Kota marudu – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 21 Feb 2026 07:06:36 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kota marudu – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Azrul santuni mangsa banjir di PPS Pitas dan Kota Marudu https://sabahmedia.com/2026/02/21/azrul-santuni-mangsa-banjir-di-pps-pitas-dan-kota-marudu/ https://sabahmedia.com/2026/02/21/azrul-santuni-mangsa-banjir-di-pps-pitas-dan-kota-marudu/#respond Sat, 21 Feb 2026 07:03:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=91982
Read Time:1 Minute, 6 Second

PITAS: Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Azrul Ibrahim, yang juga Pemangku Ketua Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), menyantuni mangsa banjir yang ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Pitas dan Kota Marudu, hari ini.

Menerusi kenyataan di Facebook rasminya, Azrul memaklumkan beliau bersama pimpinan Pemuda Gagasan Rakyat melawat mangsa yang dipindahkan ke PPS Dewan Majlis Daerah Pitas serta PPS SMK Tandek 2 di Kota Marudu, selain beramah mesra dengan para petugas.

“Saya bersama pimpinan Pemuda Gagasan Rakyat menyantuni mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Majlis Daerah Pitas di Pitas dan PPS SMK Tandek 2 di Kota Marudu, di samping beramah mesra dengan para petugas.

“Kami menzahirkan rasa simpati yang mendalam terhadap semua mangsa banjir yang terjejas serta merakamkan penghargaan kepada para petugas barisan hadapan dan sukarelawan yang bertungkus-lumus memastikan kebajikan mereka sentiasa terpelihara,” katanya.

Azrul melawat mangsa banjir di PPS Pitas.

Turut hadir, Pembantu Menteri Kerja Raya dan Utiliti merangkap ADUN Pitas, Datuk Seri Dr Ruddy Awah; Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah, Jais Asri; serta Pegawai Daerah Pitas dan Kota Marudu.

Beliau turut mendoakan agar semua mangsa banjir diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian berkenaan.

“Semoga semua mangsa banjir terus diberikan kekuatan dan ketabahan dan kita doakan agar keadaan kembali pulih seperti sediakala dalam masa terdekat,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/21/azrul-santuni-mangsa-banjir-di-pps-pitas-dan-kota-marudu/feed/ 0 91982
Projek Kompleks Sukan Kota Marudu dijangka siap Mei 2025 https://sabahmedia.com/2025/01/28/projek-kompleks-sukan-kota-marudu-dijangka-siap-mei-2025/ https://sabahmedia.com/2025/01/28/projek-kompleks-sukan-kota-marudu-dijangka-siap-mei-2025/#respond Tue, 28 Jan 2025 10:14:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67646
Read Time:2 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Projek Kompleks Sukan Kota Marudu, yang berdepan dengan pelbagai cabaran sejak dimulakan pada 2020, dijangka akan siap sepenuhnya pada Mei 2025, kata Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin.

Susulan isu penularan video mengenai Projek Kompleks Sukan Kota Marudu telah menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan rakyat Sabah, Ellron tampil memberikan penjelasan berhubung situasi terkini dan cabaran yang dihadapi sepanjang pelaksanaan projek tersebut.

Beliau berkata, projek tersebut dimulakan pada tahun 2020, ketika negara sedang berhadapan dengan wabak COVID-19. Walaupun kontrak telah diberikan kepada syarikat pelaksana, beberapa masalah teknikal dan logistik telah menghalang kemajuan projek. Ini termasuk kekurangan bahan seperti polyfelt-50 untuk penambahbaikan tanah, kelulusan pelan dari Majlis Daerah Kota Marudu, dan kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Pada Disember 2022, banjir besar yang melanda daerah Kota Marudu menyebabkan kerosakan di tapak pembinaan. Ahli Jawatankuasa Pemandu yang bermesyuarat pada 6 Februari 2023 yang dipengerusikan oleh Datuk Mansur Asun Setiausaha Tetap KBSS, telah mencadangkan perubahan kerja untuk menaikkan aras tapak bagi mengelakkan kebanjiran di masa depan. Kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan RM1.28 juta untuk kerja-kerja tambahan ini yang bermula pada September 2023,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut Ellron, salah satu cabaran utama yang dihadapi adalah cuaca buruk yang berterusan di daerah Kota Marudu, yang menyebabkan kesulitan dalam kerja-kerja tanah.

“Tanah lembap tidak sesuai untuk menimbun tapak kompleks sukan. Selain itu, kekurangan bekalan batu kasaran di daerah tersebut turut memperlambatkan pembinaan, berikutan permintaan tinggi untuk projek infrastruktur jalan raya,” jelasnya.

Walaupun menghadapi pelbagai halangan, Ellron mengesahkan bahawa prestasi fizikal projek kini berada pada tahap 80 peratus.

Katanya, antara kerja yang telah siap termasuk bangunan pejabat, pagar keliling, dan tempat letak kereta, sementara asas trek sintetik telah siap 90 peratus. Trek sintetik yang diimport dari Australia kini berada di Sabah dan akan dipasang sebaik cuaca mengizinkan.

“Kompleks Sukan Kota Marudu dijangka akan siap sepenuhnya pada Mei 2025,” ujarnya.

Justeru beliau mengingatkan golongan muda di Sabah agar tidak mudah terpengaruh dengan berita yang tidak tepat berkenaan isu belia dan sukan yang tersebar di media sosial.

Sehubungan dengan itu, Ellron turut menegaskan akan memberi komitmen penuh Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, untuk terus menyokong pembangunan belia dan sukan di negeri ini.

“Orang ramai yang mempunyai cadangan atau isu berkaitan belia dan sukan digesa untuk berhubung terus dengan kementerian bagi mendapatkan penjelasan yang lebih jelas,” tegas beliau lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/28/projek-kompleks-sukan-kota-marudu-dijangka-siap-mei-2025/feed/ 0 67646
Kota Marudu bakal jadi pengeluar dedak pertama di Sabah https://sabahmedia.com/2024/11/29/kota-marudu-bakal-jadi-pengeluar-dedak-pertama-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/11/29/kota-marudu-bakal-jadi-pengeluar-dedak-pertama-di-sabah/#respond Fri, 29 Nov 2024 06:25:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64599
Read Time:2 Minute, 46 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA MARUDU: Daerah Kota Marudu bakal menjadi pengeluar penanaman jagung bijian atau dedak untuk makanan ternakan ruminan yang pertama di Sabah.

Sehubungan dengan itu satu perjanjian usaha sama telah dimeterai oleh 27 pemilik tanah melibatkan 50.5 hektar tanah terbiar dari tiga kampung menyertai program perjanjian sewaan tanah untuk penanaman jagung bijian di Kota Merudu khususnya kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tandek.

Hendrus (kiri) dan Yahya menyemai bibit jagung bijian semasa gimik perasmian Majlis Penanaman Jagung Bijian secara komersial di sini hari ini.

Pembantu Menteri I, Kementerian Pertanian, Perikanan Dan Industri Makanan Sabah, Merangkap ADUN Tandek, Datuk Hendrus Anding berkata program acara menandatangani perjanjian sewaan tanah untuk penanaman jagung bijirin di Kota Merudu khususnya Dun Tandek ini adalah di antara petani-petani dari Kampung Longob, Kampung Masolog dan Kampung Salimandut dengan Koperasi Tanjong Keramat Malaysia Berhad.

“Saya difahamkan bahawa ada lebih kurang 125 ekar (50.5 hektar) yang terlibat dibangunkan melalui kerjasama antara pemilik tanah dengan Koperasi Tanjong Keramat.

“Sebenarnya ini hanyalah permulaan dan saya percaya lebih ramai lagi yang akan berminat terlibat di dalam perusahaan seperti ini iaitu perjanjian mengusahakan tanah terbiar melalui usaha sama dengan koperasi ataupun juga pelabur-pelabur daripada luar,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Dokumen Perjanjian Penyewaan Tanah antara Pemilik Tanah dengan Koperasi Tanjong Keramat Berhad di Dewan Terbuka Tandek di sini, hari ini (29 Nov).

Turut hadir Pengerusi Koperasi Tanjong Keramat Malaysia Berhad, Datuk Seri Yahya Hussin.

Hendrus berkata program ini akan mendatangkan kebaikan kepada penduduk dengan menjana pendapatan daripada penyewaan tanah yang terbiar.

“Sudah tentu program ini akan mendatangkan banyak kebaikan kepada penduduk atau pemilik tanah di mana dia dapat menjana pendapatan melalui hasil jagung dan melalui perjanjian usaha sama itu pemilik-pemilik tanah ini akan mendapat hasil yang dipersetujui secara per ekar jadi sudah tentu dalam setiap bulan mereka mempunyai sumber pendapatan.

“Setakat ini, kalau mengikut skala yang dibangunkan ini iaitu lebih kurang 125 ekar ini kita jangkakan ataupun kita anggarkan bahawa dalam satu ekar itu kita boleh mengeluarkan lebih kurang 2 hingga 4 tan jagung bijian Untuk keperluan di Sabah.

“Seperti yang kita tahu jagung bijian adalah sumber utama kepada makanan ternakan ruminan ataupun ternakan ayam, puyuh dan juga itik kerana jagung bijian khususnya mempunyai konten yang diperlukan untuk memproses banyak makanan ataupun dedak makanan ternakan ini.

” Jadi pengeluaran jagung yang meningkat di Kota Marudu atau di mana-mana kawasan ini akan membantu kita untuk dapat menstabilkan harga makanan ternakan kerana dipengaruhi oleh pengeluaran jagung yang banyak.

“Jika kita mempunyai pengeluaran jagung yang tinggi, harga akan semakin murah jadi sudah tentu harga makanan ataupun baja makanan ayam ternakan ruminan juga akan menurun kerana sumber utama membuat memproses makanan ini menjadi lebih murah,” jelas beliau.

Dalam pada itu, beliau turut mengharapkan supaya pada masa akan datang apabila semakin besar kawasan yang dibangunkan melalui kerjasama dengan Koperasi Tanjong Keramat ini ianya dapat menghasilkan pengeluaran yang lebih besar dan tidak mustahil untuk menjadi antara pengeluaran jagung bijian yang terbesar di negeri Sabah.

“Sebenarnya kita masih terlalu kurang dalam keperluan ini kita memerlukan jumlah yang sangat besar kerana seluruh negeri Sabah juga kekurangan komoditi jagung oleh sebab itu kalau boleh, kita menggalakkan usaha sama ataupun mana-mana syarikat swasta atau koperasi yang berminat untuk melabur dalam bidang tanaman jagung supaya keperluan jagung di negeri Sabah ini dapat ditampung,” ujar Hendrus lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/29/kota-marudu-bakal-jadi-pengeluar-dedak-pertama-di-sabah/feed/ 0 64599
Projek rintis penanaman padi seluas 100 hektar dilancar di Kota Marudu https://sabahmedia.com/2024/08/13/projek-rintis-penanaman-padi-seluas-100-hektar-dilancar-di-kota-marudu/ https://sabahmedia.com/2024/08/13/projek-rintis-penanaman-padi-seluas-100-hektar-dilancar-di-kota-marudu/#respond Tue, 13 Aug 2024 08:38:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58965
Read Time:1 Minute, 47 Second

KOTA MARUDU: Kerajaan Negeri melalui Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Kumpulan Sawit Kinabalu dan Jabatan Pertanian, telah memulakan projek perintis padi seluas 100 hektar di Kampung Ongkilan di sini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, projek perintis akan membantu Kerajaan Negeri meningkatkan tahap sara diri (SSL) Sabah kepada 60 peratus menjelang 2030.

“Keselamatan makanan adalah kebimbangan global utama, dan Sabah tidak dikecualikan. Penduduk Sabah memerlukan sekurang-kurangnya 400,000 tan beras setahun, manakala pengeluaran beras domestik hanya mampu membekalkan 20 peratus daripada penggunaan negeri. ” katanya pada majlis pelancaran projek perintis itu hari ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor (tengah) sedang diberi taklimat mengenai projek perintis variasi padi TR8 oleh Pengarah Urusan/CEO Kumpulan Sawit Kinabalu Victor Ationg (kiri).

Sawit Kinabalu menggunakan semua sumber yang ada dan aplikasi teknologi canggih, termasuk dron, dalam operasi dan penyelenggaraan penanaman padinya, serta pam air dan sistem pengairan yang lebih sistematik untuk projek bernilai RM5 juta itu.

Hajiji berkata daerah itu mempunyai kira-kira 2,600 hektar sawah padi terbiar atau terbiar.

“Oleh itu, tindakan mesti diambil untuk memastikan sawah yang terbiar ini dapat dihidupkan semula. Saya mahu lebih banyak GLC di Sabah mencontohi usaha Sawit Kinabalu,” katanya.

Ketua Menteri juga mahu tanah yang tidak digunakan milik GLC dibangunkan untuk pertanian khususnya padi yang boleh dilakukan dengan bantuan daripada Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Negeri Sabah.

“Inisiatif Sawit Kinabalu adalah selaras dengan aspirasi Kerajaan untuk membangunkan produktiviti padi dan beras negeri.

“Saya menaruh harapan tinggi projek penanaman padi Sawit Kinabalu akan diperluaskan untuk mencapai tahap ekonomi skala, dan untuk meningkatkan keuntungan Kumpulan, ” katanya.

Ketua Menteri berkata, Kerajaan Negeri sentiasa menyokong inisiatif yang membawa pembangunan ekonomi yang pesat, mampan dan meningkatkan kualiti hidup masyarakat di seluruh Sabah.

Beliau gembira mengambil maklum bahawa dalam usaha membangunkan Kota Marudu, Sawit Kinabalu, selain daripada mengendalikan ladang dan kilang kelapa sawit, juga memainkan peranan penting dalam sektor lain, seperti projek pembiakan ikan barramundi (Siakap) di Langkon, yang akan merangsang lagi industri makanan di daerah ini.

“Saya menggesa semua jabatan kerajaan dan agensi berkaitan untuk sentiasa mengambil tindakan proaktif dalam memperkasakan sektor pertumbuhan ekonomi utama negeri seperti yang termaktub dalam Hala Tuju Sabah Maju Jaya,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/13/projek-rintis-penanaman-padi-seluas-100-hektar-dilancar-di-kota-marudu/feed/ 0 58965
Operasi serentak ‘Op Selamat 19’ dan ‘OP Banjir 2023’ di Kota Marudu https://sabahmedia.com/2023/01/26/operasi-serentak-op-selamat-19-dan-op-banjir-2023-di-kota-marudu/ https://sabahmedia.com/2023/01/26/operasi-serentak-op-selamat-19-dan-op-banjir-2023-di-kota-marudu/#respond Thu, 26 Jan 2023 04:56:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=28502
Read Time:57 Second

KOTA MARUDU: Pihak Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Marudu telah mengambil pendekatan dengan menjalankan operasi serentak iaitu ‘OP Selamat 19’ bersama ‘OP Banjir 2023’.

Operasi tersebut berikutan situasi hujan lebat secara berterusan dan fenomena air pasang di hilir sungai sehingga menyebabkan berlakunya kejadian banjir besar di Kota Marudu dan Pitas.

Sjn Ambrose dan Kpl Nassier membantu membersihkan pokok tumbang di Jalan Marak Parak (KM/Ranau). – Foto ihsan PDRM KM

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan (Supt) Zairolnizal Ishak berkata, pemantauan berterusan dilakukan di jalan-jalan utama yang berisiko dinaiki air bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Anggota polis bertugas membantu menyelamat mangsa banjir di Kota Marudu. – Foto ihsan PDRM KM

“Operasi yang dilakukan ini adalah untuk memastikan keselamatan dan memudahkan pergerakan perjalanan semasa bagi penguna-pengguna jalan raya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Zairolnizal, dalam bencana banjir kali ini telah menjejaskan sekurang-kurangnya 31 kampung melibatkan sehingga 5581 mangsa.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, OP Selamat 19 dijadualkan berakhir pada 27 Januari 2023, seterusnya pihak BSPT akan memberi tumpuan kepada Operasi Kenderaan Perdagangan, Operasi Motosikal dan Operasi Had Laju.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/26/operasi-serentak-op-selamat-19-dan-op-banjir-2023-di-kota-marudu/feed/ 0 28502
Hubungan Baik Kerajaan Persekutuan, Negeri Amat Penting Bagi Pastikan Kebajikan Rakyat Terjaga https://sabahmedia.com/2022/01/21/hubungan-baik-kerajaan-persekutuan-negeri-amat-penting-bagi-pastikan-kebajikan-rakyat-terjaga/ https://sabahmedia.com/2022/01/21/hubungan-baik-kerajaan-persekutuan-negeri-amat-penting-bagi-pastikan-kebajikan-rakyat-terjaga/#respond Fri, 21 Jan 2022 15:23:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11384
Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA MARUDU: Penyaluran segera bantuan kewangan dan bantuan lain untuk disalurkan kepada mangsa terjejas banjir disini adalah hasil hubungan rapat antara Kerajaan Sabah dan Persekutuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, ia adalah penting bagi memastikan masalah dan kesusahan yang dihadapi rakyat khususnya di negeri ini terus didengari.

“Dalam pengurusan banjir dan bencana, Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa tertinggi, dari segi perkhidmatan dan penyaluran bantuan kewangan melalui agensi berkaitan. 

“Antaranya adalah melalui penyaluran bantuan tunai RM1,000 untuk setiap ketua isi rumah (KIR) yang disalurkan hanya dalam tempoh tiga minggu,” katanya pada program penyampaian Bantuan Wang Ihsan (BWI) di Dewan Komuniti Kota Marudu, disini hari ini.

Maximus berkata, sebanyak 1,161 KIR yang terjejas banjir baru-baru ini, dengan 332 daripadanya telah disalurkan bantuan kewangan, manakala baki 829 lagi menerima bantuan mereka, hari ini.

Katanya, kira-kira RM1.4 bilion telah diperuntukkan oleh kerajaan untuk meringankan beban mangsa banjir berikutan banjir yang berlaku di enam negeri, termasuk Sabah.

Menurutnya, melalui bantuan yang disalurkan, setiap satu isi rumah boleh menerima antara RM10,000 hingga RM61,000, bergantung kepada jumlah kerugian harta benda yang mereka alami.

“Selain daripada bantuan tunai ihsan, kerajaan juga menawarkan turut menawarkan pelbagai bantuan lain,” katanya.

Sementara itu, Maximus berkata, Pejabat Daerah di sini telah menganggarkan kira-kira RM46 juta jumlah kerosakan akibat banjir baru-baru ini, yang mana kerajaan telah meluluskan peruntukan RM24 juta untuk kerja-kerja pembaikan.

“Bakinya masih belum selesai dan akan diluluskan selepas pengesahan semula oleh agensi berkaitan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/21/hubungan-baik-kerajaan-persekutuan-negeri-amat-penting-bagi-pastikan-kebajikan-rakyat-terjaga/feed/ 0 11384
Kerajaan GRS Sambut Baik Keputusan Peter -Hajiji https://sabahmedia.com/2022/01/05/kerajaan-grs-sambut-baik-keputusan-peter-hajiji/ https://sabahmedia.com/2022/01/05/kerajaan-grs-sambut-baik-keputusan-peter-hajiji/#respond Wed, 05 Jan 2022 08:26:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10733
Read Time:53 Second

KOTA MARUDU : Kerajaan negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyambut baik keputusan bekas Naib Presiden Parti Warisan (WARISAN) Datuk Peter Anthony untuk menubuhkan parti baharu yang mesra GRS.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, keputusan itu juga dilihat satu perkembangan yang baik bagi menguatkan lagi pimpinan kerajaan Sabah.

“Kita mengamalkan demokrasi dan beliau membuat keputusan untuk menubuhkan parti baharu yang mesra GRS.

“Bagi saya sebagai ketua kerajaan GRS, ini sesuatu perkembangan yang baik kerana ia akan dapat menguatkan lagi kerajaan negeri.  Justeru itu, kita berterima kasih,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan banjir di Kota Marudu dan Pitas disini hari ini.

Hajiji yang juga Pengerusi GRS berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap itu sehingga kini masih belum menghubungi beliau secara peribadi bagi menyatakan hasrat berkenaaan (menubuhkan parti baharu).

Terdahulu, Peter bersama ADUN Limbahau Datuk Juil Nuantin mengumumkan meninggalkan WARISAN pada 27 Disember lalu.

Selain mereka, turut meninggalkan WARISAN, tiga ADUN lain iaitu ADUN Sebatik, Hassan A. Gani Pg Amir; ADUN Sindumin Datuk Dr. Yusof Yacob dan ADUN Segama Datuk Mohamaddin Ketapi.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/05/kerajaan-grs-sambut-baik-keputusan-peter-hajiji/feed/ 0 10733
Hajiji Lawat & Serah Bantuan Mangsa Banjir Di Pitas & Kota Marudu https://sabahmedia.com/2022/01/05/hajiji-lawat-serah-bantuan-mangsa-banjir-di-pitas-kota-marudu/ https://sabahmedia.com/2022/01/05/hajiji-lawat-serah-bantuan-mangsa-banjir-di-pitas-kota-marudu/#respond Wed, 05 Jan 2022 07:58:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10725
Read Time:1 Minute, 41 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan berusaha sedaya yang mampu membantu rakyat yang terjejas akibat bencana banjir.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan GRS prihatin dan tidak akan membiarkan rakyat yang terjejas akibat bencana banjir dan akan memberikan bantuan kepada mereka.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan bantuan wang ihsan RM1000 kepada KIR mangsa banjir di Pitas.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan bantuan wang ihsan RM1000 kepada KIR mangsa banjir di Pitas. -Foto Ihsan Jabatan Ketua Menteri.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor meninjau dan melawat mangsa banjir di PPS di SK Pekan Pitas 2.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor meninjau dan melawat mangsa banjir di PPS di SK Pekan Pitas 2.Foto Ihsan Jabatan Ketua Menteri.

“Sehubungan dengan itu, kita memerlukan laporan yang terperinci, cepat, tepat dan adil daripada Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Daerah agar kerajaan dapat mengambil tindakan susulan dengan segera,” kata Hajiji semasa melawat mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Pitas dan Kota Marudu, hari ini.

Di Pitas, beliau melawat pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Pitas 2. Selain mendengar taklimat ringkas banjir, Hajiji turut menyerahkan bantuan wang ihsan RM1,000 dan bakul makanan kepada seramai 94 Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa banjir.

Sementara di Kota Marudu, beliau mendengar taklimat bencana alam banjir di Pejabat Daerah Kota Marudu dan menyerahkan bantuan wang ihsan RM1,000 serta bakul makanan kepada seramai 132 KIR mangsa banjir di Pentas Utama Dataran Bandau.

Dalam pada itu, Mesyuarat Khas Task Force Pengurusan Pasca Bencana Banjir Monsun Timur Laut 2021/2022 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri memutuskan antara bantuan yang akan diberikan Kerajaan Persekutuan ialah bantuan tunai ihsan RM1000 setiap KIR yang dipindah ke PPS, bantuan tunai RM10,000 kepada waris yang meninggal, insentif untuk pembelian barang keperluan, bayaran untuk membaiki kenderaan dalam bentuk baucer RM1,000 dan bantuan kerosakan rumah.

Hajiji diiringi oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Negeri, Datuk Ir. Shahelmey Yahya, Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, Datuk Datu Rosmadi Sulai dan Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Jabatan Ketua Menteri, Datuk Ag Shahminan Datuk Ag Sahari.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/05/hajiji-lawat-serah-bantuan-mangsa-banjir-di-pitas-kota-marudu/feed/ 0 10725
Banjir : Sentiasa Patuh Arahan Pihak Berkuasa, Elak Penularan COVID-19 https://sabahmedia.com/2022/01/03/banjir-sentiasa-patuh-arahan-pihak-berkuasa-elak-penularan-covid-19/ https://sabahmedia.com/2022/01/03/banjir-sentiasa-patuh-arahan-pihak-berkuasa-elak-penularan-covid-19/#respond Mon, 03 Jan 2022 10:39:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10662
Read Time:1 Minute, 29 Second

KOTA MARUDU : Orang ramai khususnya yang terjejas banjir dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan sentiasa terjaga.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, ia termasuklah sentiasa mematuhi prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi mengelak penularan wabak COVID-19 berlaku.

“Apa yang perlu dan penting adalah, mereka yang terjejas dengan banjir perlu sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa termasuk Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah masing-masing agar keselamatan mereka dapat dijaga.

“Disamping itu saya juga ingin mengingatkan bahawa kita masih dalam keadaan pandemik COVID-19 dan risiko jangkitan itu masih ada.  Justeru itu sama-samalah kita menjaga keselamatan dan kesihatan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) Dewan Komuniti Kota Marudu disini pagi tadi.

Shahelmey berkata, persiapan yang dilaksanakan PKOB daerah ini berada pada tahap siapsiaga dimana telah menyediakan keperluan dan kelengkapan yang diperlukan di setiap PPS.

“Segala persiapan termasuk ‘partition’ untuk penginapan mangsa banjir, tilam, bantal dan makanan bermasak semua telah disediakan oleh PKOB Kota Marudu.

“Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan persediaan yang mereka laksanakan,” katanya.

Sementara itu, Shahelmey berkata, PKOB daerah ini juga akan turut menghantar bakul makanan kepada lima buah kampung yang terputus hubungan darat.

“Selain daripada PPS yang telah diaktifkan,  ada juga beberapa buah kampung yang terputus hubungan darat jadi kita telah berbincang dengan PKOB Kota Marudu untuk menghantar bantuan bakul makanan kepada lima buah kampung terlibat di daerah ini,” katanya.

Terdahulu, sehingga jam 4 petang tadi, sebanyak 13 buah PPS dibuah di Kota Marudu membabitkan seramai 2,765 mangsa terjejas banjir telah dipindahkan.

Selain itu, Shahelmey turut melawat ke beberapa buah PPS di sekitar Kota Marudu iaitu, PPS SK Teritipan, PPS SMK Tandek dan PPS SRA Damai, Kota Marudu.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/03/banjir-sentiasa-patuh-arahan-pihak-berkuasa-elak-penularan-covid-19/feed/ 0 10662
Anak Jati Kota Marudu Sangkal Dakwaan Bahawa Daerah Kelahirannya Mundur https://sabahmedia.com/2021/06/29/anak-jati-kota-marudu-sangkal-dakwaan-bahawa-daerah-kelahirannya-mundur/ https://sabahmedia.com/2021/06/29/anak-jati-kota-marudu-sangkal-dakwaan-bahawa-daerah-kelahirannya-mundur/#comments Tue, 29 Jun 2021 09:31:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2208
Read Time:1 Minute, 43 Second

KOTA KINABALU: Mengkritik orang lain lebih mudah daripada dikritik, itulah teguran yang diberikan Christoper Mandut terhadap kenyataan Ketua Bahagian PKR Kota Marudu, Sazalye Donol.

“Selain itu, mereka perlu mencerminkan diri sendiri sebelum bercakap mengenai orang lain,” tambahnya sambil menegaskan bahawa Sazalye hanya pandai mengata dan mengkritik tetapi lupa kepada kelemahan parti dan pemimpinnya sendiri.

Christoper mempersoalkan Sazalye mengenai sumbangan PKR, dan dirinya sendiri terhadap pembangunan Sabah, khususnya di daerah Kota Marudu.

“Sebenarnya, saya percaya kemiskinan bertambah teruk sewaktu mereka berkuasa selama dua tahun, dan hampir tidak ada pembangunan di Kota Marudu sepanjang tempoh tersebut, yang boleh mereka banggakan,” kata Christoper.

Christoper yang merupakan Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, menasihati Sazalye untuk berhenti menjadi boneka dan digunakan untuk mengkritik dan menuding jari bagi menyalahkan orang lain atas kegagalan mereka sendiri.

“Sebagai seseorang yang dilahirkan dan dibesarkan di Kota Marudu, saya percaya bahawa saya adalah orang terbaik yang mengatakan bahawa daerah ini telah berkembang pesat. Kota Marudu adalah sebuah bandar yang berkembang, dan mampu mengejar bandar-bandar maju di Sabah, dan sebenarnya, jauh lebih baik daripada beberapa kawasan di negeri ini.

“Ya, kami tidak akan malu untuk mengakui bahawa masih ada ruang untuk penambahbaikan, tetapi Kota Marudu berkembang secara progresif.

“Jurang kemiskinan sememangnya ketara di kawasan perbukitan seperti di Sonsogon, Gana dan Magandai tetapi kawasan tanah rata tetapi kita dapat bersaing dengan daerah lain seperti Penampang dan Papar.

” Di Kota Marudu berkembang maju dengan mempunyai lebih kurang 50,000 ekar kelapa sawit, pertanian, dan tanaman padi kami adalah yang kedua terbesar di Sabah, selepas Kota Belud, “katanya.

Dalam pada itu, Christoper turut mempersoalkan Sazalye mengenai sumbangan PKR sepanjang tempoh dua tahun mereka menjadi kerajaan, sedangkan zink untuk pembaikan rumah tidak pernah diberikan kepada masyarakat di Kota Marudu.

“Saya percaya, Ahli Parlimen kita telah melakukan pelbagai perkara untuk Kota Marudu. Di Matunggong sahaja, sejumlah 22 rumah panjang telah dibina, dan dua buah lagi akan dibina.

“Oleh itu, jangan salahkan orang lain jika mereka tidak dapat menunjukkan sumbangan parti itu terhadap pembangunan di Kota Marudu,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/29/anak-jati-kota-marudu-sangkal-dakwaan-bahawa-daerah-kelahirannya-mundur/feed/ 1 2208