kpdn sandakan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 27 Feb 2026 11:40:38 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png kpdn sandakan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 KPDN Sandakan serbu stor haram, rampas 1,200 liter diesel bersubsidi https://sabahmedia.com/2026/02/27/kpdn-sandakan-serbu-stor-haram-rampas-1200-liter-diesel-bersubsidi/ https://sabahmedia.com/2026/02/27/kpdn-sandakan-serbu-stor-haram-rampas-1200-liter-diesel-bersubsidi/#respond Fri, 27 Feb 2026 11:38:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=92397
Read Time:1 Minute, 57 Second

SANDAKAN : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sandakan berjaya menumpaskan kegiatan penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam satu serbuan di sebuah stor haram di Kampung Segaliud, Sandakan, Sabah pada Selasa lalu.

Serbuan ini hasil risikan yang telah dijalankan oleh Pejabat KPDN Cawangan Sandakan dan siasatan awal mendapati premis berkenaan tidak mempunyai kebenaran dan sebarang lesen yang sah untuk menyimpan barang kawalan di lokasi terbabit. 

Ketua Cawangan KPDN Sandakan Joe Azmi Jamil berkata, hasil serbuan kira-kira jam 12.46 tengah hari itu mendapati terdapat sebanyak 1,200 liter minyak diesel yang terkandung di dalam enam tong drum.

Selain itu katanya, beberapa dokumen telah disita dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM5,340.

Beliau berkata, seorang lelaki warga asing berusia 51 tahun yang dipercayai bertanggungjawab di lokasi serbuan terbabit turut ditahan bagi tujuan membantu siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. 

“Kes akan disiasat di bawah Seksyen 20 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana Orang Yang Disyaki telah menyimpan barang kawalan iaitu minyak diesel anggaran 1,200 liter di tempat yang tidak mendapat kebenaran Pengawal Bekalan Malaysia. 

“Di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122), mana-mana individu yang disabit dengan kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, manakala bagi kesalahan kedua atau berikutnya didenda tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Bagi syarikat pula, jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM2 juta, manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5 juta.  

Joe berkata, para pengusaha stesen minyak di daerah ini diingatkan supaya tidak menjual minyak diesel dan petrol RON95 bersubsidi kepada pembeli yang tidak memiliki sebarang kebenaran bertulis daripada KPDN.  

Katanya, siasatan dan tindakan tegas di bawah Peraturan 12A dan subperaturan 21(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu selaku Peruncit barang kawalan tidak mematuhi arahan Pengawal Bekalan Malaysia akan diambil ke atas mana-mana pengusaha stesen minyak yang didapati terlibat. 

“KPDN Cawangan Sandakan akan menjalankan pemeriksaan dan pemantauan secara berterusan ke atas semua kegiatan berkaitan barang-barang kawalan khasnya melibatkan minyak diesel dan petrol RON95 bersubsidi, gas petroleum cecair, minyak masak, gula dan tepung gandum di daerah ini agar tidak berlaku sebarang bentuk penyelewengan terhadap barang kawalan berkenaan,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/27/kpdn-sandakan-serbu-stor-haram-rampas-1200-liter-diesel-bersubsidi/feed/ 0 92397
Dua peniaga diambil tindakan jual barang kawalan tanpa lesen di Sandakan https://sabahmedia.com/2026/01/30/dua-peniaga-diambil-tindakan-jual-barang-kawalan-tanpa-lesen-di-sandakan/ https://sabahmedia.com/2026/01/30/dua-peniaga-diambil-tindakan-jual-barang-kawalan-tanpa-lesen-di-sandakan/#respond Fri, 30 Jan 2026 03:59:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=90655
Read Time:1 Minute, 45 Second

SANDAKAN :  Dua peniaga di sekitar Kampung Ulu Sapi dan Sapi Nangoh di sini telah diambil tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sandakan kerana disyaki menjual barang kawalan tanpa lesen yang sah.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Daerah KPDN Sandakan, Joe Azmi Jamil berkata, tindakan itu diambil hasil pemeriksaan yang dijalankan pada 28 Januari lalu sempena pemantauan menjelang musim perayaan Tahun Baru Cina 2026.

Menurutnya, kedua-dua peniaga yang beroperasi di premis berasingan dipercayai melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 apabila didapati menjual barangan kawalan bersubsidi tanpa memiliki lesen barang kawalan yang dikeluarkan oleh KPDN.

“Antara barangan yang disita termasuk 53 tong gas petroleum cecair (LPG), 456 kilogram gula kasar, minyak masak paket dua kilogram sebanyak 90 kilogram, minyak masak botol 3 kilogram (36 kilogram), minyak masak botol 2 kilogram (48 kilogram) serta 102 kilogram tepung gandum,” katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Tambah beliau, nilai keseluruhan rampasan bagi kedua-dua kes tersebut dianggarkan berjumlah RM13,926.00.

Joe Azmi berkata, pemeriksaan yang dijalankan bertujuan memastikan bekalan serta harga barangan kawalan sentiasa terkawal, khususnya menjelang musim perayaan, di samping memastikan pematuhan undang-undang berkaitan penggunaan alat timbang yang ditentusahkan di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972 serta penandaan harga di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Beliau berkata, sepanjang tempoh 1 Januari hingga kini, KPDN Cawangan Sandakan telah melaksanakan sebanyak 1,029 pemeriksaan, melibatkan 509 pemeriksaan di kawasan bandar dan 520 di luar bandar.

“Hasil pemeriksaan tersebut, sebanyak 15 kes telah dihasilkan dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM726,375.54.

“Daripada jumlah itu, enam kes telah dikompaun dengan kutipan kompaun berjumlah RM1,700.00, manakala sembilan kes lagi masih dalam siasatan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan KPDN Sandakan akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan di seluruh daerah bagi memastikan peniaga mematuhi perundangan yang dikuatkuasakan.

Dalam pada itu, orang ramai digalakkan bertindak sebagai mata dan telinga KPDN dengan menyalurkan sebarang maklumat atau aduan melalui saluran rasmi termasuk WhatsApp 019-848 8000, Portal Aduan eAduan KPDN, talian Call Centre 1-800-886-800 serta aplikasi Ez ADU KPDN. – SABAH MEDIA / FOTO KPDN SANDAKAN

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/30/dua-peniaga-diambil-tindakan-jual-barang-kawalan-tanpa-lesen-di-sandakan/feed/ 0 90655
47 kenderaan perdagangan diperiksa dalam Operasi Bersepadu KPDN Sandakan https://sabahmedia.com/2025/03/22/47-kenderaan-perdagangan-diperiksa-dalam-operasi-bersepadu-kpdn-sandakan/ https://sabahmedia.com/2025/03/22/47-kenderaan-perdagangan-diperiksa-dalam-operasi-bersepadu-kpdn-sandakan/#respond Sat, 22 Mar 2025 03:40:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70920
Read Time:1 Minute, 22 Second

Oleh FLORIETA DIET

SANDAKAN: Sebanyak 47 buah kenderaan perdagangan pelbagai jenis telah diperiksa dalam satu operasi bersepadu yang dijalankan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup (KPDN) Sandakan bersama Pasukan Gerakan Am Batalion 20.

Anggota penguatkuasa memeriksa dokumen yang dibawa oleh seorang pemandu lori. – Foto.ihsan KPDN Sandakan

Operasi ini berlangsung di RCP Sapi Nangoh, Beluran, pada malam Jumaat. Langkah ini bertujuan untuk memastikan pematuhan peraturan dalam pengangkutan barangan kawalan berjadual.

Ketua Pegawai Penguatkuasa (KPDN) Sandakan, Azdy Zukkry John, menyatakan bahawa operasi tersebut dijalankan dari jam 9 malam sehingga jam 3 pagi Sabtu.

Fokus utama operasi ini adalah pemeriksaan ke atas kenderaan perdagangan seperti lori kotak dan lori rigid yang mengangkut barang kawalan berjadual.

Ini bagi memastikan tiada pelanggaran undang-undang yang melibatkan pengedaran barang kawalan.

Dalam operasi tersebut, pihak berkuasa telah memeriksa dua buah lori yang membawa muatan minyak masak peket bersubsidi.

Lori pertama membawa sebanyak 500 kotak minyak masak, manakala lori kedua membawa 1,700 kotak.

Pemeriksaan dilakukan bagi memastikan pengangkutan minyak masak bersubsidi ini mengikut prosedur yang ditetapkan.

Hasil pemeriksaan mendapati bahawa kedua-dua pemandu lori memiliki dokumen yang sah, termasuk lesen, invois, dan resit berkaitan dengan penghantaran minyak masak tersebut.

Dokumen yang diperiksa juga sepadan dengan maklumat dalam sistem ecoss, yang memastikan ketelusan dalam pengedaran barang kawalan.

Menurut Azdy Zukkry John, operasi sebegini akan dijalankan secara berkala bagi memastikan semua kenderaan perdagangan yang mengangkut barang kawalan berjadual mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Langkah ini penting bagi mengelakkan sebarang penyalahgunaan barangan bersubsidi yang boleh menjejaskan bekalan kepada rakyat.

“Operasi ini dijalankan di bawah peruntukan Akta Kawalan Bekalan 1961, yang mengawal selia pengedaran barangan bersubsidi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/22/47-kenderaan-perdagangan-diperiksa-dalam-operasi-bersepadu-kpdn-sandakan/feed/ 0 70920
KPDN Sandakan terus pantau harga barangan sepanjang musim perayaan https://sabahmedia.com/2025/03/21/kpdn-sandakan-terus-pantau-harga-barangan-sepanjang-musim-perayaan/ https://sabahmedia.com/2025/03/21/kpdn-sandakan-terus-pantau-harga-barangan-sepanjang-musim-perayaan/#respond Fri, 21 Mar 2025 03:49:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70868
Read Time:1 Minute, 52 Second

Sandakan : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) cawangan Sandakan akan terus menjalankan pemantauan dan penguatkuasan bagi memastikan harga barangan di pasaran berpatutan sepanjang Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah KPDN Sandakan Azdy Zukkry John berkata, pihaknya telah melaksanakan pemeriksaan di bazar Ramadan sekitar daerah itu meliputi bazar Ramadan sekitar bandar dan luar bandar bermula awal bulan ini.

Katanya, dalam tempoh itu, pihaknya telah melaksanakan pemeriksaan sebanyak 370 jumlah pemeriksaan ke atas peniaga bazar terlibat.

”KPDN telah melaksanakan Ops Pantau 2025 mulai 2 Mac lalu seperti yang diumumkan oleh Menteri Perdagangan  Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali yang bertujuan memastikan pematuhan oleh peniaga sepanjang bulan Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri berdasarkan undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Kementerian.

“Sudah tentu pemeriksaan di bawah Ops Pantau ini memfokuskan pemantauan ke atas beberapa perkara antaranya berkaitan bekalan dan harga barang, jualan murah, penggunaan alat timbangan, penjualan barang tiruan/cetak rompak, perbahasaan halal dan penjualan barang-barang keperluan Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi temubual bersama Sandakan FM di sini semalam.

Azdy berkata, selain pemeriksaan, KPDN turut melaksanakan inisiatif Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) bagi mengawal harga barangan keperluan tertentu semasa musim-musim perayaan utama dalam negara.

Katanya, ia bertujuan memastikan kestabilan harga dan mengelakkan kenaikan harga yang tidak munasabah akibat peningkatan permintaan pada musim perayaan. 

“Untuk Aidilfitri, ia dijangka akan dilancarkan dan dilaksanakan bermula pada 24 Mac sehingga 7 April 2025. KPDN akan mengumumkan barangan keperluan yang terlibat dengan SHMMP semasa majlis pelancaran nanti,” katanya.

Dalam pada itu, Azdy berkata, selain pemantauan dan penguatkuasaan, KPDN turut melaksanakan Program Jualan RAHMAH MADANI (PJRM).

Katanya, bagi daerah Sandakan, sebanyak 78 penganjuran PJRM telah dilaksanakan bermula Januari hingga bulan ini.

“Menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri 2025 yang bakal tiba, sebanyak 25 penganjuran lagi untuk PJRM akan diadakan di sekitar Sandakan. PJRM ini akan diteruskan khasnya di daerah ini di  sepanjang tahun 2025,” katanya.

Dalam pada itu, Azdy berkata, pihaknya turut akan melaksanakan beberapa operasi bersepadu antaranya Ops Bersepadu KPDN dan PGA Batalion 20 Beluran di RCP Sapi Nangoh; Ops Bersepadu KPDN, APMM dan JPDS di sekitar perairan Sandakan dan Ops Bersepadu KPDN dan Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sandakan. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/21/kpdn-sandakan-terus-pantau-harga-barangan-sepanjang-musim-perayaan/feed/ 0 70868
KPDN Sandakan laksana usaha bersepadu, banteras seleweng barang kawalan https://sabahmedia.com/2025/03/18/kpdn-sandakan-laksana-usaha-bersepadu-banteras-seleweng-barang-kawalan/ https://sabahmedia.com/2025/03/18/kpdn-sandakan-laksana-usaha-bersepadu-banteras-seleweng-barang-kawalan/#respond Tue, 18 Mar 2025 00:02:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70590
Read Time:56 Second

Oleh FLORIETA DIET

SANDAKAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Sandakan akan melaksanakan usaha secara bersepadu dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sandakan dan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 15 Sandakan bagi membanteras penyelewengan barang kawalan.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Daerah KPDN Sandakan, Azdy Zukkry John berkata demikian selepas mengadakan dua kunjungan hormat di dua agensi tersebut pada Isnin.

“Selain membincangkan isu penyelewengan barang kawalan, kedua-dua agensi bersetuju untuk berkongsi maklumat risikan dan menyediakan bantuan sumber manusia bagi memastikan penguatkuasaan yang lebih berkesan dan dinamik,” katanya.

Kunjungan hormat pertama Azdy dimulakan dengan bertemu Pengarah Maritim Sandakan, Kapten (M) Muhammad Suhairy Hussain di APMM Sandakan.

Pada sebelah petang, Azdy meneruskan kunjungan hormatnya ke pejabat Pegawai Pemerintah PGA Batalion 15 Sandakan, Superintenden Ijid Landu Binju.

Azdy berharap hubungan kerjasama strategik ini dapat memperkukuhkan lagi aktiviti penguatkuasaan secara bersepadu antara KPDN Sandakan, APMM dan PGA Batalion 15 Sandakan dalam usaha membanteras penyelewengan barang kawalan, terutamanya di Sandakan.

Orang awam juga boleh menyalurkan sebarang maklumat, aduan dan pertanyaan melalui e-aduan di aduan.kpdn.gov.my, talian 089-668107 (KPDN Sandakan), atau aplikasi WhatsApp di 019-848 8000 (Aduan Pengguna).

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/18/kpdn-sandakan-laksana-usaha-bersepadu-banteras-seleweng-barang-kawalan/feed/ 0 70590
KPDN Sandakan rekod rampasan lebih RM1 juta https://sabahmedia.com/2025/03/05/kpdn-sandakan-rekod-rampasan-lebih-rm1-juta/ https://sabahmedia.com/2025/03/05/kpdn-sandakan-rekod-rampasan-lebih-rm1-juta/#respond Wed, 05 Mar 2025 11:26:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69860
Read Time:1 Minute, 54 Second

Sandakan : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merekodkan rampasan berjumlah lebih RM1 juta membabitkan 70 kes atas pelbagai kesalahan di Sandakan sejak 1 Januari hingga semalam.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN Cawangan Sandakan Azdy Zukkry John berkata bagi tempoh sama pihaknya turut menerima 24 aduan dan daripada jumlah itu 23 aduan diselesaikan manakala bakinya masih disiasat.

Katanya, bagi tempoh sama, sejumlah RM15,000 kompaun dikutip atas pelbagai kesalahan.

“Sejak 1 Januari sehingga kini, KPDN Cawangan Sandakan telah menjalankan 1,683 pemeriksaan yang meliputi 1,124 pemeriksaan di bandar dan 559 pemeriksaan di luar bandar di daerah Sandakan. 

“Hasil pemeriksaan tersebut, sebanyak 70 kes telah diambil tindakan yang membabitkan nilai rampasan keseluruhannya berjumlah RM1,008,409.74. 

“Daripada 70 kes, 56 kes telah diselesaikan dan dikompaun. Jumlah keseluruhan kompaun yang dikutip berjumlah RM15,000.00 manakala 14 kes sedang dalam siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, beliau bersama sepasukan anggota KPDN cawangan Sandakan mengadakan pemantauan dan pemeriksaan Bazar Ramadan di kawasan tempat ketak kenderaan, Bataras Hypermarket Sandakan, Bandar Utama, Batu 6, Jalan Utara, Sandakan hari ini.

Mengulas lanjut, Azdy berkata, KPDN cawangan Sandakan akan meneruskan pemeriksaan di bawah Ops Pantau 2025 khasnya di seluruh daerah ini bagi memastikan para peniaga terus mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan oleh KPDN. 

Katanya, Ops Pantau 2025 akan memfokuskan pemantauan berkaitan bekalan dan harga barang, jualan murah, penggunaan alat timbangan, penjualan barang tiruan atau cetak rompak, perbahasaan halal dan penjualan barang keperluan Hari Raya Aidilfitri.

“Pemeriksaan ke atas kira-kira 100 buah gerai di bazar Ramadan pada hari ini mendapati hampir keseluruhan peniaga mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan oleh KPDN terutamanya dari segi penandaan harga di bawah Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011.   

“Selain daripada bazar Ramadan sebagai lokasi tumpuan anggota penguat kuasa KPDN pada setiap Ramadan, rutin pemeriksaan di premis-premis perniagaan seperti di pasar awam, pasa raya, pasar basah dan kedai runcit di seluruh daerah ini juga akan dipertingkatkan terutamanya di sepanjang bulan Ramadan hingga menjelang Hari Raya Aidilfitri. 

“Para peniaga adalah diingatkan agar mematuhi perundangan yang ditetapkan oleh Kerajaan dengan amalan perniagaan yang beretika serta tidak mengambil kesempatan dengan mengaut keuntungan berlebihan,” katanya.

Katanya, pengguna juga dinasihatkan supaya bijak berbelanja dengan mengamalkan perbelanjaan berhemah. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/05/kpdn-sandakan-rekod-rampasan-lebih-rm1-juta/feed/ 0 69860
Sembilan peniaga dikenakan tindakan, gagal patuhi peraturan https://sabahmedia.com/2025/01/23/sembilan-peniaga-dikenakan-tindakan-gagal-patuhi-peraturan/ https://sabahmedia.com/2025/01/23/sembilan-peniaga-dikenakan-tindakan-gagal-patuhi-peraturan/#respond Thu, 23 Jan 2025 11:13:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67346
Read Time:1 Minute, 48 Second

Sandakan: Sembilan peniaga sekitar bandar Sandakan dikenakan tindakan selepas didapati melanggar peraturan yang ditetapkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah Pejabat KPDN Sandakan Azdy Zukkry John berkata, dalam pemeriksaan yang dijalankan menjelang musim perayaan Tahun Baru Cina 2025 itu turut menghasilkan kompaun berjumlah RM2,400.

“Sembilan tindakan kes terbabit adalah meliputi enam kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 kerana peniaga didapati gagal mempamerkan tanda harga ke atas barang-barang yang dijual di premis perniagaan mereka.

“Tiga lagi tindakan kes yang diambil adalah kesalahan di bawah Akta Timbang Dan Sukat (ATS) 1972 di mana pemeriksaan mendapati peniaga telah menggunakan untuk tujuan perdagangan alat timbang dan sukat yang tidak ditentusahkan.

“Semua kes yang dihasilkan tersebut telah dikompaun dan keseluruhan jumlah kompaun yang dikutip pada hari ini adalah sebanyak RM2,400,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Azdy berkata, pemeriksaan yang dijalankan adalah bertujuan untuk memantau bekalan dan harga khasnya barang-barang kawalan terutamanya menjelang musim perayaan Tahun Baru Cina 2025 yang bakal menjelang tiba.

Katanya, pemeriksaan itu juga adalah untuk  memastikan semua peniaga mematuhi perundangan yang dikuatkuasakan oleh KPDN khasnya penggunaan alat timbang yang telah ditentusahkan di bawah ATS 1972 serta pematuhan penandaan harga oleh peniaga di bawah AKHAP 2011.

Dalam pada itu, Azdy berkata, sebanyak 658 pemeriksaan meliputi 430 pemeriksaan di bandar dan 228 pemeriksaan di luar bandar di daerah Sandakan telah dijalankan sejak awal tahun ini.

“Berikutan pemeriksaan tersebut, sebanyak 43 kes telah dihasilkan membabitkan nilai rampasan keseluruhannya berjumlah RM206,276.35.

“Daripada 43 kes, 38 kes telah dikompaun dan nilai keseluruhan kompaun yang dikutip berjumlah RM7,700, manakala lima kes sedang dalam siasatan. Dari segi aduan, sebanyak 18 aduan diterima oleh KPDN Sandakan sejak 1 Januari 2025 sehingga kini  dan 12 (66.7%) aduan telah selesai disiasat manakala enam (33.3%) aduan lagi sedang dalam siasatan.

“KPDN Cawangan Sandakan akan meneruskan operasi pemeriksaan khasnya di seluruh daerah ini bagi mempastikan para peniaga terus mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan oleh KPDN.

“Pengguna boleh bertindak sebagai mata dan telinga kepada KPDN dengan menyalurkan aduan menerusi saluran-saluran rasmi aduan yang disediakan,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/23/sembilan-peniaga-dikenakan-tindakan-gagal-patuhi-peraturan/feed/ 0 67346
Dua pemilik premis dikenakan KOTS https://sabahmedia.com/2025/01/17/dua-pemilik-premis-dikenakan-kots/ https://sabahmedia.com/2025/01/17/dua-pemilik-premis-dikenakan-kots/#respond Fri, 17 Jan 2025 06:01:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67060
Read Time:1 Minute, 12 Second

Sandakan : Dua pemilik premis dikenakan kompaun ‘On The Spot’ (KOTS) dalam satu pemantauan yang dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) cawangan Sandakan di sini baru-baru ini.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN Sandakan Azdy Zukkry John berkata, kompaun itu dikeluarkan selepas didapati pemilik premis gagal mempamerkan dan tidak mempunyai penandaan harga yang memuaskan.

“Beberapa hari lalu saya bersama sepasukan anggota penguat kuasa telah mengadakan pemeriksaan dan pemantauan barang selain mahu mendapatkan gambaran di lapangan terutamanya bekalan barang keperluan (minyak masak, gula, tepung), penandaan harga yang jelas, pemantauan harga dan penggunaan alat timbang yang masih didalam tentusahan.

“Hasil pemeriksaan, pihak kita mendapati terdapat dua premis iaitu menjual barangan ‘Hardware’ dan barangan runcit didapati gagal mempamerkan penandaan harga yant memuaskan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Berikutan itu, Azdy berkata, pihaknya mengambil tindakan KOTS dibawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (AKHAP 2011) dan kompaun yang telah ditawarkan adalah sebanyak RM300.

Beliau menasihati kepada peniaga agar sentiasa mematuhi perundangan yang telah ditetapkan.

“Adalah menjadi tanggungjawab kami untuk sentiasa turun padang bagi memantau aktiviti peniagaan.

“Pesanan juga kepada para pengguna agar menyalurkan sebarang aduan ke saluran yang betul iaitu melalui aplikasi whatsapp aduan di talian -019 848 8000,” katanya.

Dalam pada itu, Azdy berkata,  pemeriksaan ke premis pemborong gula iaitu Chung Kwong dan Sazarice turut diadakan. 

Katanya, jumlah keseluruhan gula di termasuk tiga pemborong lain di daerah Sandakan adalah sebanyak 724.118 Metrik Tan. – SABAH MEDIA 

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/17/dua-pemilik-premis-dikenakan-kots/feed/ 0 67060
KPDN Sandakan catat nilai rampasan lebih RM3.3 juta tahun lalu https://sabahmedia.com/2025/01/03/kpdn-sandakan-catat-nilai-rampasan-lebih-rm3-3-juta-tahun-lalu/ https://sabahmedia.com/2025/01/03/kpdn-sandakan-catat-nilai-rampasan-lebih-rm3-3-juta-tahun-lalu/#respond Fri, 03 Jan 2025 06:50:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66426
Read Time:1 Minute, 12 Second

Sandakan : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) cawangan Sandakan mencatat nilai rampasan sebanyak lebih RM3.3 juta atas pelbagai kesalahan yang direkodkan sepanjang tahun lalu.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN Sandakan Azdy Zukkry John berkata, dari jumlah itu sebanyak 185 kes telah berjaya dihasilkan menerusi pemeriksaan dan penguatkuasaan yang dilaksanakan pada tahun lalu.

Katanya, KPDN Sandakan juga telah menjalankan sebanyak 6,850 pemeriksaan premis perniagaan yang meliputi 4,274 pemeriksaan di bandar dan 2,576 pemeriksaan di luar bandar. 

“Dari segi tindakan kompaun, KPDN Sandakan merekodkan jumlah kompaun yang dikutip adalah sebanyak RM 114,300.

“Selain itu, dari segi pendakwaan pada tahun lalu, sebanyak enam kes di KPDN Sandakan telah didakwa di mahkamah dan pihak yang tertuduh bagi kes-kes berkaitan telah disabitkan kesalahan dengan jumlah denda bagi lima kes adalah sebanyak RM80,000.

“Manakala satu kes lagi dijatuhkan hukuman penjara bagi tempoh 12 bulan. Semua kes pendakwaan tersebut adalah tindakan kes yang telah diambil di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Azdy berkata, dari segi aduan pengguna, sebanyak 154 aduan telah diterima sepanjang tahun lalu.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 149 aduan atau 96.75 peratus telah diselesaikan manakala baki aduan sebanyak 3.25 peratus lagi sedang dalam siasatan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, KPDN Sandakan sentiasa mengalu-alukan sebarang maklumat dan aduan berkaitan salah laku peniaga.

“Pengguna boleh menyalurkan aduan menerusi saluran-saluran rasmi aduan yang disediakan,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/03/kpdn-sandakan-catat-nilai-rampasan-lebih-rm3-3-juta-tahun-lalu/feed/ 0 66426
Sebuah premis dikenakan tindakan selepas gagal letak tanda harga https://sabahmedia.com/2025/01/02/sebuah-premis-dikenakan-tindakan-selepas-gagal-letak-tanda-harga/ https://sabahmedia.com/2025/01/02/sebuah-premis-dikenakan-tindakan-selepas-gagal-letak-tanda-harga/#respond Thu, 02 Jan 2025 12:47:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66400
Read Time:1 Minute, 18 Second

Sandakan : Sebuah premis di Kampung Sim Sim di sini dikenakan tindakan selepas didapati tidak meletakkan tanda harga ke atas barangan yang dijual dalam satu pemeriksaan yang dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) cawangan Sandakan pagi tadi.

Pemeriksaan yang dijalankan sepasukan penguatkuasa KPDN Sandakan itu adalah hasil aduan pengguna yang dilakukan melalui Portal E-Aduan KPDN.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN Sandakan Azdy Zukkry John berkata, hasil pemeriksaan di premis berkenaan mendapati peniaga gagal meletakkan tanda harga ke atas minuman berkarbonat pelbagai perisa bersaiz 330 mililiter (ml).

“Hasil pemeriksaan sebanyak 20 botol minuman berkarbonat pelbagai perisa saiz 330ml yang dipamerkan untuk dijual di premis perniagaan terbabit didapati tidak diletakkan tanda harga

“Satu tindakan kes di bawah Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 telah diambil dan peniaga tersebut dikompaun RM300,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Azdy berkata, di bawah AKHAP 2011, jika sekiranya seseorang individu disabitkan kesalahan kerana gagal meletakkan tanda harga atau senarai harga ke atas barangan yang dijual, ia boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM25,000.

“Manakala bagi syarikat yang melakukan kesalahan tersebut boleh didenda sehingga RM100,000 atau dikompaun sehingga RRM50,000 katanya.

Katanya, KPDN Sandakan menasihatkan para peniaga agar sentiasa mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan terutamanya dari segi penandaan harga yang jelas dan tidak mengelirukan pengguna.

“KPDN Sandakan sentiasa mengalu-alukan sebarang maklumat dan aduan berkaitan salah laku peniaga dan pengguna boleh menyalurkan aduan menerusi saluran-saluran rasmi aduan yang disediakan,” katanya – SABAH MEDIA / FOTO KPDN SANDAKAN

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/02/sebuah-premis-dikenakan-tindakan-selepas-gagal-letak-tanda-harga/feed/ 0 66400