796
Read Time:2 Minute, 9 Second

KOTA BELUD: Kira-kira 600 penduduk sekitar daerah ini menerima manfaat menerusi Program Mahkamah Bergerak Fasa 4 Kota Belud yang berlangsung di Pusat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tempasuk, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tempasuk, Datuk Mohd Arsad Bistari berkata, sambutan yang diterima membuktikan program berkenaan amat signifikan dalam membantu masyarakat luar bandar yang berdepan masalah dokumen pengenalan diri.

Menurutnya, faktor jarak, kekangan kewangan dan kesukaran mengakses perkhidmatan kerajaan antara punca utama ramai penduduk masih berhadapan pelbagai isu berkaitan dokumentasi diri.

“Saya percaya masih ramai penduduk di Sabah, khususnya di kawasan luar bandar seperti Kota Belud, mengalami masalah dokumen pengenalan diri yang menjejaskan akses kepada pendidikan, perkhidmatan kesihatan serta bantuan kerajaan.

“Setiap rakyat berhak mendapat akses kepada perkhidmatan kerajaan dan sistem keadilan tanpa halangan, termasuk mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.

“Kehadiran kira-kira 600 orang pada program hari ini jelas menunjukkan keperluan dan kepentingan program seperti ini kepada masyarakat setempat,” katanya dalam satu kenyataan.

Arsad berkata, antara isu utama yang dikenal pasti membabitkan kelewatan pendaftaran kelahiran akibat perkahwinan yang tidak teratur atau tidak didaftarkan secara sah, kesukaran mendapatkan dokumen pengesahan kelahiran bagi kelahiran di rumah, selain kurang kesedaran mengenai kepentingan dokumentasi diri.

Beliau menjelaskan, sebahagian penduduk menghadapi kesukaran mendapatkan dokumen pengesahan kelahiran awal daripada hospital, terutama bagi kes kelahiran di rumah yang dianggarkan melibatkan antara 10 hingga 20 peratus kes.

“Terdapat juga masalah berkaitan perkahwinan yang tidak didaftarkan secara sah sama ada melalui jabatan agama bagi umat Islam atau tanpa pengesahan adat yang lengkap bagi bukan Islam.

“Selain itu, terdapat kes perkahwinan campur yang turut menimbulkan cabaran dalam urusan dokumentasi, termasuk melibatkan warga asing dan penduduk tempatan.

“Malah, ada penduduk yang sudah berusia 19 hingga 20 tahun tetapi masih belum memiliki dokumen pengenalan diri yang sah akibat kurang kesedaran mengenai undang-undang berkaitan sebelum ini,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Arsad berharap Mahkamah Syariah dapat turut serta dalam pelaksanaan program berkenaan pada masa hadapan bagi membantu menyelesaikan isu perkahwinan tidak berdaftar yang memberi kesan kepada proses mendapatkan dokumen kelahiran bagi anak-anak Islam.

“Dalam konteks umat Islam, peranan Mahkamah Syariah amat penting kerana perkahwinan yang tidak didaftarkan dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) sering menjejaskan peluang kanak-kanak mendapatkan sijil kelahiran,” katanya.

Program Mahkamah Bergerak Fasa 4 Kota Belud itu melibatkan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Mahkamah Anak Negeri, JHEAINS, Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS), Jabatan Kesihatan Kota Belud dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Antara perkhidmatan yang disediakan ialah urusan pengesahan dan endosmen sijil kelahiran daftar lewat, penyediaan Surat Akuan serta khidmat Pesuruhjaya Sumpah, selain nasihat perundangan kepada orang ramai.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/06/600-penduduk-kota-belud-terima-manfaat-program-mahkamah-bergerak/feed/ 0 97796
Seorang masih hilang dalam insiden bot karam di Kota Belud https://sabahmedia.com/2026/04/20/seorang-masih-hilang-dalam-insiden-bot-karam-di-kota-belud/ https://sabahmedia.com/2026/04/20/seorang-masih-hilang-dalam-insiden-bot-karam-di-kota-belud/#respond Mon, 20 Apr 2026 03:01:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95187
Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA BELUD: Seorang mangsa lelaki masih hilang selepas bot dinaiki lapan individu semasa menjalankan aktiviti memancing karam di perairan Kampung Tamau Batu Gadung, di sini, petang semalam.

Kejadian kira-kira jam 5.20 petang itu dipercayai berlaku apabila bot berkenaan dipukul ombak sebelum terbalik di muara sungai kampung terbabit.

Enam mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing sungai, manakala dua lagi dilaporkan hilang dan dipercayai lemas.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.19 petang sebelum sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud bersama jentera dikerahkan ke lokasi yang terletak kira-kira 13 kilometer dari balai.

Katanya, pasukan bomba segera menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan menyusuri tebing sungai di sekitar lokasi bot karam.

“Pada jam 9.50 malam, seorang mangsa, Mohammad Dzul Nazri Abdul, 18, ditemui orang awam kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian sebelum dihantar ke Hospital Kota Belud untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

“Manakala seorang lagi mangsa, Mohammad Iqram Jumaat, 23, masih belum ditemui setakat ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Operasi SAR diteruskan hari ini dengan pasukan bomba tiba di Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) pada jam 8.05 pagi untuk menyambung pencarian, dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta orang awam.

Bagaimanapun, operasi berdepan kekangan berikutan tiada liputan sistem komunikasi GIRN selain liputan talian telefon yang terhad di lokasi kejadian.

Maklumat lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/20/seorang-masih-hilang-dalam-insiden-bot-karam-di-kota-belud/feed/ 0 95187
Lima kampung di Kota Belud terima peruntukan RM1 juta selenggara jalan https://sabahmedia.com/2025/10/28/lima-kampung-di-kota-belud-terima-peruntukan-rm1-juta-selenggara-jalan/ https://sabahmedia.com/2025/10/28/lima-kampung-di-kota-belud-terima-peruntukan-rm1-juta-selenggara-jalan/#respond Tue, 28 Oct 2025 09:56:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84366
Read Time:1 Minute, 38 Second

Oleh Raul G

KOTA BELUD: Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan Jalan Ladang Pekebun Kecil (JLPK) di lima buah kampung, daerah ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, ia bertujuan bagi meningkatkan kemudahan asas pertanian yang melibatkan tiga kampung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian iaitu Kampung Nahaba, Kampung Tambulion dan Kampung Talungan.

Beliau berkata, dua lagi daripada projek itu melibatkan kampung di DUN Tempasuk (Kampung Kalibungan) dan DUN Pintasan (Kampung Dudar Ulu).

“Peruntukan ini penting untuk memudahkan urusan pengangkutan hasil sawit oleh pekebun kecil serta menjamin kelancaran aktiviti ekonomi setempat.

“Di peringkat Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), kita juga bekerjasama untuk membantu koperasi-koperasi yang terlibat dalam sektor perladangan”.

“Sebagai contoh, KUSKOP melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah menyalurkan geran pembangunan sebanyak RM69,000 kepada Koperasi Pekebun Kecil Sawit Mampan Kota Belud bagi menaik taraf kemudahan di pusat timbangan sawit di Kampung Rosok,” katanya.

Beliau berkata demikian, ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Program Santuni Pekebun Kecil Sawit dan Koko di Dewan Gopog, Taginambur, di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin; Penyelaras Negeri Sabah Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Amran Arifin serta Pengarah Bahagian Pemindahan Teknologi dan Pengembangan Lembaga Koko Malaysia, Abdul Karim Che Hamid.

Menurut Ewon yang juga penyandang kerusi DUN Kadamaian berkata, menerusi pendekatan whole-of-government, kementerian yang dipimpinnya akan terus melengkapkan usaha pembangunan sektor komoditi dengan memperkukuh peranan koperasi.

Katanya, kerjasama antara kementerian dan agensi berkaitan memberi manfaat menyeluruh kepada pekebun kecil, usahawan serta koperasi, terutama dalam meningkatkan produktiviti dan kecekapan rantaian bekalan komoditi negara.

Pads majlis itu, Ewon turut menerima taklimat daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Lembaga Koko Malaysia (LKM) mengenai pelbagai inisiatif termasuk penubuhan koperasi pekebun kecil sawit mampan dan koperasi kluster koko.

Selain itu, beliau juga menyampaikan beberapa anugerah pekebun kecil sawit dan koko cemerlang serta sijil Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) kepada pekebun kecil di Kota Belud.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/28/lima-kampung-di-kota-belud-terima-peruntukan-rm1-juta-selenggara-jalan/feed/ 0 84366
KYS berbuka puasa bersama penduduk Kampung Tawadakan https://sabahmedia.com/2022/04/13/kys-berbuka-puasa-bersama-penduduk-kampung-tawadakan/ https://sabahmedia.com/2022/04/13/kys-berbuka-puasa-bersama-penduduk-kampung-tawadakan/#respond Wed, 13 Apr 2022 10:27:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14208
Read Time:36 Second

KOTA BELUD : Seramai 100 penduduk di sekitar Kampung Tawadakan disini menghadiri Program Iftar atau berbuka puasa anjuran Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) bertempat di Masjid Al-Asdi Kampung Tawadakan disini semalam.

Program itu dianjurkan menerusi pejabat Zon Pantai Barat Utara Kumpulan Yayasan Sabah.

Pada majlis itu, Kumpulan Yayasan Sabah turut menyampaikan sumbangan kepada Masjid Al-Asdi yang telah disampaikan Setiausaha Korporat Yayasan Sabah Hanafiah Diman yang mewakili Pengarah Yayasan Sabah.

Program berbuka puasa Kumpulan Yayasan Sabah merupakan salah satu program yang diadakan setiap tahun yang bertujuan untuk memberikan sumbangan kebajikan kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Ia termasuklah menyediakan bahan makanan khasnya untuk golongan yang memerlukan di samping memupuk silaturahim antara Kumpulan Yayasan Sabah dan masyarakat.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/13/kys-berbuka-puasa-bersama-penduduk-kampung-tawadakan/feed/ 0 14208
Pasangan kembar rancang buka perniagaan bakeri https://sabahmedia.com/2022/03/29/pasangan-kembar-rancang-buka-perniagaan-bakeri/ https://sabahmedia.com/2022/03/29/pasangan-kembar-rancang-buka-perniagaan-bakeri/#respond Tue, 29 Mar 2022 08:14:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13633
Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU : Sepasang kembar seiras berasa teruja seterusnya mencuri tumpuan apabila berjaya meraikan majlis graduasi bersama-sama pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) ke-22 di Dewan Canselor, disini hari ini.

Pasangan kembar tersebut ialah Nurul Adilah Dahuli (kakak) dan Nurul Adlina Dahuli (adik) masing-masing berusia 27 tahun merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan dengan Kepujian (Pengurusan Perhotelan), Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP).

“Kami tidak pernah terpisah sejak kanak-kanak lagi. Dari tadika, sekolah rendah hingga ke sekolah menengah kami sentiasa bersama-sama dalam satu kelas.

“Malah di peringkat universiti ini, kami telah memilih kursus yang sama, dan hari ini kami juga sama-sama hadir ke Majlis Konvokesyen UMS,” kata Nurul Adilah ketika ditemui media di sini.

Katanya, mereka juga merancang untuk membuka perniagaan bakeri pada masa akan datang.

“Sekiranya kami bekerja, sudah pasti akan terpisah antara satu sama lain. Saya mungkin bekerja di tempat lain, manakala adik saya mungkin di syarikat lain.

“Jadi kami mengambil keputusan untuk merancang membuka perniagaan bakeri, supaya kami sentiasa dapat bersama-sama.

“Lagi pula, saya dan adik kembar saya ini mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang tersebut yang diperoleh daripada pengajian program Pengurusan Perhotelan di UMS,” katanya.

Sementara itu, Adlina memaklumkan ramai yang sukar membezakan antara kedua mereka pada musim pandemik.

“Sebelum ini, kami senang dibezakan kerana saya mempunyai tahi lalat di pipi. Namun apabila musim pandemik, ada yang tidak dapat mengenali mana kakak, mana adik kerana masing-masing memakai pelitup muka.

“Yang perasan, hanya boleh membezakan kami melalui warna bingkai cermin mata,” katanya.

Pasangan kembar berasal dari Kota Belud itu menerima ijazah yang disampaikan Pro Canselor UMS, Tan Sri Azman Hashim.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/29/pasangan-kembar-rancang-buka-perniagaan-bakeri/feed/ 0 13633
Hajiji Solat Zohor Bersama Penduduk, Tinjau Pembangunan Kota Belud https://sabahmedia.com/2021/12/31/hajiji-solat-zohor-bersama-penduduk-tinjau-pembangunan-kota-belud/ https://sabahmedia.com/2021/12/31/hajiji-solat-zohor-bersama-penduduk-tinjau-pembangunan-kota-belud/#respond Fri, 31 Dec 2021 14:46:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10520
Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA BELUD: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengambil peluang mengadakan lawatan ke Kota Belud semalam bagi meninjau sendiri keadaan di daerah berkenaan.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh seorang pengguna TikTok itu turut mendapat perkongsian dan reaksi yang positif dari netizen.

Sumber rapat ketika dihubungi Sabah Media berkata, ini merupakan lawatan tidak rasmi Ketua Menteri ke Kota Belud bagi melihat dan meninjau pembangunan infrastuktur yang telah dan sedang dibangunkan.

“Sebelum ini, beliau sendiri telah melihat pembangunan yang dilaksanakan di Tuaran dan kali ini beliau turun pula secara tidak rasmi ke Kota Belud dengan tujuan yang sama.

“Ini merupakan komitmen beliau kepada rakyat negeri ini yang mana beliau mahu rakyat di Sabah mendapat prasarana dan pembangunan yang baik serta mencukupi,”katanya.

Dalam lawatan itu, Hajiji turut berkesempatan bersama-sama penduduk menunaikan solat  Zohor di Masjid Kampung Pandasan.

Selepas itu, Hajiji turut singgah santai bersama beberapa pemimpin setempat dan penduduk di Gerai Kampung Pandasan.

Hadir sama pada singgah santai itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan Fairuz Renndan, ADUN Tempasuk Arshad Bistari,ADUN Bengkoka Harun Durabi; Ketua Bahagian BERSATU Kota Belud Datuk Japlin Akim; Ketua Polis Daerah Kota Belud Superintenden Shahrudin Mat Husain dan Mantan Pegawai Daerah Kota Belud Gari Itam

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/31/hajiji-solat-zohor-bersama-penduduk-tinjau-pembangunan-kota-belud/feed/ 0 10520
Hampir RM25 Juta Diperuntukkan Untuk Pembangunan Kota Belud Tahun Ini https://sabahmedia.com/2021/11/27/hampir-rm25-juta-diperuntukkan-untuk-pembangunan-kota-belud-tahun-ini/ https://sabahmedia.com/2021/11/27/hampir-rm25-juta-diperuntukkan-untuk-pembangunan-kota-belud-tahun-ini/#respond Sat, 27 Nov 2021 05:24:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8960
Read Time:1 Minute, 55 Second

KOTA BELUD: Kerajaan Negeri dan Persekutuan memperuntukkan hampir RM25 juta untuk melaksanakan projek pembangunan dan kemudahan asas untuk manfaat penduduk di daerah ini pada tahun ini.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata, dibawah Bajet Negeri 2021 , sebanyak RM17.07 juta diperuntukkan kepada pejabat daerah sebagai sebahagian daripada rancangan untuk memastikan objektif dalam Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) dapat dicapai.

Kerajaan Persekutuan juga telah menyalurkan lagi RM7.9 juta kepada pejabat daerah.

“Kerajaan akan terus melaksanakan pelbagai program pembangunan untuk manfaat rakyat di daerah ini,” katanya pada perasmian Tamu Besar di Dewan Tun Said di sini pada Sabtu.

Ucapan beliau dibacakan oleh Adun Usukan Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said Keruak.

Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) turut memberi peruntukan khas sebanyak RM6.5 juta tahun ini untuk kerja-kerja menaik taraf sekeliling kawasan Lebak Moyoh yang sering dilanda banjir.

Lebak Moyoh di sekelilingnya terletak betul-betul di tengah-tengah laluan utama yang menghubungkan ibu negeri ke bahagian utara Sabah.

“Kerja-kerja menaik taraf sudah 64 peratus siap. Saya pasti setelah siap, pengguna jalan raya yang melakukan perjalanan di sepanjang laluan akan menjadi lebih selesa (kerana mereka tidak lagi perlu menghadapi banjir setiap kali hujan),” katanya.

Hajiji berkata melalui Jabatan Kerja Raya (JKR), pihak kerajaan telah meluluskan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo merangkumi 32.2 km merentasi daerah dari Pituru ke Rampayan.

Pituru disambungkan ke Serusup di Tuaran melalui Lebuhraya Pan Borneo sepanjang 20.7 km pakej yang dijangka akan dilaksanakan Disember ini.

Katanya, kerajaan juga telah giat membaiki dan membina 23 daripada 47 sekolah di Kota Belud.

Hajiji berkata kerajaan juga prihatin dengan nasib pengusaha pelancongan tempatan yang terjejas akibat wabak Covid-19.

Kota Belud telah menjadi destinasi pelancongan kegemaran dan antara tarikan utamanya ialah pelancongan desa berasaskan komuniti di Kadamaian yang telah dilancarkan oleh Lembaga Pelancongan Sabah pada tahun 2014.

“Kerajaan akan sentiasa menyokong dan memberi bantuan supaya sektor pelancongan akan terus maju ke hadapan,” katanya.

Pada masa sama, Ketua Menteri mengucapkan tahniah kepada Pejabat Daerah Kota Belud kerana melancarkan Pelan Strategik Daerah Kota Belud 2020-2030.

“Pelan itu akan menjadi panduan kepada semua perancangan pembangunan dan infrastruktur untuk mengangkat kesejahteraan sosio-ekonomi penduduk daerah, yang selaras dengan aspirasi SMJ,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap tidak ada pihak yang terpinggir daripada rancangan pembangunan itu dan ia akan berjaya dilaksanakan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/27/hampir-rm25-juta-diperuntukkan-untuk-pembangunan-kota-belud-tahun-ini/feed/ 0 8960
Kerajaan Negeri Berusaha Beri Yang Terbaik Untuk Rakyat https://sabahmedia.com/2021/11/16/kerajaan-negeri-berusaha-beri-yang-terbaik-untuk-rakyat/ https://sabahmedia.com/2021/11/16/kerajaan-negeri-berusaha-beri-yang-terbaik-untuk-rakyat/#respond Tue, 16 Nov 2021 09:02:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8521
Read Time:1 Minute, 29 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri sentiasa berusaha memberikan yang terbaik kepada semua rakyat di Sabah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan, Fairuz Renddan berkata, ia termasuklah menyelesaikan segala permasalahan yang timbul berkaitan tanah dan hak rakyat.

“Berkaitan masalah tanah di Kuala Pintasan yang dipertikaikan, untuk pengetahuan semua pihak, tanah tersebut merupakan tanah yang mempunyai geran dan geran itu telah dikeluarkan dan didaftarkan sejak 19 Mac 1991.

“Tujuan geran tanah tersebut adalah untuk mewujudkan ekosistem bagi tujuan pembangunan akuakultur yang mana pada asalnya tanah geran itu dikeluarkan atas nama Aquabio (Sabah) SB dan kemudiannya dibeli oleh syarikat QL Aquamarine pada tahun 2015,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Beberapa hari lalu, sebuah portal berita telah melaporkan tentang masalah pemilikan tanah tersebut yang mana terdapat bantahan dan perhimpunan oleh kumpulan individu yang menggesa Yang di-Pertua Negeri dan  Ketua Menteri untuk menyelesaikan masalah itu.

Fairuz berkata, tidak terdapat isu seperti yang dinyatakan berikutan pertemuan telah dibuat beberapa kali dengan wakil kumpulan yang membuat perhimpunan.

“Namun mungkin terdapat masalah atau pertindihan maklumat yang tidak sampai kepada mereka dan mereka menganggap bahawa mereka adalah pemilik tanah tersebut.

“Untuk pengetahuan juga, kelmarin (15 Nov 2021) pihak saya yang mana melibatkan Pegawai Daerah Kota Belud iaitu Puan Dayanah Abdullah sudah bertemu dan bermesyuarat dengan wakil kumpulan perhimpunan.

“Hasil dari pertemuan itu, kita telah mencapai kata putus bahawa tidak akan ada halangan bagi mereka untuk mengambil tindakan bantahan kepada projek tersebut, namun ia mesti dibuat berlandaskan kepada undang-undang,” katanya.

Katanya, pihak Pegawai Daerah juga turut menasihatkan agar tidak mengadakan perhimpunan kerana ia mampu membawa kepada persepsi negative pihak luar kepada penduduk di Kota Belud.

“Keadaan semasa seperti sekarang adalah amat memerlukan kerjasama semua pihak untuk sama-sama memulihkan kembali ekonomi dan syukur kerana nampaknya usaha perbincangan itu membawa hasil yang positif,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/16/kerajaan-negeri-berusaha-beri-yang-terbaik-untuk-rakyat/feed/ 0 8521